Friday, 25 December 2009

Ulangtahun Perkahwinan Yang Pertama

Alhamdulillah, diam tak diam sudah setahun saya diizinkan Allah menjadi suri kepada suami yang begitu baik dan sabar melayani saya dari hari ke sehari. Kami masih dalam proses mengenali. Malah ada sesetengah perkara di antara kami yang hanya kami ketahui setelah hampir setahun pernikahan kami. Maka insaflah kami suami isteri bahawa proses mengenali ini adalah proses sepanjang hayat.

Syukur pada Allah yang menetapkan jodoh kami, dan menghadirkan ia dengan cara yang begitu indah sekali. Saya akur saya adalah insan bertuah yang tidak putus menerima belas ihsan Allah. Terima Kasih RabBi atas nikmat yang begitu bermakna sekali.

Setahun tentunya pelbagai pahit manis yang kami lalui dan semua itu mendewasakan kami. Semua itu menghadirkan erti kepada ikatan yang suci ini. Tidak ada kata yang dapat lafazkan dan tidak tergambar betapa bersyukurnya saya untuk memiliki dia disisi pada segala susah dan senang, suka dan duka. Perjalanan kami baru bermula dan pastinya kami mengharapkan Rahmat Allah menyinari perjalanan kami sehingga kami disatukan di syurga yang abadi.

Sebenarnya, abang terlebih dahulu membawa saya keluar makan malam, detik indah yang akan sentiasa terpahat di sanubari. Meski sedikit awal, (kerana abang sudah mula berkerja dan tidak mempunyai cuti) saya tetap berpuas hati kerana abang punya insiatif untuk mengingati hari indah ini.

Walaupun abang sudah membawa saya makan malam bersama sebelum tarikh ulang tahun pernikahan kami, saya masih mengharapkan akan ada sebuah ucapan indah Pada 14 Disember 2009. Malam 13 Disember, abang pulang dari kerja seperti biasa. Hampir 11 malam. Setelah siap membersihkan diri, abang terus masuk bilik tetapi tidak mahu tidur, puas saya bebelkan abang supaya tidur awal, kerana keesokan pagi abang akan berangkat ke pejabat awal pagi.Abang sangat liat malam itu dan saya tidak mengesyaki apa-apa. Tangan abang laju membuka beg dan mengeluarkan lappy buruknya itu :p. Apabila saya membebel tak berhenti abang pun shut down lappy yang banyak jasa itu dan melelapkan matanya. Saya seperti biasa akan tenang dan kadang kala sayu melihat abang wajah abang yang tidur kepenatan. Dan saya turut melelapkan mata.

Belum pun 15 minit kami terlelap tiba-tiba abang kejutkan saya dan minta saya bancuhkan teh susu. Saya punya lah pelik, sepanjang perkahwinan kami tak pernah abang kejutkan saya dari tidur untuk secawan teh. Saya bangun ke dapur dan membancuhkan teh susu untuk suami tercinta. Sekali lagi saya teruji bila abang tak nak minum teh di meja makan sebaliknya disuruh bawa masuk ke bilik. Saya cukup tidak gemar makan atau minum di kamar tidur. Saya tidak mengizinkan abang untuk minum di dalam bilik. Abang tidak mengalah punyalah sanggup abang merayu sungguh-sungguh. Saya yang kasihan melihat abang bersungguh-sungguh megalah tetapi hanya untuk hari ini kata saya. Saya ke dapur semula untuk mengambil teh yang terhidang, apabila saya melangkah masuk ke bilik, abang muncul dari balik pintu.

Sangat romantik, abang muncul dengan sekuntum ros merah dengan ucapan happy anniversary sayang, saya terkedu yang amat dan sangat terharu. Saya menghulurkan teh kepada abang sambil menerima ros merah tersebut. Tangan abang saya kucup dan abang hadiahkan kucupan di dahi yang amat istimewa yang membawa kami semula ke daerah cinta kami saat pernikahan itu.

Bicara abang saat itu "Sayang terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang dan sanggup melalui segala kesusahan dan kepayahan bersama abang" Saya terkedu dan saya katakan pada abang "Abang, terima kasih kerana memilih sayang sebagai isteri abang, sayang bersyukur dan sangat bahagia". Tiba-tiba abang menyoal, sayang tak pernah menyesal menjadi isteri abang? Jawapan saya, mana mungkin abang, kerana abang adalah cinta hati sayang dan sesungguhnya segala ujian yang mendatang itu lumrah kehidupan yang membuatkan kita saling menghargai.

Malam itu berlalu dengan begitu indah, sehingga kini saya masih tidak tahu bila abang membeli bunga, di mana abang membeli dan bagaimana abang boleh membawa masuk bunga itu ke dalam bilik tanpa pengetahuan saya..

Jutaan terima kasih buat ibu, abah, mak ayah dan adik yang tidak lupa pada tarikh indah kami, terima kasih atas doa dan hadiah yang diberikan.

Nota : Allahumma Ya Allah, Jadikanlah kami suami isteri yang mencintai di kala dekat dan jauh yang saling menyayangi di kala senang dan susah, yang saing mengasihi di dalam sendu dan tawa..Allahumma Ya Allah, jadikanlah kami pasangan suami isteri yang bersatu kerana redhaMu dan jadikanlah baitul muslim kami ini landasan menuju cintaMu..Allahumma Ya Rahman Ya Rahim terimalah ibadah kami ini, satukan kami di taman syurgaMu nanti. Ya Allah tiadalah dua impian kami melainkan izinkanlah kami untuk bertemuMu wahai pemilik cinta yang maha agung juga kekasihMu khaatimul anbiya Muhammad al mustafa (SAW). Ameen, ameen, ameen ya robbal 'alameen

15 Dis 2009
Kamar Cinta
Bukit Beruang, Melaka

Thursday, 24 December 2009

Aduhai Azhariy!

(Sekadar Hiasan)

Beberapa ketika dahulu Allah telah mengizinkan sebuah pertemuan antara saya dan Nur (bukan nama sebenar). Subahanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar. Pertemuan kami adalah bibit persahabatan yang bermula selepas Nur melayari blog saya ini. Kepada Nur saya tanyakan bagaimana beliau memperolehi alamat teratak saya ini (tak wajar sebenarnya soalan itu). Nur memaklumkan saya seorang ukhti fillah yang mencadangkan kepada Nur untuk melayari blog saya. Kebetulan Nur menghadapi masalah yang agak berat untuk dipikul seorang diri.

Dari ta'aruf biasa, Nur telah menemukan keselesaan untuk berbicara dengan saya. Justeru perlahan-lahan Nur mula berkongsi dengan saya jiwa rasa beliau. Jauh di sudut hati saya kagum dengan Nur yang mencintai jalan dakwah ini walau mehnah yang tersedia di hadapan beliau bukan sedikit. Saya menghadiahkan 'telinga' dan hati saya kepada Nur. Saya tenggelam dalam luahan rasa Nur. Kami punya persamaan!

Beberapa tahun dahulu masalah Nur adalah masalah saya. Hati saya hancur, luka itu berdarah kembali. Di tambah pula kebelakangan ini sering sahaja saya bermimpikan dia yang menghadiahkan luka itu, pernah saya mimpi saya menampar dia. Dan sesudah mimpi itu saya akan letih seletih-letihnya. Suami saya sering menasihati saya supaya saya memaafkan insan itu, tapi apakan daya saya tidak mampu dan masih berusaha kearah itu.

Berikutan itu status 'ym' saya beberapa hari ini menzahirkan kekacauan yang melanda jiwa saya. Tanpa disangka-sangka, status 'ym' saya telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Sehingga beberapa individu yang tidak berkenaan merespon kepada status saya mengatakan bahawa mereka 'terasa' dengan status 'ym' saya tersebut. Lucunya, saya tidak mengenali mereka. Saya biarkan respon mereka bertebaran di angin lalu!

Saya turut terganggu dengan status yang saya zahirkan itu kerana insan yang bertanggungjawab menghadiahkan saya sebuah sejarah penuh berdarah itu menghantar mesej kepada saya! Mesej yang tidak diingini saya kira.

Nur sebenarnya, telah dilamar oleh seorang azhariy. Ustaz itu melamar Nur melalui emel, dan saya sendiri diberi kesempatan oleh Nur untuk meniti bait bicara Ustaz itu. Semasa membaca emel itu, saya benar-benar kembali ke daerah perit milik saya, kenangan yang tersimpan kemas dalam ingatan ini. Bersandarkan Allah dan rasul Ustaz itu mahu mereka taqdim, tetapi untuk tempoh masa yang tidak jelas kerana Ustaz tersebut punya beberapa masalah yang perlu di selesaikan.

Adinda Nur yang bersangka baik dengan Ustaz tersebut di iringi pula dengan istikharah beliau, beliau menerima lamaran tersebut. Tetapi malangnya baru sahaja 4 bulan usia perkenalan tersebut, Ustaz tersebut telah menuturkan sesuatu yang tidak enak untuk didengari kepada adik angkat Nur yang merupakan orang tengah meraka ini. Nur telus kepada adik angkatnya pada setiap perkembangan perhubungan itu. Sebaliknya Ustaz itu berdusta, dusta pada bicaranya! Ustaz itu mengatakan bahawasanya antara dia dan Nur tidak ada hubungan istimewa malah mereka belum pun sampai ke peringkat taqdim. Hanya sahabat biasa katanya.

Nur yang mendengarkan hal ini, terduduk dan tertunduk dengan ujian yang datang kepadanya. Saya sangat memahami perasaan Nur. Nur gadis suci yang tidak pernah membuka hati untuk mana-mana lelaki. Allah menduga gadis suci itu seperti mana saya pernah teruji. Nur mendatangi saya dengan air mata, sungguh saya tidak punya jawapan untuk setiap persoalan beliau. Kerana saya sendiri menjadi musykil dengan pengakuan Ustaz yang tak berapa nak Ustaz itu!

Setelah pelbagai janji manis dan impian yang dibina bersama melalui pelbagai perancangan mereka, akhirnya Nur terkandas. Setelah mereka ini ditaqdim, cadangan tarikh nikah juga sudah ditetapkan. Dari cerita Nur, saya dapat membuat kesimpulan bahawa ustaz ini sebenarnya ego. Ego seorang Azhariy mugnkin.

Saya sampai kepada kesimpulan itu selepas Nur memberi tahu saya, bahawa perubahan ustaz itu mula ketara apabila Nur melarang Ustaz itu menelefon Nur tanpa ada sebab musabab yang menghalalkannya.Nur juga tidak selesa dengan gaya perbualan ustaz tersebut yang semakin hari semakin lagho katanya. Demi melindungi kesucian proses baitulmuslim mereka yang baru bermula Nur tekad untuk menegur ustaz tersebut. Bukan mudah untuk Nur menegur seorang ustaz, kerana Nur bukan dari latar belakang pendidikan agama, tetapi apa yang saya pasti Nur dalam jalannya mencari redha Allah SWT. Dek kerana teguran itu segala-galanya musnah.

Masih saya ingat bait bicara ustaz tersebut dalam emelnya kepada Nur, betapa beliau menunjukkan kesungguhan dan mahukan Nur menjadi suri hidup beliau. Sayang seribu kali sayang, ustaz itu sebenarnya tewas di medan nafsunya sendiri. Gagal untuk memanifestasikan maksud teguran Nur, malah tercabar pula. Sewajarnya ustaz tersebut perlu bersyukur kerana Nur masih mampu menegur ustaz tersebut dan tidak hanyut dengan gelombang cinta ciptaan ustaz itu sendiri. Hebat permainan syaitan!

Setelah beberapa hari ustaz itu kemudiannya ber'ym' dengan Nur seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mungkin pada sangkaanya Nur tidak tahu apa-apa. Nur yang pada mulanya berdiam diri akhirnya bersuara. Bertanyakan hal yang sebenar dalam situasi yang terkawal. Pertanyaan dan persoalan Nur tidak dijawab. Sepi seribu bahasa. Beberapa hari setelah itu ustaz tersebut memohon pada Nur untuk membaca blog beliau sebagai jawapan kepada persoalan yang Nur tanyakan. Saya juga turut membacanya. Saya tahu Nur pasti menangis lagi. Isu yang ditimbulkan oleh ustaz itu adalah pasangan yang solehah. Saya masih punya 1001 hujah untuk dijawab oleh ustaz itu, pun begitu matlamat saya sekarang adalah membantu Nur dan bukannya untuk 'megajar' ustaz itu.

Kepada Nur, saya tuturkan beberapa bicara hati juga pengalam duka saya sendiri, dan akhirnya saya melihat Nur kembali tabah untuk meniti hari-hari mendatang.

Tetapi saya masih tidak melupakan segalanya, saya terduduk dengan fenomena ini. Kerana ini bukan pengalaman Nur seorang malah lebih dari itu saya pernah melaluinya, lebih perit dan parah kisah saya itu, juga kisah beberapa sahabiah yang melaluinya. Apa yang saya pasti bagi akhowat-akhowat yang begitu naif mengukur golongan azhariy ini kasih sayang Allah adalah pengubat lara itu.

Saya tidak nafikan bukan semua azhariy yang begitu tetapi kebanyakkan begitu. Saya percaya masih ada yang bersih fikrahnya. Saya punya seorang sahabat azhariy yang sangat dekat dengan kehidupan saya dan suami, sahabat yang pernah menuntun saya bangun dari 1001 ujian dengan membisikkan kepada saya qalam Allah dan hadith nabi saw. Hakikatnya hanya dia yang saya temui dengan seindah akhlak dan semulus adab. Moga dirimu terus mewangi sehingga ke syurga sana dengan akhlak dan adab itu sahabat . (Lamka)

Saya berbincang dengan suami mengenai hal ini. Menurut suami yang membezakan antara hamba Allah adalah taqwa, dan taqwa ini bukan milik golongan ustaz sahaja. Setiap individu mampu untuk memiliki taqwa itu. Agama yang baik itu ukurannya bukan pada 'title' seseorang sebaliknya ia terletak pada iman dan amal mereka.

Golongan akhawat yang berfikrah lebih cenderung untuk memiliki zauj yang bergelar ustaz kerana di situ mereka yakin mereka telah pilih yang beragama sedangkan berilmu agama belum tentu beragama. Saya terdiam memikirkan kebenaran kata-kata suami yang sangat saya cintai selepas Allah dan Rasul itu.

Terkenang pula saya kepada bicara ayahanda apabila saya meningkat remaja. kata ayah "Setinggi mana pun serban seorang lelaki, sepanjang mana pun janggut seorang lelaki, dia tetap seorang lelaki yang lelaki. Seorang manusia yang punya segala kelemahan, justeru usah justifikasi dengan hanya melihat zahirnya."

Itulah hakikatnya apabila bercakap soal taqdim, baitul muslim permulaan ke arahnya memerlukan mujahadah yang sangat kuat. Untuk memulakannya sangat mudah tetapi memastikan kesuciannya sehingga akad nikah amatlah payah.

Biarpun dia adalah azhariy, dia bertalaqqi dengan pelbagai syeikh di bumi itu hakikatnya dia tak kan mampu menjadi insan yang 'beragama' selagi mana dia tidak mampu amanah pada ilmunya, luhur pada amalnya. Apabila khianat dan mazmumah yang menghiasi bagaimana untuk mengecapi taqwa dan menjadi insan beragama seperti yang nabi maksudkan dalam hadith baginda? Begitu ujian bagi mereka golongan azhariy dan lain pula ujian kita yang ingin mengenggam taqwa dalam keadaan bertatih mengutip satu persatu mutiara syariatullah.

Apa pun sebagai hamba seharus kita kembali kepada DIA . Kita harus insafi bahawa segala sesuatu senantiasa dalam pengetahuan Allah dan bagaimana untuk berdusta di hadapanNYA. Moga-moga kita dapat suburkan dan bajai sifat ihsan di dalam diri ke arah memperbaiki peribadi untuk menjadi hamba acuan quran dan syariatullah persis seperti yang dikhendaki olehNYA.

Nota : Hakikatnya hidup ini adalah untuk mati dan bertemu dengan sang pencipta juga kekasihnya. Semoga kita semua akan diampuni dan dipilih untuk melihat wajah Allah dan Rasulullah. La ilaha Illa Allah Muhammad Rasulullah, Allahummah Solli 'Ala Muhammad

Wednesday, 23 December 2009

Gambar HOT Waheeda!

Kredit Gambar : Rotikaya.com

Lama tidak mendengar kisah tentang penyanyi ini sejak dia mengumumkan persaraannya dari dunia seni sebaik mendirikan rumahtangga dengan penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Akhil Hayy Ogos lalu.

Khabarnya, Waheeda kini lebih tenang menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak tirinya, Maisara dan Sharif yang tinggal bersamanya dan Akhil.

Malah, ketika ditemui pada majlis persandingan mereka di Dewan Guthrie Bukit Jelutong, Shah Alam, akhir Oktober lalu, Waheeda akui kehidupannya kini cukup bahagia di samping menumpukan kepada amalan ibadah.

Terbaru, wanita berusia 30 tahun ini dilihat sudah tampil dengan imej terbarunya - berpurdah. Waheeda dilihat berpenampilan sedemikian sewaktu menghadiri sebuah majlis bersama suaminya, baru-baru ini.

Cuba dirisik kepada empunya badan, Waheeda akui dia kini senang dengan imej sedemikian. Malah, sejak dulu lagi memang penyanyi yang pernah popular dengan lagu Wassini ini sudah menyimpan hasrat untuk berpurdah, cuma ketika itu dia belum berpeluang untuk berbuat demikian.

Malah, ketika seorang kenalan menghubunginya baru-baru ini, Waheeda kedengaran cukup ceria dan melahirkan rasa lega kerana hasratnya itu kesampaian jua.

Tiada siapa memaksa, tetapi apa yang dilakukannya itu datang daripada dirinya sendiri.

Dan berpegang kepada prinsipnya, jika boleh, dia tidak mahu lagi terlibat di dalam sesi fotografi mahupun temubual tentang kehidupannya kini. Kata Waheeda, lebih baik diajukan kepada suaminya saja kerana dia bukan lagi seorang selebriti.

Difahamkan, Waheeda juga bakal melatih anak tirinya, Sharif untuk menyanyi dan mengeluarkan album berjudul Zikirallah.

Ditanya lagi sama ada dirinya kini sudah 'berisi', kata Waheeda, rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri masih belum dikurniakan Allah.

Apapun, dia tetap bersyukur kerana dapat mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak tirinya yang juga menghormati dan menyayanginya sebagai ibu sendiri.

Sumber : http://www.mstar.com.my

Nota : Saya 'speechless' selepas meneliti berita ini dan hati saya menangis memanjatkan syukur pada DIA yang maha berkuasa.Allahu Waliyyu Taufiq! Rabbana La Tuzik Qulubana Ba' Da Iz Hadaitana Wa Hablana Min Ladunk Karahmah. Innaka Antal Wahhab. Sesunggunya milik Allah lah segala petunjuk dan hidayah. Wahai Allah jangan KAU ambil semula hidayah yang telah KAU kurniakan kepada kami, bantulah kami raBbi untuk terus istiqamah di jalan ini. Teguhkan jiwa kami dalam berpegang teguh kepada sunnah para ummahatul mukminin yang indah ini, mudah-mudahan ianya menjadi langkah awal kami menuju redhaMu ilahi..Ameen Ya Rabbal 'Alameen

Thursday, 17 December 2009

Hukum Membaca Doa Awal Tahun Dan Akhir Tahun

Sumber : http://aburuqayya.wordpress.com

Awal Muharram merupakan merupakan bermulanya tahun baru di dalam kalender Islam. Masyarakat kita telah didedahkan semenjak zaman berzaman lagi upacara membaca doa awal tahun dan akhir tahun. Yang agak sedihnya adalah terdapatnya semacam janji syaitan kepada si pengamal doa ini bahawa : “Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.” dan juga “Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan”.

Kata-kata siapakah ini? Apakah kata-kata dari manusia biasa boleh dijadikan sebagai hujah fadilat sesuatu amalan lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan dengan aqidah? Sudah tentu sekali tidak boleh sama sekali. Perkara yang berkaitan dengan fadilat amal, dosa, pahala dan semua perkara yang berkaitan dengan akidah tidak boleh berhujah atau diambil dari kata-kata manusia biasa yang tidak maksum, meskipun ia merupakan seseorang yang begitu alim dan warak di dalam selok belok agama. Hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang berhak.

Yang paling menyedihkan sekali, kata-kata yang terkandung di dalamnya janji-janji syaitan itu disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Tetapi sayangnya ujaran kata-kata di atas tidak terdapat di dalam kitab-kitab yang menghimpun hadith-hadith baginda s.a.w seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan Nasa’ie, Sunan Ibnu Majah, Musnad Imam Ahmad, Sahih Ibnu Hibban, Sahih Ibnu Khuzaimah dan lain-lain lagi.

Maka jelaslah bahawa fadilat doa awal dan akhir tahun adalah palsu dan batil serta tidak boleh sama sekali disandarkan kepada Nabi s.a.w. Ketahuilah bahawa di situ terdapat amaran keras daripada Rasulullah s.a.w bagi sesiapa yang menyandarkan sesuatu perkara yang bukan dari baginda, Sabdanya: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Beramal dengan riwayat palsu?

Berdasarkan hadith di atas, para ulama hadith menekankan bahawa haram beramal dan menyebarkan hadith-hadith palsu apatah lagi disandarkan kepada baginda s.a.w bagi sesiapa yang mengetahui status kepalsuannya, seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Ibnu al-Solah di dalam karangannya ”Ulum al-Hadith‘ m.s 98: “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadith palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya“.

Al-Imam an-Nawawi juga menjelaskan hukum berkenaan dengan hadith palsu di dalam muqaddimah (pendahuluan sesuatu kitab) karangannya iaitu ‘Syarh Sahih Muslim‘: “Haram meriwayatkan sesuatu hadith palsu bagi orang yang mengetahui bahawa hadith itu maudhu’ atau dia hanya menyangka hadith ini palsu. Siapa yang menceritakan hadith yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya palsu serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad SAW di antara hadith tentang hukum-hukum dan hadith yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadith yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadith-hadith nasihat dan lain lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam.

Seterusnya an-Nawawi berkata lagi: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga.”.

Selain itu, kebatilan riwayat doa tersebut dan fadilatnya dikuatkan dengan tiada riwayat yang menyatakan amalan ini diamalkan oleh golongan salafussoleh yang terdiri dari golongan sahabat dan tabi’ien. Jika benar amalan ini dari Rasul dan digalakkan di dalam Islam, nescaya para sahabat dan tabi’ien berlumba-lumba untuk melakukannya demi mengarap kebaikan disebalik amalan tersebut yang kononnya hebat fadilatnya. Begitu juga tiada riwayat yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w dan para sahabat r.a membaca doa tersebut secara berjemaah dan beramai-ramai. Apa yang thabit dari baginda s.a.w dan para sahabat r.a adalah membaca semua jenis doa secara bersendirian.

Bolehkah beramal dengan doa ini?

Berasaskan minda yang terbuka, tidak ada salahnya membaca doa ini selagimana tidak terlintas di hati pembacanya bahawa ia disyarakkan atau diperintah oleh agama kita. Begitu juga kerana maknanya pun tidak menyalahi syarak. Kita tidak perlu terhad kepada kaifiat yang didatangkan bersama-sama doa ini, seperti kaifiat doa awal tahun hendaklah di baca selepas Magrhrib 1 Muharram. Disebabkan maknanya baik, tidak kiralah waktu dan hari apapun, baca sahajalah doa ini dengan mengharapkan Allah mengkabulkan doa tersebut.

Pada pendapat penulis, doa ini adalah lebih baik tidak diamalkan samaada individu ada secara berjemaah. Kerana terbukti bahawa ia datang dari riwayat yang palsu dan batil. Kerana ia juga dikuatiri bahawa masyarakat akan menganggap bahawa amalan ini adalah sunnah yang datang dari baginda s.a.w atau dari sahabat nabi r.a. Lihat sahaja bilangan bacaan yang digalakkan untuk membacanya(sebanyak tiga kali), siapakah yang mengesyorkannya begitu? sudah tentu bukan sama sekali dari Allah s.w.t dan RasulNya.

Lihat realiti semasa, betapa ramainya individu muslim menganggap bahawa doa awal dan akhir tahun disyarakkan oleh agama sedangkan ia tidak termaktub sama sekali di dalam al-Quran dan Sunnah mahupun amalan salafussoleh. Jika anggapan seperti ini terus diyakini setelah mengetahui kebatilan riwayat, sanad dan matannya, maka secara jelasnya ini adalah Bid’ah di dalam agama dan perkara yang diketogarikan sesat dan ditolak oleh Islam.

Semua orang maklum bahawa doa tidak perlu terhad kepada apa yang terdapat dari al-Quran dan hadith-hadith Nabi saw sahaja tetapi ia adalah yang terbaik. Ia merupakan manifestasi keikhlasan dan kesungguhan si pemintanya yang dilahirkan dari suara hati dan bait-bait perkataan. Asalkan ia tidak menyalahi syarak dan keterlaluan, maka bacalah apa sahaja doa yang kita hajati.

Lihat juga:-

http://forum.jiwang.org/Kebathilan-Doa-Awal-Tahun-and-Doa-Akhir-Tahun-t15171.html

http://www.al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=97&t=31502

http://qazikirdandoa.blogspot.com/2009/03/artikel-jakim-doa-awal-dan-akhir-tahun.html

Nota : Jumhur Ulama’ mengatakan bhw HARUS kita berdoa dgn doa yg dikarang sendiri walaupun Nabi tidak pernah berdoa dgn doa itu. Bila berdoa dgn doa yg tidak ma’thur , janganlah pula iktiqad doa itu lebih baik drp doa yg didatangkan dr Qur’an dan Sunnah.

Sekadar perkongsian..

Wednesday, 16 December 2009

Kenapa Saya Tidak Mengemaskini Blog?

Diam tak diam, hampir sebulan saya tidak mengemaskini blog. Saya kehilangan momentum penulisan saya untuk beberapa ketika dan puncanya sangat menyakitkan. Saya merajuk! Barangkali itu alasan yang tepat. Saya bukan penulis yang masyhur dan ternama, coretan saya di blog ini sekadar berkongsi rasa dan bahasa, menyantuni jiwa, memujuk atma. Itu tujuannya. Tetapi baru-baru ini hati saya begitu terluka, apa bila berlaku kes cetak rompak pada beberapa bahagian penulisan saya. (cewwaahh bunyi macam penulis / komposer terkenal pulak) tetapi itu lah yang berlaku. Dan lebih menyedihkan hal ini dilakukan oleh orang yang saya kenali.

Saya sangat gembira apabila tulisan saya membawa manfaat kepada semua, tapi saya tak suka budaya meniru! Saya anti-peniru. Mungkin individu ini terlalu ghairah mahu dikenali sebagai penulis lalu berusaha menghasilkan penulisan kreatif yang gempak. Sesekali bila saya fikirkan mudahnya langkah individu terbabit untuk menjadi masyhur. Kalau tengok penulis-penulis amatur seperti kak Lily Haslina, dan kak Zaharah Muhammad menulis pastinya kita akan lebih insaf. Tidak wajar jika menulis untuk mencari populariti, sebaliknya menulis untuk membina masayarakat yang lebih terbuka mindanya!

Saya sudah pun meninggalkan komen di blog beliau dengan mengatakan bahawa terdapat beberapa babak yang di 'cetak rompak' dari tulisan saya, hasilnya tidak ada perubahan tetapi komen saya itu pula yang didelete.

Terdapat pengunjung blog dan sahabat saya yang akan mohon izin untuk mengambil tulisan saya atau menyebarkan tulisan saya, pastinya saya mengizinkan malah saya gembira apabila ada pihak yang nampak manfaat dari tulisan saya. Apa yang sangat mengecewakan saya adalah apabila tulisan saya diambil kemudian ditokok tambah, diolah, disusun atur semula dan kemudian individu terbabit mengaku bahawa itu adalah karya beliau dan cetusan idea beliau! Saya tidak suka akan ketidak jujuran dalam menulis, kerana saya menulis dari hati menggunakan perasaan jiwa saya, membentuk jalan cerita menggunakan sentuhan imiginasi saya yang kadangkala mengakibatkan saya sendiri termenung di hadapan komputer riba saya dengan linangan air mata, begitu juga apabila saya membaca tulisan sahabat-sahabat saya di blog masing-masing.

Saya juga sukakan penulisan kreatif, malah seawal usia 15 tahun tulisan saya telah menyebabkan guru bahasa melayu dan beberapa orang guru saya yang lain mengalirkan air mata dengan jalan cerita saya. Dan itu merupakan langkah pertama saya dalam dunia penulisan kreatif. Saya masih menulis, impian saya untuk menghasilkan novel, tetapi saya masih belum mampu menyiapkan novel tersebut lantaran saya belum mampu menulis sepenuhnya menggunakan perasaan jiwa saya dan membentuk jalan cerita menggunakan sentuhan imiginasi saya sendiri. Setakat Bab 1 sahaja novel saya itu, seringkali juga suami saya menekankan agar saya tamatkan penulisan saya itu. Saya adalah insan yang sangat mementingkan keaslian dan kejujuran dalam menulis.

Masih saya ingat sewaktu tulisan saya tersiar dalam tabloid politik tanah air, ada beberapa orang sahabat yang datang kepada sayan adn menyatakan "tingginya bahasa hang, aku tak faham apa yang hang tulis ni". Saya hanya ketawa kecil ini sambil berkata dalam hati 'padan muka aku, menulis ikut perasaan sendiri ikut bahasa jiwa sendiri' sudahnya ada yang tak faham. Saya juga tak pasti bagaimana editor tabloid terbabit berkehendakan akan tulisan saya, barangkali beliau kasihan dengan saya yang syok sendiri ini!haha. Saya tidak kisah kerana ianya tulisan saya sendiri dan saya tidak menciplak!

Dek kerana kekecewaan yang teramat, setiap cetusan rasa yang ingin saya coretkan di blog ini saya benamkan sedalam-dalamnya di hati saya. Akhrinya kak Nik dan beberapa orang sahabat mula bersuara!

InshaAllah, emosi saya sudah pulih dan saya akan menulis kembali. Banyakkan yang ingin saya kongsikan terutama sekitar hari ulang tahun perkahwinan saya yang cukup istimewa dan beberapa isu lain!

Maaf kepada tetamu ziarah yang kecewa apabila melihat blog ini tidak terisi, juga kepada teman-teman yang sudi bertendang tanpa jemu, maafkan saya! Kepada individu terbabit masih belum terlambat untuk anda perbaiki cara menulis anda, mendapatkan ilham dari tulisan orang lain tak salah tetapi menciplak idea orang lain adalah SALAH! Bukan senang nak senang, bersusahlah dahulu dan bersenang kemudian :)

Nota : Kepada teman-teman yang mendapat sekelumit manfaat dari tulisan saya teruskanlah menyebarkannya kepada yang lain, terima kasih atas sokongan.

Monday, 16 November 2009

Sebuah Hakikat

Lemas sudah jiwa dan fikri,
Hilang sudah segala rasa nurani,
Lenyap sudah segala irama hati,

Rencah hidupku membunuh segala rasa,
Dunia itu merampas segala bahasa,
Sedang hanya itu milikku lewat setiap usia,

Lalu,
Bagaimana untuk bermula,
Mencari segala rasa semula,
Mengatur segala cita berkala,

Ingin sekali untuk mengecap indah segala,
Biar tidakkan mungkin walau bicara berjela,

Kerana kepastian itu tertulis sudah,
Kerana ketentuan itu tersurat sudah,

Beginilah yang dinamakan sebuah perjalanan,
Begitulah yang dinamakan sebuah pernyudahan,

Harus ku akur!

Jam 0411
16 November 2009
Kamar Kehidupan,
Bukit Beruang Utama, Melaka.

Tuesday, 13 October 2009

Surat Cinta Itu...

Saat Kami Bersatu Dalam Akad Itu 141208

Untukmu bakal 'Imam'ku yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini, dirimu masih rahsia penciptamu,rahsia yang telah ditentukan untukku, yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh sungguhan sujudku, cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini....

Ketahuilah wahai mujahidku, untuk mengetahui namamu tidak menjadi idamanku, apa lagi untuk menatap wajahmu, Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justeru diri ini amat bersyukur kerana masih tidak ditakdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita, ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita menempah siksaan Allah. Ya Tuhan kami lindungi kami...

Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah.Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala...

Tiada yang lebih bahagia suamiku, melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan Deen ini, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar ku damba syahid suci itu, berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan menyambung perjuangan baba mereka.

Berikanku sepenuhnya sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu mujahid kita ke medan jihad, mungkin kau hairan suamiku, mengapa diri ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya. Suamiku, hatimu itu milik robbul jaleel, dan ku pohon sebagaian itu sebagai semangatku wahai suamiku, Dari awal lagi sudah ku didik hati ini, bahawa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.

Wahai suamiku, seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu yang mampu mengenggam syahid. Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang kuimpi adalah seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para mujahid...

Wahai suamiku, walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang pasti; bersamalah kita mendidik hati mencintai SYAHID demi redhaNya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan yang tidak terkira dari rafiul a'la, bersamalah kita bersyukur, bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini, kerana hilanglah erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas, dan cinta sementara ini bisa melukakan hati kita. Sepatutnya hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...

Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNya...biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita di atas lembaran tahajjud...InsyaAllah inilah pencarian kita...
Wassalam

26 Nov 2006 [http://www.serikandiislam.blogdrive.com]

Ini bicara jiwa yang saya ukirkan 3 tahun yang lalu, (saya merindui diri saya yang itu). Saya mengukirkan bicara itu dengan satu matlamat cuma; saya mahu luahan saya ini membantu saya agar tidak tergelincir dalam menguruskan perasaan. Alhamdulillah saya berjaya, tetapi siapa sangka Allah berkehendakkan lebih dari itu.

Setelah beberapa bulan saya sah menjadi isteri kepada suami saya, saya tanyakan kepada suami saya "abang apa yang menyebabkan perasaan abang hadir untuk sayang? Seorang wanita yang tak pernah abang tatap wajahnya apa lagi kelibatnya."

Suami saya menjawab "sayang ingat tak saya pernah menulis 'surat cinta' untuk abang tapi sayang tak hantar kat abang sekadar pamerkan di blog sahaja.Ingat tak?" (sambil senyum nakal)

"Mana ada abang?" sayang pasti 101% ! Kenal abang pun tidak, inikan pula menulis 'surat cinta'!" Jawab saya dengan muka yang masam mencuka. (Merajuk bila soalan penuh bererti itu dijawab dengan soalan kembali. Lebih sedih, itu soalan yang tidak relevan.)

Berderai ketawa suami saya melihat rekasi saya petang itu. Saya menjadi semakin geram.
"Abang, sayang serius ni..abang main-main pulak" saya bercakap dengan muka 10 sen.

Melihat keadaan saya yang semakin parah, suami saya mengalah. Maklumlah saya ni susah untuk dipujuk.

"Ok..ok..abang serius. Sayang ingat tak saya pernah menulis sebuah luahan hati yang ditujukan kepada 'bakal imam sayang'?" soal suami saya

Saya tertunduk dengan soalan itu. Lidah saya kelu. Masakan saya lupa sesuatu yang saya lakarkan dengan sepenuh hati saya. Maha besar kuasa Allah, bila mana tulisan saya itu sampai kepada 'bakal imam' saya pada hari itu dan kini saya adalah makmumnya yang saban waktu mengucup tangannya selepas solat. Saya hampir menitiskan air mata. Subahanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..

"Sayang..sayang..janganlah sedih, kan abang dah bagi tahu yang sebetul-betulnya..abang minta maaf, abang nak bergurau je tadi tu.." tutur suami saya seraya memujuk. Bimbang saya merajuk.

"Abang, sayang tak merajuk cuma sayang terkejut dan tak sangka tulisan sayang itu boleh sampai kepada abang dan lebih dari itu Allah hadirkan perasaan nan indah itu dalam hati abang melalui tulisan itu." Suami saya menggenggam erat tangan, dan genggaman itu semakin membuatkan jiwa tunduk dengan kebesaran Allah. Betapa Allah menyantuni saya dengan kasih sayangNYA yang tiada tandingan. Sebanyak-banyak syukur saya panjatkan ke hadrat Allah yang menganugerahkan saya dengan anugerah terindah seorang insan yang tidak pernah jemu membawa saya menuju mardhotillah.

Sungguh,kebesaran dan ihsan Allah kepada saya adalah sesuatu yang tak mampu saya fikirkan ia di luar jangkauan dan kemampuan saya untuk di lakarkan. Tetapi rasa dan keindahan itu akan sentiasa tersemat kemas di sudut hati ini. Saat ini tika saya mengimbau kembali keadaan saya tika menulis titpan itu, tika suami saya melafazkan bagaimana hadirnya perasaan indah itu dalam dirinya untuk saya, demi Allah yang saya nampaknya hanyalah cinta kasih DIA sang pencipta cinta kasih itu. Terima Kasih Allah..

Tidak ada ertinya cinta dan bahagia disisi manusia andai kita tak dapat merasai besarnya cinta dan kasih sayang Allah itu pada kita. Justeru, akhowat dan sahabiah sekalian, andai diri ingin dicintai sang suami, bercintalah dahulu dengan sang pencipta suami. Untuk mendapatkan yang terbaik dari Allah buat lah yang terbaik untuk Allah dan jika kalian mengimpikan untuk menjadi isteri kepada suami yang hebat, maka kalianlah seharusnya menjadi hebat terlebih dahulu!

His love might hurt you but HIS love never!

Nota : Doakan kami agar, kami berjaya menyulam kasih cinta dengan bebenang ketaqwaan sehingga ke syurga sana! Allahumma Ameen

Saturday, 3 October 2009

Berlalu sudah...

Sebuah episod yang begitu bermakna dalam hidup saya dan suami telah berlalu. Hadirnya begitu mendebarkan dan perginya begitu menghibakan. Pastinya setiap pasangan yang baru mendirikan rumahtangga begitu ghairah menanti Ramadhan dan Lebaran untuk menikmati suasana baru menyambut detik-detik tersebut sebagai isteri atau suami orang. Pada awalnya saya turut mempunyai perasaan-perasaan begitu, namun adalah sangat penting bagi kita yang mendirikan rumahtangga dengan tujuan untuk melengkapi 'ibadah kita bersedia dengan pelbagai kemungkinan.

Perkahwinan bukanlah sebuah destinasi yang menjanjikan 1001 keindahan tetapi sebaliknya ia adalah sebuah perjalanan kepada kita dalam membentuk sebuah kebahagiaan yang hakiki di sisi Allah SW T. Saya kira keghairahan saya pada penghujung Sya'ban telah di bawa pergi oleh kematian demi kematian dan perpisahan yang berlaku di sekeliling saya. Kepada Allah jua tempat saya berserah diri. Berdiam diri tanpa sebarang coretan di laman ini bukan bermakna tiada yang menarik atau penting untuk dikongsikan kepada sahabat sekalian, juga tidak bermakna saya tidak mempunyai apa-apa untuk diluah rasa dan melakar bicara jiwa.

Sebenarnya saya telah tiba di sebuah perhentian dalam perjalanan saya bertemu tuhan, perhentian yang membuatkan saya begitu tidak berdaya untuk melafaz mahupun mencoret apa pun dalam mempersembahkan irama hati ini. Persinggahan saya di perhentian itu diiringi dengan kehadiran Ramadhan, dan saya rebah dengan segala kelemahan. Allah lah yang menuntun langkah ini sehingga hari ini. Alhamdulillah..

Sungguh saya belum pernah merasakan ujian di bulan Ramadhan yang begini hebatnya. Sehingga ketakutan menghantui diri, apakah saya ini adalah orang yang rugi itu. Munajat kepada Allah tiada henti mendamba rahmat kasih sayangNya. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.. Saya bersyukur kerana saya dipilih untuk melalui hari-hari itu, namun sebenarnya mujahadah itu tidak semudah yang bicarakan. Itulah hakikakatnya! Dan kesabaran itu juga tidak semudah yang kita ungkapkan.

Dengan seribu satu dugaan dan cabaran bermula dari diri, rumahtangga dan kerjaya, akhirnya saya menemukan sebuah jawapan. Jawapannya saya sudah semakin tua, menghitung hari, mengira amal bekalan, menangisi nasib diri dikala bertemu tuhan, menyesali kelemahan diri yang seringkali menodai rasa bertuhan di dalam jiwa.

Maha benarlah firman Allah dalam surah Al Ankabut ayat 1-5

Alif, Laam, Miim.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.
Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

Lantas sedarlah saya, mengukir segala impian saya di atas kanvas cinta kami atas nama 'ibadah tidak semudah yang disangka. Terlalu mahal harganya, terlalu banyak untuk dikorbankan. Akhirnya bermulalah saya dan suami sebagai pengembara, berkelana kami menuju destinasi yang pasti, melangkah kami mengharap kasil ilahi Rabbi..

Perjalanan itu terlalu panjang dan meletihkan, berhenti kami mengukir monumen syukur di dalam diri atas segala ihsan Ar-rahmani. Segala jerih perih itu hanya akan terbayar apabila jiwa hamba dan rasa bertuhan mampu dibentuk menjadi kebahagiaan di sini dan DI SANA!

Ini irama hati, bicara sepi saya dan mungkin juga suami bagi Ramadhan yang berlalu dan 'Eidulfitri yang dirai..

Pinta bersulama harap yang kami mohonkan pada dia Ilahi RabBi, agar kami bisa menjalani Ramadhan itu lagi, sungguh kami memerlukannya bagi menjahit semula sejadah iman yang seringkali carik dek kelemahan insani kami.

Wahai Allah perkenankanlah..Allahumma ameen.

Nota: Kepada semua yang mengenali saya dan suami serta keluarga di kanvas hidup realiti mahupun di alam maya yang sangat bererti ini, Kami mohon ampun dan maaf atas segala khilaf dan bicara yang melukakan, perbuatan yang menjengkelkan.Mohon dihalalkan segala yang terlebih dan terkurang, doa kami moga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama kita..InshaAllauamineen.Moga kita benar-benar kembali kepada fitrah nan suci itu..

Buatmu Ukhti Umaimah Zainal Abidin..Salam Lebaran Penuh Kemaafan Dari Sham, Suami Dan Keluarga. Kehadiran akak dalam hidup kami akan terus segar kerna ianya anugerah yang sangat bererti..Salam Sayang Kekandaku..Dimana pun jua dikau berada moga kasih sayang Allah sentiasa bersama akak sehingga ke akhirnya..Sham sangat merindukan akak, satu malam pada Ramadhan yang lepas Sham berdoa pada Allah untuk dipertemukan kita walau dalam mimpi cuma, Alhamdulillah...Sham jumpa akak... Syukur pada Allah..

Tuesday, 22 September 2009

Qalbi..

Wisata hati undangi derita,
Sengsara atma,
Gering sukma,
Ilahi RabBi,
Suratan hayatku,
Asrar Kabirku,
Hanya milikMu...

210909 (11:05am)
Teratak Kasih,
Paritt Maimun, Batu Pahat

Friday, 11 September 2009

AWARD

Rimbunan kemaafan ku ukirkan pada mu sahabat, sorry ye cik Bibi baru berkesempatan untuk terima award dari enti. Untuk pengetahuan semua ini adalah anugerah kedua setelah sekian lama saya menjadi blogger. 5 tahun dah bermula di serikandiislam.blogdrive.com dan kini di sini. Alhamdulillah atas izin dan inayyahnya masih diberi kesempatan untuk menikmati segalanya ini.

Buat adinda Bibi Raihana syukran atas award yang comel ini.

Wednesday, 9 September 2009

Hidayah Allah..

Tetamu ziarah yang budiman, untuk ketika ini hambatan tugas di pejabat sangat tidak memungkinkah saya untuk mengemaskini blog. Namun setelah membaca kisah di bawah ini, saya tidak mahu ketinggalan dalam mencoretkan sebuah kisah yang istimewa di dalam blog yang sangat saya sayangi ini. Sebelum kisah ini saya coretkan di sini,saya kongsikannya bersama adinda yang sangat saya cintai dan respon beliau sangat menyentuh hati saya. Nyata selepas pulang dari ESQ banyak sungguh perubahan rohaniah yang dapat saya lihat dari dalam diri adinda saya ini. Bicara mulus yang terbit dari bibirnya setelah membaca kisah yang saya kirimkan kepadanya, akan saya rakam dalam ingatan saya sepanjang hayat ini, InshaAllah. Kata adik saya "tiada kata-kata yang boleh diungkapkan selain pujian kepada Allah"..Ianya mungkin biasa-biasa bagi sesetengah dari kita tetapi bagi saya ianya sangat bererti....

Saya kongsikan kepada anda kisah ini;

Kisah seorang usahawanita berjaya -Pn Rozita Pengasas Sendayu Tinggi.

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

Wednesday, 12 August 2009

Aduhai Doktor...

Dulu sewaktu saya berusia di sekitar 4-12 tahun, saya bercita-cita ingin menjadi doktor. Namun meningkatnya usia saya, saya lebih cenderung untuk menjadi seorang pendidik atau peguam. Malah sehingga ke hari ini cita-cita itu masih tersemat kemas di dalam diri saya.

Bukan niat saya untuk menghurai tentang seorang doktor mahupun bidang tugas profosyen tersebut. Apa yang pasti semakin hari saya semakin menyampah dengan para doktor yang ada di hospital kerajaan hari ini. Hampir kesemua mereka masih muda belia, dan mungkin itulah faktor, kenapa mereka tidak begitu berbudi bahasa dan prihatin kepada pesakit. Malah adakalanya mereka langsung tidak beretika. Saya mengkritik doktor bukan kerana benci tetapi saya mengharapkan sebuah perubahan yang akan berkekalan. Sepupu di sebelah suami dan isterinya juga adalah doktor, teman baik saya dan isterinya bakal menjadi doktor tidak lama lagi, malah sahabat-sahabat saya juga ada yang menjawat jawatan sebagai pegawai perubatan di hospital-hospital kerajaan. Alhamdulillah, dek kerana sombong dan kurang ajarnya doktor-doktor yang di takdirkan merawat saya dan ahli keluarga yang lain, sahabat-sahabat doktor saya inilah tempat saya merujuk dan mendapatkan nasihat, tanpa sebarang bayaran pulak tu! Syukran Kak Wardah dan Kak Wanis.

Masih tidak saya lupakan seorang doktor yang merawat saya memarahi saya kerana berbaring di atas katil di dalam bilik rawatan, sedangkan doktor itulah yang meminta saya berbuat demikian. Tetapi dia lupa! tahukah anda kenapa doktor tersebut boleh lupa? kerana beliau bersembang dengan jururawat yang ada di situ dan sempat bergurau. Tidak salah bergurau tetapi jangan melampau sehingga hilang fokus anda. Bagaimana kiranya doktor tersebut hilang fokus ketika mengendalikan kes-kes kritikal?

Setiap kali Ramadhan, peristiwa ini sering menghantui kami adik beradik. Masa tu, kakak saya masih di Malaysia. Ayah tiba-tiba di serang sakit perut yang sangat teruk. Saya turun ke bawah (rumah flat) untuk mencari teksi, dan alhamdulillah dapat teksi saya minta teksi itu tunggu dan saya bawa ayah turun, di temani oleh mak. Sampai di HUKM dalam pukul 4:00am, bayangkan dari pukul 4:00am tu sehingga jam 7:00 baru lah ayah dirawat.Semenjak tu kami sekeluarga sangat fobia dengan HUKM. Tapi ada masa tiada pilihan terpaksa ke sana juga!

Selepas peristiwa itu berlalu beberapa tahun, acapkali saya berusaha untuk mengelak berjumpa doktor di hospital kerajaan. Tapi jarang sekali ke hospital swasta. Tetapi bagi ayah yang sememangnya mempunyai rutin pemeriksaan bulanan tidak boleh tidak, terpaksa hadapi situasi yang menyakitkan hati ini saban hari ketika menjejakkan kaki ke hospital.

Suatu hari, seperti biasa apabila ayah pulang dari hospital saya menyapa dan bertanya mengenai apa yang dimaklumkan doktor. Hari itu wajah ayah kelihatan sugul, dengan penuh manja dan lemah lembut, saya mulakan sesi berbual santai dengan ayah (adik beradik yang lain termasuk emak tidak berani memecah sepi ayah, hanya saya).Ironinya sayalah anak yang keras kepala mungkin disebabkan itu, saya tidak betah duduk diam bila melihat ayah diam seribu bahasa. Berbalik pada ayah saya tadi, alangkah terkejutnya saya bila ayah mengatakan dia sangat terasa hati dengan seorang doktor perempuan yang menunda temujanjinya. Temujanji yang biasanya 2 bulan sekali. di tunda kepada 4 bulan sekali, bertanyakan hal itu, ayah dimarahi kata doktor tersebut "Kalau sakit sangat pegi je kecemasan tu" bagi seorang warga emas seperti ayah saya pastinya kata-kata itu amat biadap sekali, ayah yang mengharapkan penjelasan herdikan pula yang diterima sebagai balasan.

Baru-baru ini mak ditahan di wad kerana masalah jangkitan kuman, satu fenomena yang sangat memeranjatkan saya, apabila doktor yang bertugas 'round' wad pada pagi hari itu, menengking setiap pesakit di tiap-tiap katil dengan suara yang tinggi. Saya jadi hiba melihat makcik-makcik yang jauh lebih berusia dari mak saya sendiri. Jururawat pada pagi itu juga agak biadab, jururawat itu tidak datang bersemuka dengan saya untuk meminta saya menunggu di luar dan sebagainya. Setahu saya setiap pesakit boleh ada seorang waris yang menunggu. HKL terlalu banyak birokrasinya, apa yang berlaku selain melihat fenomena doktor menengking pesakit, saya dimarahi oleh petugas keselamatan di wad itu. Saya maklumkan bahawa saya perlu menunggu sehingga doktor memeriksa emak saya, ianya untuk memudahkan proses komunikasi antara mak dan doktor dan untuk saya sendiri untuk mengetahui bagaimana keadaan mak. Kelihatan seorang ahli farmasi yang sedang memeriksa jadual ubat pesakit menyoal saya di hadapan petugas keselamatan itu "kenapa kamu mahu berjumpa dengan doktor ?" saya menjadi panas hati, dari awal lagi saya sudah menjelaskan rasional kenapa saya perlu tunggu sehingga doktor memeriksa mak saya. Untuk meredakan perasaan marah saya ini saya mengambil tindakan untuk merenung wajah mak, ada sekuntum damai di situ. Pegawai keselamatan itu pun beransur keluar, selang beberapa minit dia datang semula dan beritahu kehadiran saya akan menganggu doktor untuk memeriksa. Tahap kepanasan saya melonjak ke paras maksima, bila pengawal keselamatan itu berkata 'saya hanya menjalankan tugas, jururawat tak bagi waris menemani pesakit'. Saya meninggikan suara kepada pengawal keselamatan itu dan menyatakan saya hanya akan keluar dari wad tersebut setelah berjumpa dan melihat sendiri doktor itu merawat dan menganalisa keadaan mak saya. Darah saya semakin naik apabila ada jururawat yang mula menjeling ke arah saya, Saya berusaha untuk menenangkan diri. Alhamdulillah saya berjaya,begitu pun sehingga sekarang saya amat meluat kepada doktor, jururawat yang sungguh biadap itu.

Terkenang saya semasa suami di tahan di Hospital Melaka kerana menghidap demam denggi. Allah sahaja yang mengetahui perasaan saya ketika itu. Pun begitu saya bersyukur ditemani ibu mertua yang sentiasa menenangkan saya. Di situ tidak masalah untuk kita menemani pesakit, tetapi masalahnya lain pula. Hampir 6 kali dicucuk jarum ke tangan suami saya untuk mengambil darah, dan kesemuanya tidak berjaya. Doktor tersebut tidak mahu meminta bantuan jururawat berpengalaman atau pun pembantu perubatan yang ada di situ. Ikutkan hati saya, saya memang nak sembur doktor tersebut. Tetapi ditegah oleh ibu mertua saya, ya lah bimbang nanti doktor tersebut melepaskan geram pada suami saya bila tiada orang di sisinya nanti.

Seminggu yang lepas saya menemani ayah untuk menjalani pemeriksaan pakar, ayah saya mempunyai sakit 3 serangkai memandangkan umur ayah sudah pun menginjak 80 jadi kami semakin berhati-hati dan sangat peduli akan tahap kesihatan ayah. Setelah lama menunggu saya mengiringi ayah ke bilik doktor. Seorang doktor muda, berbangsa melayu dan beragama Islam. Mula-mula agak ramah, memberi salam dan berjabat tangan dengan ayah. Doktor tersebut meminta ayah bercerita serba sedikit sejarah penyakit ayah, yang mana semua itu sudah pun tercatit di dalam fail yang dipegangnya. Entah kenapa saya tak pasti, saya hanya mendiamkan diri. Selepas habis doktor tersebut bertanya, saya mengajukan soalan mengenai kandungan gula dalam daranh, keadaan jantung dan buah pinggang juga paras kolestrol. Sedang doktor tersebut bercakap dengan saya, tentang kadnungan gula, dia mengatakan secara purata paras gula ayah 7.6, katanya "ok la..". Doktor tersebut bertanya kenapa tidak mahu mengambil suntikan insulin, ayah saya terus menjadi kelu.Saya menjadi hairan, katanya tadi kandungan gula dalam darah ok, kenapa perlu dipersoalkan tentang suntikan insulin pula, bila saya bertanya semula; ini jawapannya "nak kata ok..tak la ok sangat, kalau boleh turun lagi bagus". Saya sudah mula panas, kemudian doktor tersebut persoalkan kenapa berhenti makan pil 'metformin' saya menjawab doktor sebelum ini minta ianya di berhentikan kerana ubat tersebut membawa kesan sampingan yang agak teruk. Bayangkan dengan makan ubat itu ayah saya cirit-birit selama seminggu. Atas nasihat doktor yang sebelum ini ayah berhenti makan ubat tersebut. Doktor tersebut menyarankan agar ayah terus berpantang.

Saya mula bertanya mengenai keadaan buah pinggang ayah, dan mengatakan ayah sering sakit pinggang sambil nak belek keputusan darah untuk buah pinggang tu, doktor itu meminta saya membawa ayah untuk melakukan x-ray dan doktor akan memaklumkan saya masalah sebenarnya yang mengakibatkan ayah sakit pinggang. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, doktor tersebut bangun keluar bilik tanpa memohon maaf dari kami. Dia bergelak tawa dan bersembang melalui telefon lebih kurang 5 minit. Seketika dia masuk semula, dan saya bertanyakan pula tentang keadaan buah pinggang ayah, katanya buah pinggang ayah rosak sedikit. Dan saya bertanyakan adakah sakit pinggang ayah berpunca dari buah pinggang yang rosak? Katanya, "umur dia pun dah berapa? biasalah tu.Tak pe kejap lagi ambil x-ray dan ktia akan tengok". Saya sedikit terkilan dengan respon awalnya, saya tahu ayah sudah tua, namun begitu bagi saya setiap sakit ada puncanya, paling tidak jika ianya disebabkan faktor usia mestilah ianya ada kaitan dengan 'Osteoarthitis'. Bagi saya cara doktor tersebut menjawab memperlihatkan betapa tidak profesionalnya beliau. Saya hanya mampu mengomel dalam hati. Selepas diperiksa, doktor meminta saya dan ayah menunggu di luar sementara doktor itu menyediakan preskripsi dan borang untuk melakukan x-ray. Dalam 10 minit seorang jururawat keluar sambil melaung nama ayah. Saya mendapatkan jururawat itu dan beliau menyerahkan priskripsi ubat dan borang x-ray itu. Alangkah terkejutnya saya, apabila doktor tersebut meminta x-ray dilakukan bila-bila masa sebelum temujanji akan datang. Maksudnya x-ray itu hanya akan di review dan sakit ayah hanya akan diagnos 3 bulan dari tarikh itu. Saya kecewa yang amat! Dengan perasaan yang sangat berat saya hanya menurut seperti yang diarahkan.

Sementara saya dan ayah menunggu preskripsi di luar bilik doktor, satu peristiwa yang sangat menyedihkan berlaku. Seorang wanita berbangsa cina membawa ibunya yang hampir berusia 90 tahun. Wanita tersebut telah mohon agar doktor membuat ujian darah kepada ibunya untuk melihat paras gula dalam darah ibunya memandangkan sudah lama tidak ada ujian darah yang dibuat! Tahukah anda apa yang berlaku? Doktor tersebut membiarkan permintaan wanota itu di angin lalu tanpa sebarang respon. Setelah tamat sesi pemeriksaan doktor tersebut meminta wanita dan ibunya menunggu di luar untuk mendapatkan preskripsi dan temujanji akan datang. Melihat doktor itu tidak melayan permintaannya dia bertanya semula, doktor tersebut menjawab dengan acuh tak acuh, melihat keadaan itu wanita berbangsa cina ini naik marah. Dia berkata kepada doktor "Kalau you tak mau buat, you cakap la apa sebab? I suruh buat sebab kita tak tau apamacam dia punya diabetic level after operation!, Doktor tersebut tetap menyuruh wanita tersebut tunggu di luar" Apabila keluar dari bilik doktor itu wanita tadi mengadu kepada pegawai di kaunter luar mengenai sikap doktor tersebut yang tidak merespon kepada permintaan beliau. Kata wanita itu "kalau ujian tersebut tidak perlu di lakukan, kenapa doktor itu tidak menerangkan kepada beliau. Ini langsung buat tak dengar!" Jururawat kepada doktor tersebut telah mendengar wanita ini mengadu, barangkali jururawat ini telah menyampaikannya kepada doktor tersebut. Apa yang berlau tiba-tiba jururawat itu memanggil semula wanita tersebut untuk berjumpa doktor. Wanita tersebut bergegas berjumpa doktor. Tahukah anda apa yang berlaku? Doktor tersebut bertanya, " Sebelum ini mana u punya mak ambil rawatan? " Wanita tadi menjawab " dulu mak saya ambil rawatan di hospital swasta, tapi untuk pembedahan tersebut maknya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur ini, dan dari wad HKL itu maknya dirujuk ke klinik pakar HKL itu. Alangkah terkejutnya saya bila doktor itu berkata "bawa semula you punya mak ke hospital swasta sana, tak payah datang ke sini. Sungguh biadap kenyataan itu, tetapi itulah kenyataan yang terbit dari bibir seorang doktor! Saya hairan kenapakah mereka yang menjawat jawatan mulia ini men'downgrade'kan diri mereka dengan akhlak yang sebegitu. Sangat mengecewakan kerana mereka itu adalah melayu dan ISLAM!

Ini adalah cebisan pengalaman saya berdepan dengan doktor-doktor yang sangat menyakitkan jiwa raga. Ini belum lagi saya menceritakan mengenai doktor yang mengambil mudah tentang penyakit dan simptom-simptom yang di hadapi pesakit. Sudahnya ramai orang yang yang sakitnya hanya dapat didiagnos pada tahap-tahap kritikal. Sesungguhnya segalanya dari Allah jua, dan segala kepastian juga di sisi ALLAH.

Biarpun setiap kali ke hospital saya akan merasa takut dan setiap kali pulang saya akan pulang dengan kekecewaan. Saya mohon pada Allah agar saya dan ahli keluarga diberikan ketetapan hidup dan mati dalam iman dan islam, jika di takdirkan kami kembali mohon Allah ambil kami dalam pelukan kasih sayangnya. Ameen ya Allah..Du'a setulusnya juga buat kalian.

NOTA: Saya mohon ribuan kemaafan kepada tetamu ziarah yang budiman, hampir setiap hari saya perasan ada tetamu ziarah yang berkunjung tetapi blog ini tidak dikemas kini. Maafkan saya, rasanya sepanjang saya terjun ke dunia blog sejak 5 tahun yang lalu ini kali pertama saya mengambil masa selama 3 minggu untuk menyiapkan satu entry. Hambatan masa dan tanggungjawab telah menyebabkan ianya terjadi! Maafkan saya atas kelemahan saya dalam menguruskan perkara ini.

Friday, 31 July 2009

Bicara Kerinduan Buat Kalian...

Titipan ini khas untuk teman-teman SRIKANDI..Sayang Fillah ;

Bersyukurlah andai terbit rasa ketidakmampuan,
Itu tandanya hamba sentiasa perlukan tuhan..

DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai diri merasa keletihan,

Bersyukurlah andai hatimu diterjah kekecewaan,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan...

Bersyukurlah andai hatimu diamuk kesepian,
Iitu tandanya hamba perlukan tuhan..

Bersyukurlah andai dirimu terasa sendirian mengharungi segala tanpa teman,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan..

Bersyukurlah andai kehilangan sebuah kekuatan,

Bersyukurlah andai jiwamu merintih untuk sebuah ketabahan,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan..

Bersyukurlah atas segala keperitan dan kepayahan yang disalurkan,
Kerna disitu lahirnya jiwa rasa hidup berTUHAN!

DIA sedang mentarbiyyahmu dengan caranya tersendiri!

Bersyukurlah!
Bersyukurlah!
Bersyukurlah!

Kerna kau menjadi pilihanNya!

Biar segunung ujian didatangkan,
Kentalkan jiwa dengan haruman ketaqwaan,
Moga ianyakan menjadi saksi di hari pertemuan!

Tiada Kata....

If you'd stand in front of the Prophet just one minute...
What would you say and what would be your gift?

Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat kutatap wajahmu,
Kan pasti mengalir airmataku,
Kerna pancaran ketenanganmu…

Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat kukucup tanganmu,
Moga mengalir keberkatan dalam diriku,
Untuk mengikut jejak langkahmu…

Ya RasuluLLAH, Ya HabibaLLAH,
Tak pernah ku tatap wajahmu,
Ya RasuluLLAH, Ya HabibaLLAH,
Kami rindu padamu…

Allahuma solli ala Muhammad
Ya Rabbi solli alahi wassalim
Allahuma solli ala Muhammad
Ya Rabbi solli alaihi wassalim…

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu,
Tiada kata yang dapat aku ucapkan,
Hanya Tuhan saja yang tahu…

Ya RasuluLLAH, Ya HabibaLLAH,
Tak pernah ku tatap wajahmu,
Ya RasuluLLAH, Ya HabibaLLAH,
Kami rindu padamu…

Ku tahu cintamu kepada umat
UMMATI, UMMATI,
Ku tahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami….

Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat kutatap wajahmu,
Kan pasti mengalir airmataku,
Kerna pancaran ketenanganmu…

Ya RasuluLLAH, Ya HabibaLLAH,
Tak pernah ku tatap wajahmu,
Ya RasuluLLAH, Ya HabibaLLAH,

Kami rindu padamu…

Ya RasuluLLAH, Ya HabibaLLAH,
Terimalah kami sebagai umatmu,
Ya RasuluLLAH, Ya HabibaLLAH
Kurniakanlah syafaatmu…

Allahuma solli ala Muhammad,
Ya Rabbi solli alahi wassalim,
Allahuma solli ala Muhammad,
Ya Rabbi solli alaihi wassalim…

Thursday, 30 July 2009

The First Award Ever..

Tengkiu Epah!

Syarat-Syarat

1. Letak kan award d blog anda.

Cik Sakinah
Kak Nik
Kak Jamilah
Kak Zara
Kak Hasla
Cik Limau

Adik Neem
Ukhti Bibi Raihana

**Cukup la tu ek

3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui 'backlink' dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda...
**Orrait

4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka...
**Baik!

5. Berbagi cinta & sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini...
**Ya Allah sayangi Epah.Ameen

Tuesday, 28 July 2009

SubahanAllah!

SubahanAllah..... Allahuakbar......
Indahnya...
Tiada kata yang mampu ku ukirkan tatkala pandangan berlabuh pada gambar yang satu ini..

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami,
perkenankanlah doa permohonanku
[Surah Ibrahim :40]

Tuesday, 21 July 2009

Bicara hati..

Aku insan terpilih punya sepasang ayahbonda yang mengasihiku dengan segenap rasa namun masih ku rasa segalanya tiada warna lalu KAU hadiahkan untuk ku seorang kakak yang setia mendoakanku walau kami terpisah jauh beribu batu.Aku terduduk mengenangkan Ar-Rahim Mu tatkala KAU memberikan aku seorang Rahimah (adik) yang mengasihi aku dengan segala ada. Sungguh aku termangu dengan segala iradatMu ke atas aku hamba yang tak punya apa. Masih ku rasa hanya sepi itu yang menemani dan warnanya cuma hambar semua...Ku rasakan jasadku berada di tengan hamparan dunia yang begitu kosong dan aku di tengah-tengahnya. Aku begitu sesak menguruskan nafasku kerana sunyi itu begitu menghimpit seolah memberi isyarat aku bukan milik dunia ini..Aku terduduk mencari erti..erti pada hidup ini..

Lalu KAU hadiahkan aku seorang suami yang mencintai aku dengan seluruh jiwa rasa tetapi kami terpisah dek masa dan jarak demi amanah yang telah KAU titipkan. Sekian kalinya masih ku rasakan segalanya sepi dan sunyi. Derita memerangi jiwa rasa ini begitu siksa. Kata mereka akulah insan bahagia kerana aku punya segala. Tetapi hakikatnya masih sepi itu yang bertandang dan derita itu yang mengiringi. Sekali lagi aku tersungkur mencari erti, erti sebuah bahagia..

Tuntas, ketakutan menguasai. Jika di sini begini yang ku rasakan.. Bagaimana di sana? Di sana aku tidak akan punya ayahbonda, tidak kakak dan adik. Jauh sekali suami apa lagi rakan taulan. Aku akan bersendirian tanpa teman, dan apakah aku mampu untuk melalui kesunyian yang sangat panjang itu? Jika dunia yang begitu luas itu mampu menyesakkan nafasku dengan segala kesepian ini, bagaimana di sana? Di barzakh yang sememangnya sempit lagi menyempitkan? Mampukah aku berhadapan dengan semua itu andai disini sahaja aku tewas begini?

Aku terkulai lemah mengenang dosa dan noda yang memalit jiwa. Sungguh tidak terdaya untuk meniti hari-hari yang mendatang kerna kurasakan sebenarnya hidup ini tidak pernah punya erti kecuali mati, dan kematian adalah permulaan sebuah pengertian. Dan saat itu bermula sebuah pencarian, pencarian kepada kebahagiaan.

Hakikatnya bahagia di sana adalah apa yang diukirkan di sini. Menyedari akan segunung alpa dan dosa yang terpikul di pundak ku, aku bertimpuh disisMu Ar-Rahman mengharapkan belas ihsan. Aku mempersembahkan pintaku padaMu tuhan.

Kata mereka aku insan bahagia punyan insan yang mencintai di sisi, punya hati yang mengasihi mengiringi perjalanan hidupku tetapi cuma aku yang mengerti hakikat hidup insaniku ini. Tuhan benar aku di hadiahkan dengan ayahbonda yang sangat mengasihi tetapi aku hadir dengan tempang upaya, tidak aku termampu memberi gembira pada mereka apa lagi menyinari hati tua mereka dengan mengisi segala impi dan mimpi mereka. Tuhan aku KAU berikan seorang kakak yang setia dan taguh berdiri di tengah badai kehidupan ini, tetapi aku kudung upaya, tak mampu aku menghulur lembut jemariku untuk mengusap lembut air mata sengsaranya. Aku KAU berikan adinda yang cukup banyak mengerti tetapi aku juga bisu upaya dalam merangsang dan berkongsi apa adanya padaku untuk melukis sejalur pelangi gembira pada seraut wajah nan mulus itu. Aku juga hambamu yang terpilih KAU hadiahkan aku seorang suami, sekali lagi aku lumpuh upaya, tidak mampu berada disisinya tatkala dia memerlukan, aku tak bisa menghadiahi secangkir bahagia dengan apa hendaknya. Tuhan aku punya segala tetapi aku dan dia aku dan mereka terpisah dek 1001 munasabah suratan.

Ya Hannan, Ya Mannan

Aku datang padaMu dengan sebuah harapan agar pintaku KAU perkenan. Aku datang dengan segala keinsafan bahawa tiada pengertian selain dariMu tuhan.

Aku punya pinta Wahai Allah Yang Maha Perkasa ;

Aku mohon Ya Ghaffar, Ya Allah At-Tawwab, Ya Allah Al -'Afuww , ampuni aku Ya Allah atas segala dosa dan nodaku, bersih aku dari segala kotoran itu tuhan agar aku bisa bertemuMu dengan aman. Ya Allah Ya Muntaqim andai KAU mahu mengambilku, aku mohon jangan KAU ambilku tatkala aku belum cukup siap sedia. Aku tidak akan berdaya untuk menghadapi murkaMu tuhan. Aku punya pinta Wahai Allah Yang Maha Khabiir, andai derita dan sepi ini adalah yang terbaik untukku di sana hadirkan ia bersama setitis kekuatan agar aku akan terus tegar kehadapan. Wahai tuhan yang maha mengasihani, kasihanilah kedua orang tua ku dan aku mohon KAU jadikanlah mereka ahli jannahMu atas segala pengorbanan mereka selama aku menjadi anak mereka. Tuhanku KAU berikan aku kakak dan adik yang begitu mencintaiku, meski kini kami terpisah dek jarak dan masa, aku mohon kau rahmatilah mereka di dunia dan di akhirat dan izinkan aku menlantunkan doa di antara langit dan bumi ini untuk mereka. Tuhanku iringi mereka dalam setiap helaan nafas dan lindungi mereka dengan segala kudrat iradatMu. Tuhanku yang maha menyayangi, sayang tuhan pada hamba, telah menghadirkan dia suamiku, tetapi kami juga terpisah jauh. Aku mohon tuhanku izinkan aku mempersembah indah khidmat baktiku padanya agar redha suami ku akan mengiringi perjalananku menuju redhaMu. Tuhan aku punya pinta, pinta si hamba pada Mu Ya Wahhab, Ya Razzaq, Ya Warith izinkan aku mengandung, melahir, mendidik dan membesarkan zuriat keturunanku yang soleh dan solehah. Izninkan aku mengajar mereka untuk melafaz halus doa tulus kepada kedua orang tua mereka, juga tuhanku izinkan hidup mereka mulia mendaulatkan agamaMu dan syahid menuju redhaMu. Tuhanku izinkan aku menemani hari-hari suamiku sebagai isteri penyejuk jiwa yang mendorong bahtera kasih kami menuju cintaMu. Allah Ar-Ra'uf izinkan aku dan dia mencintai di kala dekat dan menyayangi di kala jauh.Ya Allah Al Hafiz Al Muqit lindungi kami dalam dakapan kasih sayangMu agar kami akan terus teguh menghadapi hidup menuju redhaMu. Tuhanku Al-Qwiy, Al Matin teguhkan kami dan tetapkan kami bersama dikala senang dan susah, suka dan duka agar kami bisa bertemu Mu tuhan dengan hangatnya cinta yang kami patri demi menyahut sunnah RasulMu.

Ya Allah Al-Wajid, terpisah aku dan mereka di sini. pintaku temukan kami semula di taman syurgaMu, terpisah aku dan dia di sini, pintaku himpunkan kami bersama di taman bahagaiaMu itu Rabbi..

Tuhanku Al Qdiir Al Muqtadir jangan kau menguji aku dan keluargaku dengan sesuatu yang tidak terdaya kami tanggungi, justeru aku datang dengan harapan yang menggunung tinggi.. Ilahi pandanglah aku yang tiada daya ini...

Ya Allah Ya Mubdi' ul Mu'id jadikanlah segala derita ini sebagai sinar bahagiaku di sana, kerna ku yakin di situlah letaknya erti hidupku..

Malik ul Mulk Dzul Jala Wal Ikram telah kusaksikan besarnya karuniamu pada hamba yang tiada apa selain kaya dengan segala noda, hanya hampar tahmidku ini mampu ku persembahkan ALhamdulillah pun begitu masih ia di iringi dengan 1001 pinta kerana aku hamba lemah hina tidak mempunyai apa, lantas bagaimana harusnya aku?....

Ya Allah Ya Mujib...perkenankanlah...

Wednesday, 8 July 2009

KEJAM : Dia dibunuh kerana tudungnya!

Moga dirinya diterima Allah sebagai syuhada. Ameen.

Petikan artikel dari eramuslim ;

Selasa, 07/07/2009 15:56

Ribuan orang mengantarkan jenazah Marwah Al-Sharbini ke tempat peristirahatannya yang terakhir di kota Alexandria, Mesir waktu setempat. Ribuan orang itu berjalan mengiringi peti jenazah Marwa yang mendapat sebutan "martir jilbab".

Kematian Marwa memicu kemarahan di kalangan komunitas Muslim di Jerman dan Mesir-negara asal Marwa-tetapi juga komunitas Muslim di berbagai negara. "Tidak ada Tuhan selain Allah dan orang-orang Jerman adalah musuh Allah," kata seorang warga Mesir yang ikut mengantarkan jenazah Marwa ke pemakaman.

"Kami akan membalas kematiannya. Barat, mereka tidak mau mengakui kita. Di sana ada rasisme," ujar Tarek Al-Sharbini, saudara lelaki Marwa.

Selain Marwa, suaminya juga menjadi korban dan sekarang masih dalam kondisi kritis di sebuah rumah sakit Dresden, Jerman. Suami Marwa secara tak sengaja terkena tembakan aparat saat sang suami mencoba melindungi istrinya yang diserang dengan senjata tajam oleh pemuda Jerman keturunan Rusia.

Peristiwa itu terjadi di ruang sidang di kota Dresden, saat Marwa akan memberikan kesaksian atas kasusnya. Marwa menuntut pemuda yang juga tetangganya itu ke pengadilan karena menyebutnya sebagai teroris hanya karena ia mengenakan jilbab. Marwa berada di Jerman mengikuti suaminya yang sedang melakukan riset dengan biaya beasiswa.

Menurut kakak lelaki Marwa, aparat mengira suami Marwa yang melakukan serangan sehingga petugas keamanan pengadilan itu menembaknya. "Para aparat keamanan itu berpikir, sepanjang orang itu tidak berambut pirang, maka dialah pelaku serangannya, dan mereka menembak suami Marwa," kata kakak lelaki Marwa.

Pemuda Jerman keturunan Rusia yang menyerang Marwa, bernama Alex W, 28, kini mendekam di penjara dan akan dikenakan tuduhan baru yaitu pembunuhan. Christian Avenarius, jaksa pengadilan Dresden mengatakan, Alex menusuk Marwa karena didorong rasa kebencian yang dalam terhadap Islam, karena sejak awal pengadilan, Alex yang berimigrasi ke Jerman tahun 2003 sudah mengungkapkan pernyataan-pernyataan anti-Islam dan anti-Muslim.

Dari wawancara di beberapa media Mesir, keluarga Al-Sharbini di Mesir mengatakan bahwa pelaku penusukan sudah sering menghina dan melecehkan Marwa, bahkan pernah mencoba melepas jilbab Marwa. Ibu Marwa, Laila Shams mengungkapkan, Marwa juga kesulitan mendapat kerja di Jerman karena ia mengenakan jilbab.

"Suatu kali, Marwa pernah disuruh melepas jilbab jika ingin mendapatkan kerja, tapi Marwa menolaknya," kata sang ibu.

Menanggapi kasus Marwa, Jubir pemerintah Jerman Thomas Steg mengatakan bahwa insiden ini berlatar belakang rasial dan pemerintah mengutuk keras pelakunya. Pemerintah Jerman baru bersuara atas kasus ini, setelah komunitas Muslim di negara itu mengecam pemerintah dan para politisi di Jernam yang diam saja atas kasus tersebut.

Menyindir sikap pemerintah dan para politisi di Jerman, harian independen di Mesir, El-Shorouk menulis, kalau korbannya Yahudi, barulah dunia gempar. Seorang bloger Mesir bernama Hicham Maged dalam blognya menulis,"Mari kita bayangkan, jika kondisinya dibalik, korban adalah orang Barat yang ditusuk di dunia atau di salah satu negara Timur Tengah oleh seorang Muslim ekstrim."

Atas insiden yang menimpa Marwa, Asosiasi Farmasi Mesir sudah menyerukan boikot terhadap obat-obatan dari Jerman.

Pemerintah Mesir belum mengeluarkan pernyataan atas peristiwa yang menimpa warga negaranya. Belum jelas apakah pemerintahan Husni Mubarak akan menuntut pemerintah Jerman bertangung jawab atas kasus ini.

Baru semalam saya berdiskusi bersama rakan sepejabat Dr.Abu, mengenai kezaliman yang dilakukan oleh Rusia terhadap Chechnya. Hari ini saya menerima perkhabaran yang sangat menyakitkan ini. Kredit kepada Akh Masri.Ukhti Marwa mengorbankan nyawanya dan juga bayi dalam kandungannya kerana mempertahankan syariat Allah.

Kejam sungguh kafir laknatullah ini, Ya Allah kau hancurkanlah mereka yang terlalu zalim dengan agamaMu ini. Saudaraku, andai ukhti marwa pergi kerana mempertahankan syariatnya, apakah masih ada alasan kepada kita untuk meringankan tuntutan Allah ini?

Hidup Mulia Mati Syahid, Moga Jannah adalah tempatnya, dan moga Allah selamatkan suami Ukhti Marwa! Saya MARAH yang teramat! Ya Allah.........