Saturday, 16 May 2009

Jiwa Rasa Seorang Isteri..

Jam 8:00mlm tadi suami tersayang berangkat kembali ke bumi Johor, perginya menyahut seruan jihad di medan juang yang beliau pilih dan ana merestuinya. Suami ana akan mengikuti NDT Ispection Professional Course di PUSPATRI Pasir Gudang.

Pada peringkat awalnya sebelum permohonan dihantar, kami ber'mesyuarah' dan ana bersedia untuk melalui cabaran-cabaran mendatang selama 6 bulan andai permohonan suami diterima.Antara cabaran terbesar yang kami senaraikan, kesempitan kewangan dan himpitan tekanan perasaan. Ana teguh dan tegar untuk menghadapi apa sahaja mendatang, andai ini yang terbaik untuk kami. Apa yang ana pesankan pada suami pada masa itu adalah "gunakan ruang belajar selama 6 bulan itu dengan sebaiknya, pulanglah dengan segugus kejayaan".

Hari yang ditunggu pun tiba, dari pagi tadi hati ana diamuk resah dan gelisah. Tiba-tiba ana merasakan dunia ana akan sepi tanpa dia, insan yang sangat ku cintai. Hairan juga dengan keadaan diri ini bukannya kami tak pernah berjauhan, kami pernah berjauhan hampir 2 minggu dan pada masa itu ana tidaklah selemah ini. Mungkin kerana pada setiap hujung minggu itu kami bertemu, dan kali ini tempohnya agak lama 6 bulan dan perjalanan kursus yang sememangnya mencabar, berserta kekangan kewangan yang bakal menghimpit kami menyebabkan kami mungkin tidak akan bertemu pada hujung minggu.

Dengan segala macam perasaan bercampur aduk, ana mula mencongak untuk memasakkan lauk kegemaran suami. Ana mulakan operasi dengan membuka peti sejuk, kelihatan yang ada hanya ayam. Kami suami isteri berkongsi makanan kegemaran yang sama; paprik ayam. Melihat kepada bahan yang tidak mencukupi, hati menjadi sayu dan permata jernih mula berguguran. Hajat untuk menggembirakan hati suami seolah tidak berjaya. Memandngkan duit pada ana hanya ada RM10, dan duit sebanyak itu tidak mungkin ana dapat membeli bahan-bahan untuk paprik. Ana termangu sendirian.

Tiba-tiba ana teringat duit mas kahwin tempoh hari masih dalam beg tangan, sebenarnya duit tersebut hendak digunakan untuk membeli sebarang barang kemas, memandangkan harga emas di paras yang tinggi makan hajat kami suami isteri terpaksa ditangguhkan, justeru itulah duit tersebut masih dalam beg tangan ana. Ana merasa sedikit gembiran, ana keluarkan RM20 dari mas kahwin tersebut dan ana menghubungi suami di pejabat untuk memohon izin ke kedai dan suami mengizinkan.( Ana jarang keluar rumah sendirian di Melaka ini, baru 2 kali termasuk tengah hari tadi).

Selepas membeli segala keperluan, ana mula memasak. Sambil membersihkan ayam, hati menjadi sebak terkenangkan cinta hati nan satu itu. Ana tidak tahu kemana harus kekuatan itu dicari kembali. Sambil bermonolog dengan diri ana menyudah kerja-kerja membersihkan ayam. Di luar sana, ana terdengan bunyi motor, ana mengomel sendirian "entah-entah abang balik tetapi hati menafikan pula mungkin posmen menghantar surat tawaran kepada Jamilah (adik bongsu suami), setelah selesai mencuci ayam, ana bergerak sedikit untuk melihat ke muka pintu, hajat di hati nak bertanya dengan Adik surat dari mana yang diperolehinya?

Alangkah girangnya hati wajah yang muncul di muka pintu adalah, wajah comel yang sentiasa menangkan hati ini. Dalam masa-masa yang sangat suntuk ini, masih DIA izinkan diri ini menatap wajah suamiku. Ana bersegera menyambut suami. Suami hairan melihat sayur-sayuran yang beritmbun di atas meja."Mana dapat duit ni sayang?" tanya suamiku, duit abang tertinggal ke? tanya ye. Seraya itu ana menjawab bila pulak abang tinggal duit? kataku. Suamiku masih tidak berpuas hati, untuk tidak membiarkan suami ana terus tertanya-tanya, ana menjawab sejujurnya. Muncung terus bibirnya, ana katakan "tak pelah memang niat ambil duit ni pun nak suruh abang ganti balik nanti". Masih masam kelihatannya wajah yang comel itu, air mata ini mengalir lagi, terlalu sedih rasanya.Akhirnya jemari yang kasar itu mengesat air mataku, dan berkata " Tak pe, nanti abang bagi balik duit tu" terus ana menjawab "Sayang tak kisah". Ana menyambung kerja-kerja di dapur, dan suami ana minta ana mengejutkan beliau 10 minit kemudiannya.

Sambil memasak, ana kejutkan suami agar bersiap untuk solat jumaat. Balik solat jumaat, suami, abah dan adik-adikku menikmati makan tengah hari. Syukur Ya Allah atas nikmatMu ini. Sesudah makan suami ana berangkat semula ke pejabat, sempat meninggalkan pesan untuk kemaskan beg pakaianya.

Hati ini kembali sayu, tak ingin berpisah, ya itu yang nyata. Pun begitu ana melaksanakan apa yang di pinta suami tetapi tidak sendirian, bertemankan air mata pastinya!! Ana terus menyambung mengemas bilik, sempat ber'ym' dengan suami dan ana katakan ana tak mampu untuk hadapi perpisahan kali ini. Seakan mengerti hanya satu jawabnya "jangan menangis-kena kuat". Tiba-tiba terasa macam kami sedang 'video confrencing' pula,sebenarnya tidak, mungkin gerak hatinya tepat saat itu. Saat itu sememangnya air mataku sedang mengalir di hadapan 'lappy' ini. Kami sama-sama menyambung kerja masing-masing.

Tiba petang, suami ana pulang. Selepas menunaikan solat 'asar suami ana memanggil. "Abang akan merindui sayang, jaga diri baik-baik, solat pastikan di awal waktu dan ingat Allah bersama kita" Esakan ana semakin menjadi kelihatan ada permata jernih bergenang di kelopak matanya.
Apabila melihat esakan ana yang semakin menjadi, suami ana menuturkan azimat yang sangat berharga dengan penuh berhati-hati. Begini bicaranya ;

"Sayang, setahu abang isteri abang seorang yang kuat. hatinya mencintai Allah dan Rasul lebih dari segalanya. Isteri abang, adalah ummi yang ingin menghantar zuriat-zuriatnya kemedan jihad untuk merebut semula al-aqsa kita. Isteri abang adalah seorang gadis yang meletakkan jihad sebagai syarat untuk menikahinya. Sayang ingat lagi tak soalan sayang di awal perbincangan kita untuk mendirikan baitul muslim? Masa itu sayang bertanya dengan abang "(andainya ana ditakdirkan menjadi zawjah enta) Setelah cukup segala keperluan rumahtangga kita,sanggupkah enta meninggalkan ana dan anak -anak ke medan jihad untuk merebut semula Al-Aqsa kita? Abang sangat terkesan dengan keteguhan hati sayang pada masa itu, dan hari ini apabila melihat sayang menangis untuk perpisahan sementara ini, abang bimbang cinta dan kasih sayang sayang pada abang melebihi segalanya.Sayang jangan sesekali lupa bersatu kita di sini bukan kerana dunia matlamat kita di akhirat sana..teguhkan hati nan satu itu sayang, abang yakin isteri abang seorang yang kuat..."

Selepas kalimah itu keluar dari bibir suami ana, ana merasa terpukul. Ya dahulu ana adalah seorang yang sangat teguh dan tegar. Ana punya ruh juang yang sangat tinggi. Ana sangat yakin bahawa hidup ini adalah perjuangan sepenuhnya. Sehingga ana sangat teruja untuk menjadi seperti isteri-isteri Dr Rayyan, isteri Dr Rantisi. Masih segar impian lalu di birai mata ana, betapa ana mengharapkan untuk menjadi isteri dan ibu kepada para syuhada'. Dan hari ini menyaksikan betapa jiwa ini mampu di'lemahkan' kuasa cinta dan sayang itu. Ana menjadi takut, ana bimbang seperti bimbangnya suami ana. Bimbang cinta dan kasih sayang pada suami dan bakal zuriatku ini melebihi segalanya. Ya Allah bantulah hambaMu ini.

Suamiku berkata lagi "Sayang, kehidupan berumah tangga dengan aspirasi jihad ini tidak semudah yang di lafazkan, juga kehidupan berumahtangga bagi kita yang bernikah di jalan dakwah ini tidak seindah yang disangka, justeru segala pengharapan dan kasih sayang perlu diberikan dahulu kepada yang maha berhak, dan pintalah segala kekuatan dariNYA untuk membantu kita terutama sekali abang dalam memandu bahtera rumah tangga ini menuju mardhotillah. Bukankah itu yang kita damba? Sayangku inilah permulaanya, anggaplah perpisahan dan segala kepayahan yang perlu kita tempuhi ini sebagai tarbiyyah untuk kita, tarbiyyah untuk menjadi syuhada', tarbiyyah untuk menjadi isteri syuhada', tarbiyyah untuk menjadi suami syuhada' tarbiyyah untuk menjadi ummi dan babah para syuhada'. Bangkitlah Sayang! Perjalanan kita baru bermula.."

Malam ini ana sendirian mengenang peristiwa yang berlaku seharian ini, juga beberapa 'flashback' yang membangkitkan ana. Tidak dapat ana nafikan masih kepiluan menyelubungi hati ini, sendirian di kamar ini menggamit rindu yang mencengkam jiwa, menjadikan segalanya sunyi sepi. Betapa gurau sendanya bermain dimata, mengundang hiba. Entah kenapa ana yang ingin menjadi seorang mujahidah boleh rebah. rebah sebelum bermula, Ya Allah terasa betapa diri terlalu lemah sebenarnya. Mujur punya suami yang mengingatkan saat terlupa, membangkitkan saat terleka.Alhamdulillah Ya Allah..

Rabbi pinjamku secebis kekuatan Sumayyah, secangkir tawakal Hajar, Rabbi jadikan aku seberani wanita ansar, setabah balu syuhada' di Palestin dan jadikan aku Mujahidah yang sebenar-benarnya.. Ameen

Kepada sahabiah yang baru bermula memberi komitment kepada sebuah perjanjian menuju pernikahan, juga kepada akhowat yang akan melangkah ke alam rumahtangga, satu pesan ana gunakan segenap peluang yang ada untuk membentuk kekuatan dalaman dari sekarang agar kelak kalian akan mampu menjadi mujahidah ummat!

Ilahi kekalkan kami bersatu sebagai suami isteri di syurgaMu kelak! Ameen..

9 comments:

limaumaniss said...

nampaknye keadaaan kat melaka lebih 'gawat' dari keadaan di penang....sabar2..

Anonymous said...

assalammualaikum wr wb
ukhti, tatkala ana baca titipan ukhti ni airmata mengalir..
sabar ya ukhti.. moga ukhti kuat..
kakakku syg, enti seorang yang kuat
adik nak jadi mcm akak.. ape2 just sms me..

Allah sentiasa bersama hambaNYA yang bersabar.

=FaSoBRuN JaMeeL=

Shams Ali said...

wa'alaiikumussalam..adikku raihana... doakan kakamu ini :) Allah bersama orang-orang yang sabar.

Ummu Muhammad said...

salam sham...

kuatkan semangat. tau mcm ne sham rasa...dan faham sgt perasaan sham. Along berjauhan dgn suami hampir 10 bulan membesarkan anak sendirian :)

Skrg alhamdulillah...tp tiap tahun 40 hr. tiap bulan 3 hr...tak penah miss. 40 hr pun x terasa sgt dah...tarbiyah 3hr tiap2 bulan.

tummy dah berisi ke dik?

Shams Ali said...

along..sampai juga ke sini.. Mudah-mudahan sham akan terus kuat. slpas sham ni sham akan melalui fasa 3 hari sebulan dan 40 hari setahun. mudah-mudahan ianya dapat mendidik jiwa ini. kagum dengan along..tummy dah ada isi? erk..setakat ni belum ada rezeki la along...doakan sham ye..

Ummu Muhammad said...

xpe...Allah yg maha mengetahui segalanya. Nanti akan adalah tu..sham pun muda lg :)

eh, perit tau kalau mengandung berjauhan dgn suami. akak rasa dah...dlm pantang sorang2. nangis je sokmo. hari2 nak cakap telefon. mengada kan perempuan ni? :D

take care.

ps: actually silent reader je selama ni. dah lama dah mai sini

Shams Ali said...

betul, pada segalanya sham serahkan..errmm biasalah tu masa-masa tu lah rasa nak perhatian lebih ye.. owh, silent reader,,tak sangka pulak..anyway thanks alogn sbb sudi jenguk ke sini..

Islamic_Muslimah said...

salam ukhuwah...
subahanallah...hebat betol pernikahan yang telah di bina, moga2 ana jua tabah+cekal menhadapinya kelak...bergenang jua air mata ana membaca post nie...

MujahidahPuteri said...

salam.masyaAllah,cerita n pringatan ini memukul hati saya.mengalir airmata saya membacanya.walaupun belum bgelar isteri,tapi cerita ini sdkt sebyk mberi inzar n gmbrn kpd saya bl sdh berada d alam rumh tangga yg didirikn ats perjuangan ISLAM(*_*).stiap ap yg kita katakan,stp bait tkeluar drp mulut,kita akn teruji nanti.semoga bahgia dengan tarbiyyah drp Allah.