Monday, 11 July 2011

Alhamdulillah... Terima Kasih Tuhan..

Pada usia menginjak ke 27 tahun ini, saya punya beberapa perkara yang perlu dicapai. Dan langkah pertama untuk memastikan saya dapat mencapai cita-cita yang telah lama tersemat di dalam jiwa ini.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, pagi ini setelah duduk dan menghadap pc di pejabat Allah menghadirkan khabar gembira buat saya. Tatkala teman-teman yang lain sudah pun konvo ijazah malah ada juga yang sudah menamatkan master lebih membakar jiwa ada teman yang sedang berjuang untuk phD di Leeds, saya baru menerima tawaran untuk menyambung pengajian secara part-time di UTM.

Ya, saya sangat terlewat berbanding teman-teman yang lain, tetapi saya sangat percaya bahawasanya masih belum terlambat untuk saya memulakan langkah menuju cita-cita saya itu. Mudah-muadhan langkah ini diberkati, mudah-mudahan juga Allah izinkan impian saya yang juga impian ayah tercapai.

Walaupun surat tawaran sudah diterima, tapi jauh di sudut hati saya, saya masih 50-50, ini adalah kerana saya bakal berhadapan kekangan kewangan, memikirkan yuran pendaftaran pun sudah runsing. Allah Maha Besar, dalam keadaan ini entah kenapa jauh disudut hati saya, saya seolah-olah mendapat keyakinan bahawa Allah pasti akan membuka jalan, apa lagi setelah saya maklumkan kepada abang, abang dengan tenang bertanya 'berapa yuran pendaftaran, dan saya menjawab dengan suara yang amat lemah dan abang membalas jawapan saya dengan tenang 'tak pe sayang nanti kita usahakan', Terima Kasih Allah untuk segalanya

Mungkin perjalanan saya ini belum pasti, tapi semangat saya cukup tinggi dan keyakinan saya sangat pasti bahawa bantuan Allah akan tiba, cuma bagaiman caranya dan bila dan di mana penghujungnya saya tak pasti.

Mohon teman-teman mendoakan saya, berdebar-debar rasanya, rindu sungguh pada dunia kampus mengkin ianya tidak serupa seperti yang pernah saya lalui pastinya ia sesuatu yang penuh dengan 1001 rencah untuk saya lalui.

3 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin said...

sham tahniah..mudah2an Allah permudahkan segala2nya. Amin..

mujahidah said...

kak nik, thanks.... takut juga ni nak galas banyak tanggungjawab dalam satu masa, moga Allah permudahkan dan perjuangan wajib diteruskan.

Unknown said...

Salam,,,syam...nie kak syuhada..ingat tak...yang kerja Majlis Agama Islam Wilayah tu...nak bagitau Sham boleh minta bantuan zakat ngan baitulmal if sham menetap kat wilayah..borang boleh print dari laman web MAIWP.