Tuesday, 19 May 2009

Nota Pengantin

Tatkala bersambut 'akad,
Kalimah khusus terlafaz halus,
Menyebut mulus hamdallah tulus,

Tatkala bersambut 'akad itu,
Damai sudah resah ini,
Tenang sudah atma ini,
Girang sudah hati ini,

Tatkala bersambut 'akad,
Mengalir tenang rasa itu,
Meresap indah getar itu,
Menyatu erat sayang itu,

Tatkala bersambut 'akad,
Berserah dalam pasrah,
Berharapan dalam rahmah ,
Bersanggupan dalam magfirah,

Tatkala bersambut 'akad itu,
Mengukir cinta, melakar bahagia,
Menyulam jiwa, Memintal rasa,

Tatkala bersambut 'akad itu,
Menyemai kasih ,mengukuh fitrah,
Mendamba mawaddah ,menggapai sakinah.

Jam 2243
19 Mei 2009
Kamar Cinta
Bukit Beruang Utama, Melaka

3 comments:

3p4h said...

Salam kak, indahnya kata2..Karangan sendiri ya? =) Tahniah2..

Akak buat apa kat Tmn Bukit Beruang Utama? Sebelah je dgn tmn sy =)

Mujahidah said...

wsalam, yup karangan sendiri.. tatkala mengimbau memori pernikahan akak.. rumah inlaws akak kat bukit beruang utama, aha..tau sebelah taman tapi tak tau jalan apa rumah no brp..hehe

anisswardah@gmail.com said...

Assalamualaikum, akak, nak tanya..masa walimah akak berniqab tak?.. nak tahu perjalanannya boleh? mncari akhawat yang berniqab time walimah nie..syukran(^_^)