Thursday, 8 March 2012

Berlalu Sudah..

Alhamdulillah setelah berjaya mengemas dan mencantikkan kanvas maya milik saya ini, akhirnya saya dapat kembali menulis. Kalau dahulu menulis untuk mengukir jiwa rasa, sekarang saya masih lagi menulis untuk itu cuma bertambah mungkin tujuan menulis, kini saya menulis di kanvas maya ini supaya tulisan-tulisan ini akan menjadi sumber kekuatan, inspirasi dan motivasi ketika saya memerlukan atau lebih tepat ketika saya terduduk dengan kehilangan upaya untuk bangkit meneruskan perjalanan ini yang di namakan sebagai sebuah kehidupan.

Ya, ketika saya mula mengemas kanvas maya ini, saya juga menyelusuri jiwa rasa saya pada hari-hari lalu melalui tulisan saya dan tanpa saya sedar ia memberikan pelbagai impak menyuntik pelbagai aura kepada hati saya, ya dari hati ke hati. Sejak dari dahulu menjadi prinsip saya menulis mesti atau WAJIB dengan hati, dan hasilnya setelah bertahun-tahun tulisan-tulisan saya mampu menyentuh dan menyuntik hati saya dengan cara tersendiri. Alhamdulillah.Ini juga pada saya salah satu cara Allah membuka jalan kepada saya untuk terus kuat menempuh hari-hari mendatang dengan pelbagai tanggungjawab dan amanah yang terpikul. Terima Kasih Allah.

Tajuk entri saya kali ini sebenarnya berkisar mengenai pengajian saya. Saya sudah pun menyatakan dalam entri terakhir saya yang saya sudah diterima sebagai seorang 'maha si tua' di Universiti Teknologi Malaysia. Alhamdulillah kini saya sudah pun menamatkan semester pertama dengan pelbagai ujian dan cabaran, menjadi 'maha si tua' dalam kalangan anak-anak atau adik-adik yang muda dan bujang belaka ini sangat mencabar. Saya menamatkan semester pertama ini dengan pelbagai rasa, entah berapa banyak air mata yang tumpah membasahi, entah berapa kali saya hampir mengalah untuk menarik diri dari pengajian.Syukur saya dihadirkan Allah seorang suami yang sangat sabar, kuat dan positif. Setiap kali tersungkur pasti suami saya akan menghulur tangan untuk memimpin saya berjalan semula. Mungkin inilah hikmahnya Allah izinkan saya menyambung pengajian ke peringkat ijazah dengan jawatan isteri dan ummi.

Tatkala Anakanda Muhammad Fawwaz At-Taqiy dimasukkan ke hospital kerana pneumonia dan kemudiannya ayah juga di masukkan ke hospital dan diikuti semula dengan kemasukkan andakanda Muahmmad Fawwaz At-Taqiy ke Hospital Pakar Putra, Melaka kerana cirit birit, menjadikan saya cukup tidak berdaya, apatah lagi dalam keadaan diuji dengan kesihatan anak, saya dilihat sebagai tidak pandai menajaga anak sehingga anak jatuh sakit! Mereka lupa bahawasanya yang menganugerahkan sihat ini hanya ALLAH! Insan - insan yang menyokong saya untuk menyambung pengajian kini menyalahkan saya kerana masih menyambung pengajian walau sudah bergelar ibu dan orang itu adalah orang yang sangat rapat dan mulia ;( pada masa yang sama saya juga dihimpit dengan waktu-waktu genting pengajian seperti presentation, due date for assignment and a few test. Tak kurang juga dengan tuntutan seorang pensyarah yang mahukan assignment kami secara berkumpulan ini mesti mencapai 160 muka surat dengan perfect binding and perfect references tetapi dikurniakan pula group members yang kerjaya copy paste bulat-bulat tak cukup dengan itu culas pula untuk berbincang dan semuanya di letakkan di atas bahu saya.adik-adik itu benar-benar manja, saya terpaksa berkampugn di pejabat sehingga tengah malam dan meninggalkan anak menanti saya tetapi jiwa muda mereka memilih untuk berbhibur dan tidur. Saya terluka dengan sikap mereka itu, entah kenapa terasa tua benar diri kerana tak jumpa wave lenght yang sama. bayang jika tugasan yang diagihkan kepada mereak tidak disempurnakan sebaik mungkin dan hanya memberikan jawapan kepada saya yang mereka tak jumpa bahan tak cukup dengan itu ada yang tergamak menipu dengan menaip lebih kurang dan membersarkan font, mengubah spacing tuagsan yang sepatutnya dibuat 40 muka surat seorang dia buat tak sampai 20. Akhirnya semuanya dipulangkan kepada saya untuk diselesaikan. Malang saya, mereka ini adalah ahli kumpulan saya untuk 2/3 subjek di semester pertama dan alhamdulillah untuk satu subjek lain saya masih bersama mereka tetapi ada tambahan dari pelajar senior dan subjek tersebut saya hanya menyiapkan tugasan itu bersama dengan senior dan meraka goyang kaki cuma! Saya benar-benar kehilangan rentak dan memilih untuk BERHENTI tetapi Allah bantu saya dan rupanya saya sebenarnya mampu untuk menghadapi semua itu.

Saya berjaya menamatkan semester pertama yang penuh dengan ujian itu dengan keputusan yang baik, walau ianya lari dari target tapi Alhamdulillah bila ianya mampu mengembirakan suami yang saya cintai dan cinta saya inilah yang berjaga malam dengan saya untuk study dan menyiapkan assignment dan yang paling penting cinta saya akan tasmi' saya pada semua nota -nota pengajian yang perlu dihafal. Terima Kasih Abang! Sungguh dirimu sangat bermakna untukku! Saya beruntuk selain cinta saya ini, saya punya keluarga yang begitu menyokong dengan membantu saya menguruskan anakanda saya, terima kasih mak, ayah, adik dan akak.Terima Kasih Daun Keladi ;)

Kini saya sudah pun melangkah ke semester kedua, sungguh bahagia rasanya! Bahagia saya kali ini banyak sebabnya dan sebab paling utama, semester ini saya mengambil subjek sama dengan ashabat saya Siti Hajar Ahmad Zamri, sebab yang seterusnya untuk bulan pertama ini kelas kami diadakan di Universiti Islam Antarabangsa yang berbumbung biru itu! (tengok gamabr kat bawah ye) Nostalgia sungguh! baanyak memori di sana dan semangat saya menjadi berganda2x.. Alhamdulillah. Tapi bermula April kelas akan kembali ke bangunan UTM yang baru :)

cantik dan menenangkan ;) tapi jauh sikit ..

Mudah-mudahan semester ini akan memberi peluang saya untuk melakar pelbagai kejayaan dan kegembiraan :)

p/s : Siti mari kita bersungguh untuk score the best!

0 comments:

No comments: