Monday, 21 June 2010

Naik Pangkat.

Alhamdulillah setelah sekian lama, saya menemui kembali 'rentak' untuk menulis di kanvas maya ini. Hampir 6 bulan saya tidak mencoret apa-apa di sini melainkan sebuah puisi dan beberapa perkongsian dari sahabat-sahabat yang saya perpanjangkan di kanvas ini.

Sebenarnya dari awal Januari lagi, saya seolah-olah menjadi takut untuk menulis. Saya bimbang saya akan menulis mengikut rentak hati semata tanpa memberi ruang kepada akal untuk membuat sebarang pertimbang. Ini berikutan saya disahkan hamil pada awal bulan Januari yang lalu.

Setelah melalui satu episod yang amat menguji dalam hidup saya, akhirnya Allah memberikan 2 khabar gembira kepada saya dan suami. Pertama saya diterima bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknik di Telekom Malaysia. Walaubagaimana pun perancangan Allah itu terlalu hebat sehingga tak terjangkau dek akal manusia. Saya fikirkan, anugerah terindah saya pada pasca ulang tahun perkahwinan saya yang pertama adalah pekerjaan yang saya perolehi itu. Masakan tidak penantian hampir setahun selepas kahwin dan 4 tahun selepas menamatkan pengajian untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil dikalbulkan Allah. Khabar gembira itu saya sambut dengan jutaan syukur manakala abang meyambutnya dengan linangan air mata kesyukuran. Sungguh hanya Allah yang mengetahui keadaan kami.

Namun segala-galanya berubah, belum sempat melakar impi dan mimpi yang indah dengan tawaran kerja yang saya peroleh itu, Allah hadirkan satu lagi berita gembira di saat-saat saya melaporkan diri di TM. Semasa melaporkan diri di ibu pejabat TM, saya dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan. Setelah melalui pelbagai siri ujian, saya dikhendaki menjalani xray, dan saat itulah hati saya berasa sungguh kurang enak, lalu sya khabarkan kepada jururawat yang bertugas saya memilih untuk mejalani UPT sebelum menjalani xray. Jururawat tersebut bersetuju dan saya jalani UPT dengan penuh debaran. Tetapi keputusannya kurang jelas berikutan masih terlalu awal, atas nasihat doktor di Klinik di Melaka ini, saya ditegah dari menjalani xray dan diminta menjalani ujian air kencing di mana-mana klinik atau hospital kerajaan. Saya pulang dengan perasaan yang sukar digambarkan.

Hati saya mengatakan saya hamil, tetapi abang tidak mahu saya berharap dan abang sendiri tidak menunjukkan keterujaan beliau. Saya tahu semua itu untuk mengelakkan saya kecewa. Ada sesuatu yang lebih membuatkan saya yakin saya hamil, saya sangat-sangat teringin untuk menikmati mee bandung, baru sahaja banag balik dari kerja terus saya ajak mencari mee bandung dari satu kedai ke kedai yang lain bersungguh-sungguh sampai abang penat, tapi akhirnya saya berjaya memperolehi mee bandung tersebut walaupun saya bukanlah penggemar mee atau mihun yang berkuah ini, sekali-sekala sahaja tidak begitu mengujakan pun bagi saya. Tetapi kali ini saya begitu bersungguh untuk mendapatkanya.Dan bermula dari hari itu perubahan selera saya semakin menjadi-jadi.

Sehinggalah tiba hari melaporkan diri, saya pergi ke Pusat Perubatan Telekom yang terletak di Menara Annexe selang beberapa bangunan dari tempat saya melapor diri untuk menjalani pemeriksaan perubatan sekali lagi. Saya berjaya menjalankan semua pemeriksaan tetapi sangkut ketika mahu menjalankan xray, itu pun setelah saya bercerita keadaan diri kepada jururawat di situ. Saya dikhendaki menjalani UPT bagi kali kedua, tidak begitu berdebar kali ini kerana saya begitu yakin dengan kata hati saya yang saya memang hamil cuma ruang was-was masih ada. Seperti yang dijangkakan jururawat tersebut mengesahkan saya positif. Dengan perasaan yang sangat bahagia terus sms abang yang sedang bekerja, seperti biasa hanya ucapan tahmid respon abang, abang sentiasa 'cool' cuma hilang 'cool' bila buah hatinya buat perangai. ngeee~

Dengan laporan kesihatan tanpa xray saya melaporkan diri di Menara Telekom. Ujian dalam nikmat. Itulah yang saya rasakan apabila pihak sumber manusia TM mengatakan mereka terpaksa tarik balik tawaran tersebut berikutan pemeriksaan kesihatan mengesahkan saya hamil.InshaAllah jika masih ada jawatan kosong selepas selesai tempoh berpantang kelak, mereka akan menerima saya semula. KECEWA! MARAH! Itu perasaan saya.

Saya maklumkan pada ayah, mak ibu dan abah. Pastinya kesemua mereka kegembiran kerana saya hamil tetapi mereka terkejut dan kecewa dengan polisi TM tersebut. Sejurus selepas TM 'menolak' saya, saya mengatur langkah meninggalkan Menara TM dengan perasaan yang sangat mendukacitakan. Pada waktu itulah Kak Nik telefon saya, saya berkongsi berita gembira tersebut dengan kakak yang banyak menasihati dan berkongsi pengalaman dengan saya. Saya juga melepaskan kemarahan yang terbuku terhadap TM kepada Kak Nik. Alhamdulillah rupanya Allah gerakkan Kak Nik menelefon saya pada saat itu agar saya tidak menjadi hamba yang kufur. Saya peroleh nikmat yang jauh lebih besar ertinya daripada kerja yang ditawarkan kepada saya itu. Saya segera beristighfar dan memanjatkan setinggi kesyukuran.

Petang itu saya menghabiskan masa di pejabat Kak Nik, dan saya akhirnya menyedari sesuatu semasa berkongsi kisah dengan Kak Nik. Allah makbulkan doa saya tanpa cacat walau seinci pun. Kenapa saya katakan begitu? Selepas mengikat tali pertunangan, saya sentiasa berharap agar Allah mengizinkan saya dan tunang saya ketika itu (suami kini) mempunyai ruang untuk berkenalan dan bercinta lebih kurang setahun selepas pernikahan. Sungguh itu doa saya ketika itu memandangkan saya tidak begitu mengenali tunang saya apa lagi bercinta! Saya juga berdoa agar Allah akan kurniakan kami zuriat setahun selepas pernikahan kami. Besar harapan saya agar Allah izinkan impian saya itu tercapai. Dan maha Kuasa Allah, sungguh kerdil saya apabila saya disahkan hamil tepat-tepat setahun selepas saya bergelar isteri. Tepat tidak lewat walau sehari pun jika mengikut perkiraan lengkap kehamilan saya ini.

Saya hilang kata, dan sekali lagi saya merasakan betapa Allah itu terlalu hampir dan kekesalan menyelimuti saya mengenangkan segala resah dan kecewa saya dalam tempoh setahun sebelumnya itu. Saya mudah tersentuh apabila sering sahaja rakan dan kenalan menanyakan 'bila nak ada isi ni?' , 'awak tak de apa-apa lagi ke?', 'kena usaha lebih ni, kalau tak nanti jadi macam si fulanah yang dah lama kahwin tapi belum ada anak', 'cubalah Biodex mana tau lekat', 'eh, pergilah cek kat doktor tak delah awak kena tunggu lama untuk mengandung', dan paling menyentuh hati 'kau bawalah budak ni tidur degan kau, selalu orang tua kata kalau bawa budak tidur dengan kita senang nak lekat'. Sungguh hati saya remuk dengan soalan dan saranan sedemikian yang ditujukan keapda saya ketika pernikahan saya belum pun mencecah setahun. Seolah-olah kuasa untuk hamil itu berada di tangan saya.

Saya bersyukur setiap kali saya terduduk dengan ujian yang satu ini, abang sentiasa positif. Kata-kata abang yang menjadi penguat semangat saya 'Soal anak ini soal nyawa dan kuasa menghidupkan nyawa itu milik mutlak Allah, Allah akan bagi bila DIA nak bagi, yakinlah, kita usaha dan doa je, selebihnya terpulang kepada Allah'. Alhamdulillah saya dikurniakan suami yang tidak pernah sekalipun melatah apabila sering ditanya mengenai anak. Abang begitu positif. Saya sangat bersyukur pada Allah, setiap hari saya merasakan saya adalah insan bertuah dan mahluk yang wajarnya paling banyak bersyukur atas kurniaan seorang suami yang begitu.

Kehamilan saya ini menjawab pelbagai persoalan dan yang penting ianya adalah satu kaedah Allah untuk meningkatkan keimanan saya kepada DIA. Saya melalui hari-hari indah sebagai bakal-ummi dengan pelbagai nikmat dan ujian. Dalam nikmat ini banyak sekali saya dan suami teruji. Kepada allah selayaknya setinggi kesyukuran kami kerana segalanya itu sangat mendidik kami. Setiap hari adalah hari baru tetapi masalah yang satu dan sentiasa berulang adalah emosi saya tidak terkawal, setiap hari air mata menjadi teman. Apa lagi setelah disahkan hami abang pula mendapat tawaran kerja di Johor. Tinggal lah saya di Melaka. Sesungguhnya berjauhan dengan suami ketika hamil adalah pilihan terakhir bagi setiap isteri. Saya pasti itu, namun apa daya kami untuk menongkah suratan ilahi, setelah begitu banyak perbincangan dan pertimbangan jalan terbaik bagi kami adalah saya terpaksa menetap di Melaka dan abang meneruskan kerja di Johor.

Sehingga ke hari ini begitulah keadaan kami, hanya beberapa kali abang sempat menemani saya ke klinik untuk menjalani pemeriksaan, selebihnya mandiri saya. Sangat menyedihkan melalui hari-hari indah sendirian, namun saya yakin ada tarbiyyah Allah untuk saya dan anak yang sedang saya kandungkan ini. Dalam kepayah dan ketidakmampuan diri menguruskan emosi, permata hati di dalam rahim ini penghibur saya. Selalu saya katakan begini padanya 'baby, babah pergi cari rezeki untuk kita, tapi baby jangan risau sebab Allah ada, Allah yang jaga baby dan ummi, baby mesti kuat, baby doa pada Allah supaya kita sama-sama diberi kekuatan dan dalam perlindungan Allah selalu'. Selepas setiap kali berbicara dengan permata hati saya begitu secara otomatik saya akan berasa kuat untuk menempuh hari esok.

Saya memilih untuk tidak berkongsi di blog tentang kehamilan saya ini kerana bimbang kalau ada apa-apa terjadi. Ini kerana pada usia kandungan saya 6 bulan doktor masih tidak dapat melihat denyut jantung baby, juga saya mengalami pendarahan yang minimal. Pada Allah saya serahkan segalanya. Abang, ayah mak dan adik tidak henti-henti menasihati dan mendoakan saya. Pelbagai zikir yang ayah kongsikan kepada saya supaya menjadi amalan, dan betapa saya bahagia punya keluarga yang mengembalikan segala harapan saya kepada Allah. Sekali lagi saya bersyukur untuk itu. Setiap kali saya kecewa, sakit, terduduk dek pelbagai ujian; saya pasti tidak alri dari berfikir begini 'Allah masih sayangkan saya kerana menghadiahkan saya ayah dan suami yang akan mengembalikan saya 'tune' yang sebenar sebagai hamba'. Sungguh saya amat bertuah!

Dari hari ke hari, saya mula mengecapi nikmat bahagia bakal-ummi malah sedang menikmatinya sehingga ke saat ini. Alhamdulillah. Dalam segala keperitan dan kesusahan ada bahagia yang sukar diungkapkan. Hari-hari yang saya lalui membuatkan saya semakin menginsfi diri, saya semakin menghargai insan yang bergelar mak dan ibu. Seringkali air mata menitis membasahi pipi, apabila mengenangkan hadiah kenakalan dan kedegilan yang telah saya hadiahkan buat mak, saya kesal saya bayar perit dan payah mak dengan cara sebegitu. Lantas saya sedar kenapa Allah mengangkat darjat seorang ibu. Saya tahu bukan sedikit peritnya yang ditanggung mak dalam membesarkan kami adik beradik, dan pastinya ia tak pernah mudah tapi cinta dan kasih sayang memungkinkan segalanya.

Kini saya sedar, seorang anak tidak mungkin dan tidak akan mampu menandingi kasih seorang ibu kerana seorang anak itu dikasihi dan dicintai malah didoakan ibu sebelum anak itu menghuni rahimnya lagi. Percayalah inilah keajaiban yang Allah kurniakan dalam diri insan yang bergelar ibu. Saya akur, sebagai seorang wanita pencapai tertingginya selain menjadi isteri adalah ibu. Dan bukan semua orang yang terpilih untuk itu.

Tuntas, saya memperingatkan diri apabila Allah memilih untuk menaikkan pangkat saya dari isteri ke ummi maka saya harus meningkatkan kualiti diri. Harus lebih banyak mencari bahagia dalam memberi dari merasanya indahnya menerima. Saya harus bersedia untuk mengorbankan saya sendiri untuk memastikan amanah yang Allah kurniakan ini dapat saya uruskan sebaik mungkin. sungguh taklifan yang datang amat indah tetapi begitu payah! Saya mula mencari sisi baru diri saya dan saya berusaha untuk menyediakan saya yang akan membahagiakan suami dan anak, saya yang akan memperbaiki diri sebagai anak kepada kedua orang tua. Saya harus mencorak hari depan dengan segala kebaikan, memperbaiki hari semalam yang penuh dengan kesilapan.

Setiap detik yang ada kini terlalu berharga untuk saya, saya hanya berharap segala yang saya inginkan akan Allah izinkan ianya terjadi, paling tidak saya mohon kepada Allah agar saya dan suami berjaya mendidik anak-anak kami menjadi anak yang mantap imannya, fasih lisannya untuk membaca Quran, mengamal, menghafaz dan menyampaikannya dan teguh peribadi anak-anak kami untuk menyambung perjuangan Rasulullah dan menyambung legasi para tabi'iin dalam memperjuang dan mempertahankan Islam. Kami mohon diberi kesempatan dan kelapangan dari segenap segi untuk terus berbakti kepada orang tua kami juga mohon Allah izinkan kami membina mahligai cinta kami bukan sahaj di dunia ini tetapi juga di syurga Allah kelak.

Meniti hari-hari mendatang ketika kandungan hampir mencecah 8 bulan, menanti saat melahirkan, saya menjadi begitu teruja. Saya juga menjadi takut, rasanya terlalu banyak taklifan yang belum diselesaikan, bimbang Allah menjemput sebelum segalanya disudahkan. Saya mohon kepada Allah agar Allah tidak mengambil saya dan suami dalam keadaan kami tidak bersedia, dalam keadaan amal kami yang masih belum mencukupi, dalam keadaan tanggungjawab yang masih belum terlaksana, dalam keadaan hutang yang belum selesai, dalam keadaan kami belum berjaya mendidik anak-anak kami menajdi insan muttaqin yang berjaya dunia akhirat dan dalam keadaan kami belum melihat anak-anak kami mendidik anak-anak mereka menjadi insan musleh yang berjaya dunia dan akhirat juga melihat dalam keadaan kami belum melihat anak-anak mereka berjaya. Menginjak ke detik dan masa untuk kami bergelar ummi dan babah, kami akur baru sedikit yang kami mengerti akan hakikat sebuah kehidupan.

Dahulu sering sahaja kami mendengar 'esok-esok kamu dah kahwin dan anak baru kamu tau apa rasanya jadi mak ayah ni', 'ini baru sikit masih panjang hidup kamu, macam - macam yang akan kamu tempuh kat depan sana, belajarlah bersabar'. Ini antara bicara orang tua yang kami baru fahami. Rupanya terlalu besar pengertian di sebalik setiap bicara orang tua kita. Sungguh kita hanya akan menyedari apabila kita melalui detik-detik itu. Justeru, usah padang kosong pada bicara mereka. Bicara mereka bicara emas yang nilainya terlalu berharga. Hargailah setiap dehem dan jelingan orang tua kita kerana di situ ada rahsia kehidupan yang tersembunyi. Moga kita semua diberi kesempatan untuk memperbaiki diri menjadi yang terbaik baut kedua orang tua kita, moga kita diberi kekuatan untuk menjadi yang terbaik buat anak-anak kita agar kita mampu membentuk anak-anak kita menjadi insan terbaik dunia akhirat.

Atas segalanya kini saya akur, Allah tidak pernah meningglkan saya walau sedetik tetapi sayalah hamba yang lalai dan culas yang seringkali lupa dan alpa. Allahumma ampunkanlah aku, sesungguhnya KAU maha pengasih lagi maha pengampun.

Nota : Dan Tuhan kalian berfirman :”Berdoalah kepadaku, (niscaya) akan Kuperkenankan bagi kalian, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku, mereka akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan yang hina
(Q.S. Al-Mu’min : 60)

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
(Q.S Ar-Rahman : 29)

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
(Q.S Ar-Rahman : 30)

6 comments:

Azhar Hashim said...

Salam..

TAhniah lah ye.. nak dapat baby. Tapi saya tak abih baca lagi entri nih, panjang bebenor. Nak kuor ada kijer..nanti sambung. Tulis la lagi dan lagi.

Wassalam

NIk Fauziah Nik Hussin said...

sham..
semoga sentiasa dalam rahmat Allah selalu dan selamat melahirkan mujahid/mujahidah kecil!

mujahidah said...

Azhar: syukran sudi bertandang ke page..bacalah kalo ada masa...inshaAllah akan terus menulis
Kak Nik : ameen..ameen..ameen Ya RabB..takut pun ada kak bila nak dekat ni..mohon kirimkan sham doa yg tidak putus inshaAllah..

Mr Campro said...

Salaam,

Saya terjumpa blog anda.Setiap manusia mempunyai tingkatan ujiannya tersendiri daripada Allah. Kita sebagai hamba hanya mampu berdoa dan berserah. Buat yang diuji pasti tidak mampu tertanggung. Namun, Allah telah berjanji akan nikmat yang tidak terhingga untuk sesiapa yg diuji bagi yang mampu menanggungnya.

Mudah-mudahan anda dan suami berada dalam rahmat Allah swt. Saya mendoakan itu.

Wassalam

mujahidah said...

Wsalam.
Allahumma ameen.
Bro Hiswadi. Ribuan terima kasih kerana sudi membaca coretan hati saya. Ya, saya akui kebenaran kata-kata bro mengenai ujian Allah, malah sehingga ke hari ini setiap kalo saya terduduk dengan ujian saya sering fikirkan ttg bro n kak kea, saya berusaha utk belajar sesuatu dari perjalanan hidup kalian walau tak tau apakah ranjau sebenar dihadapi, kekuatan kak kea, dan bro membuatkan saya berusaha utk kuat. Inshaallah moga bro, dan kak kea sekeluarga turut sentiasa berada dalam rahmat kasih sayang Allah moga perjalanan kalian juga Allah permudahkan.Ameen

kakchik said...

salam sham,
gembira + sedih + marah + geram + syukur semuanya ada bila baca tulisan sham ni.
tak sangka sham juga kenal dengan kak nik.
kakchik doakan sham sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. Allah sentiasa ada, menanti doa dari hamba-Nya yang bersungguh-sungguh. doa kakchik yang satu ini belum diizinkanNya walaupun sudah 8 tahun tapi kakchik redha dan akan terus berusaha.