Wednesday 29 April 2009

Kematian

Alhamdulillah entry yang tertangguh dari 14 April 2009, sepatutnya nak buat dalam bentuk artikel tetapi jejari dipandu hati...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah, selamat pindah..Kami tidak lagi bermastautin di Johor, InshaAllah ana akan jadi orang Melaka. Sewaktu dalam perjalanan ke Melaka dari Taman Perling kami menerima inzar yang sangat hebat.

1) Kakak kepada nenek suami ana telah kembali ke rahmatullah
2) Ana dan suami dikejutkan oleh sebuah kemalangan berdekatan Taman Sutera, jenazah sudah pun ditutupi dengan sehelai kain putih(penunggang motor- keadaan motor tidak begitu teruk) , kelihatan ramai orang berkumpul, polis trafik dan van 'rescue 999' Pertahanan Awam juga turut kelihatan.

Selepas 500 meter melepasi tempat kejadian barulah kami mendengar siren ambulans. Saya dan suami sedikit kesal dengan ambulans yang seringkali lewat tiba ditempat kejadian ditambah pula kami pernah ada pengalaman yang kurang baik dengan ambulans.

Jika ambulans itu datang tepat pada masanya dan tidak lewat mungkin (mungkin) penunggang motorsikal itu dapat diselamatkan, begitu akal saya berfikir, tetapi untuk seketika cuma. Kurang dari 3 saat, saya insafi bahawa jika Allah mengkhendaki begitulah! Tiada siapa yang lebih berhak keatas sekujur tubuh nyawa manusia melainkan DIA yang menciptakan!

Lantas, ana mengenggam tangan suami dengan lebih erat, saat itu yang terucap tidak ada apa yang perlu dibimbangkan oleh kita, melainkan mati! Walau siapa pun kita, kita tidak pernah dijanjikan kehidupan yang kekal disini, dan kita tidak pernah dihidupkan untuk orang lain. Kita tidak di hidupkan untuk suami mahupun isteri kita, tidak untuk anak-anak kita, tidak untuk ayahbonda tidak jua untuk adik beradik, kaum keluarga dan sahabat handai kita. Tuntas untuk apa kita dihidupkan?

Jiwaku bergetar, kerna kurasakan baru sekarang ku mengenal erti hidup, apatah lagi hari ni baru 4 purnama cuma kami menjadi mutazawwijun.

Seorang demi seorang dari kenalan ana beransur berangkat ke daerah SANA. Ana tertanya-tanya bila agaknya giliran diri ini. Hati ana bergetar, andai Allah mengambil ana dalam keadaan KEAMPUNANNYA belum menjadi milik ana, apalah nasib ana di SANA? Ya ALLAH tidak dapat ku bayangkannya, walau untuk sesaat.

Berkata Tuhan Yang Maha Rahman, setiap yang hidup pasti merasai kematian, hikmahnya Tuhan Yang Maha Rahman itu turut merahsiakan masa dan tempat nyawa ini kembali. Alangkah ruginya kematianku kelak dalam keadaan yang tidak sepatutnya, Alangkah malangnya andai kematianku itu dalam keadaan tidak sempat untuk berbakti kepada suami menggembirakan hati orang tua ku,dan alangkah ruginya jika matiku nanti tiada zuriat disisi untuk mendoakan diri? NaudzubiLlahi min zalik. RabBi..saat ini kurasakan dadaku begitu sempit.

RabBi, ku ingin sekali menemuiMu setelah segala amanahku selesai, setelah diri ini kusucikan dengan sebenar-benar taubat, hamba sedar Ya Aziz hidup tiada makna andai tiada kematian, justeru kematian akan menjadi sia-sia tanpa persediaan, t itu sengsaralah jiwaku atas penderhakaanku kepada Tuhan Yang Maha Gafoor..

Saat itu pastikan tiba, entah bersedia entah tidak..

Cuma satu pintaku, tuhan ambil nyawaku tatkala jiwaku masih teguh dengan iman dan islam, layakkah aku untuk meminta itu? Tuhan jangan biar ku menjadi hamba yang leka dan terus membiarkan masa yang tinggal barang seditk dua ini berlalu sia-sia.. Tuntunlah langkah ku ini RabB, cinta mu ku damba, pertemuan kita kurindui tapi diri ini terus lalai dan leka, lalu berertikah impiku itu? Tetapi itulah aku terlalu lemah, yang tidak punya upaya walau sebesar zarah, tetapi dosaku semakin parah.. Ilahi bantulah hamba lihatlah jiwa yang kusut ini.. Pandanglah aku yang mencari arah tapi seringkali tersasar tika bertemu petujukMu itu...

Ya Allah.................

Rabbi..Adakah kelak jenazahku akan di uruskan oleh zuriatku? Rabbi apakah pada takdirMu tertulis bahawa hambaMu ini akan punya zuriat dari darah dagingnya sendiri? Hamba mengharap dalam ketidak pastian...Tunjuki aku jalan itu...

Friday 24 April 2009

Tag Dari Kak Nik

1. Nama timangan/family

Sham/Yaya/Kakak

2. Anda seorang yang
Sensitif dan romantik kot hihihihi

3. Insan istimewa dan kenapa dia teramat istimewa
Ayahbonda Adinda - Cinta tanpa syarat mereka ; my hubby - he accept my bad
side better then my good side.. Ana uhibbukumullah..

4. Lagu kesukaan sekarang
Lagu ape eh? muhasabah cinta -Edcoustic

5. Warna kegemaran
Turqoise, Purple, Hitam, terkini terpengaruh dengan adik-adik ipar PINK Kaler..

6. Benda wajib dalam handbag
Handphone, wallet,coin beg, pen,kertas,resit, perfume,tisu dan ubat-ubatan

7. Kali terakhir menangis?
Sehari yang lepas, merajuk dengan hubby..hehe ana ni memang ratu air mata..

8. Tag ramai2 rakan anda

a) Kinah Lagi..jwb tau
b) Ddyana
c) Dr alia

Tiada Daya Upayaku Ya ALLAH

Genap seminggu blog ini tidak berkemaskini, sebenarnya ana sedang menulis tentang kematian. Tetapi sehingga ke hari ini masih belum siap. Dari minggu lepas ana sedikit keletihan kerana terpaksa mengosongkan rumah di JB kemudian menghantar barang tersebut ke rumah mertua di Ayer Keroh. Selepas siap memindahkan barang-barang kami berkemas untuk berangkat ke KL. Zauj ana dikhendaki untuk melapor diri di JKR Jln Sultan Salahuddin KL.

Kami jangkakan kami akan lama di Kuala Lumpur tetapi 2 hari selepas bertugas di JKR KL, Zauj ana dipindahkan ke Melaka.Dalam masa 2 hari yang sangat singkat ini pun ana sempat ke Pesta Buku Kuala Lumpur, alhamdulillah di izinkan Allah jumpa anjang dan kami sama-sama ke PWTC. Sehari selepas itu kami pun berangkat ke Melaka.

Alhamdulillah kini, Kami menetap di rumah mertua sekarang, dan zauj ana pula di pindahkan lagi dari Melaka Tengah ke Jasin. Ana dan zauj yakin segalanya dari Allah ini punya hikmah tersendiri. Apatah lagi kami pasangan yang baru mendirikan rumahtangga memang di akui kami perlu banyak bersabar..Bukan senang untuk senang kan?

Sementelahan menghadapi pelbagai proses perpindahan ini kesihatan ana agak kurang baik, hari ini merupakan hari ke 4 ana demam. Bila malan suhu badan meningkat. Zauj ana naik takut dengan badan ana yang naik panas pada waktu malam. Apa pun ana harap Allah ampunkan ana..
Kesihatan ana masih tak stabil, dalam pada itu dengan izin Allah ana berjaya bantu kak milah. Alhamdulillah ya Allah..

Di kesempatan ini ana harap Allah akan izinkan ana untuk menyiapkan tulisan ana yang terbengkalai. Pada kak nik, ampun dan maaf sebab tak berkesempatan nak jawab tag akak, juga pada kak milah jap lagi sham jawab ye.

Thursday 16 April 2009

Tag dan Tag

One picture that I love...
It's my wish..Ya Allah makbulkanlah pintaku ini..ameen

Bila kali terakhir makan pizza?
2 minggu lepas, pizza muslim

Lagu terakhir yang anda dengar?
Demi cinta suci - UNIC Kak Ar yang pasang

Apa yang anda buat selain selesaikan tag ni?
Melepaskan rindu dengan Kak Ar dan sahabat-sahabat di ex-office ana

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dengan nama apa?
Mujahidah

Tag lagi lima (5) orang. Soalan seterusnya adalah kaitan dengan orang yang anda tag.

-Kak Sulastri
-Adik Epah [Kesian Epah sedang exam. It's ok jawab tag lepas exam ye ;)]
-Sakiinah
-Ukht Bibi
-Kak Zatil

No. 1 pada anda?
Sangat sayang, walau jarak memisahkan, sentiasa dalam doaku..

Orang No. 3 ada hubungan dengan siapa?
Dengan Mr Cikedong..hehe

Sesuatu mengenai No. 5
Kakak yang sangat lembut, inshaAllah punya daya juang yang tinggi

Orang No-4…
Bakal Doktor -InshaAllah

Siapakah No. 2?
Adik dari ukhuwwah yang Allah anugerahkan...Good Luck ye dik..

Ok! Done.. Allahamdulillah, finally i manage to answer your tag ;)

Perihal "tag"

Setelah sekian lama menanti, akhirnya ada juga yang sudi menge"tag" ana. Ini bukan kali pertama ana di tag tetapi kali kedua, tapi ini kali pertama ana akan menjawab tag. Sebelum ni my dear Dyana yang tag. tetapi disebabkan pada masa DD tag ana, blog ana dalam proses pemindahan dari blogdrive ke blogspot. Dan ana perasan satu pesanan yang sangat "manis" dari my dear DD ;
You've been tag..hehehe.. DD inshaAllah this time i'll answer your tag..

Soalan yang diberikan pada ana ;

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Tinta Mujahidah - Nama blog mempengaruhi cara penulisan dan penyampaian, nama blog ana mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada diri ana.

2)Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://nurmentari.blogspot.com - asalnya ingin menggunakan nick asal semasa menggunakan blogdrive [http://serikandiislam.blogdrive.com] tetapi sayang ia sudah digunakan orang lain di domain blogspot ini. nurmentari ditasybihkan kepada nama ana sendiri.

3)Apakah method penulisan dalam blog anda?
Method yang digunakan adalah perkongsian.

4)Pernah terasa nak hapuskan blog anda?
Tidak sama sekali. Ana sayang blog ana, terlalu besar maknanya kepada ana.

5)Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang TAG anda ini?
Blog yang penuh dengan emosi dan selalu mengundang doa dan simpati ana
(Jangan marah ye ukhti)

6)Senaraikan 5 orang yang akan anda TAG

-Dyana
-Yong husnul a.k.a ukhti syazwani
-Kak Nik

-Kak Milah

-Dr Alia

Saturday 11 April 2009

Bermadu?

Bermadu atau poligami adalah satu topik perbincangan yang tak pernah 'sejuk'. Dari ana bujang sehinggalah bergelar isteri. Yang menariknya hanya kaum adam sahaja yang begitu ghairah sekali untuk membincangkan topik ini, malah Ally Iskandar pun turut membincangkan topik ini dalam rancangan beliau - Ally.

Beberapa tahun dahulu ketika ana mengisi ruangan kuliyyah secara online dalam sebuah online chatting room, ana pernah dikecam oleh kakak-kakak yang sudah berumah tangga kerana dengan terang-terangan menyatakan bahawa poligami bukan sesuatu yang perlu ditakuti. Dek kerana kelantangan ana bercakap tentang soal ini juga, telah menyebabkan ana dilamar oleh beberapa 'ustaz' untuk dijadikan sebagai isteri kedua. Ana juga pernah 'diserang' oleh zaujah kepada salah seorang ustaz itu walau ana tidak pernah menyatakan persetujuan ana untuk menerima lamaran ustaz itu. Pengalaman yang sangat menyedihkan dan menggerunkan.

Kini setelah bergelar isteri ana mengerti kenapa kebanyakan wanita begitu takut dengan poligami ini, pun begitu ana masih menyatakan ana tidak ada masalah dengan poligami. Ana faham umumnya isteri-isteri takut suami menikah lagi kerana :-

1. Takut perhatian suaminya terhadap dirinya akan berkurang
2. Berkurangnya keberadaan suami di rumah dan tidak adanya perhatian
terhadap anak anak
3. Perasaan takut disia-siakan ketika suaminya menikah lagi.
4. Bimbang terhadap pengurusan kewangan dari suami akan menjadi tidak sewajarnya.
5. risau pengurusan rumahtangga tidak lagi menjadi prioriti suami sebaliknya menjadi prioriti isteri kerana suami punya 'banyak kerja' lain sejajar dengan 'cawangan' yang bertambah.

Muslimat sekalian hakikatnya penciptaan kita sebagai manusia, kita datang tanpa memiliki apa-apa begitu jua sewaktu kita akan kembali nanti, kita tidak akan membawa apa-apa, sekali pun suami yang kita terima dengan lafaz mulia kalimah nikah satu ketika dahulu.

Selepas akad nikah, ana telah menyatakan kesanggupan untuk bermadu kepada suami, bukan bermakna ana tidak menyayangi suami jauh sekali tidak mencintai suami yang sanggup menerima diri ini seadanya walau penuh dengan segala kekurangan, tetapi kesanggupan ana itu bukti ana mencintai suami ana dan ana mempunyai sepenuh kepercayaan terhadap suami. Ana yakin suami yang takut dengan azab Allah adalah suami yang tidak akan sesekali pun mensia-siakan isteri dan rumahtangga. Dan ini juga membuktikan betapa pada ana poligami bukan satu pengkhianatan terhadap rumahtangga.

Kenapa ana begitu mudah memberikan 'lampu hijau' kepada suami? Tidak mudah sebenarnya. Tatkala ana menyatakan kesanggupan, hati pula sedang hebat berperang meraih ketenangan, ana kira itu lumrah. Isteri mana yang tidak akan sedih apabila suami akan mencintai perempuan lain? tetapi segala perasaan negatif itu didamaikan oleh dalil-dalil berikut.

"Dan tidaklah patut bagi seorang Mukmin dan mukminah apabila Allah dan RasulNya telah memutuskan satu perkara, lalu mereka memiliki pilihan lain dari urusan mereka. Barangsiapa yang bermaksiat kepada Allah dan Rasul Nya, sungguh ia telah tersesat dengan kesesatan yang nyata." (Al Ahzab : 36)

"... Barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul Nya, maka sungguh ia telah mendapatkan keberuntungan yang besar." (Al Ahzab : 71)

Dan bukankah hukum berpoligami ini datangnya dari Allah ? ;

"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. ."
(An Nisaa : 3)

Sebenarnya pada poligami itu terdapat begitu banyak sekali hikmah, bayangkan andai semua muslimat itu redha dengan hukum poligami dan bayangkan jika semua lelaki itu benar-benar memahami aspirasi pernikahan dan hakikat kejadian manusia sebagai khalifah, juga yang mampu menginsafi akan adanya perhitungan atas setiap pergerakan dan perlakuan walau sekecil zarah cuma, ana yakin akan amanlah rumahtangga biar sekalipun suami itu isterinya 4. Kerana lebih dari itu ada rahmat dan kasih sayang Allah yang kita damba.

Allah berfirman ;

Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu) walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian(An-Nisaa : 129)

Maha 'adil Allah itu kerana meletakkan 'adil sebagai syarat dalam berpoligami. Bukankah ini menunjukkan betapa Allah mengasihi para isteri sekalian. Jika kita lihat kupasan hal ini oleh Syeikh Ibn Baz dalam fatwa beliau [Fatawa Mar'ah. 2/62] :

Dalam dua ayat tersebut tidak ada pertentangan dan ayat yang pertama tidak dinasakh oleh ayat yang kedua, akan tetapi yang dituntut dari sikap adil adalah adil di dalam membagi giliran dan nafkah. Adapun sikap adil dalam kasih sayang dan kecenderungan hati kepada para istri itu di luar kemampuan manusia, inilah yang dimaksud dengan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam (An-Nisa : 129)

Oleh sebab itu ada sebuah hadits dari Aisyah Radhiallahu ‘anha bahwasanya

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah membagi giliran di antara para istrinya secara adil, lalu mengadu kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam do’a: “Ya Allah inilah pembagian giliran yang mampu aku penuhi dan janganlah Engkau mencela apa yang tidak mampu aku lakukan(Hadits Riwayat Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Majah dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim)

Para suami yang ingin berpoligami juga usah lupa kepada hadits Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam ini ;
"Barangsiapa yang memiliki dua orang istri lalu ia condong pada salah satunya, maka ia akan datang pada hari kiamat sedangkan bahunya senget." (HR. Abu Daud (2/242)

Akhowat sekalian, melihat kepada ramainya jumlah wanita di akhir zaman ini terutama kepada yang bergerak dalam jema'ah tentu sahaja anda melihat masih ramai lagi kakak-kakak dan sahabiah yang hampiri usia yang lewat tetapi masih belum berumah tangga, dan ana kira jika kita selalu ungkapkan 'ana sayangkan enti kerana Allah dsb' sudah tiba masanya untuk kita membuktikan sayang yang kita ungkapkan itu. Suami ana pernah menduga ana dengan menyampaikan hasrat bahawa beliau ingin memperisterikan teman rapat ana yang usianya hampir menginjak 30an. Ana tanpa ragu telah menyampaikan hasrat itu kepada teman ana, dan ini sangat mengejutkan suami ana. Tetapi teman ana itu telah menolak hasrat ana dengan alasan yang sangat menyentuh hati. Sahabat ana itu kini ummi kepada seorang mujahidah comel.

Muslimat sekalian sudah tiba masanya untuk anda galakkan suami-suami anda untuk bekerja kuat dan mencari sedikit kecukupan bagai membiayai rumahtangga lebih dari satu, bentuklah suami agar suami akan menjadi pemuda yang benar-benar setiap helaan nafasnya kerana Allah, dan ana yakin poligami mampu memperkasakan institusi dakwah kita, ketepikan momokan negatif tentang poligami, binalah keindahan hidup dengan belajar berkorban rasa. Rasa itu akan sentiasa bersama kita selagi kita tidak mati.Bukankah nabi sallahu 'alaihi wasallam mempunyai rumahtangga yang indah? tetapi isteri baginda semuanya bermadu kecuali Khadijah radiallahu anha.Isteri-isteri baginda juga punya rasa cemburu sehingga;

Suatu saat ‘Aisyah berkata kepada beliau: “Wahai Rasulullah, cukup bagimu Shafiyyah, dia itu begini dan begitu.” Salah seorang rawi hadits ini mengatakan bahwa yang dimaksud ‘Aisyah adalah Shafiyyah itu pendek. Mendengar hal tersebut, Rasulullah berkata kepada ‘Aisyah:
“Sungguh engkau telah mengucapkan satu kata, yang seandainya dicampur dengan air lautan niscaya akan dapat mencampurinya.” (HR. Abu Dawud no. 4232. Isnad hadits ini shahih dan rijalnya tsiqah, sebagaimana disebutkan dalam Bahjatun Nazhirin, 3/25)

Apabila kita mampu untuk tundukkan perasaan dan hati kita, dikala itu ingatlah kita kepada firman Allah ini ;

Dan saling tolong menolong kamu di dalam kebajikan dan taqwa”(Al-Maidah : 2)

Sebagai isteri, isteri adalah saudara seiman yang paling rapat dengan suami, dan tentunya kita adalah saudara seiman kepada akhowat-akhowat yang jatuh bangunya bersama kita dalam usaha memperkasakan dakwah dan mendaulatkan Islam, justeru yakinlah;

Dalam sebuah hadits yang muttafaq ‘alaih bersumber dari Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhuma bahwasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda, “Barangsiapa yang menunaikan keperluan saudaranya, niscaya Allah menunaikan keperluannya”

Muslimat sekalian kuatkan hati letakkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah kerana yang kita damba adalah kasih sayang Allah itu, dan seandainya kasih sayang itu akan kita peroleh kerana ta'atnya kita kepada ayat Allah, mengapa tidak kita berkongsi kasih? Ya ia tidak semudah yang kita ucapkan tetapi untuk menghuni syurga itu juga tidak semudah yang kita sangka, perlu 1001 pengorbanan. Jadi mengapa tidak?

Perlu diingat poligami sudah ada sejak lama dahulu, lupakah kita nabi Sulaiman yang punya 100 isteri? apakah kita lupa pada kekuatan Sarah yang meminangkan Hajar untuk Ibrahim alaihissalam?

Dan ingatlah poligami ini dibataskan kepada 4 setelah Muhammad SAW diturunkan, justeru akhowat sekalian ayuhla kita ta'at kepada Allah dan Rasulnya andai itulah harganya untuk peroleh rahmat Allah;

"Dan taatilah Allah dan Rasul supaya kalian diberi rahmat." (Ali Imran :132)

Sebagaimana berpoligami itu sunnah, meninggalkannya juga sunnah. Namun begitu perlu kita lihat kemaslahatan yang menuntut poligam sebagai penyelesaian.
Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam amat marah ketika mendengar puteri beliau, Fatimah binti Muhammad, akan ‘dimadukan’ oleh Ali bin Abi Thalib ra. Ketika mendengar berita tersebut, Nabi terus masuk ke masjid lalu menaiki mimbar dan berseru: ‘Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al-Mughirah (kerabat Abu Jahal) meminta izin kepadaku untuk mengahwinkan puteri mereka (anak Abu Jahal) dengan Ali bin Abi Thalib. Ketahuilah, aku tidak akan mengizinkan, sekali lagi aku tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan, kecuali Ali bin Abi Thalib menceraikan puteriku terlebih dahulu, Fatimah adalah sebahagian dari diriku, apa yang mengganggu dirinya mengganggu diriku, dan apa yang menyakiti hatinya menyakiti hatiku” [Jâmi' al-Ushûl, juz XII, 162, Hadits 9026]
Kepada muslimin sekalian andai berpoligami itu untuk kepentingan ISLAM, maka semoga Allah mempermudahkan dan merahmati urusan kalian, tetapi jika sebaliknya tinggalkanlah poligami juga kerana sunnah, moga rahmat Allah turut bersama kalian.

Kepada
muslimat sekalian ayuhlah kita utamakan ni'mat kasih sayang Allah lebih dari segalanya. Moga Allah akan terus mengurniakan kekuatan itu untuk ana dan antunna sekalian, kerna hidup ini hanya untuk Allah..

Kepada sua
miku, sayang yakin abang tahu apa yang abang buat, dan lebih dari itu sayang yakin abang tahu betapa Allah itu tempat pergantungan kita dan tempat kembali kita, moga setiap yang kita buat mampu memudahkan pertemuan kita dengan Allah Robbul Jaleel...

Akhir Qala
m, maafkan kelemahan dan salah silap di sepanjang perkongsian..

Ya Allah kepada
Mu tempat aku kembali, ampuni hamba dan terimalah hambamu ini RabBi..

Friday 10 April 2009

Tahniah Sahabatku..

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21

Alha
mdulillah, sahabat ana Dahlia telah mengikut jejak langkah ana selepas 2 bulan lebih ana menikah, kami dulu 2 orang budak nakal di pejabat dan kamilah yang paling muda dan kini kami sama sudah bertukar status dari Cik kepada Puan. Apa pun sahabatku selamat melayari bahtera rumahtangga dengan sabar dan matang, nak nasihat lebih-lebih pun ana sendiri baru memegang status Puan. Sama-samalah kita berusaha menjadi zaujah penyejuk mata penenang di jiwa..

"Barakallahu laka wa baraka 'alaik, wa jama'a bainakuma fi khair"

Mudah-mudahan Allah memberkahimu, baik ketika senang mahupun susah dan selalu mengumpulkan kamu berdua pada kebaikan"

(HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibn Majjah)

Bila Lagi Hendak Engkau Sertai Dakwah

Artikel ini satu tamparan buat ana, ana ingin berkongsikanya kepada tetamu ziarah sekalian, sumber: Halaqah.net ~moga bermanfaat...

ZAMAN SEKOLAH

1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.

2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...

3. ‘Parents i’ tak bagi le...

4. Aku takut nanti ganggu akademik.

5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.

ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ

1. ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.

2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.

3. Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!

ZAMAN HABIS BELAJAR

1. Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.

2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.

3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.

4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.

ZAMAN KERJA

1. Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...

2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...

3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.

4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?

ZAMAN KAHWIN

1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.

2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?

3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.

4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.

ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL

1. Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la...

2. Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’, dapat PHD, barulah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.

ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH

1. Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’ lagi, tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Quran nanti baru le sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang ‘basic’ pun tak lepas lagi, kan?

2. Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah... pelan-pelannn...

3. Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke ‘nursery’, ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan, rehat-rehat...tentu nak rekreasi jugak kan?

4. Nak ‘online’ internet? Nak ‘update’ blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm...

ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN

1. Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. Cadang lagi tiga tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab agama tau yang ‘basic-basic’ je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok. Nantilah.

2. 30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah... Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak ‘cover’ balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?

3. Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.

4. Aku bukan tak mahu, dari zaman sekolah lagi aku memang minat, cuma belum ada rezeki aje nak teruskan kerja-kerja Rasulullah ni. Kerja Tuhan jugak yang tak tentukan jalan hidup aku macam ni, nak buat macam mana.

5. Anak-anak aku tu... diorang kalau boleh nak tengok aku berehat aje di rumah, tak payah fikir apa-apa, tenangkan fikiran, tumpu pada sembahyang, mengaji... Betul jugak, esok kalau aku sakit ke apa ke, diorang jugak yang susah. Aku malas le nak bertekak dengan diorang.

ZAMAN DALAM KUBUR

1. Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!

2. Arg, kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku....

3. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!

4. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?

5. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!

6. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?

7. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?

Aku menyesallllll.........!!!

Ya Allah istiqamahkan langkahku,suamiku dan zuriat keturunanku di jalanMu hingga ke akhir hayat kami..ameen

Dear Angah

My Dear Angah,
For what you had choose,
I'm not going to judging you,
But
Just presenting you some words from deep of my heart..
Just want to let you know,
What it is actually

My Dear Angah,
It's harder than that,
It's hurt that what you felt before,
It is not that easy as what been taught to you during your old days,
It is just different from everything that you had seen,
It is just different from everything that you had heard,
It is just different from everything that you had touched,
It is just different from everything that you had felt,

My Dear Angah
You can never know whether you can stand along the path that you had choose,
Because one day you'll have to do so even you could not ,
My dear it is just different,
Still if you do refuse this fact,
I swear one day you will look back for this,
You will search back for what in this,
Tough you may get it,
At that time it is meaningless..
But
Please never give up my dear,
Because we are here till the end of US!
We love you...

Wednesday 8 April 2009

Yesterday..

Actually, yesterday i did post a new entry here, It's the melody of my heart at that time and I want it to be heard till the end of the globe. I feel like telling somebody about what that somebody has done to me. But, yeah I don't know weather that should be done in that way..

Unfortunately my hubby got to read that entry, and he consult me till my eye has no more tears to flow out. Believe me he talk to me almost 2-3 hours non-stop just to make sure i never miss step, he told me that it's totally OK if it is you who has been hurt or to be hurt by anybody else, but you should never ever hurt others. When you did hurt because of something or somebody you can always forgive that somebody, because that is what been taught to us by our prophet (PBUH), but if it is you who did hurt somebody's heart, how did you seek for the forgiveness? I have no answer for that.Finally he manage to make me to remove that entry andIi did keep it as a draft and it will remain like that..

Well, he did talk to me last night about that entry like 2-3 hours, and we slept at 4:00am with all our tears.. Subahanallah I can't figure out and describe the love that has been given to us..only Allah knows, anyway hubby thanks for that wonderful moment with that precious advise, I love you my dear I just love you with all my life..Thank You HubBy..

Saturday 4 April 2009

Welocome To Our Family, Aspalela!

Semalam ana telah ke Kuala Lumpur untuk mengambil buku-buku untuk persediaan mengajar hari isnin ini. Semasa dalam perjalanan zauj ana menghubungi dengan cerianya bercerita tentang pertemuannya sikecil yang sangat comel, disebabkan kepala ana pening-pening, ana hanya menyatakan kepada suami, "abang, kita bersembang bila sayang dah balik malam ini ye" suami pun dengan rasa simpati bersetuju. Setelah selesai urusan ana terus kembali ke melaka, sempat berjumpa ayahnda di Puduraya, mana boleh terlepas peluang jumpa ayah walau untuk seketika..hehe bak kata kak milah (anak ayah la katakan).. Bas ana mereka bertolak jam 10:30 malam dan suami menjemput ana di Kota mas jam 12:00. Suami ana datang dengan adik, sibuk keduanya bercerita tentang pertemuan mereka dengan makhluk Allah yang sangat comel itu.

Sedari kecil lagi ana tidak dibiasakan dengan binatang peliharaan, cuma setelah usia ana menginjak 10 tahun, kami adik beradik jatuh hati dengan seekor ayam yang sangat comel, kami membeli ayam tersebut dengan hasil kami menyimpan wang saku sekolah yang pada ketika itu wang saku kami adik beradik hanya 50sen, ianya sekitar tahun 1995. Jumlah wang saku kami itu kekal sehingga kami tamatkan sekolah rendah. Apabila kami menginjak ke sekolah menengah wang saku kami dinaikkan kepada Rm 1, dan jumlah itu kekal sehingga kami tamatkan persekolahan. Kembali kepada kisah ayam kami. Ayam tersebut kami namakan julie, hampir 2 tahun juga kami membela ayam itu tetapi malangnya ayam telah dicuri oleh penagih dadah, sekelip mata kami kehilangan julie dan kehilangannya sangat tragis, kami hanya dapat melihat bulunya yang bersepah. Berlinangan air mata kami adik beradik bila melihat kejadian itu. Selepas itu kami tidak lagi memelihara apa-apa. Kerana sebuah kehilangan begitu memeritkan.

Pagi tadi selepas siap-siap uruskan diri, suami terus mengajak keluar, destinasinya tidak dimaklumkan. Adik ipar ana yang bongsu turut mengikut kami. Setelah berada di dalam kereta barulah ana tahu destinasinya, rupanya destinasi kami adalah menuju sebuah kedai haiwan peliharaan. Rupanya mereka adik beradik sudah pun jatuh cinta dengan 'Aspalela' dan ana hanya ditugaskan untuk menawar hargba. Alhamdulillah kami berjaya bawa pulang Aspalela yang sangat comel dengan harga yang berpatutan, seluruh ahli keluarga jatuh cinta dengan keletah si comel ini. Hanya ana seorang yang belum berani memegang Aspalela, geli sedikit.. hehe.. Atas kelemahan ana yang geli untuk memegang Aspalela, ana jadi bahan usikan adik-adik dan suami.. Apa pun kami sangat bahagia dengan Aspalela...

Aspalela selamat menjadi ahli keluarga kami..
Disini ana letakkan gambar Aspalela untuk tatapan tetamu ziarah yang budiman, kalau ada yang berminat nak pelihara binatang ini, sebenarnya dia adalah tupai kacukan..sangat comel!!! Tak susah untuk memeliharanya, sangat jinak, makananya adalah buah epal, waktu mandinya seminggu sekali dan mandi dengan air suam..binatang ini alah dengan kesejukan (boleh mati kalau sejuk sangat), siang hari waktu tidur dan malam hari tersangatlah aktif..

Here we go... (Kak milah, jangan jeles ye..kalau nak bagi tau ye..kot ahnaf jatuh cinta jugak..hihi)

~Home sweet home~
Rumah Aspalela

~Aduhai Aspalela Ku Yang Comel~

~Aspalela landing atas badan adik ilah~

~Aspalela Cari Feeling~

~Aktifnya Aspalela~

~Cute tak? Angah pegang Aspalela~

~Adik ilah dengan abang bagi Aspalela minum~

~Hausnya dia-jus epal tuu~

~Abang main-main dengan Aspalela~

~Aspalela..cayang diaaa~

~Abang, seharian dengan Aspalela..sampai isteri kat sebelah pun dah tak nampak..huhuh~

Thursday 2 April 2009

Selesai sudah..

Kek Kahwin dari beloved ayah..tq ayah :) Kek pun ikut warna tema kami.
It's yummy..blueberry cake..

Alhamdulillah...selesai sudah majlis walimah di sebelah zauj. Seperti biasa kenduri kendara ini bukanlah perkara yang mudah. Setelah berhari-hari melalui proses mengemas sebelum dan selepas kenduri, hari ini sedikit lega. Keletihan pun dah agak berkurangan.

Hari ini kami suami isteri sedikit serabut. Ana dapat tawaran mengajar di Darul Furqan, dan zauj ana pula dapat tawaran berkeja dengan JKR secara kontrak. Zauj ana juga telah meletakkan jawatannya sebagai jurutera di Tengah Oil & Gas Pte.Ltd, Singapura.

Pilihan di depan mata berbagai, pengorbanan yang dituntut juga tidak berbelah bahagi. Tanggungjawab yang perlu di isi tidak terkira. Agaknya ini permulaan cabaran rumahtangga kami.

Ya Allah berikanlah kami petunjuk, jangan biar kami tersilap dan tersasar dari matlamat sebenar pernikahan kami.

Kepada yang sedang enak dibius cinta, life is not like what you imagine. Be prepared to mingle with sweat and tears.. Never a choice there...It is always a must even it is you to be hurt or to hurt...Think wisely befor you fall in love!