Saturday, 11 April 2009

Bermadu?

Bermadu atau poligami adalah satu topik perbincangan yang tak pernah 'sejuk'. Dari ana bujang sehinggalah bergelar isteri. Yang menariknya hanya kaum adam sahaja yang begitu ghairah sekali untuk membincangkan topik ini, malah Ally Iskandar pun turut membincangkan topik ini dalam rancangan beliau - Ally.

Beberapa tahun dahulu ketika ana mengisi ruangan kuliyyah secara online dalam sebuah online chatting room, ana pernah dikecam oleh kakak-kakak yang sudah berumah tangga kerana dengan terang-terangan menyatakan bahawa poligami bukan sesuatu yang perlu ditakuti. Dek kerana kelantangan ana bercakap tentang soal ini juga, telah menyebabkan ana dilamar oleh beberapa 'ustaz' untuk dijadikan sebagai isteri kedua. Ana juga pernah 'diserang' oleh zaujah kepada salah seorang ustaz itu walau ana tidak pernah menyatakan persetujuan ana untuk menerima lamaran ustaz itu. Pengalaman yang sangat menyedihkan dan menggerunkan.

Kini setelah bergelar isteri ana mengerti kenapa kebanyakan wanita begitu takut dengan poligami ini, pun begitu ana masih menyatakan ana tidak ada masalah dengan poligami. Ana faham umumnya isteri-isteri takut suami menikah lagi kerana :-

1. Takut perhatian suaminya terhadap dirinya akan berkurang
2. Berkurangnya keberadaan suami di rumah dan tidak adanya perhatian
terhadap anak anak
3. Perasaan takut disia-siakan ketika suaminya menikah lagi.
4. Bimbang terhadap pengurusan kewangan dari suami akan menjadi tidak sewajarnya.
5. risau pengurusan rumahtangga tidak lagi menjadi prioriti suami sebaliknya menjadi prioriti isteri kerana suami punya 'banyak kerja' lain sejajar dengan 'cawangan' yang bertambah.

Muslimat sekalian hakikatnya penciptaan kita sebagai manusia, kita datang tanpa memiliki apa-apa begitu jua sewaktu kita akan kembali nanti, kita tidak akan membawa apa-apa, sekali pun suami yang kita terima dengan lafaz mulia kalimah nikah satu ketika dahulu.

Selepas akad nikah, ana telah menyatakan kesanggupan untuk bermadu kepada suami, bukan bermakna ana tidak menyayangi suami jauh sekali tidak mencintai suami yang sanggup menerima diri ini seadanya walau penuh dengan segala kekurangan, tetapi kesanggupan ana itu bukti ana mencintai suami ana dan ana mempunyai sepenuh kepercayaan terhadap suami. Ana yakin suami yang takut dengan azab Allah adalah suami yang tidak akan sesekali pun mensia-siakan isteri dan rumahtangga. Dan ini juga membuktikan betapa pada ana poligami bukan satu pengkhianatan terhadap rumahtangga.

Kenapa ana begitu mudah memberikan 'lampu hijau' kepada suami? Tidak mudah sebenarnya. Tatkala ana menyatakan kesanggupan, hati pula sedang hebat berperang meraih ketenangan, ana kira itu lumrah. Isteri mana yang tidak akan sedih apabila suami akan mencintai perempuan lain? tetapi segala perasaan negatif itu didamaikan oleh dalil-dalil berikut.

"Dan tidaklah patut bagi seorang Mukmin dan mukminah apabila Allah dan RasulNya telah memutuskan satu perkara, lalu mereka memiliki pilihan lain dari urusan mereka. Barangsiapa yang bermaksiat kepada Allah dan Rasul Nya, sungguh ia telah tersesat dengan kesesatan yang nyata." (Al Ahzab : 36)

"... Barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul Nya, maka sungguh ia telah mendapatkan keberuntungan yang besar." (Al Ahzab : 71)

Dan bukankah hukum berpoligami ini datangnya dari Allah ? ;

"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. ."
(An Nisaa : 3)

Sebenarnya pada poligami itu terdapat begitu banyak sekali hikmah, bayangkan andai semua muslimat itu redha dengan hukum poligami dan bayangkan jika semua lelaki itu benar-benar memahami aspirasi pernikahan dan hakikat kejadian manusia sebagai khalifah, juga yang mampu menginsafi akan adanya perhitungan atas setiap pergerakan dan perlakuan walau sekecil zarah cuma, ana yakin akan amanlah rumahtangga biar sekalipun suami itu isterinya 4. Kerana lebih dari itu ada rahmat dan kasih sayang Allah yang kita damba.

Allah berfirman ;

Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu) walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian(An-Nisaa : 129)

Maha 'adil Allah itu kerana meletakkan 'adil sebagai syarat dalam berpoligami. Bukankah ini menunjukkan betapa Allah mengasihi para isteri sekalian. Jika kita lihat kupasan hal ini oleh Syeikh Ibn Baz dalam fatwa beliau [Fatawa Mar'ah. 2/62] :

Dalam dua ayat tersebut tidak ada pertentangan dan ayat yang pertama tidak dinasakh oleh ayat yang kedua, akan tetapi yang dituntut dari sikap adil adalah adil di dalam membagi giliran dan nafkah. Adapun sikap adil dalam kasih sayang dan kecenderungan hati kepada para istri itu di luar kemampuan manusia, inilah yang dimaksud dengan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam (An-Nisa : 129)

Oleh sebab itu ada sebuah hadits dari Aisyah Radhiallahu ‘anha bahwasanya

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah membagi giliran di antara para istrinya secara adil, lalu mengadu kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam do’a: “Ya Allah inilah pembagian giliran yang mampu aku penuhi dan janganlah Engkau mencela apa yang tidak mampu aku lakukan(Hadits Riwayat Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Majah dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim)

Para suami yang ingin berpoligami juga usah lupa kepada hadits Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam ini ;
"Barangsiapa yang memiliki dua orang istri lalu ia condong pada salah satunya, maka ia akan datang pada hari kiamat sedangkan bahunya senget." (HR. Abu Daud (2/242)

Akhowat sekalian, melihat kepada ramainya jumlah wanita di akhir zaman ini terutama kepada yang bergerak dalam jema'ah tentu sahaja anda melihat masih ramai lagi kakak-kakak dan sahabiah yang hampiri usia yang lewat tetapi masih belum berumah tangga, dan ana kira jika kita selalu ungkapkan 'ana sayangkan enti kerana Allah dsb' sudah tiba masanya untuk kita membuktikan sayang yang kita ungkapkan itu. Suami ana pernah menduga ana dengan menyampaikan hasrat bahawa beliau ingin memperisterikan teman rapat ana yang usianya hampir menginjak 30an. Ana tanpa ragu telah menyampaikan hasrat itu kepada teman ana, dan ini sangat mengejutkan suami ana. Tetapi teman ana itu telah menolak hasrat ana dengan alasan yang sangat menyentuh hati. Sahabat ana itu kini ummi kepada seorang mujahidah comel.

Muslimat sekalian sudah tiba masanya untuk anda galakkan suami-suami anda untuk bekerja kuat dan mencari sedikit kecukupan bagai membiayai rumahtangga lebih dari satu, bentuklah suami agar suami akan menjadi pemuda yang benar-benar setiap helaan nafasnya kerana Allah, dan ana yakin poligami mampu memperkasakan institusi dakwah kita, ketepikan momokan negatif tentang poligami, binalah keindahan hidup dengan belajar berkorban rasa. Rasa itu akan sentiasa bersama kita selagi kita tidak mati.Bukankah nabi sallahu 'alaihi wasallam mempunyai rumahtangga yang indah? tetapi isteri baginda semuanya bermadu kecuali Khadijah radiallahu anha.Isteri-isteri baginda juga punya rasa cemburu sehingga;

Suatu saat ‘Aisyah berkata kepada beliau: “Wahai Rasulullah, cukup bagimu Shafiyyah, dia itu begini dan begitu.” Salah seorang rawi hadits ini mengatakan bahwa yang dimaksud ‘Aisyah adalah Shafiyyah itu pendek. Mendengar hal tersebut, Rasulullah berkata kepada ‘Aisyah:
“Sungguh engkau telah mengucapkan satu kata, yang seandainya dicampur dengan air lautan niscaya akan dapat mencampurinya.” (HR. Abu Dawud no. 4232. Isnad hadits ini shahih dan rijalnya tsiqah, sebagaimana disebutkan dalam Bahjatun Nazhirin, 3/25)

Apabila kita mampu untuk tundukkan perasaan dan hati kita, dikala itu ingatlah kita kepada firman Allah ini ;

Dan saling tolong menolong kamu di dalam kebajikan dan taqwa”(Al-Maidah : 2)

Sebagai isteri, isteri adalah saudara seiman yang paling rapat dengan suami, dan tentunya kita adalah saudara seiman kepada akhowat-akhowat yang jatuh bangunya bersama kita dalam usaha memperkasakan dakwah dan mendaulatkan Islam, justeru yakinlah;

Dalam sebuah hadits yang muttafaq ‘alaih bersumber dari Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhuma bahwasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda, “Barangsiapa yang menunaikan keperluan saudaranya, niscaya Allah menunaikan keperluannya”

Muslimat sekalian kuatkan hati letakkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah kerana yang kita damba adalah kasih sayang Allah itu, dan seandainya kasih sayang itu akan kita peroleh kerana ta'atnya kita kepada ayat Allah, mengapa tidak kita berkongsi kasih? Ya ia tidak semudah yang kita ucapkan tetapi untuk menghuni syurga itu juga tidak semudah yang kita sangka, perlu 1001 pengorbanan. Jadi mengapa tidak?

Perlu diingat poligami sudah ada sejak lama dahulu, lupakah kita nabi Sulaiman yang punya 100 isteri? apakah kita lupa pada kekuatan Sarah yang meminangkan Hajar untuk Ibrahim alaihissalam?

Dan ingatlah poligami ini dibataskan kepada 4 setelah Muhammad SAW diturunkan, justeru akhowat sekalian ayuhla kita ta'at kepada Allah dan Rasulnya andai itulah harganya untuk peroleh rahmat Allah;

"Dan taatilah Allah dan Rasul supaya kalian diberi rahmat." (Ali Imran :132)

Sebagaimana berpoligami itu sunnah, meninggalkannya juga sunnah. Namun begitu perlu kita lihat kemaslahatan yang menuntut poligam sebagai penyelesaian.
Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam amat marah ketika mendengar puteri beliau, Fatimah binti Muhammad, akan ‘dimadukan’ oleh Ali bin Abi Thalib ra. Ketika mendengar berita tersebut, Nabi terus masuk ke masjid lalu menaiki mimbar dan berseru: ‘Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al-Mughirah (kerabat Abu Jahal) meminta izin kepadaku untuk mengahwinkan puteri mereka (anak Abu Jahal) dengan Ali bin Abi Thalib. Ketahuilah, aku tidak akan mengizinkan, sekali lagi aku tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan, kecuali Ali bin Abi Thalib menceraikan puteriku terlebih dahulu, Fatimah adalah sebahagian dari diriku, apa yang mengganggu dirinya mengganggu diriku, dan apa yang menyakiti hatinya menyakiti hatiku” [Jâmi' al-Ushûl, juz XII, 162, Hadits 9026]
Kepada muslimin sekalian andai berpoligami itu untuk kepentingan ISLAM, maka semoga Allah mempermudahkan dan merahmati urusan kalian, tetapi jika sebaliknya tinggalkanlah poligami juga kerana sunnah, moga rahmat Allah turut bersama kalian.

Kepada
muslimat sekalian ayuhlah kita utamakan ni'mat kasih sayang Allah lebih dari segalanya. Moga Allah akan terus mengurniakan kekuatan itu untuk ana dan antunna sekalian, kerna hidup ini hanya untuk Allah..

Kepada sua
miku, sayang yakin abang tahu apa yang abang buat, dan lebih dari itu sayang yakin abang tahu betapa Allah itu tempat pergantungan kita dan tempat kembali kita, moga setiap yang kita buat mampu memudahkan pertemuan kita dengan Allah Robbul Jaleel...

Akhir Qala
m, maafkan kelemahan dan salah silap di sepanjang perkongsian..

Ya Allah kepada
Mu tempat aku kembali, ampuni hamba dan terimalah hambamu ini RabBi..

10 comments:

POHON SEMALU said...

assalamulaikum warahmtullahi wabarakatuh. setiap yang Allah tentukan itu pasti ada hikmah yang sangt "sweet'. Sungguh, Allah Maha Sweet. Dia tahu apa yang terbaik buat kita. kan?. so, poligami tu semestinya ada hikmahnya. bg ana, tiada masalah dgn poligami selagi mn xlanggar undang2 Islam dlm poligamy. setiap benda kan ada rule nya masing2. so, ikut rule yg betul.. maka.. objektifnya.. insyaallah tercapai dgn jayanya. Apa yg penting?.. REdha Allah!.. =). nice blog!. syukron.

Mujahidah said...

Wa'alaikumussalam..benar Allah maha mengetahui..moga redha Allah itu matlamat kita hingga akhirnya ..ameen

~nEmo~ said...

2 link yang membincangkan topik ini juga:

http://www.mohdrahmat.com/2009/04/katakan-tak-nak-kepada-poligami.html

http://www.mohdrahmat.com/2009/04/katakan-tak-nak-kepada-poligami-ii.html

moga mendapat manfaat

Ihya said...

Alhamdulillah...salam zirah...

Topik ini bagus..tapi kalau masih ada lagi yang tak faham,tak tahulah nak kata apa..

Saya senang saja.

Wahai lelaki muslim,jika anda nak pahala banyak dan senang di akhirat maka contohi Rasulullah s.a.w.

Wahai perempuan muslim,jika anda nak pahala banyak dan senang di akhirat maka contohi la isteri isteri..

kan mudah tu...

ABDUL LATIP said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Satu topik yang menarik. Memang jarang wanita yang rela bermadu.

Ada pula suami yang ingin bermadu tapi masih ada 3T. Teringin Tapi Takut.

Takut tak dapat berlaku adil :)

Jika takut tidak dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja.

Bibi Raihana said...

assalammualaikum ukhti

erm.. topik poligami..
ukhti buat jugak ek.. hukum yg dah tertulis kena terima dgn hati yg redha..
ana juga punya pendapat yg sama dgn ukhti :)
moga dlm redha Allah
syg selalu

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Salam
Poligami, suka atau tidak ia hukum ya,ng diharuskan oleh Allah. So kalau terjadi kena redha.. tapi tidak pula meminta.
Apa pun yang penting kebijaksanaan nakhoda. Kalau tak pandai hanyutlah kapal. Terlampau banyak kes terjadi nakhoda gagal menangani bahtera rumah tangga. Karamlah.

limaumaniss said...

bukan calang2 lelaki boleh berpoligami dgn cara yg betul...setuju 100% dgn artikel ukhti... ;)

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Ia bergantung pd individu...Seandai berpoligami, suami isteri mesti bijak mengemudikannya. Yg bijak, rumah tangga aman...yg tak bijak itulah yg mengkucar kacirkan institusi kekeluargaan...apapun, doakan sentiasa agar rumahtangga senantiasa aman bahagia walaupun berkongsi 2, 3 atau 4!

Mujahidah said...

to nemo;
syukran atas perkogsian tersbut.

Ustaz Ihya, smuanya harus dkembalikan kpd muhasabah penciptaan kt sbg hamba..

Cikgu Latip,

Lebih baik 3T dari mengambil risiko yang azabnya sangat dahsyat..

Ukht Bibi, moga Allah sntiasa memberi kita kekuatan itu..ameen

kak nik and kak milah,
setuju sangat dgn pandangan akak berdua, benar pertama nakhoda mesti 'firm' dr smua sudut..