Wednesday, 6 July 2011

Kembali!!!!

10 bulan lamanya saya berhenti menulis bermakna Muhammad Fawwaz At-Taqiy Bin Khairul Anuar sudah 10 bulan usianya, 10 bulan jugalah saya belajar menjadi dewasa dengan menelan segala dgn membairkan senyuman menggambar rasa. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah atas segala keperitan juga setiap titis kegembiraan.

Dalam masa 10 bulan pelbagai rasa yg allah hadiahkan buat saya, kehilangan insan tersayang, kehadiran insan baru, perpisahan yang hampir memusnahkan kebahagiaan teman saya (2orang) Alhamdulillah yang seorang bijak mengatur dan mencerna petunjuk Allah, yang seorang masih dalam proses untuk mebuat keputusan (moga Allah memberinya petunjuk juga!, sahabat sayang saya Nurul Haniza Awaluddin sudah bertukar status Puan, dan yang paling penting saya kini sedang belajar mengurus masa sebagai ummi, isteri yang berkerjaya, saya juga sedang bertatih dengan perniagaan online, dan ingin kembali menjejak permaidani juang itu! Rabbi jangan biarkan aku sendirian sesungguhnya segala kemampuan aku adalah dariMu.

Sedikit demi sedikit saya sudah mula belajar menerima keadaan sekarang cuma terkadang saya merasa terlalu lemah untuk terus mendayung bahtera kehidupan ini.Mujur tuhan sudi meminjamkan seribu kenikmatan makanya saya masih terus bernafas sehingga hari ini, moga-moga setiap nafas ini dalam iman, islam jua dan moga ianya berpenghujung begitu.

Kalaulah blog ini semacam 'mukabuku' pastinya sudah saya tag rakan-rakan bloggers yang sudi memberi ruang untuk saya berkongsi dan terus berkongsi agar mereka sedar bahawa saya sudah KEMBALI!!!!

p/s : Saya kembali dengan mode KUNING! Ini untuk anda :)

3 comments:

Embun Pagi said...

lama xdgr update dr akak..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

sham..selamat kembali, 'mengasah' jemari..

mujahidah said...

Embun : memang terasa sangat lama kali ini, sayu pun ada bila menatap kembali lembaran maya yang menjadi teman sejati dalam berkongsi segala rasa.

Kak Nik : moga tidak tumpul hendaknya.