Friday 27 February 2009

Asif Jiddan Buat Sahabat-Sahabat

Alhamdulillah, ana selamat menerima taklifan sebagai zaujah pada tanggal 14 Disember 2008 jam 11:45 pagi bertempat di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Tiada kata yang dapat ana lafazkan dan tak mampu untuk ana menzahirkan sebuah ketenangan yang di anugerahkan Allah pada saat ana menerima taklifan tersebut. Allah menjadi saksi betapa ana tak mampu membendung air mata ini dari mengalir. Jangan tanya ana kenapa ana bisa mengalirkan air mata itu. Kerana ianya rahsia ilahi yang tidak semua orang diberi kesempatan untuk merasainya. 'Ala kulli hal Alhamdulillahirobbil'alameen...

Sememangnya perjalanan ana untuk sampai ke tirai bahagia ini tidak semudah dan seindah orang lain, dan ana juga yakin ianya tidak juga sesukar orang lain. Pada sahabat-sahabat (Kak Umaimah, Kak Su dan Kak Lin) yang mengikuti kelelahan ana menghadapi satu demi satu ujian pasti akan mengerti.

Diperingkat awal ana sendiri seolah tidak mengerti, namun ana akhirnya tersimpuh akur di pintu rahmat ilahi.AllahuAkbar, maha luas nikmatnya yang tak mampu terhitung dek akal.

Selaut cinta dan penghargaan dari hati ana buat sahabat ana Alyani dan Fasehah juga buat warga halaqah.net yang secara tidak langsung terlalu banyak mutiara berharga dari kalian yang telah ku pungut, maka itulah bekalan ku hari ini, Moga Allah membalas segala kebaikan kalian dengan lautan rahmat dan kasih sayangNya, walau di mana juga berada. Moga doa ini akan terus berlegar antara bumi dan pintu langit kerana doalah sebaik-baik pemberian untuk kalian sahabatku.. Ana sangat yakin dengan kuasa doa, senjata mukmin.

Buat kekandaku Umaimah yang kini telah membawa haluan untuk memberi dan menerima CINTA dari NYA dengan cara yang telah kekanda pilih, biar terpisah kita di dunia namun ku berdoa moga Allah satukan kita di taman-taman syurga. Atas sebuah harapan dan segugus doa berserta usaha dari kalian kekandaku Umaimah dan sahabat-sahabatku SRIKANDI, yani dan faseh ketahuilah terlalu besar pemberian kalian ini dan ianya tak kan termampu diri ini untuk membalasnya, juga kepada bibiraihana taujihat enti sangat membantu ana. Sekali lagi hanya Allah jualah sebaik-baik pemberi, Moga Allah berikan kalian maghfirah dan rahmatNya yang tidak berbelah bahagi disini dan disana. Ameen

Buat teman-teman sepermainan, seperkolahan, sepengajian, seperjuangan,seperkenalan dan yang pernah menetap serumah denganku, jutaan maaf ku pohonkan atas tindakanku yang tidak memaklumkan pernikahanku, Majlis dirumahku hanya sekadarnya, justeru tidak berkesempatan untukku memaklumkan kepada kalian. Justeru dengan penuh rendah diri ana menjemput semua ke majlis walimah ana di kediaman keluarga suami di Melaka yang akan dilangsungkan pada 29 Mac 2009 beralamat No 29, Jalan Bukit Beruang Utama 3, Taman Bukit Beruang Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka (Berhadapan dengan MMU kampus Melaka).

InshaAllah sehari dua lagi ana akan upload peta ke lokasi majlis. Kehadiran kalian sangat di alu-alukan..Moga berkesempatan untuk kita bertemu.

Untuk makluman teman-teman, zauj ana berasal dari Melaka dan graduan dari UTM dan kini sedang berkerja di sebuah syarikat pengeluaran minyak dan gas. Kini kami suami isteri menetap di Johor Bahru dan ana menjawat jawatan yang mempunyai amanah yang sangat bersar ia itu surirumahtangga sepenuh masa. InshaAllah selagi diizinkan Allah. Ana dan suami di kenalkan oleh sahabat-sahabat halaqian (yani dan faseh) pada Disember 2007. Dan keluarga suami telah datang merisik pada bulan Februari 2008 dan kami ditunangkan pada Jun 2008, Alhamdulillah selamat diijab qabulkan pada Disember 2008. Selebihnya kini kami sama-sama sedang menuntut di madrasah kehidupan untuk mengumpul bekalan sebagai persediaan untuk bertemu tuhan.

Akhirnya sekudus doa dari sahabat-sahabat yang amat kami harapkan agar kami bisa membina dan melayarai rumah tangga yang dipenuhi sakinah mawaddah dan rahmah dengan harapan kami dapat mengumpul bekalan menuju hari pengabadian.

Tuesday 17 February 2009

Ramadhan Kareem

Tahun demi tahun berlalu, namun ia setia hadir disitu atas arahan tuhanNya yang maha agung. Mulianya qamar yang terbit itu bukan seenak bicara seindah kata-kata, tetapi ia kemanisan yang tiada galang ganti. Pada yang mengerti hadirnya di nanti-nanti, perginya begitu ditangisi, terbit begitu dihargai.

Setiap pancaran sinarnya dirai dengan alunan suci qalam rabbi, dibiar diri menari bermujahadah menghadapi getir si nafsu durjana demi menggapai seribu janji nan luhur dari ilahi. Segalanya itu bagi yang meyakini bahawa ni'mat hidupnya tatkala melepas hembus nafas pengharapan pada sebuah pengampunan demi sebuah kehidupan yang penuh dengan kepastian.

Dihujung dunia itu, terdapat juga sekelompok manusia yang tidak pernah dan tidak mahu hirau akan sinar itu. Sinar yang hadir sekali cuma setahun, entah kenapa kelihatan tidak bermakna kehadirannya, kelihatan tak pernah dinanti kemunculannya. Berlalu pergi sinaran itu begitu sahaja menyimpan seribu sendu kesedihan melihat kehadirannya tidak dihiraukan.

Tiba-Tiba disuatu sudut itu, kelihatan begitu ghairah manusia itu menunggu kehadiran sinar nan suci itu, dengan segala kelengkapan yang serba baru, persis bujang menerima isteri lalu diangkat darjat menjadi suami. Sayang kelengkapan itu sebenarnya bukan untuk merai sinaran murni kurniaan rabbi, tetapi ia hayunan langkah mencuri kesempatan cuma, untuk mengumpul segala riggit dengan jualan, untuk meni'mati segala mewah untuk setahun berikutnya akan datang barangkali.Tuntas terpanggil melihat ibu-ibu yang menyiapkan juadah untuk hari kejayaan yang bakal dirai, berpusu-pusu ke gedung, membeli belah dengan penuh ni'mat, persiapan awal agar anak-anak tidak tertinggal menikmati hari indah itu nanti.

Hatiku bagai ditusuk sembilu, betapa kehadirannya bukan suatu kepastian kerana tuhan tidak pernah menjanjikan sebuah kehidupan tanpa pengakhiran, tetapi wujud pula manusia yang begitu sombong hadirnya tidak dipeduli tetapi perginya di sambut gembira.Bukankah hari kemenangan itu untuk mereka yang berjuang? Bila berjuang itu terdapat beberapa perkara natijahnya syahid dan menang, atau gugur dan tewas, mungkin jua selamat tetapi tewas dan tewas tidak selamat?Jadi kenapa kejayaan sudah didambakan sedangkan tidak pernah ada ketentuan bahawa berjuang pasti kembali dengan kejayaan? Sayup-sayup kedengaran suara halus menjelajah ayat demi ayat dari lembaran Qur'ani, kelihatan sekujur tubuh tenggelam dalam ritma keasyikan mengharapkan keredhaan. Disisinya cuma berbekal pepasir sebagai alas dan dedaun sebagai bumbung, persekitarannya kelihatan runtuhan istana pelbagai nyawa, kelihatannya hanyir darah merah menusuk hidung tetapi wajah itu begitu jernih dalam girang. Bedilan bom umpanya irama sampingan, kerana padanya sinar kurniaan tuhan itu sebuah kenikmatan yang tiada tandingan, sendunya berakhir dengan sebuah pengharapan agar ramdhan kan datang lagi, belum puas beramah mesra, belum puas membiar sinar itu menjamah halus setiap inci persembahannya. Khuatir bisiknya, persembahannya kali ini mungkin sumbang dengan irama riya', ujub dan takabbur.

Meski persembahannya tidak seindah persembahan para pencinta pencipta sinar itu, baginya sinar itu terlalu berharga justeru harapan untuk bertemu kembali dilabuhkan dalam linangan airmata, dalam sahutan takbir dan tahmid bersama sepersalinan indah milik adindanya yang telah kembali buat selamanya.

Begitu hadirnya mentari ramadhan itu di sambut dipelbagai tempat dan daerah dengan cara tersendiri, dengan pelbagai santun dan irama, persoalannya apakah erti ramadhani itu benar-benar di hayati sudah? Bisakah ramadhan ini terisi dengan penuh insafi? Hanya tuhan maha mengerti, moga dihadiahi ramdhan itu dengan seribu kekuatan untuk menghargainya jua...

20 August 2008

It was a day

I don't know why, I miss my old days in my lovely college like crazy. Actually last weekend I was in my sister's campus. I am merely taking a break from my busy life. I went there with my best friend kak su. Kak Su was with me not only to acompany me at that time, but also because her sister was having her convocations ceremony at that college. We never plan to ask our sister to study in the same college just because we both were in the same college. It is just a coincidence. The thing is when my sister in her first semester of the first year, kak su's sister a.k.a Ogy already finished her study. See, I have intended to 'merapu-rapu' here. It is not that I want to write about me n kak su, or about my sis n Ogy.

I feel like writing here, and it is about my campus life a few years ago. Seeing that excitement in the students that wearing convocation robe it just bring me to flash back my convocation day. Believe me it is a day that I'll never ever forget in my life. Only me and my parents know why, absolutely that has been fated by the master of the creation Allah swt. Getting further in remembering my old memories as a student, the joys and sorrows are there. Those seconds that has been left behind well never come around, but the only thing that nearly will and will be with me forever is this memory.

I miss a girl called 'Aaliyah Juma Mariwa,she is a Philippine girl who has been brought up in Saudi, I miss my ex-housemates, I miss my cute litlle 'lipas' (Kak Ijot) ,I miss my anjungrians,and I miss many more IICsians that can't be named here, lecturer and the building it self. Aaliyah she is mama right now. She've got a son and a daughter. I never seen her daughter but I have seen and play with Ibrahim (her son). But it was two years ago, when she give me a treat for my birthday in 'Secrete Recipe'.

It is almost three years I don't see Kak Ijot as well, I've not even attending her wedding. I've got very important meeting at that time. Anyway I'm happy for her. After spending all her life with fulls of patience facing the challenges with just keep a cat by her side, that was the most hadest time ever in her life i guess, AlhamduLillah finally, now she is happy. She is a devoted wife for Bro Hazry and soon to be a devoted mummy for her son/daughter. Allah blesses her and her family.

I still remember that Aaliyah and Kak Ijot was my two important buddies in my student life. They always encouraged me to do better in my study. I learn a lot from them. There is so many things that they did for me for the sake of my happiness. There was a lots of people who really jealous of us. But Allah knows better. Three of us completed our studies in a different time, and yet we had our convocation also in the different year. Eventhough the kick of having the convocation with them has been missed I still enjoy my convocation with Hawa, Kak Emy and my course-mates. Owhhh ghoshhhhh!!!! I want to be a student back. I want my busy life back. I wanto busy with my lectures ,my notes, my assignment, quizes and definitly I want to busy back with my exam papers. Can I? If that is the case then I should discuss this with my fiancée. Yes! I will.

Day by day, week by week, month by month and year by year, it comes and goes, but nothing replaces my memories in IIC. My seniors, my juniors, my friends you guys are very special indeed of my life. I ask Allah to keep you guys near to HIM under HIS undefined love. I want to write more, but I got to go, I have a meeting right now.
Till see…..

23 July 2008
http://www.serikandiislam.blogdrive.com

Hari itu yang berlalu, Hari ini dan Esok

Hari itu yang berlalu diri berlari mengejar bahagia, mengharap sinar lalu tersungkur rebah derita dan duka. Bangkit kembali dengan harap dan doa, tetapi tiba dipenghujung dengan sesal, hampa dan kecewa.Putus harap pada sinar itu sehingga belajar semula bagaimana untuk bermula, bertatih menerima ukiran taqdir atas sutera kehidupan.

Hari itu yang berlalu juga mengajar diri bagaimana untuk meminta meski tahu mungkin akan kecewa jua, tetapi hari itu juga yang menyedarkan diri bahawa meminta dan kecewa adalah ni'mat yang perlu dini'mati dengan sabar.Hari itu yang berlalu juga menjadi bukti betapa diri ini lemah tiada berdaya, tak pernah mampu untuk hadapi apa jua yang tidak dicernakan melalui impian, namun hari itu juga yang mengajar bahawa inilah sutera kehidupan.Hari itu yang berlalu tidak hanya sepi dihias duka tetapi hari itu yang berlalu DIA hadiahkan cinta itu pada penghujung sendu dan bulat kecewa.

Hari itu yang berlalu membuatkan takut untuk diri melukis impian pada langit nan indah itu kerana bimbang pelangi yang berpaut pada awanan kan sirna jua. Lalu cinta itu dibiar tanpa impian juga hiasan harapan, yang ada cuma serahan semula kepada DIA pemilik segala cinta.Hari itu yang berlalu melahirkan seorang insan yang tidak punya impian dan mimpi untuk hidup, segala yang ada cuma perkiraan untuk kembali kepada tuhan, dan menanam harapan untuk bertemu dan bertatap wajah DIA pada esok hari.

Hari itu yang berlalu berbicara DIA bahawa cinta ini untuk disini perlu ku ukir sinar kasih padaNYA sebagai bekalan pertemuan kembali aku dan DIA, justeru cinta itu disimpan, lalu tumbuh bebunga harapan untuk ku sulam cinta itu dengan segala ada dengan sebuah ikatan.

Hari ini menyebabkan hari yang berlalu itu dirindui, kerana segalanya masih seperti akhirnya hari yang berlalu cuma cinta itu sudah mula disulam dengan segala perasaan menuju sebuah ikatan sebagai bekalan untuk bertemu tuhan, menatap dan berbicara dengan ar-rahman pada saat yang ditentukan..

Hari ini bebunga harapan mula mekar keindahan, hati mula diresap kebimbangan apakah bebunga yang mekar ini bakal di gubah elok memacu langkah menuju impian, ataukah akan berguguran jua kerana tewas jasad dan ruh tanpa cukup persiapan pada amalan. Hari ini bersama seribu ketakutan masih tersimpan cinta itu, masih teranyam kasih itu menanti sebuah ikatan, agar terlengkap jua impian itu kelak menjadi bekalan untuk bertemu tuhan seperti mekarnya bebunga harapan...

Hari ini segalanya kuserah dan kusimpulkan dalam sebuah pasrah harap bernama doa, kerna biacaraNYa memintaku untuk terus meminta kelak akan DIA kabulkan jua..

Hari ini berteleku jua jasad dengan segala impian, harapan, dan ketakutan bersama rantaian rintihan...

Hari ini menyebabkan diri tegar menghadapi hari esok...

Tuhan segalanya sudahku serahkan...

Respon Kepada Dato' Noraini

Kami Generasi Muda Cintakan Negara.
Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian bertarikh 26 Mac 2008, ruangan Rencana, "Puteri tangkis serangan siber", halaman 9. Dato Noraini Ahmad mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan bahawa pembaca blog adalah "Masyarakat Starbucks". Nampaknya para pimpinan UMNO gemar memberikan istilah kepada mereka yang datang dengan pesona pemikiran yang berbeza. Jelas kesan kebangkitan para pengundi di kalangan anak-anak muda menjadi tamparan hebat buat UMNO dan Barisan Nasional. Masakan tidak jika YAB Perdana Menteri sendiri mengiktiraf usaha siber pembangkang merupakan antara faktor kejatuhan regim Barisan Nasional di beberpa negeri panas di negara kita.

Ketua Puteri UMNO Malasyia yang kini menjadi Timbalan Menteri Sumber Manusia, dalam kenyataan menyatakan bahawa kekalahan besar calon BN pada PRU yang lalu menunjukkan mentaliti masayarakat hari ini termasuk generasi muda yang kerap mendapatkan maklumat melalui blog mengenai perkembangan terkini senario politik negara. Menurut beliau lagi generasi muda hari ini menerima maklumat melalui internet tanpa sebarang tapisan. Sehingga ianya mengakibatkan generasi muda menjadi emosional lalu mencetuskan budaya "cuba-cuba" mengundi dan akhirnya membawa kejatuhan kepada regim BN. Noraini juga menyatakan bahawa golongan muda hari ini tidak suka membaca surat khabar dan menonton berita di televisyen.

Sebagai generasi muda, penulis dan pembaca blog, saya ingin menyambut segala lontaran hujah tidak berasas dari Ketua Puteri ini.

Pertamanya saya merasakan bahawa betapa perlunya Ketua Puteri ini mengkaji, apakah faktornya yang menyebabkan ramai sekali anak muda yang bertindak untuk mendapatkan maklumat melalui blog dan laman sesawang? Tidak mengapalah saya yakin Ketua Puteri ini adalah antara golongan ahli politik yang tidak berjiwa rakyat. Mengapa saya katakan demikian? Sebagai ahli politik yang berjiwa rakyat, perkara paling penting adalah mereka ini harus bijak membaca bukan sahaja senario politik negara tetapi lebih dari itu mereka harus bijak membaca minda rakyat. Nampaknya Ketua Puteri masih tidak dapat melihat dan belajar dari "tunjuk perasaan" di peti undi yang berlaku tempoh hari,itu pun adlah hasil saranan YAB Perdana Menteri sewaktu berucap di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu ketika merespon kepada himpunan BERSIH yang akan diadakan pada waktu itu. Sudahlah gagal menginterpretasikan mesej yang rakyat sampaikan melalui undi pelbagai tuduhan tidak berasas pula di lemparkan.

Disini saya ingin menjelaskan, bahawa kami golngon muda sebenarnya bukanlah golongan yang tidak suka membaca surat khabar mahupun menonton berita di televisyen, dan kami bukannya golongan yang menerima satu-satu maklumat tanpa tapisan mahupun sandaran yang kuat kepada realiti yang berlaku, tetapi kami adalah golongan muda yang sudah jemu dan jelik dengan penipuan demi penipuan yang dimuatkan dalam akhbar perdana dan kaca televisyen. Disebabkan kami melihat,mengkaji,berfikir dan menapislah maka kami berusaha untuk mendapatkan maklumat yang sahih melalui pelbagai saluran yang kami yakini. Apakah kami dikira golongan yang bertindak mengikut emosi jika kami menghendakkan keadilan? Apakah kami adalah golongan "Starbuck" kerana meraikan pandangan-pandangn yang menginginkan perubahan dan turut menuntut perubahan disegenap segi? Kami tidak akan mencari saluran maklumat alternatif jika saluran perdana yang ada menjadi saluran yang telus dan saluran rakyat. Jangan harap bahawa kami akan terus tertipu dengan mainan UMNO-BN ini. Kami sudah sedar dan aku terus sedar dalam memperjuangkan masa depan agama, bangsa dan negara kami.

Lidah memang lembut tak bertulang tapi manusia punya akal untuk mengatur dan melafazkan lisan dengan bijak. Tetapi mungkin Ketua Puteri telah hilang fokusnya ketika mengeluarkan kenyataan mengenai golongan muda yang "cuba-cuba" mengundi. Wahai Ketua Puteri yang bermakhotakan selendang merah jambu, terimalah kenyataan ini. Ini bukan cubaan, ini betul-betul. Ini suara hati kami, suara hati insan-insan yang mencintai negara ini. Ayuh kita melihat semula kalimat silam pepatah berharga tinggalan nenek moyang ’sayangkan isteri tingal-tinggalkan, sayangkan anak, tangan-tangankan. Dalam konteks politik negara ini, pengundi atau rakyat adalah ibu bapa kepada pemerintah, kerana rakyatlah yang memberikan kuasa kepada pemerintah itu, justeru kerana sayangkan pemerintahlah maka kami tangan-tangankannya di peti undi tempoh hari.Apakah tangan yang memberi 'kuasa' ini tidak layak memberi teguran dengan cara kami yang tersendiri? Kami sayangkan kerajaan dan negara kami, kami tak mahu hari demi hari kerajaan terus melakukan kesilapan, kesalahan dan kezaliman. Justeru perubahan yang kami tuntunt adalah pembebasan rakyat dari natijah kesilapan, kesalahan dan kezaliman yang di lakukan oleh pemerintah, dan perubahan yang kami tuntut adalah pembebasan kepada pemerintah dari terus melakukan kesilapan dengan memegang kuasa di tangannya.

Terlanjur bicara Ketua Puteri dalam kenyataannya itu, saya ingin memberikan teguran kepada anda, anda adalah Timbalan Menteri Sumber Manusia, justeru bertindak dan berbicaralah sebagai pemimpin rakyat, jangan megulangi kesilapan kekanda-kekanda anda terdahulu yang menjadi menteri dan timbalan menteri untuk kepentingan diri dan parti sebaliknya gagal menjadi menteri dan timbalan menteri rakyat.

Dalam laporan akhbar tersebut Ketua Puteri UMNO Malaysia ini turut menyatakan bahawa generasi muda yang mendapat maklumat melalui blog sebagai generasi yang tidak mempunyai jati diri yang kuat. Saya ingin mempersoalkan apakah yang dimaksudkan dengan jatidiri oleh Noraini Ahmad ini. Jika jati diri seorang muslim dan melayu hanya terdapat pada tudung pink, selendang merah, keris tanpa sarung dan bendera biru mereka, alangkah malangnya nasib muslim melayu di malaysia ini. Ketahuilah bahawa jati diri itu adalah identiti individu, masayrakat, dan negara.Perlu di fahami identiti indentiti yang dimkasudkan ini tidak datang dengan memakai 'uniform' parti atau pun dengan menangkat bendera parti. Pimpinan UMNO di semua peringkat perlu jelas bahawa jati diri mana-mana individu tidak datang dengan cop mohor parti mereka.
Kami generasi muda mencintai negara kami kerana iman kami terhadap Allah. Kami generasi meniarap makan pasir, terlentang berminum embun hanya untuk mempertahankan kesucian negara kami demi mendaulatkan kalimah tauhid, La ila ha Illa Allah, Muhammadur Rasulullah. Kepada Ketua Puteri UMNO Malaysia, satu pesan saya usah bicara soal jati diri andai konsep jati diri itu sendiri gagal anda difahami dengan baik.

Melihat kepada gelombang hari ini, Dengan penuh tanggungjawab, kami generasi muda telah membuktikan sejauh mana mantapnya jati diri kami di peti undi pada 08 MAC 2008, tanggal bersejarah dalam arena politik tanah air. Setakat ini mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir hanya menyatakan bahawa UMNO telah lumpuh dan saya yakin, jika Barisan Nasional masih tidak belajar dari apa yang terjadi, gelombang yang lebih besar dari ini akan berlaku, dan ingatlah jika senjata di tangan kami mula berbicara utk kesekian kalinya pada PRU-13 nanti, maka Barisan Nasional akan turut lumpuh.
Walau apa pun sekalung tahniah kepada Puteri UMNO yang menyatakan hasrat murni mereka untuk memantau blog-blog yang ada, nasihat saya, jangan sekadar memantau, nilailah ia dengan mata hati dan kajilah ia demi peradaban bangsa yang terjamin untuk anak cucu kita kelak.Bangsa yang bijak adalah bangsa yang belajar dari setiap kegagalan, kejatuhan dan kekecewaan.

Hakikatnya segala-galanya adalah dari ALlah SWT jua, kita harus belajar dari segala ruang tabiyyah yang ALlah beri ini.

Wallahua'alam
27 Mac 2008

Taklifan itu...

Seawalnya kejadian manusia itu sememangnya dia dijadikan sebagai pembawa taklifan dari tuhan segala ciptaan.Tatkala tiada satupun makhluk yang sudi menerima taklifan dari yang maha esa.

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Al Ahzab :72)
Sham tak rasa untuk berbicara soal mehnah dan tribulasi yang ditempuhi barisan aktivis-aktivis kebenaran ini, apa yang mencengkam jiwa dinihari adalah, bagaimana untuk mengisi kemenangan yang telah Allah kurniakan.

Hakikatnya mengisi kemenangan itu adalah jauh lebih sukar dari bekerja untuk memperoleh kemenangan. Justeru sahabat sekalian usah mendabik dada merasa bangga dengan kejayaan yang kita peroleh, kerana ianya adalah cebisan ihsan Allah pada kita, yang didalamnya adalah medan ujian bagi hamba, sama ada bisa kita melulusi ujian ini dengan melobosi segala pekat hitam durjana dunia fana ini.

Layakkah diri menerima sebesar anugerah melalui ciebisan ihsaNYA? Intropeksi diri memberikan segala jawapan kepada hati dan nurani, betapa terasa malunya untuk mengakui kemenangan ini kemenangan kita, tatkala lisan mengucapkan bahawa diri adalah pejuang, tetapi hakikatnya setiap langkah yang diatur belum mampu disuci sesuci niat yang ingin dipatri. Masih lagi tenggelam dalam dosa dan noda ciptaan diri dek kerana gagal mengawal nafsu yg wahid itu.

Dalam gunungan dosa itu, kenapa masih DIA mengutuskan khabar gembira itu? Bukankah sifatnya ArRahman dan ArRahim, lalu tiada apa yang mustahil untukNYA. Kemenangan ini adalah anugerah dariNya untuk menguji sejauh mana syukurnya hamba dan setinggi mana taqwanya hamba.Janji Allah itu pasti jua, namun apakah kita ini sudah berhempas habis yang terbaik untukNYA dalam mengharap pada janji dan bantuanNYA?

Cukup sekadar mengukur kembali perjalanan gerak kerja kita dalam perang yang lepas, apakah setiap langkah kita aturkan itu benar-benar untukNYA? atau langkah itu diatur sekadar syarat untuk mengatakan diri berjuang fisabilillah? Wahai diri dan teman-teman sekalian, andai langkah yang kita atur dahulu adalah untuk redhaNya, tidak mungkin kita berkecil hati kerana kita tidak mendapat layanan yang sepatutnya, andai redhaNYA matlamat kita, tak mungkin kt merasa tersisih kerana dipinggirkan manusiawi dan tak mungkin berusaha untuk membuktikan kepada orang lain bahawa kita adalah yang terbaik.

Andai langkah itu diatur demi redhaNYA pastinya, hati pasrah atas kekurangan persekitaran, merasa bahagia tatkala dipinggirkan dan berpanjangan tekad untuk melakukan yang terbaik demi Allah tanpa sedikit pun rebah, jatuh terguling bangkit berlari kita.Ayuh, kita renungkan dimanakah sebenarnya kita dan hati-hati ini.

Masih tidak terlewat wahai diri jua sahabat sekalian, kita insafi kemenangan ini, kita gagahi rintangan di hadapan, kita pasrah pada suratan dalam jazam dan kekuatan untuk mempertahankan agama yang suci ini dan meraih cinta ilahi.

Teman, berkata itu mudah untuk laksana itu payah tetapi tidak mustahil dengan izin Allah jua....
Selamat Berjuang Wahai DIRI, sahabat ikhwah wa akahwat..
Seeru 'ala Barakatillah

11 Mac 2008
http://www.serikandiislam.blogdrive.com/

Sahabatku Serikandi Zainab Al-Ghazali

26 Januari 2008 dalam kenangan..Melihat kepada kebiadapan Pasukan Keselamtan Negara mencekup sahabat-sahabat kami di perkarangan stesyen LRT Ampang Park sangat menjengkelkan. Sudah tidak berdaya untuk berhadapan secara terus permainan tangkapan pula di gunakan. Tekanan mental yang kami lalui di luar dan tekanan mental sahabat-sahabat kami di dalam..sangat menguji. Seharian bergelut dengan masa dan usaha dengan harapan sahabat-sahabat kami tidak perlu bermalam di lokap tidak berhasil. Sengsaranya kami dengan perpisahan sementara yang Allah beri ini sangat menguji kekentalan kami. Sambil menunaikan solat beralaskan surat khabar, dan berbumbungkan hujan yang turun seolah-olah menyapa lembut hati kami yang kian parah dek kekejaman dan kezaliman mereka. Dalam hujan doa bersahutan dengan linangan air mata. Bukan tidak redha pada mehnah perjuangan ini, tetapi jiwa terasa lemah tidak mampu membayangi keadaan sahabat-sahabat kami yang terpisah jasad. Kami bersatu dalam doa, kerana saat itu kami dan mereka hanya mampu mengharap dan berserah pada DIA. Allahu Rabbi ini adalah hadiah istimewaku sempena ulang tahun kelahiran yang ke-23. Selama 3 hari kami terpisah dengan sahabat-sahabat kami, selama itu lah kami belajar akan erti kasih sayang, pengorbanan, perjuangan dan persahabatan. tak dapat ku intai kembali memori tiga hari yang lepas tika mata ini cuba di lelapkan wajah-wajah sahabat silih berganti menghiasi ruang mata..bila mata ku di halakan ke arah kiri wajah mulus adinda ku izi, mata ku di alih ke hadapan kekanda bersemangat waja kak athirah menghiasai mata ku, ku lihat kanan kak mai hadir dan apabila ku tundukkan pandangan kak fatimah muncul.deria bau ku di penuhi dengan bau minyak wangi kak athirah..meski kami dipisah dengan tembok dan jeriji besi...Ya Allah lindungi mereka..berilah kemenangan pada kami Ya Ilahi...seluruh hidup terasa hambar dan sepi, kecewa dan benci pada rejim itu...sahabatku, kalian pejuang kebenaran, kalian adalah wanita yang menentang kezaliman..Moga Allah merahmati kalian..penat dan letih ku masih lagi menguasai seluruh ruang sarafku...i'm speechless for what we had went through....hingga jejari menari kembali...

29 Jan 2008

Berbeza?

Syafi'e, Wahabi, Salafi,
Semuanya perbezaan fahmi,
Menyentak jiwa nurani,
Saat mencari di gelar ingkari,
Bukan khilaf itu yang dicari,
Tetapi yang sahih itu di usuli,
usah menunding jari,
Mewujud basa-basi,
Membiar perpecahan ditontoni,

Disini kita demi satu janji,
Mendaulat agama rabbi,
Menuju cinta nabi,
Mendamba bahagia ukhrawi,
Memartabat kesatuan hati,
Menuju redha ilahi.

serikandisufi
Baiti Jannati
02 Dis 200707:15pm

Berani : Berniqab semasa 'demo' ??

Perhimpunan bersih bukanlah 'demo' pertama sham, walau bagaimanapun diakui itulah demo pertama yang pernah sham pergi yang mana pesertanya terdirin dari ribuan rakyat jelata. Ini lah pertama kali dengan mata sendiri sham menyaksikan kebangkitan rakyat. Selama ini semua itu sham telusuri dalam bacaan sham. Namun bukan soal kebangkitan yang ingin sham bicarakan disini. Fokus sham padda kali ini ialah 'berani'. Sejauh manakah keberanian yang kita ada dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan?Melihat kepada para peserta 'demo' tempoh hari, ramai pula muslimat berniqab. Namun mereka ini bukanlah secara kebiasaanya berniqab itu. Hanya berniqab semasa menyertai program-program yang berisiko. Hatta sham sendiri pun mula berniqab setelah menghadiri satu 'demo' di hadapan kedutaan Amerika.
Alhamdulillah selepas itu sham jatuh cinta dan terus berusaha pertahankannya. Bila sham renung kembali hakikat sebuah perjuangan, sham merasakan tidak semua dari kita bersedia untuk berjuang kerana kita masih lagi di hantui ketakutan dan kebimbangan pada pengorbanan. Berjuang ini bukanlah satu perasaan atau anugerah yang perlu di zahirkan atau di banggakan. Tapi perjuangan datang dengan pakej yang sangat menarik ia itu berjuang dan terkorban.

Seorang sahabat mengingatkan sham andai tidak mampu merelai sebuah pengorbanan jangan berbicara tentang perjuangan. Hakikat ini sham rasai apabila saat-saat genting untuk merealisasikan 'demo' kali ini bermula. Jika sebelum ini sham hanyalah seorang peserta tetapi tidak kali ini. Menyedari bahawa tidak pernah ada janji dari Allah bahawa dunia tempat yang kekal, maka sham tekad pada sebuah semangat ia itu SYAHID.

Allahu Akbar, perasaan menghadapi permulaan gelombang ini sehinggalah ke akhirnya merupakan sebuah cermin diri yang menunjukkan kepada diri sendiri. Siapa kau di medan juang? Adakah lidah yang petah berbicara soal perjuangan mampu berpijak dan bertahan di medan itu? Adakah sifat yakin dan tawakkal itu benar-benar mantap? Segalanya teruji di situ..Melihat kepada risiko yang terbentang dan keresahan ayahbonda di rumah menyebabkan hati ini berbelah bahagi. Beberapa orang teman memberikan idea untuk menyelesaikan kekusutan ini. Dalam pelbagai idea yang kunjung tiba ada 2 idea yang membuatkan sham berfikir dan terus berfikir.

Idea yang pertama , "Buka niqab sepanjang demo" barulah orang tak kenal. Dan idea yang kedua yakinlah dengan janji Allah, ayuhlah seperti mana dirimu sekarang ke medan itu.Jangan sesekali membuka niqabmu, pertahankan. Menurut kehendak taghut tidak sesekali. Bukan berniqab itu hak mu? maka siapakah mereka untuk menidakkannya? Biarpun di penjara sekali tempat mu selepas ini, namun sahabatku menyerah tidak sekali. Sham teruja dan terbangkit dengan kata-kata itu.

Terima kasih sahabat.Setibanya di medan itu, sham terfikir sahabat-sahabatku yang berniqab kerana takut dan bimbang ini, sepatutnya kalian fikirkan bahawa kita berjuang untuk mati (syahid) justeru untuk apa takut? takut di kecam dan di buang kampus? apakah kalian lupa yang menetapkan sebuah ketentuan adalh DIA. Kalau kalian di takdirkan tidak tamat belajar sekali pun, kalian tetap tidak akan tamat tak perlu hanya kerana kalian sertai 'demo' tersebut.Kepada sahabat yang berniqab lalu membukanya kerana bimbang di kecam juga kepada mereka yang tidak menyahut seruan jihad dek kerana takut dan sebagainya ingatlah,Perjuangan itu berjuang dan terkorban, bukan membiarkan ape yang dijuangkan itu terkorban.

Ketakutan kita pada hukum dunia tak pernah terbayar tetapi ketakutan kita pada api neraka Allah lumayan ganjarannya. Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk kita. Justeru tak pernah rugi orang yang berjuang kerana Allah. Yakin lah Janji Allah itu pasti.

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu dijalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" At-Taubah:41

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).As-Saff : 10 - 11

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
At-Taubah : 111

Jadilah seperti pepohon nyiur walau di hempas ombak yang ganas namun ia setia disitu malah terus gah berbakti.

Alhamdulillah

Alhamdulillah dengan izin Allah jua himpunan BERSIH dapat di realisasikan. Pelbagai mehnah dan tribulasi yang datang telah membakar semangat jihad dalam jiwa, tidak kurang juga pada sahabat yang menarik diri baik dari saat awal hingga di saat-saat akhir. Namun hakikatnya, perjuangan memerlukan pengorbanan, kita datang untuk ISLAM. Biarpun di selubungi pelbagai perasaan, akhirnya kisah perjuangan Abu Ayyub Al-anshari telah mengembalikan semangat ku. Dengan penuh keyakinan langkah di atur.

Si pengembara dagang Pengembara,

Kepada selain Allah Tidak akan merendahkan dahi,

Pengembara,

Kami rela ia dagang Menjadi lambang kehidupan,

Anda tanyalah berkenaan kami,

Sesungguhnya kami tidak peduli Terhadap pelampau,

Kami adalah tentera Allah terus menerus,

Jalan kami adalah jalan orang yang enggan tunduk kepada kezaliman,

Si pengembara dagang….

Kami tidak peduli dengan ugutan Bahkan kami terus mara ke lam Abadi,

Lalu kami berjihad dan Berperang semula Beginilah anak dagang,

mereka Yang merdeka di dunia hamba,

Si pengembara dagang…..

Berapa banyak kita teringatkan Suatu zaman,

Di hari kita Bahagia,

Dengan kitab Allah yang kita Baca sewaktu pagi dan petang.
Demimu Islam matiku rela.

Biarpun pihak keselamatan mula mengepung dari pelbagai arah, langkah ini berhenti tidak. Dalam keadaan yang genting bantuan Allah tiba, hujan lebat memotivasikan kami. Selepas solat perjalanan di teruskan. Biar di kelilingi oleh ancaman-ancaman yang begitu gah mempamerkan senjata, kami selamat tiba di perkarangan Istana. Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Kita buktikan kita mampu berhimpun dengan aman. Setelah penyerahan memorandum selesai kami berangkat pulang. Allahu AKbar! Sungguh maha besar Allah.

Titipan khas buat Pak Lah, khairy dan
semua rakan-rakan seperjuangan kalian.
Berusahalah untuk KEMBALIKAN HAK RAKYAT,
Jika tidak bersedialah untuk hadapi ombak yang mencetuskan revolusi
permbahruan kepada sistem demokrasi. INI BARU MUQADDIMAHNYA!

11 Nov 2007

Rayaaaaaaaaa

Salam 'Eidul Fitr, kepada sahabat semua pohon maafkan sham atas segala salah dan khilaf, Halakan setiap pemberian, Moga Ibadah kita diterima....
Insha Allah..

18 Oktober 2007

Sunday 15 February 2009

Ramadhan

Tuhanku,
Saban tahun aku meminta,
Agar diberi peluang mengirupi bayu,
Ramadhan nan mulia,
Air mata menjadi saksi perpisahan dinihari dan senja,
Entah kenapa,
Sayu,
pilu segala-gala hadir,
Tatkala semua ummat begitu girang,
Gembira menyambut tirai syawal,
Tapi, itu setahun yang sudah,
365 hari yang lalu,
11 bulan yang dulu..
Hari ini aku seakan kembali ke saat itu,
Ramadhan ini bakal berlalu pergi,
Namun tertanya diri,
Sudah tercapaikah impian pada ramadhani..
Sudah terlangsaikan hutang itu
Sudah sempurnahkah sujud itu,
Sudah di sucikah lisan itu,
Sudah kemaskah langkah itu.
Segala-gala aku tak punya jawab,
Lalu untuk apa air mata itu hadir?
Tuhanku,
Aku ini hambamu yang tersangat tiada daya,
Ku raskan ramadhani terlalu singkat cuma,
Masih belum ku isi sluruh upaya,
Apakah air mata itu akan bertandang lagi,
Apakah KAU masih sudi menghadiahi,
Ramadhan yang ku kasihi....
Ya,Tuhanku baru kini ku sedari,
Air mata sedari dulu itu lagi,
Tanda jiwa ku menyintai,
Saat yang ku rindui,
Namun,Apa erti kasih itu?
Apa erti cinta itu?
Ape erti rindu itu?
hadirnya tidak ku peduli,
Masihku dengan urusan duniawi,
perginya aku tangisi,tanpa seidkit usaha untuk mengisi,
Aku tidak mengerti,
Mengapa aku begini,
kata hati ku,firdausi mu ku ingini,redhamu ku genggami,
tapi bila?bagaimana?
Andai ihsan Mu ini tidak ku peduli?
Mengapa ini terjadi,
Kemana segala rasa ini,
tatkala harumah ramadhan menyengat naluri,
Mengapa bisa ku biar ia berlalu pergi,lalu berteleku aku disini,menangisi,
Tuhanku,rupanya ku tak pernah sedari,
aku punya akhri,ramadhan ini tiada lagi,lalu bagaimana harusnya??
Bermaknakah rayu ini,
Bernilaikah deraian ini?
Masihkah punya ruang untuk diri ini?
Andai ku tahu ini ramadhani ku yang terakhir...
iLAHi,Aku malu untuk menungkapnya,tetapi pada siapa lagi..ku tuturi,
Kasihanilah diri ini...
Aku tak punya apa untuk menentu nasib diri,
Ku pohoni agar kau bisa kurniai,selautan kasihani,Ya Rahmani...

02 Oktober 2007
http://www.serikandiislam.blogdrive.com

Di mana kekuatan itu?

Kenapa manusia sering tanggap khilaf,
Pada hasrat telus dalam mengaharap,
Sebutir kebaikan dalam diri insan?
Terasa letih...
Dengan perjalanan,
Dengan kehidupan,
Namun semudah itu berlepasan?
Pasti tidak,
Kerana akhirnya permulaan,
Bertemu Ar-Rahman,
Tetapi,Tidak ku tahu,Apakah masih ada ruangan?
Masih ada secebis kekuatan?
Masihkah utuh ikatan atau terlerai sudah kenangan?
Terasa singkat sudah perkiraan,
Kekosongan cuma bekalan,
Bagaimana bisa berhadapan,
Pada ketentuan atas ketetapan?

Baiti Jannati
11:56pm
24/09/2007

Jodoh?

Melihat kepada tajuk, pasti sahabat-sahabat semua memikirkan adakah sham sudah berumah tangga atau bakal mendirikan rumah tangga...sebenarnya yang pertama itu sememangnya tidak dan yang kedua inshaAllah tetapi bila,dimana dan siapa bakal suami nya wallahua'lam, itu rahsia Allah.

InshaALLAH 26/08/2007 tarikh permikahan sahabat baik sham.sham gembira untuk sahabat sham tu, namun begitu perasaan kali tak sama langsung dengan perasaan seorang lagi sahabat yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2002.

Ya Allah tabahkan hatiku atas perpisahan yang bakal terjadi ini. Bertemu kami kerana mu Ya Ilahi, kini perpisahan yang terjadi juga adalah keranaMu. Sham tak tahu macam mana nak hadapi hari-hari yang mendatang tanpa teman tersayang disisi. Sham kenal dengan kak hidayah ni masa sham tingkatan satu dan kak hidayah di tingkatan dua,seorang lagi sahabat sham yang bernikah pada tahun 2003 itu juga sham kenali pada tahun yang sama(Kak Lin).kami adalah tiga sekawan yang akrab kerana ilmu Allah untuk mendidik diri.

Setelah melanjutkan pelajaran di Kolej, sham dengan kak hidayah di kolej yang sama dan kak lin masa tu kak lin dah jadi zaujah kepada seorang abang yang sejema'ah dengan kami. Hampir lapan tahun usia persahabatan kami.Sham dan Kak Hidayah pernah satu ketika di hostel, tak punya duit nak makan, kami kongsi satu polistrin dua orang.Kami ditakdirkan juga bekerja di syarikat yang sama selepas tamat belajar.Juga berhenti pada bulan yang sama :p..

Allahu Rabbi ukhuwwah ini sangat indah, namun mehnah dan teribulasi adalah sesuatu yang tak dapat di elakkan.

Ku titipkan bait-bait ini untukmu sahabat...

Hari itu datang lagi,Bahtera kasih siap terbina,
Menjadi bumbung tiga sahabat berjanji,
Bersatu demi janjiNya,
Berpisah demi kasihNya,
Hari itu datang lagi,
Bahtera kasih terus berlayar,
Samudera itu saksi ukhuwwah terus mekar,
Teguh menghadapi badai dengan tegar,
Hari itu datang lagi,
Bahtera kasih terus sepi,
Ada hati yang terguris,
Ada cinta yang tergilis,
Ada janji yang terhiris,
Tanpa sedar,
Hari itu datang lagi,
Hati yang terluka kembali bertaut,
Janji yang terleraiKembali termetrai,
Namun,
Tika hari itu datang di saat ini,
Ia tidak seperti yang di ingini,
Penyatuan ini menuntut Pengorbanan,
Kasih ini terpaksa disimpan,
Agar ia tidak merobekkan sebuah perjalanan,
Kerana ia milik tuhan,
Akarnya Aqidah pada tuhan,
Bumbungnya Qalam dari tuhan,
Tiangnya addeen tuhan bersendi cinta tuhan..
Di hari ini,
Madrasah itu kan kembali kita susuri,
Menjadi sirah kehidupan milikkita sendiri,
Menjadi sandaran kepada memori ini,
Kerana saat ini pasti tidakkan kembali lagi..
Sahabat berbahagialah kalian...
Kita tak kan terpisah dek jarak ini,
Kerana kita punya memori ini,
Tugu cinta insani demi redha DIA rabbi...

Serikandisufi
24 August 2007
http://www.serikandiislam.blogdrive.co/

Nukilan

Tersungkur lagi

Ya Allah ku rasakan perjalanan ini semakin sukar...
Aku semakin tewas..
Tapi aku hanya hamba yang hina....
Yang tak punya hak utk menolak..
Segala yg mndatang...
Dimana harus ku cari kekuatan ku??
Biar pun segala isi dan dunia ini menjauhi aku,
Jangan KAU menjauhi diri ini...
Sukarnya untuk ku mngaharap pengertian..
Namun kusedari pengertian hakiki hanya dsisimu..
Bukankah sunnatullah mnghendaki..
Aku,dia dan mereka melalui perjalanan yang sementara ini menuju negara abadi
Mengapa terlalu sukar perjalanan di sini???
Yang sementara ini??..
Munkgin kerna syurga itu terlalu mahal...
Tapi kasihanilah pada hambaMu ini,
Hamba yang tak ingin terglincir tapi sudah pun tersungkur
Andai ini khendakMu..
Satu pintaku izinkan hidup matiku dalam Iman dan IslamMenerusi kjujuran qalbi..
Ketelusan lisani...
Dan keindahn pekerti..
Hanya KAU yg maha mengerti..
Menuju hari abdi tidak seindah mimpi...
Kerana maharnya tiada galang ganti...

serikandisufi
28/06/07
4:07am

http://www.serikandiislam.blogdrive.co/

Hati

Janganlah memaksa esok untuk hari ini. Sedarlah bahawa usia, nasib kita pada esok berada di tangan Allah yang Maha Berkuasa. Gunakan hari ini sepenuhnya dan sempurnakan kerja hari ini dengan kesabaran dan kesyukuran. Hindarilah angan-angan dan prasangka yang kosong. Memikirkan masa depan dengan mengagak-agak dan membuka alam ghaib, kemudian kita hanyut dalam kecemasan yang hanya sangkaan adalah sesuatu yang tidak baik untuk hati dan keyakinan kita. Ini hanya angan-angan dan sangka buruk. Marilah kita berdoa, beristighfar selepas menghitung dosa masa lalu. Munajat kepada Allah SWT agar Dia menunjukkan kita jalan penyelesaian terbaik, inshaALLAHu amineen..

Segala keresahan dan kebimbangan berpunca dari hati. Kerana setiap perbuatan bermula dari hati. Begitu juga setiap kejayaan dalam apa bidang berpangkal dari hati. Jagalah hati agar tidak sekali2 mendahului sesuatu yang belum berlaku. Firman Allah bermaksud : "Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu meminta disegerakan." (Surah an-Nahl, ayat 1)

Terima Kasih kak su,kak mai,hawa,ustz akmal,ustaz azril dan shbt2 di halaqah.net yang tidak putus2 memberikan semangat dan peringatan kepada diriku..Sungguh kalian sangat bermakna dalam hidupku... Ya Allah pelihara ukhuwwah kami....
15 August 2007

A story from my lecturer

It'a almost a year i left my great time in college. i don't know why suddenly i miss my math lecturer very much. i got to knw mdm norozawati ever since in my first semester, she is a great mom to us, when i got this mail about islam for 20 pence, i got to flash back my final year, during my math subject, mdm norizawati will start the class with a story to us to think. one of the story from that great mom that i still remember is his...let me share with u...before that my very gratitude to mdm norizawati..madam thanks for everything.. here the story is..

Several years ago an imaam moved to London. He often took the bus from his home to the downtown area. Some weeks after he arrived, he had occasion to ride the same bus. When he sat down, he discovered that the driver had accidentally given him twenty pence too much change.As he considered what to do, he thought to himself, you better give the twenty pence back. It would be wrong to keep it. Then he thought, oh forget it, it's only twenty pence. Who would worry about this little amount?

Anyway, the bus company already gets too much fare; they will never miss it.Accept it as a gift from Almighty Allah and keep quiet.When his stop came, the Imaam paused momentarily at the door, then he handed the twenty pence back to the driver and said " Here, you gave me too much change."The driver with a smile replied " Aren't you the new Imaam in this area?
I have been thinking lately about going to worship at your mosque.

I just wanted to see what you would do if I gave you too much change."When the Imaam stepped off the bus, his knees became weak and soft.He had to grab the nearest light pole and held for support,and looked up to the heavens and cried "Oh Allah, I almost sold Islam for twenty pence!Remember, we may never see the impact our actions have on people.

Sometimes we are the only knowledge of Quran someone will read, or the only Islam a non-Muslim will see. What we need to provide, Insha Allah is an example for others to see. Be careful and be honest everyday, because you never know who is watching your actions and judging you.

15 August 2007

It is almost 2 month i've nt updte my blog..it not a matter of time or idea..but i had lost my self for tht particular period. Allah knws better..i'm getting weak but luckily there is still a drop of hope for hoping the light to guide to the right path no matter how. it's really kills when the love one fail to understands or else to support u..it's puainful when there is nobody to lend the sholudr when u r in need.. Allahamdulillah, it's seems i'm recovring my self better..there no such thing life without test.. that's y Allah bring u rasul..n rasul leave us 2 things..Quran n Sunnah.. believe in Allah, leave ur self to Allah, leave urdrive.com life to Allah..Allah will arrange the better life for u...

01 August 2007
http://www.serikandiislam.blogdrive.com

Sekitar Hari Bersejarah

Hari ini, hai sangat bersejarah..begini rasanya mengecapi nikmat Mu Rabbi, sewaktu kakiku melangkah untuk meneima segulung diploma, ku rasakan, bahawa terlalu hebat aturanMu. Mungkin pada sahabat-sahabatku yang lain konvo adalah satu pristiwa yang seronok tapi biasa, tapi bagiku inilah sgunung nikmat yang diberikan Allah pada keluargaku, seolah-olah segala perit kehidupan mak dan ayah selama ini mendapat erti. Mak Ayah ini kejayaan kalian..terima kasih atas semuanya, terima kasih guru-guru ku, rite now i;ve no words to shout out..but Allah all the praise to HIM for the wonderful life of mine and family..HE KNOWS better...It's just a start fo another victory, Allah bless me and my family..ameen

06 Mei 2007

Pejuang Islam bukan tin kosong

Setelah lama tidak meyelami blog sendiri, sham jadi malu dengan diri sendiri apabila, terdapat respon yang diberkan kepada perkongsian sham di laman maya ini tidak sham respon kembali.
Kesal pun ada, atas ketidak cekapan dalam menguruskan masa, namun selagi mampu sham akan terus menulis, walaupun tulisan ini tidak sehebat tulisan penulis-penulis yang mahsyur dan para pejuang mata pena.

Kebelakangan ini, cabaran sham dalam menreuskan perjalanan di laman maya ini agak hebat, ini kerana walaupun kekerapan sham mengemaskini laman ini sekadar sebulan sekali namun, agak terkejut bila pengunjung laman ini bukan sekadar sahabat-sahabat sefikrah tetapi juga para pejuang kristian yang kelihatan begitu polos dengan hujah-hujah mereka.

Dengan memohon kekuatan dari Yang Maha Kuat, sham mulakan coretan tinta maya ini dengan harapan agar tidak ada lagi lontaran kata-kata dari pihak kristian yang begitu takut dengan bayang-bayang sendiri. Perlu di ingati sham bukan bermusuhan dengan penganut agama-agama lain, kerana itu bukan ajaran Muhammad SAW.

Apa yang saya coretkan di laman maya ini, juga segala perkongsian yang saya siarkan bukan bertujuan untuk menghina anda penganut agama-agama lain, sekadar memperingati sahabat se'syahadah' saya agar tidak tergelincir ke dalam landasan ciptaan iblis laknatullah yang memang sudah menjadi agenda utamanya memesongkan anak dan cucu adam.

Wahai Penganut agama-agama lain,
Ketahuilah kalian bahwa Allah itu Benar, Muhammad itu benar, Kitabullah Al-Quranul Kareem itu benar, mati itu benar, syurga dan neraka juga benar. Justeru menjadi perjuangan kami untuk pertahannkan kebenaran dengan Haqqul yaqeen, maka tidak lah kami untuk bermusuhan dengan anda, selagi mana anda tidak menghina dan membatilkan syahadah yang kami perjuangkan.
"Lakum deenukum Wali yadeen"
Kepada penganut dan pejuang kristian, selamilah bicara ini, Kami tidak pernah mengatakan bahwa Isa a.s itu tidak wujud kerana ia bertentangan dengan ajaran Kitabullah Quranul Kareen malah kami akui bahwasanya Isa a.s adalah nabi yang diutuskan oleh Allah juga para nabi sebelumnya, namun ketahuilah kalian bahawa sesungguhnya Allah Tuhan pemilik alam dan segala isinya, khotimul anbiya' Muhammad SAW pesuruh yang diutus Allah demi kebaikan alam,justeru setiap kejadian adalah dengan izinNya. Kami tidak pernah menyatakan bahawa injil itu tidak wujud atau injil itu palsu, kerana Allah yang menurukan Injil tersebut, namun begitu intipati yang di persoalkan hari ini adalah kandungan sebenar injil yang telah di olah beratus-ratus tahun yang dahulu.
Ingatlah jika anda persoalkan kesahihan Al-Quran dengan membatilkannya dan membenarkan Injil yang tidak apsti kesahihanya maka anda sengaja menutupkan mata anda atas sebuah kebenaran yang jelas, pergilah ke pelusuk dunia manapun, Al-Quran tiada akan pernah berubah walau satu perkataan pun dari mulai ia diturunkan sehingga hari malah sehingga yaumul qiyamah. Namun kajilah injil yang terdapat hari ini, apakah injil yang ada pada hari ini sama dengan kitab injil yang ada beratus-ratus tahun dahulu. Kajilah, anda akan mendapatkan jawapanya.
Wahai penganut agama-agama lain, janganlah kalian berfikir dengan perasaan, bukalah mata anda, lihatlah alam dan kebesarannya, bukalah minda anda kajilah dengan 'adil, bukalah hati anda terimalah kebenaran dengan benar.
Jangan mudah membatilkan yang Haq, kerana yang Haq tetap Haq selamanya.
Wallahu 'alam
Sahabat-Sahabatku, respon diatas sham lakarkan kepada mereka yang mempersoalkan kebeanaran Quranul Kareem, Sahabatku, hari ini mereka yang bukan Islam melabelkan bahwa kita orang Islam adalah kelompok yang malas, mereka katakan kita menerima agama kebenaran ini hanya kerana mendengar para ustaz dan imam mengatakannya benar. Mereka tidak akan faham akan susur galur Islam yang suci ini, kerana kebenarnyya bukan pada petahnya bicara para Ustaz dan Imam, tapi pada kebesaran Allah. Namun begitu wahai pemuda-pemudi Islam sahutlah cabaran kuffar laknatullah ini, buktikan pada mereka bahwa pemudan pemudi islam hari ini berjuang demi AD-DEEN ini bukan kerana omongan para guru tetapi kerana 'ilmu yang menjadi kewajipan kepada kita untuk dituntut, perjuangan ini adalah kerana kita benar-benar faham akan Suruhan dan Larangan Allah, Demi Allah perjuangan kita, bukan demi omongan manusia tetapi ia datang dari pencipta sekalian makhluk, alam dam isinya, Perjuangan ini bukan kita yang mulakan juga bukan kita yang akan menghabiskan tetapi kitalah penerus kepada perjuagan Muhammad SAW dalam menegakkan kalimah 'La ilaha illa Allah. Muhammad Rasulullah"
Mohon maaf atas segala khilaf sedari awal jejari menari mengikut rentak alunan minda . Wassalam

menuju hari abadi

Dewasa ini akhbar-akhbar tempatan seolah-olah sebati dengan hidangan masalah akhlak dan aqidah para remaja yang begitu membimbangkan. Sehingga suatu hari terfikir dimanakah aku berpijak? Bukankah ini Negara Islam yang di laungkan apakah wajar berita-berita keruntuhan moral ini semakin popular dan siapa pula yang bertanggungjawab untuk mencantasnya dari akar umbi?

Lebih menyedihkan apabila yang cuba dipersembahkan akhbar hari ini remaja yang terlibat di dalam kancah yang tidak sihat ini bukan setakat mereka yang tidak mempunyai asas agama, tetapi anak-anak yang menuntut ilmu 'ukhrawi ini juga tewas dengan tuntutan nafsu mereka. Mudah untuk kita menyalahkan, tetapi sukar untuk kita hulurkan bantuan. Dengan itu saya mulakan kembara fikran, perhatian dan bacaan untuk telusuri jalan-jalan mereka. Jelas kegagalan manusia untuk berpegang kepada janji yang telah kita buat sebelum didatangkan ke dunia di sisi Allah adalah punca utama.

Sangat menyedihkan apabila jatuh tersungkur di lembah yang tidak sepatutnya baru terdetik hati akan janji yang telah dibuat. Saat itu terasa diri begitu hina, namun ketahuilah Allah maha pengampun. Semoga taubat kita diterima Allah dan semoga langkah ini terus dipimpin oleh Ar Rahman. Jangan sesekali kita lupa bahawa kedatangan kita sebenarnya dihantar dengan manifesto sebagai khalifah.

Justeru segala yang terjadi pasti akan dipertanggungjawabkan. Hakikat sebuah kehidupan adalah untuk menyembah Allah SWT. Sesuai dengan firman Allah dalam Surah Adz-Zariyat:56 Dan tidak aku ciptaklan jin dan manusia melainkan supaya merka menyembahku. Firman Allah ini telah menjelaskan akan arah tuju sebuah kehidupan, betapa sebnarnya kita dalam sebuah perjalanan yang panjang menuju Negara abadi dan kita sbenarnya berada di dalam sebuah persinggahn dalam mengumpul bekalan untuk membina kehidupan yang kekal.

Dalam melalui kehidupan yang sementara ini telah Allah tetapkan landasan yang perlu kita akur dalam menjalani kehidupan ini. Persoalannya apakah kita benar-benar menghayati akan landasan yang telah Allah tetapkan ini? Saya tidak mahu menjawab persoalan ini, tetapi tanyakan pada diri anda akan mendapat jawapannya.

Sekiranya Objektif penciptaan manusia itu di kaji pastinya kita akan merasakn bahawa saat yang tinggal ini tidak mencukupi untuk bertemu dengan kekasih yang abadi. Namun begitu kerana kegagalan manusia dalam menghayati objektif kehidupan yang sebenar ini maka lahirlah pelbagai masalah yang menghambat norma kehidupan masyarakat kita.Nabi SAW telah bersabda, "Berpeganglah pada Al-Quran dan Sunnah nescaya tidak kalian sesat", persoalannya berapa ramai pula yang benar-benar berpegang kepada kedua sumber yang selamat ini?

Jika, Al-Quran dan Sunnah yang menjadi pegangan nescaya tidaklah hari ini kita terpaksa menonton masalah kebejatan akhlak dan aqidah yang megancam para remaja hari ini. Kunci utama kepada segala kema'siatan yang melanda adalah kerana kurangnya amal-Islami itu sendiri dalam diri masing-masing. Kegawatan amala-Islami yang dipraktikan ini berpunca dari ketandusan 'Ilmu, dan jika ini masalah yang kita dapat lihat dalam kelompok masyarakat awam pastilah penyelesaiannya menuntut 'Ilmu dan mengamalkannya. Pun beigtu amatlah menghairankan bilamana terjadinya glombang 'tsunami ma'siat ini dikalangan yang menuntut ilmu 'agama. Pastinya manusia tiadak ada yang maksum, melainkan baginda nabi, tetapi sejauh manakah usaha yang kita untuk mengamalkan 'ilmu yang kita pelajari.

Seperti yang saya nyatakan di awal tadi, kehidupan ini adalah destinasi persinggahan dan segala panduan telah pun dibekalkan kepada kita, Penciptaan manusia adalah bersama fitrahnya. Namun begitu apabila fitrah itu bertukar menjadi fitnah maka siapakah yang harus dipersalahkan? Saya melihat ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memastikan anak-anak ini dibentuk menggunakan acuan peribadi Quran.

Tanyalah kepada mana-mana ibu, sanggupkah anda melihat anak anda di pukul dengan besi, dihambat dengan dawai-dawai panas dan diseksa? Pasti jawapannya adalah TIDAK, tetapi sayang seribu kali sayang apabila ibu bapa hari ini tanpa sedar sanggup membiarkan anak-anak ini menerima azab yang maha dahsyat di akhirat kelak. Azab Allah itu sangat dahsyat. Tetapi menghairankan apabila ibu dan bapa hari ini seolah-olah menghadiahkan anak ini kepada api neraka itu secara mudah. Tidak saya menyalahkan ibu bapa tetapi kesedaran yang perlu ada di kalangan ibu bapa itu memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan hukum Allah di junjung tinggi.

Kita lihat fenomena hari ini, ibu keluar berjalan dengan anak, si ibu manis dipandang tetapi si anak, Astaghfirullah segala lekuk jelas kelihatan. Bila ditanya kepada ibu, "tak pe lah muda-muda ni lah nak bergaya, kalau dah tua nak bergaya nant orang kata buang tebiat pula" Lihatlah yang dikisahkan apa yang "Orang kata" Tidak terfikirkah kita apa yang Allah kata? Sedari akil baligh anak itu sudah pun wajib ke atasnya untuk menutup 'aurat, dan jika gagal mengikut hukum itu pasti azab yang dijanjikan akan di berikan. Hairan ya, yang dibimbang ibu dan bapa hari ini ialah apa kata orang sedangkan kata orang itu bersifat sementara, dan ia akan berlalu pergi tapi hukum Allah itu PASTI.

Sebelum membeli minyak wangi yang akan di ambil kira ialah baunya, yang kedua tempoh kekalnya minyak wangi itu, kalau ianya bersifat sementara pasti ianya tidak menjadi pilihan dan yang menjadi pilihan pasti yang 'Stay longer'kenapa konsep ini tidak kita aplikasikan dalam hidup? Kenapa dalam urusan yang melibatkan pembentukan kehidupan di akhirat, kita memberatkan urusan sementara, sedangkan sudah pastinya kebahagiaan dan keseronokan di sini buakn jaminan untuk kehidupan yang lebih baik disana.

Perlu kita renungkan bersama. Apabila indeks kemaksiatan yang meningkat ini di teliti persoalan yang timbul, tidak bimbangkah ibubapa melihat anak-anak menuju ke kancah kehancuran, sekali lagi saya tidak menyalahkan ibu bapa tapi saya mahu saya dan anda semua berfikir, sejauh mana usaha atau peranan yang telah kita mainkan sebagai ibu bapa dan ahli masyarakat dalam menangani gejala-gejala yang tidak sihat ini. Dan pastinya sentuhan didikan awal itu memainakn peranan dalam kehidupan seorang anak.

Seingat saya, pada zaman sebelum merdeka perkara utama yang akan dibimbangkan keatas seorang anak gadis yang telah akil balilgh ialah, penguasaan ilmu fardhu 'ain, latihan pengurusan rumah, dan jodoh anak itu. Fenomena mngahwinkan anak di usia yang muda adalah satu langkah yang sangat baik untuk menjauhi kemaksiatan. Malah pernikahan yang dijalankan untuk mengelak dari melakukan dosa kerana takutkan azabAllah diberi pula pahala disisi Allah..Masha Allah. Tidak terkecuali bagi anak lelaki, pastinya ibu bapa sudah pun mendidik anak teruna itu dengan menggalskan beban tanggungjawab dalam uasha mencari rezeki dan bertindak sebagai pemimpin kepada adik-adik yang lain, pun begitu usaha ini adalah untuk mendidik anak itu untuk berifkir secara matang dan menajdikan anak itu lebih bertanggunjawab, maka dengan itulah kita lihat sejarah membuktikan atuk dan nenek kita mendirikan rumahtangga di usia belasan tahun, alhamdulillah bahagia.

Arus kemodenan yang meragut norma kehidupan masyarakat muslim yang positif hari ini telah berjaya mengalihkan pemikiran ibu bapa dalam memastikan anak mereka terarah dalam usaha untuk mengejar kemewahan dan kekayaan. Perbezaan 'orang dulu-orang sekarang' ini sbenarnya telah banyak mendatangkan impak yang negatif dalam masayarakat. Lihat sahaja dek kerana rakus menekan anak-anak untuk menguasai harta dan pangkat, adab dan maruah tergadai.

Alangkah indahnya jika ibu bapa hari ini dengan rela dapat seimbangkan antara tuntutan syara' dan zaman. Ibu bapa hari ini lebih rela melihat anak mereka bercinta di alam kampus berbanding mendirikan rumah tangga. Inilah pemikrian ibu bapa yang kononya mengasihi dan menyayangi anak, tetapi sebaliknya mereka mengahadiahkan anak itu kedalam api neraka Allah.Alasan biasa kita dengar dari ibu bapa yang menentang pernikahan anak-anak yang masih belajar ialah, "biarlah muda lagi, belajar lagi, duit poket pun aku yang bagi ada hati nak kahwin" itulah antara alsan yang kerap kita dengar, ya masih muda lagi bagaimana kalau anak itu tak sempat tua? Fahamkan ? Macam mana kalau anak itu di jemput awal oleh Izrail dan sewaktu itu anak anda sedang bercinta dengan kekasih hatinya, niat nak berkahwin tapi dihalang, di sinilah ibu bapa perlu menjawab, sanggupkah anda melihat anak anda dihumban dan diseksa dengan azab Allah? Sedang didunia kalau ada orang yang memukul anak anda pasti anda tidak menerimanya. Dan disaat perhitungan itu mampukan anda menjawab tika anak anda menyatakn 'aku terjerumus ke kancah maksiat bersama teman wanita ku kerana ibu bapaku tidak mengizin aku untuk menikah?' bersediakah anda? Azab Allah itu sangat pedih dan tiada bandingannya.

Pasti saat itu anda terfikir seandainya aku boleh memberikan sedikit kelonggaran apada anak ku untuk menikah dan sedikit bantuan di saat dia belajar dahulu untuk mendirikan rumahtangga, pasti saat ini aku tak perlu melihat anak aku di siksa dan yang penting saat ini bukan aku yang di persalahkan, tetapi ibu bapa saat itu terlambat.

Pejamkan mata dan renungkan api neraka yang dahsyat, dan yang di humban ke dalamnya anak anda, dan saat itu anak anda menyeret anda bersama. Sanggupkah anda menerima siksa itu, sedang didunia ini minyak panas pun begitu menyakitkan apa lagi api neraka Allah? Perlu di ingat juga, maksiat bukan sekadar, berjumpa, berduaan dan menyentuh, lebih dari itu maksiat yang paling di bimbangkan adalah maksiat hati, justeru walaupun anak anda itu seorang al-Hafiz atau Al-hafizah bila keingin untuk berkahwin telah meraka zahirkan bantulah mereka, segerakanlah ia, tiadak ada yang rugi kerana janji Allah untuk membantu mereka yang mendirikan rumahtangga kerana Allah.

Lihatlah pada setiap tindakan dan kelakuan anak-anak jika ada yang tersilap walau kecil perbetulkanlah, jika benar anda sayangkan anak anda jangan di biar api neraka Allah mneyambarnya. Setiap teguran itu buatlah dengan hikmah, kepada ibu bapa yang bimbang anak-anak akan melupakan tanggungjawab terhdap anda setelah mereka menikah, anda silap. Kerana andalah yang menetukan samada mereka bertanggungjawab atau tidak, berdoalah kepada Allah dan bertindaklah untuk mengubah dimensi gejala sosial kepada sifar maksiat. Dan pernikahan jalan yang terbaik, ibu bapa medium yang terbaik.

Bila tertegak Qalam Allah didalam sebuah rumah itu dari sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara ingatlah di situlah kita mencapai maksud kehidupan ia itu menjadi Hamba yang menyembah dzat yang maha kuasa dalam mengenggami redhanya agar kehidupan yang kita bina dinegara abadi dapat meggamit bahagia hakiki.

Wallahu 'alam pician minda sekadar renungan...

07 mac 2006 [http://www.serikandiislam.blogdrive.com]

Islam menyusahkan wanita?

Bertudung tidak halang Ruqaya raih emas 200m

DOHA - Pelari pecut wanita Bahrain, Ruqaya Al Ghasara mengejut dan mengagumkan peminat olahraga di Sukan Asia di sini apabila meraih pingat emas dalam acara 200 meter walaupun berpakaian menutup aurat dan bertudung.
Malah katanya, dengan mengenakan pakaian lengkap wanita Islam itu telah mendorongnya berlari lebih pantas.

"Ia bukan satu halangan untuk saya berlari pantas malah ia banyak mendorong saya membuktikan bahawa wanita Muslim seperti saya juga boleh menang dengan berpakaian seperti ini," katanya. Pada perlumbaan akhir itu, Ruqaya mencatat masa 23.19s. Sebelum ini beliau turut menang gangsa dalam acara 100m.

Ketika melakukan pecutan, hanya jelas muka dan tapak tangannya yang kelihatan manakala sebahagian besar anggota tubuhnya ditutupi kemas. Sebaik melepasi garisan penamat, Ruqaya mengangkat tangan kepuasan tetapi aurat dan tingkah lakunya tetap dipelihara. Mengulas pakaian yang digunakannya, Ruqaya berkata, ia menggunakan jenis kain yang dipilihnya sendiri walaupun kebiasaannya agak berat untuk dibawa berlari. Sambil mengakui pelari pecut Amerika Syarikat, Marion Jones sebagai idolanya, Ruqaya berharap pakaian yang digunakannya untuk berlari itu mendorong wanita Muslim lain melibatkan diri dalam sukan agresif seperti ini.
Penampilan hebat Ruqaya itu turut menjadi agenda utama Doha mengadakan ujian pakaian bagi wanita Muslim untuk melobi menjadi tuan rumah Olimpik 2016 nanti.

"Memakai tudung membuktikan ia bukan halangan untuk mencipta kejayaan. Berpakaian seperti ini jugalah yang telah melayakkan saya beraksi di kejohanan dunia di Osaka, Jepun tahun depan,"tegasnya. Begitu pun Ruqaya yang lembut dan perlahan ketika berbicara berkata, kejayaan hari ini tidak dicapai dengan mudah. Pelari berusia 24 tahun itu mengakui peraturan berpakaian dalam Islam banyak membuatnya dipandang serong oleh masyarakat di negaranya.
Tetapi semua itu berjaya diatasinya selepas sekolah menengah apabila dipanggil untuk menjalani latihan di bawah jurulatih Bahrain, Tadjine Noureddine.

Tidak lama selepas itu, Ruqaya mencipta kejayaan pertamanya dengan memenangi emas pada Sukan Negara Arab 2002 di Jordan. "Dia memang memiliki kualiti hebat sebagai pelari pecut. Cuma sekarang ini dia perlu banyak memperbaiki permulaan ketika berlepas."
-Utusan Malaysia

Celoteh Serikandiislam

Inilah perjuangan muslimah kini, sham teringat sewaktu menyertai pertandingan debat IPTIM diantara semua Institut Pengajian Tinggi Islam Malaysia, bayangkan pengadilnya yang bergelar seorang 'ustaz' mampu mengeluarkan kata-kata meminta sham membuka niqab, dengan alasan penghujahan tidak jelas, sedangkan para penonton di auditorium mengatakan semuanya jelas.
Bukan tujuan sham nak membesarkan gelaran ustaz, tapi apa yang sham faham dengan ustaz adalah mereka yang mempunyai ilmu agama, namun mengapa keadaan ini terjadi? Saat itu, Allah beri kekuatan pada sham untuk teruskan perjuangan tanpa menanggalkan niqab, Alhamdulillah kumpulan kami mendapat naib johan dengan margin 3-2.
Peristiwa ini berlaku kira-kira setahun yang lepas, tapi percayalah peristiwa ini akan sentiasa segar dalam ingatan.

Pada waktu ini terlintas di fikrian akan kata-kata Imam Al-Ghazali Hujjatul Islam
Ilmu yang bermanfaat adalah bilamana kita menuntut dan ia memperlihatkan kejahilan kita, tetapi apabila ilmu yang kiota tuntut menampakkan kejelikan orang lain maka itulah ilmu yang tidak bermanfaat. Semoga kita terlindung dari azab api neraka Allah..InsyaAllah

Hanya Allah yang mengerti perasaanku.Sham sedar ramai yang boleh mempertikaikan niqab ini, tapi perlu kita berfikir sebelum pertikai, kalaulah sahabat kita punya kekuatan untuk melaksanakan salah satu tuntutan yang mungkin pada kita ianya sunnat, kenapa tidak kita menyokong sebaliknya kenapa perlu kita pertikai? Kita perlu ingat ada perkara yang kita tak boleh buat semua dalam keadaan itu jangan tinggal semua, insyaAllah teruslah berjuang demi Islam, InsyaAllah Allah bersama kita

19 Dis 2006 [http://www.serikandiislam.blogdrive.com]

Buntu

Ya Allah apa yang harus ku lakukan? Borang permohonan MMU telah lengkap diisi, permohonan ke UPU juga telah dibuka, kalau masuk MMU Kosnya sangat tinggi, kalau nak tunggu result MUET untuk mohon melalui UPU, keputusannya belum tentu dapat. Wajarkah kalau alam pekerjaan ini ku teruskan dan dalam pada masa yang sama mohon sahaja menerusi UPU kalau tak dapat pun kerjaya insyaAllah, Kalau tak dapat mana-mana U, mohon sahaja ke MMU tapi adakah ini tindakan yang bijak. Mana nak cari bantuan kewangan keputusanku bukanlah cemerlang sangat Alhamdulillah cuma second class sahaja,tapi macam mana dengan ayah, mesti ayah terasa hati. Sungguh tiada mampu untukku memikirkan langkah ku yang seterusnya,. Ya Allah apalah daya ku..permudahkanlah wahai tuhan pencipta alam...

10 Dis 2006 [http://www.serikandiislam.blogdrive.com]

menulis..

Tiada yang lebih membahagiakan apabila irama hati ini dapat ku zahirkan melalui penulisan, namun diri ini masih bertatih biarpun tiada yang memimpin, akan ku gagahkan jua, kerana tiada yang akan datang bergolek tanpa usaha.

Sudah bertahun rasanya, usaha awalku untuk menghasilkan sebuah novel tergendala di tengah jalan, bukan kerana hilang sudah minat ini, tetapi keterbatasan waktu yang ku miliki menyebabkan ianya tidak diteruskan sehingga kepenghujung. Pada hakikatnya, kegagalan untuk menghasilkan novel ini adalah kerana pengurusan masa ku yang tidak seimbang sehingga karyaku terbengkalai. Ya inilah rahsiaku yang selama ini tersimpan kemas dalam komputerku.
Ya, irama hati ku saat ini membicarakan mengenai medan penulisan, setelah ku selami segala intipati laman para penulis yang amat ku sanjungi, membuatkan diri ini tersedar dari mimpi yang berpanjangan, rupanya masih ada perjuanganku yang belum bermula.

Ya Rahman, izinkan jejari ini mengukir gerak tari qalbi ini agar ia bisa menjadi panduan untuk diri ku disaat aku terleka juga agar ia bisa menusuk ke segenap kamar hati yang menatapi..ameen ya robbal 'alameen.

08 Dis 2006 [http://www.serikandiislam.blogdrive.com]

Warkah buat ayahbonda dan adinda

Ayah, maafkan yaya, yaya tak miliki kekuatan untuk menjawab semua panggilan ayah, sesungguhnya anak ayah ni bukanlah anak yang tiada rancangan, cita-cita yaya besar ayah, yaya nak belajar sampai Phd, tapi ayah sudah di takdirkan keluarga kita rezekinya cukup makan ayah,Itu pun dah syukur Alhamdulillah :)

Yaya tak nak bebankan ayah, bukan yaya suka nak kerja ayah, tapi yaya ajar diri untuk bersusah agar satu hari nanti ayah boleh berhenti kerja, sesunguhnya bila tengok ayah balik dua minggu sekali, menjinjit beg dalam keadaan tak mampu, tersiksa jiwa ini ayah, yaya tak sanggup melihat ayah berkerja dalam usia ayah yang hampir 80-an ini.Sepatutnya pada usia sebegini ayah dah berehat, seperti kata ayah usia yang tinggal pada ayah adalah untuk melakukan perkara yang paling ayah rindui, ia itu berjalan ke masjid 5 waktu sambil memimpin cucu, dan siangnya bersama Quran kesayangan ayah, malamnya bersama sejadah ayah. Yaya nak ayah menikmati semua itu, sebab itulah yaya sanggup berkerja ayah, bukan yaya dah bosan dengan alam pelajar, malah itulah satu-satunya alam yang paling yaya rindui.

Ayah, janganlah rasa sedih dan kecewa dengan kekuranagn anak ayah ini. Walaupun yaya ni berbadan besar itu tak bermakna yaya tak kan menikah, sesunguhnya ayah jodoh itu ketetapan Allah, ayah bukan yaya tak usaha untuk kuruskan badan, yaya usaha tapi hasilnya samalah macam yang ayah nampak. Malam tu masa adik telefon yaya suruh yaya balik kerja cepat tu, memang sengaja yaya balik lewat, buakn sebab tak nak jumpa ayah, yaya nak sangat cium tangan ayah malam tu, tapi yaya tak mampu..yaya takut ayah marah kat yaya, yaya takut yaya menjawab dengabn ayah, sebab satu-satunya perkara yang paling ayah tak suka bila anak-anak menjawab apa yang ayah katakan, itulah yang yaya jaga..

Yaya tak nak ayah susah hati, ayah tau tak malam yang kita berjaga sampai pukul 4 pagi tu, betapa kesalnya yaya bercerita pada ayah yang yaya memang nak sambung belajar kat MMU tapi maslah kewagan tu agak berat, ayah terus tak boleh tidur.Masa tu yaya rasa sedih sangat ayah, sedih kenapalah yaya ni menyusahkan ayah. Ayah kalau yaya sambung belajar, macam mana dengan adik yang akan menduduki SPM tahun 2007 nanti? Kalau adik nak sambung belajar mana pula kita nak cari duit, sebab tulah yaya pilih untuk berkerja, tapi ayah berdegil ayah tetap nak yaya sambung belajar.

Ayah, yaya bersyukur dapat seorang ayah yang kuat semangat dan seorang adik yang begitu memahami, tapi hati ini tidak tergamak untuk menyusahkan kalian. Kata Ayah, Ayah lebih kenal anak ayah,ayah kata yaya tak boleh buat 2 kerja dalam 1 masa. Sebab tu ayah nak yaya berhenti kerja and sambung belajar full-time, Ayah, yaya akui memang kelemahan yaya tak boleh buat 2 kerja dalam datu masa, tapi itu tak bermakna yaya dah campakkan semua semangat yaya nak belajar. Ayah semangat sahaja tak mencukupi untuk yaya sambung belajar, Zaman ini semuanya berduit ayah. Dulu masa diploma pun yaya tekad biarlah tak makan janji dapat belajar. Alhamdulillah dengan izin Allah yaya habis belajar.

Yaya masih boleh bertekad macam tu, tapi kesian kat adik ayah...Ayah yaya sebenarnya harap sangat akan ada satu jalan yang Allah buka untuk yaya sambung Ijazah, ayah doakan yaya yer, ayah jangan lah marah lagi..anak ayah ini tak pernah hilang semangat...Ayah doakan yaya, percayalah ayah tiada yang lebih membahagiakan yaya selain dari memenuhi impian ayah dan mak untuk melihat yaya mengenggam segulung Ijazah, Ayah doakan yaya supaya murah rezeki, ayah doalah agar anak ayah berpeluang meneruskan pengajian dan menyumbang untuk ummat, bak kata ayah ayah nak anak-anak ayah ikut kata ayah supaya anak-anak ayah berjaya dapat menyumbang pada Ummah.

Ayah, ampunkan yaya ye. yaya sayangkan ayah..sayang sangat-sangat...Selagai ada nyawa akan yaya berusaha untuk penuhi impian mak ayah, yaya mohon pada ALLAH agar diberi kesempatan pada yaya untuk berbakti pada mak ayah...Ayah percayalah anakmu masih disini dengan semangat yang sama, anak mu masih berusaha mrencari lalaun utnuk menyambung pelajaran..Ayah doakan agar rezeki yaya di murahkan dan di izinkan Allah untuk mengenggam ijazah.. Mak terima kasih kerana memahami walau kadang-kadang yaya kecik hati dengan mak, tapi yaya mengharapkan pengertian mak..Ampunkan anakmu ini mak. Doakan anak mu ini mak..

Sayang mak sangat-sangat..Buat adik belajar rajin-rajin adik, Semoga Allah permudahkan jalan adik dan diberi kekuatan pada akak untuk membantu adik.. ameen..
Sayang kalian
Ameen Ya robbal 'alameen

03 Dis 2006 [http://www.serikandiislam.blogdrive.co]

Setiap Langkah Pasti Ada Persoalan

Semakin tenat rasanya keadaan kotak fikiran ini. Persoalan demi persoalan timbul, namun diri masih taida upaya untuk merungkai setiap simpulan persoalan itu. Ya Allah tunjukkan aku jalannya..Betapa mudah untuk kita menghakimi seseorang hanya dengan mata kasar, sedang tiada daya pada kita sebenarnya untuk menembusi diding hati dia. Jangan terus melemparkan duri-duri itu, kerana duri itu bisa merobekkan hatinya. Jangan kerana gagal mengatasi kelemahan diri sendiri langsung kita mencari kelemahan orang lain...

29 Nov 2006 [www.serikandiislam.blogdrive.com]