Genap seminggu blog ini tidak berkemaskini, sebenarnya ana sedang menulis tentang kematian. Tetapi sehingga ke hari ini masih belum siap. Dari minggu lepas ana sedikit keletihan kerana terpaksa mengosongkan rumah di JB kemudian menghantar barang tersebut ke rumah mertua di Ayer Keroh. Selepas siap memindahkan barang-barang kami berkemas untuk berangkat ke KL. Zauj ana dikhendaki untuk melapor diri di JKR Jln Sultan Salahuddin KL.
Kami jangkakan kami akan lama di Kuala Lumpur tetapi 2 hari selepas bertugas di JKR KL, Zauj ana dipindahkan ke Melaka.Dalam masa 2 hari yang sangat singkat ini pun ana sempat ke Pesta Buku Kuala Lumpur, alhamdulillah di izinkan Allah jumpa anjang dan kami sama-sama ke PWTC. Sehari selepas itu kami pun berangkat ke Melaka.
Alhamdulillah kini, Kami menetap di rumah mertua sekarang, dan zauj ana pula di pindahkan lagi dari Melaka Tengah ke Jasin. Ana dan zauj yakin segalanya dari Allah ini punya hikmah tersendiri. Apatah lagi kami pasangan yang baru mendirikan rumahtangga memang di akui kami perlu banyak bersabar..Bukan senang untuk senang kan?
Sementelahan menghadapi pelbagai proses perpindahan ini kesihatan ana agak kurang baik, hari ini merupakan hari ke 4 ana demam. Bila malan suhu badan meningkat. Zauj ana naik takut dengan badan ana yang naik panas pada waktu malam. Apa pun ana harap Allah ampunkan ana.. Kesihatan ana masih tak stabil, dalam pada itu dengan izin Allah ana berjaya bantu kak milah. Alhamdulillah ya Allah..
Di kesempatan ini ana harap Allah akan izinkan ana untuk menyiapkan tulisan ana yang terbengkalai. Pada kak nik, ampun dan maaf sebab tak berkesempatan nak jawab tag akak, juga pada kak milah jap lagi sham jawab ye.

0 comments:
Post a Comment