Ketahuilah wahai mujahidku, untuk mengetahui namamu tidak menjadi idamanku, apa lagi untuk menatap wajahmu, Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justeru diri ini amat bersyukur kerana masih tidak ditakdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita, ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita menempah siksaan Allah. Ya Tuhan kami lindungi kami...
Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah.Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala...
Tiada yang lebih bahagia suamiku, melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan Deen ini, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar ku damba syahid suci itu, berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan menyambung perjuangan baba mereka.
Berikanku sepenuhnya sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu mujahid kita ke medan jihad, mungkin kau hairan suamiku, mengapa diri ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya. Suamiku, hatimu itu milik robbul jaleel, dan ku pohon sebagaian itu sebagai semangatku wahai suamiku, Dari awal lagi sudah ku didik hati ini, bahawa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.
Wahai suamiku, seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu yang mampu mengenggam syahid. Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang kuimpi adalah seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para mujahid...
Wahai suamiku, walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang pasti; bersamalah kita mendidik hati mencintai SYAHID demi redhaNya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan yang tidak terkira dari rafiul a'la, bersamalah kita bersyukur, bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini, kerana hilanglah erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas, dan cinta sementara ini bisa melukakan hati kita. Sepatutnya hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...
Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNya...biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita di atas lembaran tahajjud...InsyaAllah inilah pencarian kita...
Wassalam
26 Nov 2006 [http://www.serikandiislam.blogdrive.com]
Ini bicara jiwa yang saya ukirkan 3 tahun yang lalu, (saya merindui diri saya yang itu). Saya mengukirkan bicara itu dengan satu matlamat cuma; saya mahu luahan saya ini membantu saya agar tidak tergelincir dalam menguruskan perasaan. Alhamdulillah saya berjaya, tetapi siapa sangka Allah berkehendakkan lebih dari itu.
Setelah beberapa bulan saya sah menjadi isteri kepada suami saya, saya tanyakan kepada suami saya "abang apa yang menyebabkan perasaan abang hadir untuk sayang? Seorang wanita yang tak pernah abang tatap wajahnya apa lagi kelibatnya."
Suami saya menjawab "sayang ingat tak saya pernah menulis 'surat cinta' untuk abang tapi sayang tak hantar kat abang sekadar pamerkan di blog sahaja.Ingat tak?" (sambil senyum nakal)
"Mana ada abang?" sayang pasti 101% ! Kenal abang pun tidak, inikan pula menulis 'surat cinta'!" Jawab saya dengan muka yang masam mencuka. (Merajuk bila soalan penuh bererti itu dijawab dengan soalan kembali. Lebih sedih, itu soalan yang tidak relevan.)
Berderai ketawa suami saya melihat rekasi saya petang itu. Saya menjadi semakin geram.
"Abang, sayang serius ni..abang main-main pulak" saya bercakap dengan muka 10 sen.
Melihat keadaan saya yang semakin parah, suami saya mengalah. Maklumlah saya ni susah untuk dipujuk.
"Ok..ok..abang serius. Sayang ingat tak saya pernah menulis sebuah luahan hati yang ditujukan kepada 'bakal imam sayang'?" soal suami saya
Saya tertunduk dengan soalan itu. Lidah saya kelu. Masakan saya lupa sesuatu yang saya lakarkan dengan sepenuh hati saya. Maha besar kuasa Allah, bila mana tulisan saya itu sampai kepada 'bakal imam' saya pada hari itu dan kini saya adalah makmumnya yang saban waktu mengucup tangannya selepas solat. Saya hampir menitiskan air mata. Subahanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..
"Sayang..sayang..janganlah sedih, kan abang dah bagi tahu yang sebetul-betulnya..abang minta maaf, abang nak bergurau je tadi tu.." tutur suami saya seraya memujuk. Bimbang saya merajuk.
"Abang, sayang tak merajuk cuma sayang terkejut dan tak sangka tulisan sayang itu boleh sampai kepada abang dan lebih dari itu Allah hadirkan perasaan nan indah itu dalam hati abang melalui tulisan itu." Suami saya menggenggam erat tangan, dan genggaman itu semakin membuatkan jiwa tunduk dengan kebesaran Allah. Betapa Allah menyantuni saya dengan kasih sayangNYA yang tiada tandingan. Sebanyak-banyak syukur saya panjatkan ke hadrat Allah yang menganugerahkan saya dengan anugerah terindah seorang insan yang tidak pernah jemu membawa saya menuju mardhotillah.
Sungguh,kebesaran dan ihsan Allah kepada saya adalah sesuatu yang tak mampu saya fikirkan ia di luar jangkauan dan kemampuan saya untuk di lakarkan. Tetapi rasa dan keindahan itu akan sentiasa tersemat kemas di sudut hati ini. Saat ini tika saya mengimbau kembali keadaan saya tika menulis titpan itu, tika suami saya melafazkan bagaimana hadirnya perasaan indah itu dalam dirinya untuk saya, demi Allah yang saya nampaknya hanyalah cinta kasih DIA sang pencipta cinta kasih itu. Terima Kasih Allah..
Tidak ada ertinya cinta dan bahagia disisi manusia andai kita tak dapat merasai besarnya cinta dan kasih sayang Allah itu pada kita. Justeru, akhowat dan sahabiah sekalian, andai diri ingin dicintai sang suami, bercintalah dahulu dengan sang pencipta suami. Untuk mendapatkan yang terbaik dari Allah buat lah yang terbaik untuk Allah dan jika kalian mengimpikan untuk menjadi isteri kepada suami yang hebat, maka kalianlah seharusnya menjadi hebat terlebih dahulu!
His love might hurt you but HIS love never!
Nota : Doakan kami agar, kami berjaya menyulam kasih cinta dengan bebenang ketaqwaan sehingga ke syurga sana! Allahumma Ameen
13 comments:
Sudah jawab semuanya persoalan d hati.. ingatlah Zaujahti.. rumah tangga itu satu anugerah dn amanah yg d beri.
Bnyak perkara yg akn di lalui.. suka dn duka yg mengisi hati.. Seandainya ikhlas sentiasa di hiasi.. maka semua onak duri menyenangi hati.. d smping itu Allahlah yg akn kite perolehi..
Harapan abi... sama2 kita ikhlas dlm mendidik diri dn pasanganserta anak2 kelak.. Ameen.....
Salam Syams....
SubhanAllah...masyaAllah...hanya kalimah Allah yag layak disebut; moga Allah berkati pasangan bahagia ini, insyaAllah..amin
salam sham..ayook, romantik giler! sukeee akak baca entry nih...barakallah untuk sham dan hb!
Nurul Iman, bagi ana yang melaluinya, tiada kata yg dapat diucapkan selain tasbih,tahmid dan takbir sebanyak-banyaknya..Ameen
Kak nik, thanks..Allahumma Ameen
i just love the story...jodoh datang tanpa disangka....bersyukur pada ALLAH atass segala nikmat kurnia takdirnya....
yes, kak wani..Orang yg tepat akan hadir dalam hidup kita waktu yang tepat..itulah KETENTUAN!
salam dear,
copied ur story and emailed it to some friends... i hope you don't mind.
my final is near, do pray for me, pls.
miss u. :)
Salam hormat dan rahayu.
Sesuatu itu sudah ada ketetapan Ilahi, bersyukurlah kepadaNya. Jika disebut mengenai cinta, ada pelbegai bentuk cinta, carilah yang terbaik agar tenteram dalam hati.
Cinta pada Ilahi adalah cinta yang pasti.
bicarawahyu.
salam..sy mohon kebenaran utk copy surat ini ye..^_~
-adik-
Dear DD,
Ambillah. moga ada manfaatnya. Good Luck Sayang..
Bujang Susah,
Owhh yess, thanks for the info
Wahyujatmika,
Syukran atas peringatan indah
Adik,
Adik mana ye ni? Sila ambil jika bermanfaat..
saya terharu dan terkedu tatkala membaca surat cinta saudari...satu ketika saya pernah rasa mcm tu tapi sebab tak tahu nak menulis ayat makanya surat cinta saya terpendam dalam hati je...saya nak copy n simpan surat cinta saudari ni...doakan supaya saya mendapat jodoh yang baik...semoga saudari dan suami berbahagia hingga hujung nyawa...
Adhan : Allahumma ameen. Sila ambil dan simpan..moga bermanfaat
Post a Comment