Friday 8 May 2009

Sedih..

Ada sahabat yang bertanya ;

"Kenapa blog enti sekarang lebih bersifat perkongsian 'biasa'? Dulu enti boleh tahan juga dalam bab-bab syiasah.Enti sendiri dah jarang ana nampak di program-program kita.Dah pencen ke?Atau dah sejuk sebab zauj bukan aktivis 'kita'?"

Hakikatnya hati ini tersangat kecewa dan terluka dengan apa yang berlaku sehingga ana tak tahu hendak bermula dari mana? Fikiran ana berserabut apabila memikirkan keadaan 'kita' hari ini. Bermacam-macam hal yang menganggu fikiran ana. Muktamar dan kerenah pimpinan muslimat (asif jiddan, kalau bahasa tak indah). Dengan kerenah-kerenah mereka ini sering sahaja ana terfikir apakah mereka yang ditarbiyyah di pelbagai tanzim ini pun masih gila jawatan? masih tidak dapat mengurus perbezaan? masih tidak mampu mengurus hati sendiri? masih tidak dapat mengurus nafsu sendiri? mungkin yang membaca akan merasakan ana keterlaluan, namun selama setahun ana di taklifkan Allah untuk berada di dalam dewan itu pelbagai perkara yang merisaukan ana. Ana ngeri dan gerun melihat wabak 'barah' yang sedang menular dalam muslimat. Beratkan tuduhan ini? sekali lagi ana mohon maaf jika ini mengguriskan mereka yang terlibat atau mereka yang membaca.

Ana telah melalui beberapa siri tarbiyyah dengan beberapa jamaah, dan akhirnya ana sedar setiap dari kita punya taklifan masing-masing, walau dimana pun kita ISLAM adalah matlamat kita. (Ana gembira melihat GAMIS dan PKPIM yang boleh duduk semeja. Kredit untuk GAMIS dan PKPIM. Semoga ISLAM akan menjadi keutamaan). Soal politik dan perjuangan ISLAM samada ianya satu atau ianya berbeza? Persoalan inilah yang membuatkan ana mengkaji dan mencari. Dan akhirnya dengan izin Allah, ana di letakkan di sebuah tempat yang tak pernah ana terfikir. Itulah dia Jalan Raja Laut.

Jelas manusia ini tidak lekang dari kesilapan juga tidak pernah tertinggal dengan kebaikan dan kelebihan. Sebagai mukmin kita harus sentiasa mengoptimumkan penggunaan kelebihan yang ada pada kita dalam tujuan 'berjuang dan perjuangan' ini. Namun apa yang berlaku adalah disebaliknya, jika ana kesal melihat percaturan politik di luar ini kerana taktik yang diguna pakai lebih kebudak-budakan, dan jauh dari kematangan, kekesalan itu turut dipancing oleh fenomena keadaan di dalam muslimat itu sendiri. Ana rasakan banyak hal yang berlaku adalah perkara yang tidak wajar dilakukan oleh para 'mujahidah' ini. Entah di mana silapnya.

Ana bersyukur diberi kesempatan untuk berguru dengan ahlinya di medan siasah ini, walau ana tidak terpilih untuk beradalam dalam gerakan aktivisme mahasiswa (JI) di kampus, ana bersyukur kerana sering dipertemukan dengan orang yang tepat untuk belajar dan belajar. Maka dengan itulah ana merasakan bahawa corak pejuangan Islam yang dituntut oleh Islam tidak sama coraknya dengan gaya fikir muslimat hari ini. Sering sahaja ana mencari kelebihan pimpinan muslimat kita daripada pimpinan 'muslimat' UMNO/BN. Ada yang ana temui namun sentiasa sahaja ada usaha untuk 'cantas mencantas' figure begini. Dan ini membuatkan ana hairan bukankah dalam satu gerakan apabila kita mempunyai ahli atau rakan pemimpin yang lebih hebat, ianya saling melengkapi bagi tujuan kebaikan?

Jika rakan pemimpin yang sama cara fikir dan daya fikir yang kita damba? apakah halatuju perjuangan ini dan kemanakah kita sebenarnya? Akhirnya apa yang terbit di minda ana, bagaimana harusnya seorang pemimpin muslimat yang dapat menyantuni isu-isu yang jauh lebih kritikal, seorang muslimat yang akan menjadi 'negarawati' dilahirkan dalam keadaan pimpinan yang ada tidak mahu pelapisnya lebih daripada mereka? (maaf ini pandangan dari amatan ana selama setahun). Jika berterusan begini, berjawablah wahai pemimpin di hadapan Allah yang maha menghukum nanti atas kesilapan kalian dalam membunuh waris perjuangan dan mematikan perjuangan. (Asif ayat ana agak keras; namun ana harap ini tamparan bagi yang sedang diulit kemegahan berjawatan dan kepopularitian).

Menjelang muktamar ini, ana sering terfikir apa bezanya muslimat dan wanita? Ana bingung apabila dalam sebuah gerakan Islam kepentingan hati lebih diutamakan dari kepentingan jamaah, bagaimana untuk menjadi pemimpin? Muslimat tidak pernah kering dengan isu dalaman sehingga majoritinya tenggelam dengan isu tersebut sehingga tidak mampu timbul dalam menangani isu yang sepatutnya. Ana melihat peranan muslimat di persada politik tanah air kita bukan setakat 'tunjuk muka' tetapi muslimat sepatutnya sudah mampu untuk berfikir secara kritis dan melaksanakannya tanpa tiris. Hakikatnya ini tidak berlaku apabila gossip-gossip menjadi santapan minda, memasyarakat gosip menjadi agenda yang lebih utama berbanding memasyarakatkan perjuangan. Ana tak tahu bilakan masanya muslimat akan mula berfikir untuk ummat mula bertindak untuk masyarakat.

Bayangkan jika seorang pemipin boleh mengutuk rakan pimpinannya kepada anak muda yang baru hendak belajar bertatih untuk 'memberi' dalam jamaah, apakah sebenarnya yang sedang dibentuk oleh pemimpin begini? Pemimpin perlu ada pengaruh tetapi pengaruh tidak perlu dicari dengan cara yang terkutuk begini, pengaruh akan datang apabila kerjabuat seseorang pemimpin itu pantas dan tangkas.

Perjuangan ISLAM tidak memerlukan pemimpin yang bermanis mulut mencari populariti apalagi dari memerlukan pemimpin yang lemah dari sudut organisasi, tetapi hari ini realitinya beginilah beberapa pimpinan utama muslimat hari ini. Ana melihat kegagalan Muslimat hari ini adalah kerana gagalnya muslimat-muslimat kita di semua peringkat terutamanya Pusat kerana gagal mengurus perbezaan, gagal mengurus hati, gagal mengurus nafsu sendiri? Dalam serba serbi gagak ini anda fikirlah apakah kepimpinan begini dapat menyumbang untuk membina dan memperkasakan masyarakat dan tamadun yang hebat?

Ana pernah berkesempatan betemu dengan rakan aktivis muslimat HAMAS, melihat kredibiliti mereka walau dengan abaya hitam cuma, mereka lebih memahami kepntingan perjuangan ISLAM dan mereka lebih serius dengan perjuangan ini dan mereka melahirkan generasi pelapis yang mentap kerana memahami cabaran yang mendatang kepada dunia Islam jauh lebih mengancam, jsuteru anak-anak muda di persiapkan. Dan hal ini seharusnya tersemat kemas di minda pimpinan muslimat kita, tetapi malangnya mereka hanya mahu 'mencetak' pelapis mereka tidak mahu 'melahirkan'. Jika ada pun yang lahir individu ini di anggap tidak wala' kerana tidak mengikut cara fikir dan daya fikir seperti mereka dan akhirnya orang-0rang begini akan dicantas. Inilah realitinya.

Melihat kepada SIGMA ana sangat gembira, dan ana sentiasa megikuti perkembangannya, kalau dahulu rakan bicara ana ukht deqma, kini hanya internet yang ada untuk ana mengambil tahu dan mengikuti perkembagan sahabat-sahabat muslimat muda ini. Ana teruja mendengar nama, pertama kali apabila barisan pimpinan SIGMA ini di 'reveal'kan, ana menghantar SMS kepada beberapa orang sahabat untuk menzahirkan kegembiraan dan menyatakan kesedihan kerana ana telah jauh untuk mengambil tahu perkembangan. Cuma Internet harapan. Ana mengharapkan muslimat akan belajar sesuatu dari SIGMA, walaupun usianya setahun jagung pun belum.

Ana sangat berharap pada muktamar ini akan ada perubahan yang mampu merintis jalan yang terbaik kepada kita semua. Justeru, ana mohon kepada para perwakilan sekalian fikirlah bulat-bulat dalam 'memangkah'. Jangan tersilap langkah kelak anak-anak kita terima padah. Bertanggungjawablah dengan setiap keputusan anda, nilailah dengan mata hati, mohon petunjuk ilahi agar diberi yang terbaik. Ingat, DISANA akan ada sesi 'perbahasan' mengenai pilihan anda disini. Dan pada saat itu kroni-kroni dan sahabat yang sering 'memuji' dan 'memuja' (tidak mampu memberi apa pun bantuan) oleh yang demikian, nilailah dengan hati singkaplah rahsia itu agar tidak ternanti-nanti lagi generasi ini dan yang akan datang dalam mengorak langkah untuk memcu sebuah perjuangan yang jauh lebih 'professional'.

Ckuplah ana seorang yang merasa perit dengan hakikat ini, cukuplah ana sendiri yang terduduk dengan realiti ini, jangan sampai seluruh generasi muda terduduk sehingga tak mampu bangun dengan apa yang cuba muslimat kita pertontonkan. Berfikirlah secara matang dan bertindaklah secara matang, buka ruang muhasabah dan buka ruang fikir itu seluas-luasnya tanpa bias. Ingat anda akan dipertanggungjawabkan atas apa yang akan berlaku kerana anda memilih dan yang dibawah menerima serpihan kebobrokan dan kepepak lencongan saf kepimpinan kita.

Jangan di ingat yang bertudung labuh berjubah keras itu (kategori ulama') sedang yang berbaju kurung dan bertudung tiga segi itu (kategori professional). Ingat Allah pandang taqwa antara kita. Pilihlah calon yang faham tentang perjuangan, jangan anggap yang bertudung labuh dan berjubah itu lebih memahami tentang perjuangan sedang yang berbaju kurung ini orang yang baru hendak mengenal perjuangan. Ibnu Sina seorang ahli perubatan yang hebat tetapi beliau juga seorang huffaz! Pemakaian dan liuk lentok sesorang bercakap itu tidak mampu memberikan cerminan terhadap kemampuan memimpin dan kefahaman terhadap kepimpinan. Justeru jangan tertipu dengan pandangan mata.

Ilmu itu asas kepada pemimpin yang hebat. Wahai pemimpin yang ada dan pemimpin akan datang garaplah budaya membaca dan suburkan ia walau dimana pun anda berada. Sesekali tolehlah kebelakang melihat sirah kegemilangan dan kejatuhan empayar Islam, agar 'ibrah dan iktibarnya sentiasa segar diminda. Bila kita kurang membaca apatah lagi tentang sejarah, kita akan menjadi bangsa yang lupa diri. Dan dalam keadaan itu kita terus banyak bercakap atas kapasiti sebagai pemimpin, ianya tak ubah seperti tin kosong yang bunyinya lebih kuat berbanding tin yang berisi. Jangan jadikan jadual aktiviti anda sebagai pemimpin itu alasan untuk tidak atau kurang membaca.

Ana rasa sedikit lega setelah menulis apa yang terbuku, ana ingatkan diri ana segala kebobrokan yang telah terbuka di depan mata ana bukan alasan untuk ana tidak berkecimpung dalam jamaah ini. Sekali kaki melangkah, inshaAllah tindak undur barang selangkah.

Saat ini pergerakan ana sedikit terbatas apabila tinggal bersama keluarga mertua, ada tanggungjawab dan amanah lain yang perlu ana utamankan. InshaAllah sedikit masa lagi everything will back to normal, apatah lagi redha dan izin suami mengiringi.

Ana bukan berhenti menulis mengenai lapangan syiasah, cuma kadang-kadang hati tidak punya kekuatan untuk menzahirkan dan melontarkan jiwa rasa dan qalam minda. Sebagai contoh keadaan di negeri perak, terlalu banyak yang ingin ana ulas dan kongsikan tetapi hanya berakhir dengan jejari yang semakin kaku, lidah yang semakin kelu dan minda yang semakin tidak mampu, akhirnya air mata berjuraian dipinggir 'lappy' ana. Hanya Allah Sahaja Yang Mengetahui...

Wallahu'alam mohon ampun dan maaf atas kekasaran bicara, ana tahu ianya sangat menyakitkan tetapi pada ana ini adalah keperluan, satu usaha ana untuk memberi 'tamparan' untuk memastikan hasil yang lebih baik di masa akan datang untuk perjuangan ini..

Kepada yang bertanya harap terjawab hendaknya...

17 comments:

ZATIL AZYYATI MUSTAPHA said...

Salam...
Banyakkan bersabar ye Sham.
Semua ini hanyalah 'kemuncup2' yang sememangnya akan melekat pada kaki kita sewaktu kita melangkah dalam perjalanan perjuangan kita...jika kita terus melayan dgn kemuncup2 tersebut, maka lambatlah perjalanan kita...di hadapan sana masih byk lagi kemuncup yang masih menunggu utk melekat pada kaki kita.
Pedulikan halangan tersebut dan teruskan perjalanan.

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Hmm...seseorg pernah berkata pd akak, "kita ni mmg tak ada seorang pun pimpinan muslimat yg mcm Tok Guru. Kalau kita tgk kedua2 Tok Guru, kalau perempuan, lama dah kita peluk...!"

Agak2 Sham ada tak pimpinan muslimat yg kalau kita jumpa, rasa betul2 teruja? Di mana tokoh itu?

Anonymous said...

Barangkali kita hanya memilih cara ekslusif malah selesa dengan kerusi yang empuk dalam bilik berhawa dingin tanpa kita mahu bersinsing lengan untuk turun ke lumpur masyarakat.

Bagaimanapun, muslimat sebagai sayap kiri perjuangan sememangnya perlu dokongan dari kepimpinan rijal sendiri seperti Zainab alghazali yang memberikan wala' kepada Imam Hasan Albana.

Ujian dunia memang hebat. Malaysia belum lagi seperti India, Indonesia, Thailand. Golongan perubah di sana berjuang kerana terpaksa. Tidak berjuang 'kan mati, berjuang pun mati. Lalu mereka memilih perjuangan untuk teruskan kehidupan.

Shams Ali said...

terima kasih kepada semua sahabat2 yang prihatin. betul kata akmal, kita belum jadi seperti india, indonesia dan thailand. Apakah menunggu keadaan yang sebegitu baru kita nak mengatasi masalah-masalah dalam yang sangat merbahaya ini?

UmmuSafiyah said...

Dapatkan harakah keluaran terbaru... Baca dengan berlapang dada & fikiran yg waras apa yg dikatakan oleh Ketua Penerangan DMPP..Ukhti Aiman Athirah AlJundi.. Semoga lahir lebih ramai insan berjiwa besar seperti AAA.. Ameen..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Sham
selagi ada manusia dan adanya 'kuasa' selagi itulah apa yg kita lihat dan rasai ini berlaku.
Tapi apapun anggaplah itu kelemahan manusiawi... di samping kita mengharapkan yang terbaik sentiasa.

Faridatul said...

Assalamualaikum,

Tahniah kerana sudah berpijak pada bumi yang nyata. Hakikatnya itulah kehidupan kita. Setiap manusia ada kelemahannya. Tiada manusia di bumi Allah yang sempurna melainkan Rasulluah yang bersifat maksum.

Sesungguhnya dasar yang dibawa adalah sama tetapi cara pendekatan yang berbeza. Berselisih pendapat, bergaduh, bertengkar lidah sudah menjadi lumrah biasa tetapi itu pendekatan yang digunakan untuk mendapatkan yang terbaik. Selagi output yang hendak dikeluarkan berpandukan alquran dan sunnah. Tetapi janganlah sampai putus persaudaraan dan sebagainya.

Ingatlah... bahawa masih panjang lagi kehidupan kita ini. Adakah cukup amalan kita untuk dibawa mati nanti?! Adakah cukup selama ini perjuangan kita untuk kita tontonkan di akhirat nanti?!

Perjuangan kita bukan kerana manusia, bukan kerana pangkat, bukan kerana duit.. Perjuangan yang kita bawa adalah untuk tegakkan Islam atas kewajipan kita sebagai hambaNYA...

~Peringatan ini juga adalah untuk buat diriku yang lalai dan lemah ini ~

ketenangan itu indah ketika bersama MU ya ALLAH.. said...

itu la nama yer perjuangan..susah itu la tanda ALLAH nak naik kan martabat kesabaran kita..takwa kita..DIA nak uji kita..sebab ALLAh nak tgk setakat mana Cinta kita dalam jalan nya..meh la lawat blog apis..di alamat www.ibnhafiz.blogspot.com..

Shams Ali said...

Kak nik, ingatkan mereka yang memilih jalan ini jalan yang irama tetapnya adalah mau'idzah akan terhindar dari masalah nama dan kuasa rupanya tidak.

faridatul, although i think you don't really get what i mean, i appreciate your response here. Anyhow your says is a something must be in the mind of US.The thing is we should always think how to optimized our advantages and minimized our mistakes, that's how you improve your self as muslim not only at your 'tongue-tips'...We have too many things to be covered up so we should always avoid giving burden to this jamaah specially and to this ummah glocally..

Buat adinda hafiz..Moga Allah tetapkan hidup mati kita dalam Islam jua..

Shams Ali said...

ada miss type la kat komen atas tu kat bahagian faridatul..maaf ye

.::kelas quran bermodul::. said...
This comment has been removed by the author.
.::kelas quran bermodul::. said...

salam kak sham..dh lame x bdiskusi..dalam perjuangan, ana baru setahun jagung...ape yg ana lalui di sini mungkin xda beza ditmpt lain..ana dgr ketidakpuashatian kepada pmpinan mslimat, tp bila dihitung2, pjuangan mslimat tersebut dh mnjgkau 20,30, 40 tahun...bagaimana mereka istiqamah??kehadiran ana sekadar untuk menumpang, bila melihat kelompangan, kita doakn agar ia pulih, kerana rugilah org yang tidak bjuang kerana jika kita x sertai perjuangan itu, maka akan ade orang lain yg gnti pjuangan itu....maka, tersulah bsama barisan yang mempunyai dasar yang kukuh, jika melihat akan kekurangan pendokongnya, maka kita baiki, jika x mmpu, kita doakan...jika bsndiri, bfikirlah untuk mencari ruang pjuangan, jika sudah bsama pjuangan, maka teruskan ushamu...setandan pisang, msti ade yang eloknya..insyaAllah...pndanglah dasar perjuangan itu, jgn memandang pendokong..ayat ini ana tujukan kepada orang yang faham perjuangan kerana ayat ini x boleh dijawab kepada orang baru nk bjuang...kita akan raser x mmpu baiki seorang diri, tp carilah saluran2 n fikirlah saluran mane yg kite perlu salurkan agar kelemahan ini akan dapat dibetulkan...semoga kita sama2 istiqamah dalam perjuangan..mg Allah sntiasa memilih kita sebagai pejuangNya dan tidak menggantikan diri kite dengan yang lain..tetapi menambahkan lagi pejuangNya yang lain...semoga kita tidak rugi..salam ukhwah fi sabilillah...

aannajah

Shams Ali said...

adinda annajah, syukran sampai ke teratak buruk akak ni. Ala kulli hal, akak sentiasa memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah kerana memilih akak untuk berada di jalan ini.

Adinda ku annajah, terima kasih atas komentar tersebut. Apa yang ingin akan sampaikan adalah kita memerlukan perubahan bagi memastikan agenda perjuangan itu tercapai. Siapa pun yang memerinta siapa pun yang berkuasa, kita kena selalu menginsafi hakikat kita sebagai manusia yang lemah. Adikku, bukankan seorang mukmin itu hari ini lebih baik dari semalam, justeru jangan kerana kuasa yang ada telingan di tulikan dari mendengar dan menerima teguran, jangan kerena keselesaan kita kita menjadi pengampu yang akhirnya membawa kerugian kepada perjuangan ini. Wallahua'alam

.::kelas quran bermodul::. said...

ana doakn sama kita thabat dengan perjuangan ini, sifat pemimpin itu bersedia menerima teguran, iAllah usulukan teguran akak itu agar akan ada satu perubahan nnti, mungkin teguran itu juga perjuangan kita masa kini, agar perjuangan kita akan menjadi lebih perjalanannya dan kelemahan dalam diri pejuang itu tidak menjadi fitnah pada perjuangan.

seperti kita lihat islam itu sangat indah dan cantik tetapi kerana manusia ISLAM itu buruk, ISLAM telah difitnah dengan pelbagai keburukan...begitulah perjuangan yang kita dokong ini, dasar perjuangan yang bagi ana cukup baik, tetapi menjadi bahan fitnah manusia kerana sikap pndokong sndiri, semoga kelemahan kita sebagai manusia dpt dibaiki dr semasa ke semasa untuk mencapai proses kemenangan....

peganglah tali persaudaraan jamaah dan kendonglah perjuangan itu...ana setahun jagung ini mungkin belum mengerti..tp pernah ana bsama mak cik2 yang agak tua usianya pernah menangis, smbil bkata, mak cik x sanggup tengok orang memperlekehkan ISLAM, mak cik x snggup orang memperlekehkan Tuan Guru, Mak cik x sanggup orang perlekehkan PAS..ni, sewaktu ana berkempen, mak cik ni ade penyakit lelah, tetapi gagahkan diri untuk menyahut seruan kerja2 ISLAM, bagaimana mereka menghadapi kelemahan2 manusia bgelar ahli jemaah lain dalam usia mereka yang begitu lanjut dan lemah itu???bagaimana mereka menanamkan sikap sabar dan istiqamah itu???

suke ana bace entri akak tentang mehnah2 perjuangan, alasan2 untuk berjuang...bermula ketika sekolah..universiti, abh blja, kerja...kawin...semoga ia menjadi pengajaran n peringatan buat kita..syukran atas inzar itu..

Akak telah banyak pengalaman, mungkin perit dalam bjuang itu lebih baik dari ketenangan jika kita x bjuang...teruskan lah mcari ruang bsama jemaah, semoga kita thabat dalam perjuangan...dan ana yakin itu akak telah lakukan dan sedang lakukan...

antara doa dan harapan..
aannajah

Shams Ali said...

adindaku annajah, kelihatannya sudah tiba pengertian itu di birai mindamu. Alhamdulillah, benar mungkin teguran itu adalah perjuangan kita buat masa ini, namun sebagai hamba tidak akak lupa, bahawa Allah yang memegang hati-hati kita ini, moga kita yang ingin terus berjuang ini akan Allah terima amal kebaikan kalau tidak di kira pahala pun, moga ada ruang untuk Allah mengampunkan akak. adindaku, moga hari esok akan terus bersinar kerana pastinya ISLAM akan tetap GEMILANG. Antara kita menyumbang ken arah itu atau tidak janji ALLAH itu pasti. Menjadi harapan akan untuk terus berada di jalan ini semampunya akak, doakan akak.. Kerana ISLAM tak pernah rugi jika kita tidak berkerja untuk memenangkanya sebaliknya kitalah yang rugi..

Ku mengharapkan untaian doa, adindaku annajah terasa dekat dihati meski bicara kita becira sepi tanpa suara..

moga baitul ISLAM yg dibina akan menyumbang kearah pembentukan daulah islamiyyah.

salam kak..insyaAllah, ana mndoakn setiap pejuang dan mata rantai tetap teguh...akak pon begitu yer, doakn ana jugak, manusia yang baru kenal erti perjuangan, mungkin belum menempuhi payah, jadi mulut mudah berbicara, astaghfirullah...semoga akak sntiasa berada dlm RahmatNya,LindunganNya,barakahNya, ampun maaf andai tersalah bicara..jaga diri baik2 wahai mujahidah ISLAM, kasih sayang ana pada orang yang berjuang..hanya Allah yang Tahu...semoga kita semua istiqamah...bila berada di mjlis bersama orang berjuang, Hnya Allah yang Tahu berbunganya hati ana melihat wajah2 yang ingin kerahkan tenaga demi ISLAM..semoga kita sebahagian dr mereka ke akhirnya..mg akak menjadi pejuang mslimat..pejuang bait muslim...pejuang masyarakat muslim..pejuang negara islam dan mg KHILAFAH ISLAMIYAH tegak kembali...amin...