Friday 25 December 2009

Ulangtahun Perkahwinan Yang Pertama

Alhamdulillah, diam tak diam sudah setahun saya diizinkan Allah menjadi suri kepada suami yang begitu baik dan sabar melayani saya dari hari ke sehari. Kami masih dalam proses mengenali. Malah ada sesetengah perkara di antara kami yang hanya kami ketahui setelah hampir setahun pernikahan kami. Maka insaflah kami suami isteri bahawa proses mengenali ini adalah proses sepanjang hayat.

Syukur pada Allah yang menetapkan jodoh kami, dan menghadirkan ia dengan cara yang begitu indah sekali. Saya akur saya adalah insan bertuah yang tidak putus menerima belas ihsan Allah. Terima Kasih RabBi atas nikmat yang begitu bermakna sekali.

Setahun tentunya pelbagai pahit manis yang kami lalui dan semua itu mendewasakan kami. Semua itu menghadirkan erti kepada ikatan yang suci ini. Tidak ada kata yang dapat lafazkan dan tidak tergambar betapa bersyukurnya saya untuk memiliki dia disisi pada segala susah dan senang, suka dan duka. Perjalanan kami baru bermula dan pastinya kami mengharapkan Rahmat Allah menyinari perjalanan kami sehingga kami disatukan di syurga yang abadi.

Sebenarnya, abang terlebih dahulu membawa saya keluar makan malam, detik indah yang akan sentiasa terpahat di sanubari. Meski sedikit awal, (kerana abang sudah mula berkerja dan tidak mempunyai cuti) saya tetap berpuas hati kerana abang punya insiatif untuk mengingati hari indah ini.

Walaupun abang sudah membawa saya makan malam bersama sebelum tarikh ulang tahun pernikahan kami, saya masih mengharapkan akan ada sebuah ucapan indah Pada 14 Disember 2009. Malam 13 Disember, abang pulang dari kerja seperti biasa. Hampir 11 malam. Setelah siap membersihkan diri, abang terus masuk bilik tetapi tidak mahu tidur, puas saya bebelkan abang supaya tidur awal, kerana keesokan pagi abang akan berangkat ke pejabat awal pagi.Abang sangat liat malam itu dan saya tidak mengesyaki apa-apa. Tangan abang laju membuka beg dan mengeluarkan lappy buruknya itu :p. Apabila saya membebel tak berhenti abang pun shut down lappy yang banyak jasa itu dan melelapkan matanya. Saya seperti biasa akan tenang dan kadang kala sayu melihat abang wajah abang yang tidur kepenatan. Dan saya turut melelapkan mata.

Belum pun 15 minit kami terlelap tiba-tiba abang kejutkan saya dan minta saya bancuhkan teh susu. Saya punya lah pelik, sepanjang perkahwinan kami tak pernah abang kejutkan saya dari tidur untuk secawan teh. Saya bangun ke dapur dan membancuhkan teh susu untuk suami tercinta. Sekali lagi saya teruji bila abang tak nak minum teh di meja makan sebaliknya disuruh bawa masuk ke bilik. Saya cukup tidak gemar makan atau minum di kamar tidur. Saya tidak mengizinkan abang untuk minum di dalam bilik. Abang tidak mengalah punyalah sanggup abang merayu sungguh-sungguh. Saya yang kasihan melihat abang bersungguh-sungguh megalah tetapi hanya untuk hari ini kata saya. Saya ke dapur semula untuk mengambil teh yang terhidang, apabila saya melangkah masuk ke bilik, abang muncul dari balik pintu.

Sangat romantik, abang muncul dengan sekuntum ros merah dengan ucapan happy anniversary sayang, saya terkedu yang amat dan sangat terharu. Saya menghulurkan teh kepada abang sambil menerima ros merah tersebut. Tangan abang saya kucup dan abang hadiahkan kucupan di dahi yang amat istimewa yang membawa kami semula ke daerah cinta kami saat pernikahan itu.

Bicara abang saat itu "Sayang terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang dan sanggup melalui segala kesusahan dan kepayahan bersama abang" Saya terkedu dan saya katakan pada abang "Abang, terima kasih kerana memilih sayang sebagai isteri abang, sayang bersyukur dan sangat bahagia". Tiba-tiba abang menyoal, sayang tak pernah menyesal menjadi isteri abang? Jawapan saya, mana mungkin abang, kerana abang adalah cinta hati sayang dan sesungguhnya segala ujian yang mendatang itu lumrah kehidupan yang membuatkan kita saling menghargai.

Malam itu berlalu dengan begitu indah, sehingga kini saya masih tidak tahu bila abang membeli bunga, di mana abang membeli dan bagaimana abang boleh membawa masuk bunga itu ke dalam bilik tanpa pengetahuan saya..

Jutaan terima kasih buat ibu, abah, mak ayah dan adik yang tidak lupa pada tarikh indah kami, terima kasih atas doa dan hadiah yang diberikan.

Nota : Allahumma Ya Allah, Jadikanlah kami suami isteri yang mencintai di kala dekat dan jauh yang saling menyayangi di kala senang dan susah, yang saing mengasihi di dalam sendu dan tawa..Allahumma Ya Allah, jadikanlah kami pasangan suami isteri yang bersatu kerana redhaMu dan jadikanlah baitul muslim kami ini landasan menuju cintaMu..Allahumma Ya Rahman Ya Rahim terimalah ibadah kami ini, satukan kami di taman syurgaMu nanti. Ya Allah tiadalah dua impian kami melainkan izinkanlah kami untuk bertemuMu wahai pemilik cinta yang maha agung juga kekasihMu khaatimul anbiya Muhammad al mustafa (SAW). Ameen, ameen, ameen ya robbal 'alameen

15 Dis 2009
Kamar Cinta
Bukit Beruang, Melaka

11 comments:

Anonymous said...

Tahniah Sham....semoga bunga2 indah mewangi terus mekar dlm rumahtangga kalian...& bertambah bersinar dgn kehadiran qurratu ain kalian!!!amiiin.... - Kak Milah

nusk said...

Semoga bahagia kekal selamanya, rumahtangga penuh barakah.Amin...

Shams Ali said...

kak milah : syukran atas doanya..ameen ameen ya Allah.. moga akak an keluarga juga bakal cahaya mata dilimpahi sakinah mawaddah da rahmah.
Kak jiyyah : ameen..ameen.moga urusan jodoh akak dipermudahkan juga..inshaAllah

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Sham
Hmm walaupun dah lepas...
Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama..semoga perkahwinan sham terus kekal mengharum ke jannah!

pertelingkahan dlm rumah tangga itu ibarat bunga yang menyerikannya..kerana dari pertelingkahan itu lah kita akan lebih mengenali pasangan..tp pertelingkahan itu kena ada seninya!!!

mujahidah said...

Kak nik, sangat setuju dengan pandangan akak, moga-moga Allah tetapkan langkah kami dengan destinasi yang satu cuma, syurga dunia, syurga akhirat dalam mardhatillah.. Terima Kasih Kak, atas teguran, nasihat dan perkongsian yang banyak mendewasakan sham sebenarnya.. Syukur pada Allah yang mengahdirkan seorang kekanda seperti akak..

Anonymous said...

semoga bahagia hingga ke sana...

mujahidah said...

Anonymus : ameen syukran atas doanya :)

sadam husin said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Alhamdulillah..bahagia bila tengok Sham bahagia..Indahnya memberi, bila pemberian itu dengan penuh kasih sayang..hakikatnya Allah yg dtgkan kasihnya buat kita, hambanYA..Allah Ya Maha Penyayang..kasih sayangNya buat hambanya mengatasi langit dan bumi...

semoga terus SABAR dalam mengharungi kehidupan bersama

Salam sayang krn Allah
-Shamsyifa'-

mujahidah said...

Kak Shams...sangat tersentuh dgn respons akak..doakan shams ye..luv u sis :)

AAYA said...

Alhamdulillah