Friday 7 November 2008

Ruang Yang Tertutup Mungkin

Setelah bertahun soal ini kuserah padaMu tuhan..

Detik ini KAU menguji aku dengan pelbagai dugaan,

Tapi aku masih tabah menyingkap rahsia yang telah kau abadikan,

Pada sehelai sutera yang bernama Illiyin,

Sebelum sempat aku mengenal dunia ini,

Telah KAU ukir sejarahku disana,

Entah indah entah sebaliknya hanay KAU yang mengerti...

Tuhan,

Sujudku tidak seindah para 'abid,

dan rintihku tidak semerdu para pejuangMu,

tapi dalam setiap senduku,

Aku mengharap cinta dan kasihMu Rabbi...

Apalah yang boleh ku genggam tanpa kasihmu Ilahi,

Ilahi beriku kekuatan,

Agar aku bisa menjadi hambaMu yang kental Syahadah,

Ilahi,

Ku bimbang seandainya langkah hati yang pernah ku mulai ini,

Kau murkai,

Maka dimanakah jalan untukku,

Aku perlu bermula sekali lagi,

Namun,

Dalam kabus tebal ini,

Tiada langsung ruang yang bisa ku buka,

Rabbi tunjukkan ku jalanya,

Hanya KAU sahaja yang mampu.

Tapak Lama [www.serikandiislam.blogdrive.com]
01 Oct 2006

Ramadhan Kembali...

Hampir seminggu menjalankan ibadah puasa, kesedihan menguasai nurani kenapa dan mengapa? Biarlah hanya DIA yang mencipta mengerti..

Kepada semua sahabat-sahabat kerinduan pada kalian dan aktiviti iftar kitga ku rindui..namun harus ke treima hakikat kini kita bukan lagi pelajar secara rasmi..

Buat sahbat tercinta kak su (SulastriRatna Hardyakman) kemana menghilang? Mungkin rutin ramadhan di taman budi dan ilmu mencukupkan masamu. Mungkin diri mu sedang menghayati sepenuhnya saat2 yang bergerak di bawah bulan ramadhan ini....teruslah thabat dan sentiasalah doakan sahabatmu disini..

Megertilah wahai sahabat betapa rindu fillah ini menggamit hatiku, sehingga bisa memecahkan empangan 'ainku dengan melihat kembali kenangan kita bersama pada ramadhan yang lepas....

Inni Uhibbuki Fillah Ya Ukhti...

jaga diri, sentiasa kita berada di dalam zon doa kita..ameen sehingga ketemu lag..

Buat semua taulan hargai ramadhan ini kerana mungkin ramadhan akan datang sekadar sebuah bulan yang menuntut aktiviti fardhiyyah dan bukannya bulan yang mampu mengumpul..lelahan air mata terhadap Ar-rahmannya Kekasih kita..

Sahabat-sahabat sekalian dikesempatan ini kupohon segala kemaafan atas semua salah silap, mohon jua halal atas segala yang pernah ku makan, menggunakan. Semoga jasa baik sahabat-sahabat semua akan dikira sebagai amal-salih...

segala hutang kalian dan salah silap kalian telah lama ku halalkan dan ku lupuskan.

SALAM RAMADHAN SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN

30 Sept 2006

Kelebihan Dan Kekurangan

Bergunung mana pun harta
bukanlah kaya namanya
jika miskin budi bahasa.
Melangit mana pun ilmu
bukanlah namanya bijaksana
jika tak diamal diguna.
Segagah mana pun diri
bukanlah namanya pahlawan
jika nafsu tidak dapat dilawan.
Sealim mana pun warak
bukanlah namanya ulama
jika takbur dan riak.
Secantik mana pun rupa nan ayu
bukanlah namanya ratu
jika buruk tingkah laku.
Setinggi mana pun darjatnya
bukanlah namanya mulia
jika tiada iman di dada.

11 Sept 2006

kalau dahulu..

Kalau dahulu,

ternyala api cinta itu,

Kalau dahulu,

terikat hati itu,

Kalau dahulu,

tertebar kasih itu,

Kalau dahulu,

Terlafaz cinta itu dalam doamu

Sudah tentu,

Alhambra tidak menjadi sejarah pilu,

Sudah tentu,

Palestin terpandu

Sudah tentu,

Tiada lagi tangisan sikecil itu,

Dek takut akan bunyi letupan gerun peluru berpandu,

Tiada lagi tangisan si Ibu terkedu,

Sudah tentu,

Kota iraq bersinar bahagia,

Sudah tentu,

Sudah tentu,

Sudah tentu,

Dunia ini Islam yang pandu…

Serikandisufi

25 Mac 2006

2.44 pm

Anjung Rahmat

Cinta

Demi Allah Yang Maha Esa,

Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah,

Untuk menuju cinta-Mu

Menitis air mata tatkala merindu,

Menitis air mata tatkala merasa semakin menjauh,

Tetapi janji Allah tetap segar dan Mekar,

Tanpa pengkhianatan,

Kerana kutetap yakini,

Allah menyatakan..

"Wajiblah cintaku kepada orang-orang yang berkasih saying kepada Ku"

Wahai Muslimin dan Muslimah yang berjiwa besar,

Penuhilah dunia ini dengan limpahan kasih sayangmu.

Khususkanlah buat saudara-saudaramu itu,

Dengan kepanasan cintamu yang maha tinggi,

Dan biarkan mereka tahu bahawa anda mencintai mereka.

Yang demikian itulah al-kasar (batu geliga)

Untuk mengubati seribu satu kesulitan dan kesusahan.

Sesungguhnya banyak kesulitan dalam dunia ini timbul

Dari perasaan yang telah padam dan berlakulah penyelewengan perasaan itu.

-As syahid Imam Hassan Al-Banna-