Wednesday, 12 August 2009

Aduhai Doktor...

Dulu sewaktu saya berusia di sekitar 4-12 tahun, saya bercita-cita ingin menjadi doktor. Namun meningkatnya usia saya, saya lebih cenderung untuk menjadi seorang pendidik atau peguam. Malah sehingga ke hari ini cita-cita itu masih tersemat kemas di dalam diri saya.

Bukan niat saya untuk menghurai tentang seorang doktor mahupun bidang tugas profosyen tersebut. Apa yang pasti semakin hari saya semakin menyampah dengan para doktor yang ada di hospital kerajaan hari ini. Hampir kesemua mereka masih muda belia, dan mungkin itulah faktor, kenapa mereka tidak begitu berbudi bahasa dan prihatin kepada pesakit. Malah adakalanya mereka langsung tidak beretika. Saya mengkritik doktor bukan kerana benci tetapi saya mengharapkan sebuah perubahan yang akan berkekalan. Sepupu di sebelah suami dan isterinya juga adalah doktor, teman baik saya dan isterinya bakal menjadi doktor tidak lama lagi, malah sahabat-sahabat saya juga ada yang menjawat jawatan sebagai pegawai perubatan di hospital-hospital kerajaan. Alhamdulillah, dek kerana sombong dan kurang ajarnya doktor-doktor yang di takdirkan merawat saya dan ahli keluarga yang lain, sahabat-sahabat doktor saya inilah tempat saya merujuk dan mendapatkan nasihat, tanpa sebarang bayaran pulak tu! Syukran Kak Wardah dan Kak Wanis.

Masih tidak saya lupakan seorang doktor yang merawat saya memarahi saya kerana berbaring di atas katil di dalam bilik rawatan, sedangkan doktor itulah yang meminta saya berbuat demikian. Tetapi dia lupa! tahukah anda kenapa doktor tersebut boleh lupa? kerana beliau bersembang dengan jururawat yang ada di situ dan sempat bergurau. Tidak salah bergurau tetapi jangan melampau sehingga hilang fokus anda. Bagaimana kiranya doktor tersebut hilang fokus ketika mengendalikan kes-kes kritikal?

Setiap kali Ramadhan, peristiwa ini sering menghantui kami adik beradik. Masa tu, kakak saya masih di Malaysia. Ayah tiba-tiba di serang sakit perut yang sangat teruk. Saya turun ke bawah (rumah flat) untuk mencari teksi, dan alhamdulillah dapat teksi saya minta teksi itu tunggu dan saya bawa ayah turun, di temani oleh mak. Sampai di HUKM dalam pukul 4:00am, bayangkan dari pukul 4:00am tu sehingga jam 7:00 baru lah ayah dirawat.Semenjak tu kami sekeluarga sangat fobia dengan HUKM. Tapi ada masa tiada pilihan terpaksa ke sana juga!

Selepas peristiwa itu berlalu beberapa tahun, acapkali saya berusaha untuk mengelak berjumpa doktor di hospital kerajaan. Tapi jarang sekali ke hospital swasta. Tetapi bagi ayah yang sememangnya mempunyai rutin pemeriksaan bulanan tidak boleh tidak, terpaksa hadapi situasi yang menyakitkan hati ini saban hari ketika menjejakkan kaki ke hospital.

Suatu hari, seperti biasa apabila ayah pulang dari hospital saya menyapa dan bertanya mengenai apa yang dimaklumkan doktor. Hari itu wajah ayah kelihatan sugul, dengan penuh manja dan lemah lembut, saya mulakan sesi berbual santai dengan ayah (adik beradik yang lain termasuk emak tidak berani memecah sepi ayah, hanya saya).Ironinya sayalah anak yang keras kepala mungkin disebabkan itu, saya tidak betah duduk diam bila melihat ayah diam seribu bahasa. Berbalik pada ayah saya tadi, alangkah terkejutnya saya bila ayah mengatakan dia sangat terasa hati dengan seorang doktor perempuan yang menunda temujanjinya. Temujanji yang biasanya 2 bulan sekali. di tunda kepada 4 bulan sekali, bertanyakan hal itu, ayah dimarahi kata doktor tersebut "Kalau sakit sangat pegi je kecemasan tu" bagi seorang warga emas seperti ayah saya pastinya kata-kata itu amat biadap sekali, ayah yang mengharapkan penjelasan herdikan pula yang diterima sebagai balasan.

Baru-baru ini mak ditahan di wad kerana masalah jangkitan kuman, satu fenomena yang sangat memeranjatkan saya, apabila doktor yang bertugas 'round' wad pada pagi hari itu, menengking setiap pesakit di tiap-tiap katil dengan suara yang tinggi. Saya jadi hiba melihat makcik-makcik yang jauh lebih berusia dari mak saya sendiri. Jururawat pada pagi itu juga agak biadab, jururawat itu tidak datang bersemuka dengan saya untuk meminta saya menunggu di luar dan sebagainya. Setahu saya setiap pesakit boleh ada seorang waris yang menunggu. HKL terlalu banyak birokrasinya, apa yang berlaku selain melihat fenomena doktor menengking pesakit, saya dimarahi oleh petugas keselamatan di wad itu. Saya maklumkan bahawa saya perlu menunggu sehingga doktor memeriksa emak saya, ianya untuk memudahkan proses komunikasi antara mak dan doktor dan untuk saya sendiri untuk mengetahui bagaimana keadaan mak. Kelihatan seorang ahli farmasi yang sedang memeriksa jadual ubat pesakit menyoal saya di hadapan petugas keselamatan itu "kenapa kamu mahu berjumpa dengan doktor ?" saya menjadi panas hati, dari awal lagi saya sudah menjelaskan rasional kenapa saya perlu tunggu sehingga doktor memeriksa mak saya. Untuk meredakan perasaan marah saya ini saya mengambil tindakan untuk merenung wajah mak, ada sekuntum damai di situ. Pegawai keselamatan itu pun beransur keluar, selang beberapa minit dia datang semula dan beritahu kehadiran saya akan menganggu doktor untuk memeriksa. Tahap kepanasan saya melonjak ke paras maksima, bila pengawal keselamatan itu berkata 'saya hanya menjalankan tugas, jururawat tak bagi waris menemani pesakit'. Saya meninggikan suara kepada pengawal keselamatan itu dan menyatakan saya hanya akan keluar dari wad tersebut setelah berjumpa dan melihat sendiri doktor itu merawat dan menganalisa keadaan mak saya. Darah saya semakin naik apabila ada jururawat yang mula menjeling ke arah saya, Saya berusaha untuk menenangkan diri. Alhamdulillah saya berjaya,begitu pun sehingga sekarang saya amat meluat kepada doktor, jururawat yang sungguh biadap itu.

Terkenang saya semasa suami di tahan di Hospital Melaka kerana menghidap demam denggi. Allah sahaja yang mengetahui perasaan saya ketika itu. Pun begitu saya bersyukur ditemani ibu mertua yang sentiasa menenangkan saya. Di situ tidak masalah untuk kita menemani pesakit, tetapi masalahnya lain pula. Hampir 6 kali dicucuk jarum ke tangan suami saya untuk mengambil darah, dan kesemuanya tidak berjaya. Doktor tersebut tidak mahu meminta bantuan jururawat berpengalaman atau pun pembantu perubatan yang ada di situ. Ikutkan hati saya, saya memang nak sembur doktor tersebut. Tetapi ditegah oleh ibu mertua saya, ya lah bimbang nanti doktor tersebut melepaskan geram pada suami saya bila tiada orang di sisinya nanti.

Seminggu yang lepas saya menemani ayah untuk menjalani pemeriksaan pakar, ayah saya mempunyai sakit 3 serangkai memandangkan umur ayah sudah pun menginjak 80 jadi kami semakin berhati-hati dan sangat peduli akan tahap kesihatan ayah. Setelah lama menunggu saya mengiringi ayah ke bilik doktor. Seorang doktor muda, berbangsa melayu dan beragama Islam. Mula-mula agak ramah, memberi salam dan berjabat tangan dengan ayah. Doktor tersebut meminta ayah bercerita serba sedikit sejarah penyakit ayah, yang mana semua itu sudah pun tercatit di dalam fail yang dipegangnya. Entah kenapa saya tak pasti, saya hanya mendiamkan diri. Selepas habis doktor tersebut bertanya, saya mengajukan soalan mengenai kandungan gula dalam daranh, keadaan jantung dan buah pinggang juga paras kolestrol. Sedang doktor tersebut bercakap dengan saya, tentang kadnungan gula, dia mengatakan secara purata paras gula ayah 7.6, katanya "ok la..". Doktor tersebut bertanya kenapa tidak mahu mengambil suntikan insulin, ayah saya terus menjadi kelu.Saya menjadi hairan, katanya tadi kandungan gula dalam darah ok, kenapa perlu dipersoalkan tentang suntikan insulin pula, bila saya bertanya semula; ini jawapannya "nak kata ok..tak la ok sangat, kalau boleh turun lagi bagus". Saya sudah mula panas, kemudian doktor tersebut persoalkan kenapa berhenti makan pil 'metformin' saya menjawab doktor sebelum ini minta ianya di berhentikan kerana ubat tersebut membawa kesan sampingan yang agak teruk. Bayangkan dengan makan ubat itu ayah saya cirit-birit selama seminggu. Atas nasihat doktor yang sebelum ini ayah berhenti makan ubat tersebut. Doktor tersebut menyarankan agar ayah terus berpantang.

Saya mula bertanya mengenai keadaan buah pinggang ayah, dan mengatakan ayah sering sakit pinggang sambil nak belek keputusan darah untuk buah pinggang tu, doktor itu meminta saya membawa ayah untuk melakukan x-ray dan doktor akan memaklumkan saya masalah sebenarnya yang mengakibatkan ayah sakit pinggang. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, doktor tersebut bangun keluar bilik tanpa memohon maaf dari kami. Dia bergelak tawa dan bersembang melalui telefon lebih kurang 5 minit. Seketika dia masuk semula, dan saya bertanyakan pula tentang keadaan buah pinggang ayah, katanya buah pinggang ayah rosak sedikit. Dan saya bertanyakan adakah sakit pinggang ayah berpunca dari buah pinggang yang rosak? Katanya, "umur dia pun dah berapa? biasalah tu.Tak pe kejap lagi ambil x-ray dan ktia akan tengok". Saya sedikit terkilan dengan respon awalnya, saya tahu ayah sudah tua, namun begitu bagi saya setiap sakit ada puncanya, paling tidak jika ianya disebabkan faktor usia mestilah ianya ada kaitan dengan 'Osteoarthitis'. Bagi saya cara doktor tersebut menjawab memperlihatkan betapa tidak profesionalnya beliau. Saya hanya mampu mengomel dalam hati. Selepas diperiksa, doktor meminta saya dan ayah menunggu di luar sementara doktor itu menyediakan preskripsi dan borang untuk melakukan x-ray. Dalam 10 minit seorang jururawat keluar sambil melaung nama ayah. Saya mendapatkan jururawat itu dan beliau menyerahkan priskripsi ubat dan borang x-ray itu. Alangkah terkejutnya saya, apabila doktor tersebut meminta x-ray dilakukan bila-bila masa sebelum temujanji akan datang. Maksudnya x-ray itu hanya akan di review dan sakit ayah hanya akan diagnos 3 bulan dari tarikh itu. Saya kecewa yang amat! Dengan perasaan yang sangat berat saya hanya menurut seperti yang diarahkan.

Sementara saya dan ayah menunggu preskripsi di luar bilik doktor, satu peristiwa yang sangat menyedihkan berlaku. Seorang wanita berbangsa cina membawa ibunya yang hampir berusia 90 tahun. Wanita tersebut telah mohon agar doktor membuat ujian darah kepada ibunya untuk melihat paras gula dalam darah ibunya memandangkan sudah lama tidak ada ujian darah yang dibuat! Tahukah anda apa yang berlaku? Doktor tersebut membiarkan permintaan wanota itu di angin lalu tanpa sebarang respon. Setelah tamat sesi pemeriksaan doktor tersebut meminta wanita dan ibunya menunggu di luar untuk mendapatkan preskripsi dan temujanji akan datang. Melihat doktor itu tidak melayan permintaannya dia bertanya semula, doktor tersebut menjawab dengan acuh tak acuh, melihat keadaan itu wanita berbangsa cina ini naik marah. Dia berkata kepada doktor "Kalau you tak mau buat, you cakap la apa sebab? I suruh buat sebab kita tak tau apamacam dia punya diabetic level after operation!, Doktor tersebut tetap menyuruh wanita tersebut tunggu di luar" Apabila keluar dari bilik doktor itu wanita tadi mengadu kepada pegawai di kaunter luar mengenai sikap doktor tersebut yang tidak merespon kepada permintaan beliau. Kata wanita itu "kalau ujian tersebut tidak perlu di lakukan, kenapa doktor itu tidak menerangkan kepada beliau. Ini langsung buat tak dengar!" Jururawat kepada doktor tersebut telah mendengar wanita ini mengadu, barangkali jururawat ini telah menyampaikannya kepada doktor tersebut. Apa yang berlau tiba-tiba jururawat itu memanggil semula wanita tersebut untuk berjumpa doktor. Wanita tersebut bergegas berjumpa doktor. Tahukah anda apa yang berlaku? Doktor tersebut bertanya, " Sebelum ini mana u punya mak ambil rawatan? " Wanita tadi menjawab " dulu mak saya ambil rawatan di hospital swasta, tapi untuk pembedahan tersebut maknya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur ini, dan dari wad HKL itu maknya dirujuk ke klinik pakar HKL itu. Alangkah terkejutnya saya bila doktor itu berkata "bawa semula you punya mak ke hospital swasta sana, tak payah datang ke sini. Sungguh biadap kenyataan itu, tetapi itulah kenyataan yang terbit dari bibir seorang doktor! Saya hairan kenapakah mereka yang menjawat jawatan mulia ini men'downgrade'kan diri mereka dengan akhlak yang sebegitu. Sangat mengecewakan kerana mereka itu adalah melayu dan ISLAM!

Ini adalah cebisan pengalaman saya berdepan dengan doktor-doktor yang sangat menyakitkan jiwa raga. Ini belum lagi saya menceritakan mengenai doktor yang mengambil mudah tentang penyakit dan simptom-simptom yang di hadapi pesakit. Sudahnya ramai orang yang yang sakitnya hanya dapat didiagnos pada tahap-tahap kritikal. Sesungguhnya segalanya dari Allah jua, dan segala kepastian juga di sisi ALLAH.

Biarpun setiap kali ke hospital saya akan merasa takut dan setiap kali pulang saya akan pulang dengan kekecewaan. Saya mohon pada Allah agar saya dan ahli keluarga diberikan ketetapan hidup dan mati dalam iman dan islam, jika di takdirkan kami kembali mohon Allah ambil kami dalam pelukan kasih sayangnya. Ameen ya Allah..Du'a setulusnya juga buat kalian.

NOTA: Saya mohon ribuan kemaafan kepada tetamu ziarah yang budiman, hampir setiap hari saya perasan ada tetamu ziarah yang berkunjung tetapi blog ini tidak dikemas kini. Maafkan saya, rasanya sepanjang saya terjun ke dunia blog sejak 5 tahun yang lalu ini kali pertama saya mengambil masa selama 3 minggu untuk menyiapkan satu entry. Hambatan masa dan tanggungjawab telah menyebabkan ianya terjadi! Maafkan saya atas kelemahan saya dalam menguruskan perkara ini.

8 comments:

NORHAYATI BERAHIM said...

Mujahidah..
Akak sekeluarga sering memastikan ada saving yang mencukupi dan ada 'protection' supaya apabila sakit kami tidak dihantar ke hospital kerajaan. Setahun lepas seorang sepupu di hantar ke hospital kelang, doc meletakkan dia diwad biasa..selama beberapa hari tanpa mengesan penyakitnya, dan apabila salah seorang bapa saudara kami..menelefon terus rakannya salah seorang pegawai perubatan kanan di hospital tersebut..baru tindakan diambil dan sepupu dihantar ke ICU, tapi ALLAH lebih sayangkan sepupu tersebut..
cuma kadangkala rasanya menyalahkan semua doc juga tidak adil, tengoklah kaw hospital dengan pesakit yang begitu ramai perlu dikendalikan..kerajaan kena juga kena fikir kebajikan doktor ini supaya mereka akan lebih dedikasi..

::Raihana:: said...

Erm.. akak, doktor2 sekarang kebanyakkan mcm ni. Dah takde belas kasihan. Masa belajar dititik beratkan ttg belas kasihan dan layanan yang baik pada pesakit. tapi secara praktikalnya takde pun. Apa pun kak, sabar byk2. tapi tak semua doktor mcm tu. masih ada lagi yang baik :)

Mujahidah said...

Kak yati, betul, saya sekarang ke arah itu. saving utk this kind of case..betul tak semua doktor yang begitu, tapi sayangnya RAMAI yang begitu...masih ada doktor yang baik budi dan prihatin, itu saya akui tapi jumlahnya berkurangan..

Adik BB, yes, sahabat2 yg ambil medic mmng akui benda ini. Hakikatnya ; Teori itu mudah dan praktikal itu payah!

::Raihana:: said...

tadi adik g klinik. tengah nak demam, baru je baik dr demam nak demam balik. Yang paling best klinik tu nama 'klinik an-nisa`" adik pun igtlah mmg ok ni. Tapi sekali masuk, doktor tu masam muka pastu tak pandang pun adik. Dia mmarah2. bulan2 ramadhan wat mcm tu. Patutlah adik tgk klinik tu kosong je. hurm.. klinik sebelah tu, doktor india, baik siap buat jokes lagi. rasa seronok bila jumpa doktor yang layan kita elok2 kan. Nak jumpe doktor yang ada sifat2 ni memang susah.. sabar je la wahai hati

mujahidah said...

fasabrun jameel.. mmng kt kena byk bersabar..esok kalau anak2 kita jadi doktor kena selalu peringat depa..

doc-to-be said...

ade byk reason doktor bsikap mcm tu...

satu lagi, kalau doktor tu ckp nama pnyakit tu dlm scientific terms, nt org x fhm pulak..kn~

n lagi satu pn, doktor kjaan x dpt layanan yg stimpal pn..blum cmpur on call n lain2..
da bc hrkah or briteharian sy xigt, doktor yg btanggungjwb H1N1 tu, da keje 32jam..without rest..

scr jujurnye, doktor pn tertekan jugak..
yg kurg ajar tu, bwk2 la tegur elok2..

n xley slhkn dia sbb keje lebih mse,
bkn dia rela pn..tp dek nk mgadap jgk muke patient yg da jd part of job dia..kne la jgk kn..

ade pro n kontra..
yg part kurg ajar tu, byk kes jgk..
tp bnde kne siasat n bkn main terjah je..

p/s: dr dlu sefamily mmg amek rwtn dr klinik or hosp swasta..mgkin x biase dgn layanan kasar doktor muda yang akak mksudkn..

mujahidah said...

well, walaupun pesakit tak kan faham those scientific terms ttp akak percaya setiap doktor b'tanggungjawab utk menerangkan keadaan pesakit kepada waaris atau pesakit itu dgn cara yang mudah. Ttg on call and overtym tu, itu cabaran bekerja bagi doktor dan itu tidak boleh menjadi alasan kepada doktor untuk menjadi kurang ajar. Yes kita faham kepenatan dia orang, apa kita org islam yang kaya dengan adab kesopanan. May be or we must kita prepared dengan kewangan yang stabil utk hadapi pelbagai kemungkinan. No money no talk! ~

::Raihana:: said...

uhuk2.. maaflah menyampukz..
saya bukan ape, bukan ke ade oat yang doktor2 sekalian kena buat?
mcm mana tertekan pun, tak lepas kat patient, cian die yela dahla sakit, jumpa doktor untuk berubat, tup2 kena kasaq.. aiyork.. terrible ma..hik3..
sowie.. tapi kalau nak jadi doktor biar ikut etika. jadilah doktor yang merawat MANUSIA bukan merawat PENYAKIT. sekian wassalam