Wednesday 16 December 2009

Kenapa Saya Tidak Mengemaskini Blog?

Diam tak diam, hampir sebulan saya tidak mengemaskini blog. Saya kehilangan momentum penulisan saya untuk beberapa ketika dan puncanya sangat menyakitkan. Saya merajuk! Barangkali itu alasan yang tepat. Saya bukan penulis yang masyhur dan ternama, coretan saya di blog ini sekadar berkongsi rasa dan bahasa, menyantuni jiwa, memujuk atma. Itu tujuannya. Tetapi baru-baru ini hati saya begitu terluka, apa bila berlaku kes cetak rompak pada beberapa bahagian penulisan saya. (cewwaahh bunyi macam penulis / komposer terkenal pulak) tetapi itu lah yang berlaku. Dan lebih menyedihkan hal ini dilakukan oleh orang yang saya kenali.

Saya sangat gembira apabila tulisan saya membawa manfaat kepada semua, tapi saya tak suka budaya meniru! Saya anti-peniru. Mungkin individu ini terlalu ghairah mahu dikenali sebagai penulis lalu berusaha menghasilkan penulisan kreatif yang gempak. Sesekali bila saya fikirkan mudahnya langkah individu terbabit untuk menjadi masyhur. Kalau tengok penulis-penulis amatur seperti kak Lily Haslina, dan kak Zaharah Muhammad menulis pastinya kita akan lebih insaf. Tidak wajar jika menulis untuk mencari populariti, sebaliknya menulis untuk membina masayarakat yang lebih terbuka mindanya!

Saya sudah pun meninggalkan komen di blog beliau dengan mengatakan bahawa terdapat beberapa babak yang di 'cetak rompak' dari tulisan saya, hasilnya tidak ada perubahan tetapi komen saya itu pula yang didelete.

Terdapat pengunjung blog dan sahabat saya yang akan mohon izin untuk mengambil tulisan saya atau menyebarkan tulisan saya, pastinya saya mengizinkan malah saya gembira apabila ada pihak yang nampak manfaat dari tulisan saya. Apa yang sangat mengecewakan saya adalah apabila tulisan saya diambil kemudian ditokok tambah, diolah, disusun atur semula dan kemudian individu terbabit mengaku bahawa itu adalah karya beliau dan cetusan idea beliau! Saya tidak suka akan ketidak jujuran dalam menulis, kerana saya menulis dari hati menggunakan perasaan jiwa saya, membentuk jalan cerita menggunakan sentuhan imiginasi saya yang kadangkala mengakibatkan saya sendiri termenung di hadapan komputer riba saya dengan linangan air mata, begitu juga apabila saya membaca tulisan sahabat-sahabat saya di blog masing-masing.

Saya juga sukakan penulisan kreatif, malah seawal usia 15 tahun tulisan saya telah menyebabkan guru bahasa melayu dan beberapa orang guru saya yang lain mengalirkan air mata dengan jalan cerita saya. Dan itu merupakan langkah pertama saya dalam dunia penulisan kreatif. Saya masih menulis, impian saya untuk menghasilkan novel, tetapi saya masih belum mampu menyiapkan novel tersebut lantaran saya belum mampu menulis sepenuhnya menggunakan perasaan jiwa saya dan membentuk jalan cerita menggunakan sentuhan imiginasi saya sendiri. Setakat Bab 1 sahaja novel saya itu, seringkali juga suami saya menekankan agar saya tamatkan penulisan saya itu. Saya adalah insan yang sangat mementingkan keaslian dan kejujuran dalam menulis.

Masih saya ingat sewaktu tulisan saya tersiar dalam tabloid politik tanah air, ada beberapa orang sahabat yang datang kepada sayan adn menyatakan "tingginya bahasa hang, aku tak faham apa yang hang tulis ni". Saya hanya ketawa kecil ini sambil berkata dalam hati 'padan muka aku, menulis ikut perasaan sendiri ikut bahasa jiwa sendiri' sudahnya ada yang tak faham. Saya juga tak pasti bagaimana editor tabloid terbabit berkehendakan akan tulisan saya, barangkali beliau kasihan dengan saya yang syok sendiri ini!haha. Saya tidak kisah kerana ianya tulisan saya sendiri dan saya tidak menciplak!

Dek kerana kekecewaan yang teramat, setiap cetusan rasa yang ingin saya coretkan di blog ini saya benamkan sedalam-dalamnya di hati saya. Akhrinya kak Nik dan beberapa orang sahabat mula bersuara!

InshaAllah, emosi saya sudah pulih dan saya akan menulis kembali. Banyakkan yang ingin saya kongsikan terutama sekitar hari ulang tahun perkahwinan saya yang cukup istimewa dan beberapa isu lain!

Maaf kepada tetamu ziarah yang kecewa apabila melihat blog ini tidak terisi, juga kepada teman-teman yang sudi bertendang tanpa jemu, maafkan saya! Kepada individu terbabit masih belum terlambat untuk anda perbaiki cara menulis anda, mendapatkan ilham dari tulisan orang lain tak salah tetapi menciplak idea orang lain adalah SALAH! Bukan senang nak senang, bersusahlah dahulu dan bersenang kemudian :)

Nota : Kepada teman-teman yang mendapat sekelumit manfaat dari tulisan saya teruskanlah menyebarkannya kepada yang lain, terima kasih atas sokongan.

9 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam sham.
mmg apabila isu ciplak ni berlaku kita sangat sakit hati. tapi perkara ciplak menciplak ni sudah semcm perkara biasa dlm industri penulisan, hiburan dan kreativiti seni kita. Kalau tak, tkkan timbul isu cd cetak rompak dan mcm2 lagi.

apapun sbg penulis yang menulis dengan penuh kesedaran bhw bidang penulisan boleh menjd media dakwh yang ampuh, teruskan melaksanakan tggjwb tersbt.

org yang menciplak, sekali dua mungkin terlepas lama2 terhidu juga tabiat buruk tu. Bangkai, walau cuba disorok, akhirnya berbau jgk!

waseeeeeeelah said...

budaya menciplak tak salah. bergantung kreativiti kita memutar ayat tersebut supaya tak sama dengan teks asal.ciplak bulat-bulat pun tak salah asalkan dipaparkan sumber rujukan. Yang salah kalo kita tiru bulat-bulat tanpa rujukan kemudian kantoi.Huhu..

Anonymous said...

salam..bgi sya skiranya tulisan tuan/puan diciplak bgi tujuan berdakwah...maka tiada ape yg perlu dirisaukan malahan lebih baik sekiranya diizinkan krn tulisan itu mmbawa tujuan baik...maaf skiranya sya mnyakiti hati dgn ulasan ini

mujahidah said...

Kak Nik, benar ianya menyakitkan!

Waseelah, kalau ada sumber atau rujukan saya tak kisah!

Tanpanama, ini bukan soal izin atau tidak tapi adab dab etika seorang penulis :)

cikgu mardiah said...

salam...
xde 'hakcipta terpelihara' dlm islam kan...
cuba tengok laman ust hasrizal http://saifulislam.com/ pd stiap posting beliau ada note yg menjemput tetamu menyebarkan stiap artikelnya...
ilmu yg baik wajar disebar luaskan...mgkn nawaitu shbt enti tue baik...kite wajar berbaik sangka
apa yg ada pd kita smuany hak Allah, xde hak milik kte sepenuhnya hatta pd suami n anak2 skalipun
skdr bkongsi buah fikiran..
jgn bkecil hati ye...

mujahidah said...

Wsalam.. Cikgu mardhiah, saya nak tanya cuba ambil tulisan ustaz hasrizal dan ubah suai sikit then komersialkan dia, agak2 ustaz marah tak?

Saya sedikt pun tidak kisah untuk sahabat2 menyebarkan artikel yg bermanfaat, yang saya kisah artikel saya diubahsuai penulisan kreatif individu terbabit dan kemungkinan ia akan dikomersialkan.

Ini bukan soal berbaik sangka atau soal hak milik, tetapi ini soal adab. Islam ajarkan kita mohon izin sebelum mengambil hak seseorang!

Wallahua'alam..

Shams Ali said...

Cikgu Mardhiah, saya tidak tahu apakah sebenarnya yang meganggu cikgu mardhiah. Saya merespon kepada komen cikgu mardhiah tanpa ada apa-apa gangguan emosi. Saya rasakan cikgu tidak mendapat fokus utama kepada apa yang saya nyatakan dalam entri ini.

Dalam bahasa mudahnya cikgu tidak memahami apa yang ingin saya sampaikan tetapi cikgu memberikan komen cikgu di sini. Tidak menjadi masalah kepada saya untuk menerima apa sahaja komentar pihak cikgu, tetapi apakah menjadi satu kesalaham apabila saya menerangkan kembali 'focus point' entri saya ini?

Saya membalas komen cikgu dengan telus dan tulus tanpa prasangka, tetapi cikgu punya tanggapan lain.. Kan lebih baik bersangka baik?

Cikgu menggunakan laman web ustaz hasrizal sebagai contoh, tetapi adalah tidak adil kepada saya apabila hanya sebahagian ayat dari footer ustaz yang cikgu 'highlight'kan. Di sini saya meletakkan 'disclaimer' saifulislam.com ;

[© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor]

dan untuk tujuan perbandingan saya letakkan juga sebahagian dari isi kandungan entri saya ini ;

"Terdapat pengunjung blog dan sahabat saya yang akan mohon izin untuk mengambil tulisan saya atau menyebarkan tulisan saya, pastinya saya mengizinkan malah saya gembira apabila ada pihak yang nampak manfaat dari tulisan saya. Apa yang sangat mengecewakan saya adalah apabila tulisan saya diambil kemudian ditokok tambah, diolah, disusun atur semula dan kemudian individu terbabit mengaku bahawa itu adalah karya beliau dan cetusan idea beliau! Saya tidak suka akan ketidak jujuran dalam menulis, kerana saya menulis dari hati menggunakan perasaan jiwa saya, membentuk jalan cerita menggunakan sentuhan imiginasi saya yang kadangkala mengakibatkan saya sendiri termenung di hadapan komputer riba saya dengan linangan air mata, begitu juga apabila saya membaca tulisan sahabat-sahabat saya di blog masing-masing

Posted by Mujahidah
Tuesday, 15 December 2009"

Saya harap cikgu dapat memahami maksud entri saya, no heart feelings, semoga kita akan lebih matang dalam menilai tulisan dan pandangan orang lain. Wallahua'alam.

Sakinah said...

Assalamualaikum,

Berkenaan dengan hakcipta terpelihara:

Intellectual Property Copyright issued by Al-Azhar Fatwa Committee:

The committee is of the opinion that quoting portion(s) of a book, a magazine, or any other piece of writing is lawful on the condition that the original authors of these writings are cited. Copying others’ writings and presenting them as one’s own thoughts is a kind of plagiarism that is unlawful both in the Shari`ah and in man-made laws.

As for using others’ thoughts by way of paraphrasing them and mingling them with one’s own thoughts, there is nothing wrong about that. This applies also to using religious and scientific opinions and theories, but citing the original thinker or inventor in these cases is also a condition.

Hasil tulisan termasuk dalam intellectual property.

Saya quote:

"Islam encourages Muslims to learn, but it also respects the laws of ownership. Plagiarism, piracy, misquotation, taking other people’s property etc. are all nothing but theft, and deception. People have right to their material property as well as intellectual property."

Find more related issue here

http://makkah.wordpress.com/2008/09/03/islam-forbids-the-violation-copyright-laws-and-laws-regarding-intellectual-property/

Ni pula dari laman web ust. Zaharuddin

...jika, brg tiruan itu adalah hak cipta terpelihara seperti buku, kaset, vcd dan lain-lain yang halal, maka Kesatuan Ulama Fiqh sedunia telah bersidang pada tahun 1988 dan keputusannya bernombor 43 (5/5) mengitiraf hak cipta, hak nama syarikat dan produk,

Ringkasnya ; Hak cipta terpelihara adalah diiktiraf dalam Islam maka haramlah menjual dan meniagakan barangan demikian apabila ia telah didaftarkan atau di hebahkan sebagai hak cipta terpelihara kecuali setelah mendapat izin tuan milik hak itu. Hak ini termasuklah, karangan kitab Islam atau yang lainnya.

Perbincangan ulama berkaitan hujah mereka yang tidak mahu menerima hak cipta dalam ilmu juga telah dibincagkan panjang lebar dan berakhir dengan terbukti kukuhnya hujjah mereka yang mengiktiraf hak cipta termasuk kitab-kitab berkaitan Islam yang dikarang.

http://www.zaharuddin.net/content/view/239/95/

Tak salah saudari sakit hati bila ada orang lain "cedok" tulisan saudari. Dalam Islam memang ada adabnya :) Titik peluh seseorang menghasilkannya diambil kira dalam Islam. Bayangkan jika kita cipta suatu barangan selepas bertahun2 membuat penyelidikan, tiba2 orang lain yang hanya peluk tubuh dianggap pencipta barangan itu. Begitu juga dengan penulisan.

Tak kisahlah orang minta izin atau tanpa izin ambil tulisan seseorang jika bukan untuk komersial tapi penulis asalnya hendaklah dinyatakan.

Maaf ayat tidak tersusun. Harap dapat memberi input kepada yang belum tahu. Saya pun baru tahu. Takutlah kalau terambil hak orang lain. Alhamdulillah, Islam is the way of life, menyediakan panduan dalam setiap aspek hidup :)

mujahidah said...

Salam. Ukhti sakinah, terima kasih atas perkongsian yang sangat bermakna. Mudah-mudahan input saudari akan emmbantu saya dan semua pembaca. Sekali lagi syukran!