Sunday 27 January 2013

Dari Dapur Shams Ali - Spaghetti sesuka hati.

Sudah lama berhajat untuk berkongsi resepi ini. Lebih-lebih lagi apabila ramai rakan-rakan yang bertanyakan resepinya. Ia kegemaran saya. Suami anakanda Fawwaz juga sangat menyukainya.

Bahan-bahan

Spaghetti

4 ulas bawang putih  - dicincang
2 labu bawang besar - dicincang
1 batang lobak merah - dipotong dadu
1 biji lada benggala merah - dipotong dadu
1 biji lada benggala hijau - dipotong dadu
3 biji tomato - dipotong dadu
4 batang sosej ayam - dihiris sedang-sedang
Sedikit cendawan butang dihiris
1 pkt kecil Ayam kisar Ramly
1 tin kecil tomato puri
Minyak zaitun 
1 sudu kecil Oregano

Cara-cara membuatnya

Didihkam air 2L, kemudian masukkan spaghetti, masukkan 2 sudu minyak zaitun dan biarkan spaghetti sehingga masak. Toskan spaghetti setelah spaghetti cukup masak.

1) Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumiskan bawang puting dan bawang merah yang telah dicincang.
2) Setelah bawang layu masukkan lobak merah, lada benggala dan sosej, gaul sehingga semua campuran tadi lembut.
3) Masukkan ayam kisar dan gaul sehingga ayam masak dan ia mengelurkan air.
4) Masukkan tomato, cendawan dan dan tomato puri
5) Biarkan ia mendidih, tambahkan sedikit air jika kuah kelihatan pekat.
6)Masukkan oregani dan tutup api bila bau dah naik.

Cadangan Hidangan

Ambil sejumlah spaghetti yang dikehendaki dan letakkan di dalam pinggan.
Letakkan kuah di tengah-tengah spaghetti

Sedia untuk dimakan.

Selamat Mencuba :)

Saturday 26 January 2013

Kematian adalah tarbiyyah dari Allah!

Saya kongsikan sebuah perjalanan seorang mujahidah berangkat ke daerah sana. Sesungguhnya ini adalah sebuah peringatan dan wake-up call kepada saya sendiri. Apakah terlangsai sudah tanggungjawabku kepada Ummat ini? 

Ya Allah ampuni hamba atas khilaf dan dosa ini, tuntunlah langkah hamba untuk menyelesuri jalan dakwah itu agar tertunai kewajipan yang ada di pundak ku. Ampuni daku wahai Allah yang maha pengampun. Ya Allah bantulah hamba untuk terus mendidik jiwaku dah ahli keluargaku untuk meletakkan pergantungan hanya kepadaMu, mantapkanlah iman kami kukuhkan aqidah kami, padukan hati kami dalam cinta kepadamu. Allahumma Ameen. 

RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR 
SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR 
sumber : mujahidah2u.blogpsot.com

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. 
Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca. 

6 Jan 2013 (Ahad) 
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu. 

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’ 
 
8 Jan 2013 (Selasa) 
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai. 

9 Jan 2013 (Rabu) 
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara. 

10 Jan 2013(Khamis) 
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya. 

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah. 

11 Jan 2013 (Jumaat) 
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka. Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu. Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil. 

12 Jan 2013 (Sabtu) 
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. 

Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah. Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3. 

13 Jan 2013(Ahad) 
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN? 

Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun. Tak ada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya. 

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’ 

14 Jan 2013 (Isnin) 
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. 

Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil. Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH. 

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya. 

15 Jan 2013 (Selasa) 
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN) Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak? Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya. 

Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong. Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013 (Rabu) 
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang. Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. 

Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu. Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah. Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk. Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. 

Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak” Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan. Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong. Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk. 

17 Jan 2013 (Khamis) 
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya. Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui. Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu. Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah. Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid. Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi. 

18 Jan 2013 (Jumaat) 
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah. Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik. 

19 Jan 2013 (Sabtu) 
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk. Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar. Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. 

Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi. Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri. Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir 

20 Jan2013 (Ahad) 
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. 

Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin. 

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya 

Ya Allah sungguhpun hamba tidak berkesempatan mengenali mujahidah ini, ampunilah dia Ya Allah santunilah di dengan lemah lembut dan kasih sayangMu. Tempatkanlah almarhumah di tempat yang mulia. 

Engkau bermula dengan sengsara 
Dalam mencari bahagia 
Terasa bagai bayang bayang 
Gelap walau di suluh cahaya 
Pepasir pantai pun berubah 
Pabila HAKIKAT melanda 
Ketenangan yang kau cari 
Terpancar di lorong sufi 
Kelunakan tangisan kasihmu 
Dalam simpuhan ketaatan 
Bagi mengharapkan keredhaan 
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu 
Kau berjaya menjadi iktibar 
Ayuh bersama kita susuri 
Perjalanan kekasih Allah

 -Shams Ali-

TERBONGKAR! Rahsia Kurus Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood

Semalam saya sekadar mencoretkan di FB dedikasi saya kepada teman-teman seperjuangan saya di whatsapp -Group Jihad Untuk Sihat atau singkatannya JUS. Bermula dari awal Januari tempoh hari, kami berhimpun dengan matlamat untuk sihat. Sihat agar terus ringan untuk menunaikan ibadat dan kuat untuk menyumbang kepada ummat.

Dalam tempoh 25 hari ini, ada pelbagai fasa dan rasa yang saya lalui. Sungguh kehadiran teman-teman JUS saya terutamanya Kak Najibah yang memberikan saya semangat dan inspirasi untuk bermula. Setelah bermula mereka setia di sisi, mendokong dan menyokong saya.

Kehadiran mereka adalah rahmat dari Allah untuk saya.

Justeru, saya menyatakan penghargaan kepada mereka di Facebook saya setelah 6kg berjaya dinyahkan. Bagi saya yang sememangnya gemuk ini kehilangan 6kg tidak ketara mana perubahan tubuh, tapi saya dapat merasakannya dan ia nikmat yang cukup besar untuk saya syukuri.

Tanpa disangka-sangka ramai pula teman-teman yang komen dan minta tips bagaimana saya nyahkan 6kg tersebut. Dek kekangan masa yang ada saya belum bejaya mengolah dengan baik perjalanan saya selama 25 hari tersebut. Walaubagaimanapun saya kongsikan rahsia Ustazah Siti Nor Bahyah yang berjaya nyahkan 16kg dari berat beliau. Saya baru bermula tetapi Al-Fadhilah Ustazah sudah pun berjaya.

InshaAllah saya akan berusaha untuk kongsikan perjalanan saya secepat mungkin.

Mari kita lihat rahsia Al-Fadhilah Ustazah

  • Doa tanpa jemu, doa hari-hari besungguh dan Ustazah berkesempatan untuk berdoa di depan Ka'abah. Alhamdulillah biarpun lama menunggu, akhirnya Allah kabulkan.
  • Ustazah minum kopi senyum :) Ramuan makanan sunnah dalam kopi senyum sangat bagus untuk kesihatan dan rahsia awet muda. Ramai yang dah cuba. InshaAllahm jika digandingkan dengan kurangkan makan nasi atau tak makan nasi untuk sementara waktu ganti dengan protein seperti ayam, ikan, banyakkan makan sayur. InshaAllah boleh turun 4-6kg. Nak cuba kopi senyum, sila call agenya di 0134712984 @ 0163267882. Kalau nak turun lebih banyak lagi ikuti langkah seterusnya.
  • Ustazah dapatkan menu diet dan nasihat serta pemeiksaan kesihaan dari Dr Lina di Timeless Clinic, Kelana Jaya 0378808486. Alhamdulillah lagi bertambah turun. Nak slim, kenalah jumpa Dr dan ikut nasihat Dr. (Rasanya Ustaz Hasrizal pun ke klinik Timeless tapi bejumpa Dr Mahathir.)
  • Ustazah tak makan nasi 3 bulan. Selepas itu, oklah dah boleh makan nasti tapi masih kurangkan. Maklumlah umur dah meningkat. kesihatan sangat berharga untuk dijaga.
  • Ustazah tak ambil gula. Sekarang bila dah slim, ustazah masih kawal pengambilan gula dan hari-hari minum kopi senyum untuk maintain.
  • Banyakkan makan sayur, buah, protein dan hindari karbohidrat atas nasihat Dr ketika tempoh diet.
  • Bersenam setiap hari walaupun sekejap.

Inilah diet ustazah, Alhamdulillah dengan gandingan semua ini, ustazah dah turun 16kg, niat mesti betul. Slim sihat untuk mudah ibadat, mudah bekerja mencari rezeki, jauh dari penyakit mebahaya. Ameen

Gambar ustazah bersama Dr Mahathir dan Dr Lina, Alhamdulillah dengan izin Allah program Dr berdua ini telah membantu ramai orang menurunkan berat badan secara sihat.

-Shams Ali-

Tuesday 22 January 2013

Sebelum Berangkat Ke Daerah Sana!

28 tahun.

Tanggal 19 Januari 2013 membawa umur itu kepada saya.

Satu tempoh yang cukup lama, tetapi entah kenapa rasanya umur yang berlalu itu tidak pernah cukup untuk menyempurnakan amanah sebagai hamba, tidak percukup untuk memenuhi persediaan menuju ke daerah sana. Ya, itulah hakikatnya.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah
Pada kesempatan yang masih sahaja diberikan kepada saya. Hamba nan lemah. Terasa semuanya terlalu cepat dan singkat entah kan sempat untuk menyempurnakan amanat sebelum bertemu Ar-Rahman yang Hebat. Semoga terus DIA hadiahkan kepada saya kudrat untuk terus kuat.

Merenungi detik yang melambai pergi, malu bukan kepalang kepada ilahi.

Tewas!

Tewas di penjuru dunia yang semakin hampir ke penhujung. Tetapi jiwa hamba, masih terus mengharap agar sinar untuk terus bangkit, berjalan dan berjuang itu dipinjamkan.

Sayalah hamba itu, menggunung tinggi dosa dan noda yang terpikul di pundaknya.
Sayalah hamba itu, detik ini mengharap keampunannya tetapi detik kemudiannya alpa dan leka.
Sayalah hamba itu, detik ini mengharap cintaNya mengharap cinta RasulNya, tapi detik kemudiannya sibuk dengan dunia yang sementara cuma.

Pada usia 28 tahun dalam ujian dan nikmat.

Kasih sayang Allah itu tidak tercerna dek akal manusiawai saya ini, kerna saya masih saya yang tenggelam dalam nikmatNya dan timbul dalan ujianNya.

Tetapi,

Allah hadiahkan saya kehidupan yang nan indah, meski semuanya tampak payah, DIA berikan saya bahagia sebagai anugerah.

Dipenghujung 20-an ini,

Saya adalah seorang Hamba
Saya adalah seorang Anak
Saya adalah seorang Isteri
Saya adalah seorang Menantu
Saya adalah seorang Ummi
Saya adalah seorang Kakak
Saya adalah seorang Adik
Saya adalah seorang Teman
Saya adalah seorang Pekerja.

Alhamdulillah cukup dan sempurna, dalam kemanisan dan kepahitan hanya satu yang perlu saya zahirkan kesyukuran!

Untuk syukur itu saya perlu melipat gandakan amalan dan pastikan setiap helaan nafas saya mengundang manfaat kepada ummat. Itu bukti tunduk saya sebagai hamba.

Sekali lagi kepada DIA saya pohonkan kekuatan untuk menyempurnakan kewajipan ini.

Rabbi,
Hamba mengharapkan agar diberikan semula lembaran putih suci itu, agar bisa ku lakar amalan ku dengan tinta emas dan bukannya nodaku dengan tinta lumpur. Ampunilah daku dan bimbinglah daku, agar usia yang mendatang itu dalam rahmat dan redhaMu.

Allahumma Ameen.

p/s : Sungguhpun tidak ada sebarang keraian seperti sebelumnya mahupun sebarang hadiah dari suami, saya bersyukur kerana saya tidak berkecil hati ataupun bersedih hati. Dewasa sudah jiwa ini barangkali, atau mungkin ini yang dinamakan kematangan dalam rumahtangga. Meski hanya sekadar ucapan di awal malam 20 Januari, saya masih mampu senyum dan berterima kasih kepada en suami. Sungguh, tidak ada sebarang kejutan tidak bermakna saya ini bukan kesayangannya kan? Mencintai itu bererti menerima apa adanya pasangan kita dan mencipta bahagia pada apa berinya tuhan pada kita, kerana semuanya sempurna dalam aturan Allah. Terima kasih Allah! Terima kasih abang!

-Shams Ali-

Friday 4 January 2013

Azam 2013

Tatkala senja 31 Disember 2012 merangkak berlalu, hati dipagut rasa sayu. Semua yang di lalui sepanjang tahun, bermain di ruang mata silih berganti.

Atas segala yang berlalu, pelbagai rasa datang bertamu. Untuk segala yang mendatang semuanya memerlukan kepada perancangan dan perhitungan.

Agar kesilapan semalam tidak diulang kembali, agar peluang esok tidak dipersia lagi.

Sepanjang hidup kita di muka bumi ini, telah bermacam-macam yang kita harapkan, yang ingin kita lakukan, bahkan pada setiap permulaan tahun baru ada sahaja azam baru.

Tetapi usaha untuk merealisasikan azam kita itu entah di perbahrui entah tidak.

Beruntung bagi yang berjaya memandu diri memperbahrui usaha diri untuk memenuhi azam yang telah di sematkan di hati. Dan rugilah bagi yang tidak pernah mengabaikan memperbahrui azam tetapi tidak pula peduli untuk mengukuhkan usaha dan kesungguhan untuk menyempurnakan azam itu.

Saya benar-benar rasa terpukul melihat status tahun baru Mufti Ismail Menk ini di muka buku.

Setelah membaca status Mufti Ismail Menk ini, saya rasa terpukul dan saya mencabar diri saya sendiri untuk membuktikan bahawa saya akan berubah dan mampu berubah tanpa membiarkan waktu berlalu begitu sahaja dan paling penting saya tidak mahu membohongi diri sendiri dengan azam yang cantik rapi.

Sungguhpun begitu tidak bermakna saya akan berhenti berazam. Saya berazam dan saya akan pastikan saya bekerja keras untuk merealisasikan azam saya itu. Saya mesti lakukannya bahkan wajib kerana azam saya menjadi jihad saya.

Saya mahu sihat. Saya mahu menurunkan berat badan saya, bukan untuk cantik tetapi untuk sihat. Dan saya bersyukur dipertemukan dengan mentor saya Kak Najibah, bukan sedikit ilmu dan dorongan yang diberikan kepada saya untuk memastikan saya memilih jalan ini.

Kini saya telah memilihnya dan sudah pun memulakan perjalanan saya.

Saya tahu ianya payah tetapi saya juga tahu istiqamah akan membuahkan mudah.

saya mahu kurus bukan untuk cantik tapi untuk sihat. Bak kata mentor saya kurus tak semestinya cantik tetapi gemuk sudah tentu tak sihat!

Selama beberapa minggu saya sudah melazimi diri untuk menaiki tangga 8 tingkat, saya sudah belajar mengira kalori dalam makanan yang saya ambil.

Kini, saya sudah tahu jumlah kalori yang tubuh saya perlukan. Disebabkan berat yang terkumpul ini bukan sehari dua tetapi bertahun-tahun lamanya saya tambah aktiviti fizikal saya. 

Saya juga kini 'berskipping' bahkan sebenanya saya sudah jatuh cinta dengan tali skip. Setelah lebih dari 15 tahun tidak ber'skipping' , saya bermula semula dengan hanya mampu membuat 3 kali lompatan. Angka itu bertambah kepada 10, 20 dan kemudian 100, sehingga semalam saya berjaya membuat 106 lompatan. Saya akan beusaha menambahnya dari sehari ke sehari. Itu tekad saya, kerana saya mahu sihat.

Mohon doakan saya ya, doakan agar saya jujur dengan azam, masa dan peluang yang Allah berikan kepada saya ini. Doakan juga agar azam ini dapat di sempurnakan dan saya kembali kurus, bukan untuk cantik tetapi saya mahu sihat.

Kurus tidak semestinya cantik, Gemuk sudah tentu tidak sihat.

Sepanjang hayat saya, saya tidak pernah mempunyai azam untuk sihat, moga azam yang pertama kali dalam hidup ini Allah izinkan saya merealisasikannya.

-Shams Ali-

Monday 31 December 2012

Selamat Jalan 2012, Selamat Datang 2013

2012 melabuhkan tirainya, pelbagai suka duka telah ditempuhi bahkan pelbagai warna telah menghiasi diari hidup ini.

Mehnah dan tribulasi tak pernah henti menyapa kehidupan kita ini, ada masa kita pedih terluka, ada masa kita sentosa bahagia, semuanya berlaku seperti yang telah pun di tetapkan sejak azali, tidak ada yang perlu diragui.

Cuma yang perlu disoroti semula, adakah sudah diambil ibrah iktibar dan membentuk ikhtiar untuk memperbaiki 2013 yang bakal menampakkan diri??

Moga suci dosa semalam dengan maghfirahNya,
Moga sirna khilaf semalam dengan taufik dan hidayahNya,
Moga lenyap perit semalam dengan rahmahNya,
Moga lerai kekusutan semalam dengan inayyahNya,
Moga luas kesempitan semalam dengan barokahNya,

Segalanya di tangan kita dengan izin Allah pastinya. Moga Allah hadirkan segala kekuatan dan kebaikan kepada kita untuk membentuk dan mencorakkan esok yang lebih baik, agar tidak tergolong kita dalam golongan celaka.

Semoga mentari esok akan membawa sinarnya yang paling indah buat kita yang sedang bersinggah, di alam yang sepenuhnya milik DIA Al-Fattah.

Moga esok kita adalah hamba yang lebih mentaati,
Moga esok kita adalah anak yang lebih mengasihi,
Moga esok kita adalah suami dan isteri yang lebih sejati,
Moga esok kita adalah ummi dan baba yang lebih mithali.
Moga esok kita adalah abang, kakak, adik yang lebih menyayangi,
Moga esok kita adalah sahabat yang lebih menghargai,
Moga esok kita adalah perkerja yang lebih dedikasi,

Ya Rahman, tuntunlah langkah kami untuk menjalani kehidupan ini dengan cara yang paling ma'aruf agar kami terpilih untuk mempunyai kehidupan yang kekal sejahtera dari barzakh sehingga akhirat, dan dipermudahkan pula perjalanan kami untuk bertemu denganMu juga pesuruhMu.

Allahumma ameen..

Semalam, hari ini dan esok dengan satu harapan agar terangkat du'a dan kesungguhan ke langit ke tujuh dan di maqbulkan tuhan Ar-Rahman.

-Shams Ali-

Friday 14 December 2012

Nota Cinta Kami

4 tahun yang lalu, kita telah melangkah ke daerah cinta ini dalam perjalanan menuju tuhan.

Sudah berbagai persimpangan yang kita singgah, namun syukur Allah masih pasakkan hati kita dengan tujuan yang sama.

Bukan sedikit onak dan duri yang kita tempuhi di sepanjang berjalanan ini, bahkan ada masa tersungkur rebah, terluka berdarah.

Namun syukur, kita masih dipilih Allah untuk saling berpimpinan.
Dalam setiap kepayahan dan kepritan, masih sahaja kita diberikan kesempatan untuk saling menguatkan.

Ya ada masa sering saja kita saling mengguris hiba kerana kita manusia biasa yang jauh dari makam sempurna, syukur pada DIA yang masih terus meminjamkan cinta itu kepada kita justeru kita masih upaya dengan sebuah setia.

Pada setiap peluh yang mengalir membasahi tubuh demi amanah mawaddah ini, pada setiap air mata yang tumpah membasahi demi amanah sakinah ini, demi setiap titisan darah yang membasahi demi amanah rahmah ini, moga selamanya kita akan sentiasa dalam dakap kasih pencipta segala rasa.

Kerna akhirnya kepada DIA kembali kita.

Terima kasih kerana mengingatkan kala isterimu ini terlupa,
Terima kasih kerana menegur kala isterimu alpa,
Terima kasih kerana mendamaikan kala isterimu nestapa,
Terima kasih kerana membantu kala isterimu tiada daya,
Terima kasih kerana membangkitkan kala isteri habis upaya,

Terima kasih atas semuanya atas segalanya..

Moga kita akan terus teguh setia disisi mebelah hari-hari mendatang yang menjadi rahsia ilahi,

Moga kita akan terus matang megnuruskan segala pancaroba yang terhidang,

Moga kita akan terus tegar dalam cinta yang membugar,

Hanya untuk DIA,
Kerana DIA,
Menuju DIA.

-Shams Ali-

Wednesday 31 October 2012

It's death who teach you to live!

Every morning when i arrived my office I'll take out my iPhone from my handbag and put it on my table. Usually I'll do that before switching on my monitor and checking the emails. Instead of doing this routine of mine today, I went to check my Facebook account through my iPhone and come across the notification saying that my husband tag me on the late Dr Richard Teo's photo. As I try to view and scroll down the pic I couldn't fine anything to read. Then, I switched on my monitor and straight away google Dr Richard Teo's name and there you go, it gives a great blow to my soul! I read his speech till the end even though it was quite long. After that I turn out to questioning my self, all this while (27-years in this world)what have I done? what am I doing actually and what am I hunting for? Friends, i'm overwhelm to share this precious speech of the late Dr Richard Teo, and I just pray that it will bring something good to everybody just like what i had. 

In Memory of Dr. Richard Teo (1972 - 2012) Below is the transcript of the talk of Dr. Richard Teo, who is a 40-year-old millionaire and cosmetic surgeon with a stage-4 lung cancer but selflessly came to share with the D1 class his life experience on 19-Jan-2012. He has just passed away few days ago on 18 October 2012. Hi good morning to all of you. My voice is a bit hoarse, so please bear with me I thought I'll just introduce myself. My name is Richard, I'm a medical doctor. And I thought I'll just share some thoughts of my life. It's my pleasure to be invited by prof. Hopefully, it can get you thinking about how... as you pursue this.. embarking on your training to become dental surgeons, to think about other things as well.

Since young, I am a typical product of today's society. Relatively successful product that society requires.. From young, I came from a below average family. I was told by the media... and people around me that happiness is about success. And that success is about being wealthy. With this mind-set, I've always be extremely competitive, since I was young.

Not only do I need to go to the top school, I need to have success in all fields. Uniform groups, track, everything. I needed to get trophies, needed to be successful, I needed to have colours award, national colours award, everything. So I was highly competitive since young. I went on to medical school, graduated as a doctor. Some of you may know that within the medical faculty, ophthalmology is one of the most highly sought after specialities. So I went after that as well. I was given a traineeship in ophthalmology, I was also given a research scholarship by NUS to develop lasers to treat the eye.

So in the process, I was given 2 patents, one for the medical devices, and another for the lasers. And you know what, all this academic achievements did not bring me any wealth. So once I completed my bond with MOH, I decided that this is taking too long, the training in eye surgery is just taking too long. And there's lots of money to be made in the private sector. If you're aware, in the last few years, there is this rise in aesthetic medicine. Tons of money to be made there. So I decided, well, enough of staying in institution, it's time to leave. So I quit my training halfway and I went on to set up my aesthetic clinic... in town, together with a day surgery center.

You know the irony is that people do not make heroes out average GP (general practitioner), family physicians. They don't. They make heroes out of people who are rich and famous. People who are not happy to pay $20 to see a GP, the same person have no qualms paying ten thousand dollars for a liposuction, 15 thousand dollars for a breast augmentation, and so on and so forth. So it's a no brainer isn't? Why do you want to be a gp? Become an aesthetic physician. So instead of healing the sick and ill, I decided that I'll become a glorified beautician. So, business was good, very good. It started off with waiting of one week, then became 3weeks, then one month, then 2 months, then 3 months. I was overwhelmed; there were just too many patients. Vanities are fantastic business. I employed one doctor, the second doctor, the 3rd doctor, the 4th doctor. And within the 1st year, we're already raking in millions. Just the 1st year. But never is enough because I was so obsessed with it. I started to expand into Indonesia to get all the rich Indonesian tai-tais who wouldn't blink an eye to have a procedure done. So life was really good.

So what do I do with the spare cash. How do I spend my weekends? Typically, I'll have car club gatherings. I take out my track car, with spare cash I got myself a track car. We have car club gatherings. We'll go up to Sepang in Malaysia. We'll go for car racing. And it was my life. With other spare cash, what do i do? I get myself a Ferrari. At that time, the 458 wasn't out, it's just a spider convertible, 430. This is a friend of mine, a schoolmate who is a forex trader, a banker. So he got a red one, he was wanting all along a red one, I was getting the silver one.

So what do I do after getting a car? It's time to buy a house, to build our own bungalows. So we go around looking for a land to build our own bungalows, we went around hunting. So how do i live my life? Well, we all think we have to mix around with the rich and famous. This is one of the Miss Universe. So we hang around with the beautiful, rich and famous. This by the way is an internet founder. So this is how we spend our lives, with dining and all the restaurants and Michelin Chefs you know.

So I reach a point in life that I got everything for my life. I was at the pinnacle of my career and all. That's me one year ago in the gym and I thought I was like, having everything under control and reaching the pinnacle.

Well, I was wrong. I didn't have everything under control. About last year March, I started to develop backache in the middle of nowhere. I thought maybe it was all the heavy squats I was doing. So I went to SGH, saw my classmate to do an MRI, to make sure it's not a slipped disc or anything. And that evening, he called me up and said that we found bone marrow replacement in your spine. I said, sorry what does that mean? I mean I know what it means, but I couldn't accept that. I was like “Are you serious?” I was still running around going to the gym you know. But we had more scans the next day, PET scans - positrons emission scans, they found that actually I have stage 4 terminal lung cancer. I was like "Whoa where did that come from?” It has already spread to the brain, the spine, the liver and the adrenals. And you know one moment I was there, totally thinking that I have everything under control, thinking that I've reached the pinnacle of my life. But the next moment, I have just lost it.

This is a CT scan of the lungs itself. If you look at it, every single dot there is a tumour. We call this miliaries tumour. And in fact, I have tens of thousands of them in the lungs. So, I was told that even with chemotherapy, that I'll have about 3-4months at most. Did my life come crushing on, of course it did, who wouldn't? I went into depression, of course, severe depression and I thought I had everything.

See the irony is that all these things that I have, the success, the trophies, my cars, my house and all. I thought that brought me happiness. But i was feeling really down, having severe depression. Having all these thoughts of my possessions, they brought me no joy. The thought of... You know, I can hug my Ferrari to sleep, no... No, it is not going to happen. It brought not a single comfort during my last ten months. And I thought they were, but they were not true happiness. But it wasn't. What really brought me joy in the last ten months was interaction with people, my loved ones, friends, people who genuinely care about me, they laugh and cry with me, and they are able to identify the pain and suffering I was going through. That brought joy to me, happiness. None of the things I have, all the possessions, and I thought those were supposed to bring me happiness. But it didn't, because if it did, I would have felt happy think about it, when I was feeling most down..

You know the classical Chinese New Year that is coming up. In the past, what do I do? Well, I will usually drive my flashy car to do my rounds, visit my relatives, to show it off to my friends. And I thought that was joy, you know. I thought that was really joy. But do you really think that my relatives and friends, whom some of them have difficulty trying to make ends meet, that will truly share the joy with me? Seeing me driving my flashy car and showing off to them? No, no way. They won’t be sharing joy with me. They were having problems trying to make ends meet, taking public transport. In fact i think, what I have done is more like you know, making them envious, jealous of all I have. In fact, sometimes even hatred.

Those are what we call objects of envy. I have them, I show them off to them and I feel it can fill my own pride and ego. That didn't bring any joy to these people, to my friends and relatives, and I thought they were real joy.

Well, let me just share another story with you. You know when I was about your age, I stayed in king Edward VII hall. I had this friend whom I thought was strange. Her name is Jennifer, we're still good friends. And as I walk along the path, she would, if she sees a snail, she would actually pick up the snail and put it along the grass patch. I was like why do you need to do that? Why dirty your hands? It’s just a snail. The truth is she could feel for the snail. The thought of being crushed to death is real to her, but to me it's just a snail. If you can't get out of the pathway of humans then you deserve to be crushed, it’s part of evolution isn't it? What an irony isn't it?

There I was being trained as a doctor, to be compassionate, to be able to empathise; but I couldn't. As a house officer, I graduated from medical school, posted to the oncology department at NUH. And, every day, every other day I witness death in the cancer department. When I see how they suffered, I see all the pain they went through. I see all the morphine they have to press every few minutes just to relieve their pain. I see them struggling with their oxygen breathing their last breath and all. But it was just a job. When I went to clinic every day, to the wards every day, take blood, give the medication but was the patient real to me? They weren't real to me. It was just a job, I do it, I get out of the ward, I can't wait to get home, I do my own stuff.

Was the pain, was the suffering the patients went through real? No. Of course I know all the medical terms to describe how they feel, all the suffering they went through. But in truth, I did not know how they feel, not until I became a patient. It is until now; I truly understand how they feel. And, if you ask me, would I have been a very different doctor if I were to re-live my life now, I can tell you yes I will. Because I truly understand how the patients feel now. And sometimes, you have to learn it the hard way.

Even as you start just your first year, and you embark this journey to become dental surgeons, let me just challenge you on two fronts.

Inevitably, all of you here will start to go into private practice. You will start to accumulate wealth. I can guarantee you. Just doing an implant can bring you thousands of dollars, it's fantastic money. And actually there is nothing wrong with being successful, with being rich or wealthy, absolutely nothing wrong. The only trouble is that a lot of us like myself couldn't handle it.

Why do I say that? Because when I start to accumulate, the more I have, the more I want. The more I wanted, the more obsessed I became. Like what I showed you earlier on, all I can was basically to get more possessions, to reach the pinnacle of what society did to us, of what society wants us to be. I became so obsessed that nothing else really mattered to me. Patients were just a source of income, and I tried to squeeze every single cent out of these patients.

A lot of times we forget, whom we are supposed to be serving. We become so lost that we serve nobody else but just ourselves. That was what happened to me. Whether it is in the medical, the dental fraternity, I can tell you, right now in the private practice, sometimes we just advise patients on treatment that is not indicated. Grey areas. And even though it is not necessary, we kind of advocate it. Even at this point, I know who are my friends and who genuinely cared for me and who are the ones who try to make money out of me by selling me "hope". We kind of lose our moral compass along the way. Because we just want to make money.

Worse, I can tell you, over the last few years, we bad mouth our fellow colleagues, our fellow competitors in the industry. We have no qualms about it. So if we can put them down to give ourselves an advantage, we do it. And that's what happening right now, medical, dental everywhere. My challenge to you is not to lose that moral compass. I learn it the hard way, I hope you don't ever have to do it.

Secondly, a lot of us will start to get numb to our patients as we start to practice. Whether is it government hospitals, private practice, I can tell you when I was in the hospital, with stacks of patient folders, I can't wait to get rid of those folders as soon as possible; I can't wait to get patients out of my consultation room as soon as possible because there is just so many, and that's a reality. Because it becomes a job, a very routine job. And this is just part of it. Do I truly know how the patient feels back then? No, I don't. The fears and anxiety and all, do I truly understand what they are going through? I don't, not until when this happens to me and I think that is one of the biggest flaws in our system.

We’re being trained to be healthcare providers, professional, and all and yet we don't know how exactly they feel. I'm not asking you to get involved emotionally, I don't think that is professional but do we actually make a real effort to understand their pain and all? Most of us won’t, alright, I can assure you. So don't lose it, my challenge to you is to always be able to put yourself in your patient's shoes.

Because the pain, the anxiety, the fear are very real even though it's not real to you, it's real to them. So don't lose it and you know, right now I'm in the midst of my 5th cycle of my chemotherapy. I can tell you it’s a terrible feeling. Chemotherapy is one of those things that you don't wish even your enemies to go through because it's just suffering, lousy feeling, throwing out, you don't even know if you can retain your meals or not. Terrible feeling! And even with whatever little energy now I have, I try to reach out to other cancer patients because I truly understand what pain and suffering is like. But it's kind of little too late and too little.

You guys have a bright future ahead of you with all the resource and energy, so I’m going to challenge you to go beyond your immediate patients. To understand that there are people out there who are truly in pain, truly in hardship. Don’t get the idea that only poor people suffer. It is not true. A lot of these poor people do not have much in the first place, they are easily contented. for all you know they are happier than you and me but there are out there, people who are suffering mentally, physically, hardship, emotionally, financially and so on and so forth, and they are real. We choose to ignore them or we just don't want to know that they exist.

So do think about it alright, even as you go on to become professionals and dental surgeons and all. That you can reach out to these people who are in need. Whatever you do can make a large difference to them. I'm now at the receiving end so I know how it feels, someone who genuinely care for you, encourage and all. It makes a lot of difference to me. That’s what happens after treatment. I had a treatment recently, but I’ll leave this for another day. A lot of things happened along the way, that's why I am still able to talk to you today.

I'll just end of with this quote here, it's from this book called Tuesdays with Morris, and some of you may have read it. Everyone knows that they are going to die; every one of us knows that. The truth is, none of us believe it because if we did, we will do things differently. When I faced death, when I had to, I stripped myself off all stuff totally and I focused only on what is essential. The irony is that a lot of times, only when we learn how to die then we learn how to live. I know it sounds very morbid for this morning but it's the truth, this is what I’m going through.

Don’t let society tell you how to live. Don’t let the media tell you what you're supposed to do. Those things happened to me. And I led this life thinking that these are going to bring me happiness. I hope that you will think about it and decide for yourself how you want to live your own life. Not according to what other people tell you to do, and you have to decide whether you want to serve yourself, whether you are going to make a difference in somebody else's life. Because true happiness doesn't come from serving yourself. I thought it was but it didn't turn out that way.

Also most importantly, I think true joy comes from knowing God. Not knowing about God – I mean, you can read the bible and know about God – but knowing God personally; getting a relationship with God. I think that’s the most important. That’s what I’ve learnt.

So if I were to sum it up, I’d say that the earlier we sort out the priorities in our lives, the better it is. Don’t be like me – I had no other way. I had to learn it through the hard way. I had to come back to God to thank Him for this opportunity because I’ve had 3 major accidents in my past – car accidents. You know, these sports car accidents – I was always speeding , but somehow I always came out alive, even with the car almost being overturned. And I wouldn’t have had a chance. Who knows, I don’t know where else I’d be going to! Even though I was baptised it was just a show, but the fact that this has happened, it gave me a chance to come back to God.

Few things I’d learnt though:
1. Trust in the Lord your God with all your heart – this is so important.
2. Is to love and serve others, not just ourselves.

There is nothing wrong with being rich or wealthy. I think it’s absolutely alright, cos God has blessed. So many people are blessed with good wealth, but the trouble is I think a lot of us can’t handle it. The more we have, the more we want. I’ve gone through it, the deeper the hole we dig, the more we get sucked into it, so much so that we worship wealth and lose focus. Instead of worshiping God, we worship wealth. It’s just a human instinct. It’s just so difficult to get out of it.

We are all professionals, and when we go into private practice, we start to build up our wealth – inevitably. So my thought are, when you start to build up wealth and when the opportunity comes, do remember that all these things don’t belong to us. We don’t really own it nor have rights to this wealth. It’s actually God’s gift to us. Remember that it’s more important to further His Kingdom rather than to further ourselves.

Anyway I think that I’ve gone through it, and I know that wealth without God is empty. It is more important that you fill up the wealth, as you build it up subsequently, as professionals and all, you need to fill it up with the wealth of God.

Tuesday 23 October 2012

WW : C.I.N.T.A

Friday 19 October 2012

Tips Untuk Menjadi Suami Romantik

Sebagaimana anda mahu dibelai dan dimanjai begitu juga isteri, namun bahasa isteri sudah tentu berbeza dengan suami. Saya kongsikian sedikit tips, melalui pembacaan saya yang selalunya akan menyentuh hati kaum Hawa.

  • Bila isteri merajuk, suami perlu kreatif memujuk, jangan memujuk dengan dialog dan gaya yang sama, dan jangan biarkan isteri tanpa dipujuk, ianya hanya akan menambah aura negatif dalam hubungan.
  • Bawa perasaan ke fikiran dan zahirkan dalam renungan, renung isteri dengan segala perasaan cinta dan kasih
  • Bila bertemu banyakkan sentuhan, sentuhan boleh menyampaikan rasa hati dengan lebih baik, Rajin menyentuh jemari, mengenggam tangan dan mengusap rambut isteri
  • Bila berjalan, sentiasa berpegang tangan dan beriringan pidahkan perasaan kepada isteri dengan bahasa tubuh. Isteri akan merasa bahagia dilindungi
  • Zahirkan keinginan untuk berpakaian sedondon dengan isteri
  • Belikan isteri hadiah dan berikan kejutan.
  • Sesekali hantarlah jambangan bunga kepada isteri
  • Berikan isteri senyuman yang paling menawan
  • Sesekali bawalah isteri bercuti di tempat-tempat peranginan yang romantis
  • Cari ruang masa untuk bawa isteri ke lunch date atau dinner di temapt yang eksklusif
  • Puji isteri, elakkan membebel bila berduan dengan isteri, doakan isteri di ubun-ubunnya
  • Paling penting lafazkan dan luahkan perasaan kepada isteri walau dimana sahaja jangan tunggu untuk melafazkannya hanya di kamar tidur
  • Sesekali bila berjalan rangkul pinggang isteri dari tepi dengan renungan yang lembut.
  • Jangan lupa hadiahkan kucupan setiap kali bertemu dan berpisah seiring dengan doa dan redha sebagai suami kepada isteri

Rumahtangga perlu diisi dan diraikan, jangan biar ianya hambar dengan menyimpan segalanya dalam hati, kelak merana diri suami isteri. Moga tips ini akan menjadi ikhtiar kepada para suami dalam menghidupkan rumahtangga yang lebih romantis dan membina suasana positif untuk seisi keluarga

Saturday 13 October 2012

Kisah suami dan isteri

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.

Thursday 4 October 2012

Fenomena Halo : Subahanallah

2 hari yang lepas diizinkan Allah untuk melihat kekuasaanNya, kehebatannya dari jendela pejabatku, dan kini ku abadikan kesempatan itu disini, inilah dia fenomena halo.

[QS Ar-Rahman :53]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Tulus dan Telus

Aku ucap maaf,
Kata kau, oh tidak mengapa
Dengan segaris senyum entah apa makna
Aku ulang lagi
*maaf*
Itu kerna sungguh-sungguh
Aku tak sengaja,
Dan kata kau
- tidak mengapa.

Aku lapang. Berpuas hati
Terus mengaji
Senang hati.
Hanya untuk hari ini.

Masuk ofis,
Engkau ada,
Aku senyum,
Engkau mencuka,

Aku bertanya,
Tanpa prasangka,
Salah apa ada,
Hingga senyum engkau tak ada,
Kata kau tak dak apa,

Aku terima,
Meski aku tau,
Itu dusta belaka.

Jangan ditanya,
Tahu aku dimana,
Kerna jawabanku,
Bikin lidah kau kelu pastinya!

Ya! Aku tahu
Kerna tuhan memberi aku tahu
Mengerti?

Diam kau,
Panas berkata rupanya,
Bukan pada aku.
Tapi pada dia kawan kau,
Untuk aku diam cuma.

Entah kenapa kawan kau
Semuanya menjauh belaka
Dari aku, iyya AKU!

Tiba-tiba
Kau datang semula,
Dengan senyum
Dan segala ada,

Oh, butuh bantuan aku,
Tidak apa,
Aku sentiasa ada,
Tidak aku berundur
Dari aku dan mereka,
Selagi tuhanku ada.

Selesai sudah,
Dan bermula semula episod itu,
Ya sudah ku jangka,
Tidak Mengapa,
Tuhanku ada,

Berbulan lamanya,
Baru ini DIA mahu
Mahu aku tahu
Tulus maaf,
tidak telus dimaafi.

Makanya semua ini tercatur,
Supaya aku menjaga umur
Jadi aku berudur.

Terima kasih
Pelajaran ini sungguh bermakna
Tidak eprlu dapat A
Cukup sekadar menjadi aku
Cukup bersedia ke negeri sana.

Wednesday 23 May 2012

I LOST IT!

I lost it,
When I want it hardly,
When I need it badly,
When I hold it tightly,

Why should it flew away when I was on my way??

WW : Tinggal Kenangan ;(

Wednesday 4 April 2012

WW: Unexpected Rizq ; Alhamdulillah

Notes : Haven't see the doctor yet . Abang is so busy :( Fawwaz also haven't received his third dosage of pneumococcal and his 11/2 years injection.

Monday 26 March 2012

Terluka ;(

Dilukai dan melukai,
Disakiti dan menyakiti,

Sedih.
Pedih.

Segalanya tersimpan rapi,
Jauh di sudut sanubari,
Kerana tak kan ada yg mengerti,
Selain DIA Rabbi!

Wednesday 21 March 2012

Bercerai Kerana Facebook

Puisi ini saya titipkan buat sahabat dunia akhirat saya yang kini diuji.

Istimewa buatmu teman.
Moga sentiasa dalam dakapan cinta Ar-Rahman.

Sahabatku sayang fillah,
Hidup ini tidak semuanya indah
Lantaran itu kau menjadi pilihan Allah
Untuk meniti hidup dihiasi mehnah,
Biarpun begitu jangan kau menyerah lemah,
Kerana penceraian ini pasti punya hikmah,

Sahabatku sayang fillah,
Usah kau lupa pada sejarah,
Perit perpisahan terukir juga dalam sirah,
Melibatkan mereka wanita solehah,
Hatta Hafsah pernah dicerai rasulullah,
Sedang mereka adalah insan mulia di sisi Allah,

Kau sahabat jiwa pemberani,
Tidak hina dikau kerna penceraian ini,
Walau ianya permintaan dirimu sendiri,
Restu rabbi inshaAllah kau miliki,
Asal bukan nafsu dan ammarah yang dituruti,

Kau sahabat nan budiman,
Saat kau tekad pada penceraian,
Kau sirnakan segala keperitan,
Bersederhanalah dalam segala keadaan,
Agar sentiasa bersama redha Ar-Rahman

Kau sahabat yang ku sayangi,
Kenanglah pesan nan luhur ku ini,
Selepas hadirnya terik mentari,
Pasti ada hujan yang membasahi,
Selepas duka yang bertandang ini,
Pasti ada bahagia yang akan menyinari,

Kerna DIA RABBI masih setia di sisi.