Tuesday 19 May 2009

Nota Pengantin

Tatkala bersambut 'akad,
Kalimah khusus terlafaz halus,
Menyebut mulus hamdallah tulus,

Tatkala bersambut 'akad itu,
Damai sudah resah ini,
Tenang sudah atma ini,
Girang sudah hati ini,

Tatkala bersambut 'akad,
Mengalir tenang rasa itu,
Meresap indah getar itu,
Menyatu erat sayang itu,

Tatkala bersambut 'akad,
Berserah dalam pasrah,
Berharapan dalam rahmah ,
Bersanggupan dalam magfirah,

Tatkala bersambut 'akad itu,
Mengukir cinta, melakar bahagia,
Menyulam jiwa, Memintal rasa,

Tatkala bersambut 'akad itu,
Menyemai kasih ,mengukuh fitrah,
Mendamba mawaddah ,menggapai sakinah.

Jam 2243
19 Mei 2009
Kamar Cinta
Bukit Beruang Utama, Melaka

Saturday 16 May 2009

Selamat Hari Guru!

Kepada semua yang mengenali diri ana. Selamat Hari Guru,
Terima Kasih Kerana Menjadi Guru Ana.

Jiwa Rasa Seorang Isteri..

Jam 8:00mlm tadi suami tersayang berangkat kembali ke bumi Johor, perginya menyahut seruan jihad di medan juang yang beliau pilih dan ana merestuinya. Suami ana akan mengikuti NDT Ispection Professional Course di PUSPATRI Pasir Gudang.

Pada peringkat awalnya sebelum permohonan dihantar, kami ber'mesyuarah' dan ana bersedia untuk melalui cabaran-cabaran mendatang selama 6 bulan andai permohonan suami diterima.Antara cabaran terbesar yang kami senaraikan, kesempitan kewangan dan himpitan tekanan perasaan. Ana teguh dan tegar untuk menghadapi apa sahaja mendatang, andai ini yang terbaik untuk kami. Apa yang ana pesankan pada suami pada masa itu adalah "gunakan ruang belajar selama 6 bulan itu dengan sebaiknya, pulanglah dengan segugus kejayaan".

Hari yang ditunggu pun tiba, dari pagi tadi hati ana diamuk resah dan gelisah. Tiba-tiba ana merasakan dunia ana akan sepi tanpa dia, insan yang sangat ku cintai. Hairan juga dengan keadaan diri ini bukannya kami tak pernah berjauhan, kami pernah berjauhan hampir 2 minggu dan pada masa itu ana tidaklah selemah ini. Mungkin kerana pada setiap hujung minggu itu kami bertemu, dan kali ini tempohnya agak lama 6 bulan dan perjalanan kursus yang sememangnya mencabar, berserta kekangan kewangan yang bakal menghimpit kami menyebabkan kami mungkin tidak akan bertemu pada hujung minggu.

Dengan segala macam perasaan bercampur aduk, ana mula mencongak untuk memasakkan lauk kegemaran suami. Ana mulakan operasi dengan membuka peti sejuk, kelihatan yang ada hanya ayam. Kami suami isteri berkongsi makanan kegemaran yang sama; paprik ayam. Melihat kepada bahan yang tidak mencukupi, hati menjadi sayu dan permata jernih mula berguguran. Hajat untuk menggembirakan hati suami seolah tidak berjaya. Memandngkan duit pada ana hanya ada RM10, dan duit sebanyak itu tidak mungkin ana dapat membeli bahan-bahan untuk paprik. Ana termangu sendirian.

Tiba-tiba ana teringat duit mas kahwin tempoh hari masih dalam beg tangan, sebenarnya duit tersebut hendak digunakan untuk membeli sebarang barang kemas, memandangkan harga emas di paras yang tinggi makan hajat kami suami isteri terpaksa ditangguhkan, justeru itulah duit tersebut masih dalam beg tangan ana. Ana merasa sedikit gembiran, ana keluarkan RM20 dari mas kahwin tersebut dan ana menghubungi suami di pejabat untuk memohon izin ke kedai dan suami mengizinkan.( Ana jarang keluar rumah sendirian di Melaka ini, baru 2 kali termasuk tengah hari tadi).

Selepas membeli segala keperluan, ana mula memasak. Sambil membersihkan ayam, hati menjadi sebak terkenangkan cinta hati nan satu itu. Ana tidak tahu kemana harus kekuatan itu dicari kembali. Sambil bermonolog dengan diri ana menyudah kerja-kerja membersihkan ayam. Di luar sana, ana terdengan bunyi motor, ana mengomel sendirian "entah-entah abang balik tetapi hati menafikan pula mungkin posmen menghantar surat tawaran kepada Jamilah (adik bongsu suami), setelah selesai mencuci ayam, ana bergerak sedikit untuk melihat ke muka pintu, hajat di hati nak bertanya dengan Adik surat dari mana yang diperolehinya?

Alangkah girangnya hati wajah yang muncul di muka pintu adalah, wajah comel yang sentiasa menangkan hati ini. Dalam masa-masa yang sangat suntuk ini, masih DIA izinkan diri ini menatap wajah suamiku. Ana bersegera menyambut suami. Suami hairan melihat sayur-sayuran yang beritmbun di atas meja."Mana dapat duit ni sayang?" tanya suamiku, duit abang tertinggal ke? tanya ye. Seraya itu ana menjawab bila pulak abang tinggal duit? kataku. Suamiku masih tidak berpuas hati, untuk tidak membiarkan suami ana terus tertanya-tanya, ana menjawab sejujurnya. Muncung terus bibirnya, ana katakan "tak pelah memang niat ambil duit ni pun nak suruh abang ganti balik nanti". Masih masam kelihatannya wajah yang comel itu, air mata ini mengalir lagi, terlalu sedih rasanya.Akhirnya jemari yang kasar itu mengesat air mataku, dan berkata " Tak pe, nanti abang bagi balik duit tu" terus ana menjawab "Sayang tak kisah". Ana menyambung kerja-kerja di dapur, dan suami ana minta ana mengejutkan beliau 10 minit kemudiannya.

Sambil memasak, ana kejutkan suami agar bersiap untuk solat jumaat. Balik solat jumaat, suami, abah dan adik-adikku menikmati makan tengah hari. Syukur Ya Allah atas nikmatMu ini. Sesudah makan suami ana berangkat semula ke pejabat, sempat meninggalkan pesan untuk kemaskan beg pakaianya.

Hati ini kembali sayu, tak ingin berpisah, ya itu yang nyata. Pun begitu ana melaksanakan apa yang di pinta suami tetapi tidak sendirian, bertemankan air mata pastinya!! Ana terus menyambung mengemas bilik, sempat ber'ym' dengan suami dan ana katakan ana tak mampu untuk hadapi perpisahan kali ini. Seakan mengerti hanya satu jawabnya "jangan menangis-kena kuat". Tiba-tiba terasa macam kami sedang 'video confrencing' pula,sebenarnya tidak, mungkin gerak hatinya tepat saat itu. Saat itu sememangnya air mataku sedang mengalir di hadapan 'lappy' ini. Kami sama-sama menyambung kerja masing-masing.

Tiba petang, suami ana pulang. Selepas menunaikan solat 'asar suami ana memanggil. "Abang akan merindui sayang, jaga diri baik-baik, solat pastikan di awal waktu dan ingat Allah bersama kita" Esakan ana semakin menjadi kelihatan ada permata jernih bergenang di kelopak matanya.
Apabila melihat esakan ana yang semakin menjadi, suami ana menuturkan azimat yang sangat berharga dengan penuh berhati-hati. Begini bicaranya ;

"Sayang, setahu abang isteri abang seorang yang kuat. hatinya mencintai Allah dan Rasul lebih dari segalanya. Isteri abang, adalah ummi yang ingin menghantar zuriat-zuriatnya kemedan jihad untuk merebut semula al-aqsa kita. Isteri abang adalah seorang gadis yang meletakkan jihad sebagai syarat untuk menikahinya. Sayang ingat lagi tak soalan sayang di awal perbincangan kita untuk mendirikan baitul muslim? Masa itu sayang bertanya dengan abang "(andainya ana ditakdirkan menjadi zawjah enta) Setelah cukup segala keperluan rumahtangga kita,sanggupkah enta meninggalkan ana dan anak -anak ke medan jihad untuk merebut semula Al-Aqsa kita? Abang sangat terkesan dengan keteguhan hati sayang pada masa itu, dan hari ini apabila melihat sayang menangis untuk perpisahan sementara ini, abang bimbang cinta dan kasih sayang sayang pada abang melebihi segalanya.Sayang jangan sesekali lupa bersatu kita di sini bukan kerana dunia matlamat kita di akhirat sana..teguhkan hati nan satu itu sayang, abang yakin isteri abang seorang yang kuat..."

Selepas kalimah itu keluar dari bibir suami ana, ana merasa terpukul. Ya dahulu ana adalah seorang yang sangat teguh dan tegar. Ana punya ruh juang yang sangat tinggi. Ana sangat yakin bahawa hidup ini adalah perjuangan sepenuhnya. Sehingga ana sangat teruja untuk menjadi seperti isteri-isteri Dr Rayyan, isteri Dr Rantisi. Masih segar impian lalu di birai mata ana, betapa ana mengharapkan untuk menjadi isteri dan ibu kepada para syuhada'. Dan hari ini menyaksikan betapa jiwa ini mampu di'lemahkan' kuasa cinta dan sayang itu. Ana menjadi takut, ana bimbang seperti bimbangnya suami ana. Bimbang cinta dan kasih sayang pada suami dan bakal zuriatku ini melebihi segalanya. Ya Allah bantulah hambaMu ini.

Suamiku berkata lagi "Sayang, kehidupan berumah tangga dengan aspirasi jihad ini tidak semudah yang di lafazkan, juga kehidupan berumahtangga bagi kita yang bernikah di jalan dakwah ini tidak seindah yang disangka, justeru segala pengharapan dan kasih sayang perlu diberikan dahulu kepada yang maha berhak, dan pintalah segala kekuatan dariNYA untuk membantu kita terutama sekali abang dalam memandu bahtera rumah tangga ini menuju mardhotillah. Bukankah itu yang kita damba? Sayangku inilah permulaanya, anggaplah perpisahan dan segala kepayahan yang perlu kita tempuhi ini sebagai tarbiyyah untuk kita, tarbiyyah untuk menjadi syuhada', tarbiyyah untuk menjadi isteri syuhada', tarbiyyah untuk menjadi suami syuhada' tarbiyyah untuk menjadi ummi dan babah para syuhada'. Bangkitlah Sayang! Perjalanan kita baru bermula.."

Malam ini ana sendirian mengenang peristiwa yang berlaku seharian ini, juga beberapa 'flashback' yang membangkitkan ana. Tidak dapat ana nafikan masih kepiluan menyelubungi hati ini, sendirian di kamar ini menggamit rindu yang mencengkam jiwa, menjadikan segalanya sunyi sepi. Betapa gurau sendanya bermain dimata, mengundang hiba. Entah kenapa ana yang ingin menjadi seorang mujahidah boleh rebah. rebah sebelum bermula, Ya Allah terasa betapa diri terlalu lemah sebenarnya. Mujur punya suami yang mengingatkan saat terlupa, membangkitkan saat terleka.Alhamdulillah Ya Allah..

Rabbi pinjamku secebis kekuatan Sumayyah, secangkir tawakal Hajar, Rabbi jadikan aku seberani wanita ansar, setabah balu syuhada' di Palestin dan jadikan aku Mujahidah yang sebenar-benarnya.. Ameen

Kepada sahabiah yang baru bermula memberi komitment kepada sebuah perjanjian menuju pernikahan, juga kepada akhowat yang akan melangkah ke alam rumahtangga, satu pesan ana gunakan segenap peluang yang ada untuk membentuk kekuatan dalaman dari sekarang agar kelak kalian akan mampu menjadi mujahidah ummat!

Ilahi kekalkan kami bersatu sebagai suami isteri di syurgaMu kelak! Ameen..

Thursday 14 May 2009

Peritnya Mencari 'Sesuap Nasi'

Atas ketidak upayaan ana untuk mengawal jiwa rasa ini, ana biarkan jejari mengukir ritma resah hati. Hari ini ana menyertai satu temuduga terbuka bagi jawatan Penolong Pegawai Pembantu Tadbir di Jabatan Pendidikan Melaka. Disebabkan ianya temuduga terbuka, sengaja ana memilih pusat temuduga di Melaka dengan aggapan 'mesti tak ramai'. Nyata sangkaan ana itu sangat tidak tepat. Apabila jam menunjukkan lebih kurang 8:15 pagi ana dah terpacak di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Prosedur pertama yang perlu setiap pemohon lalui ialah mengisi borang yang berupa 'cover letter', hampir setengah jam berhimpit barulah ana berjaya mendapatkan borang tersebut. Bayangkan yang berhimpit dengan bersama dengan ana untuk mendapatkan borang itu, terdiri dari mereka yang hadir seawal jam 7 lagi. Apa yang ana kesalkan kakitangan JPN Melaka, seolah-olah tidak bersedia untuk mengadakan sesi temuduga terbuka ini. Ana yang sudah dilatih untuk bersedia menjalankan satu-satu tugasan sebelum waktunya terasa nafsu ammarah mula menggelegak. Ana sangat geram melihat kakitangan JPN Melaka yang hanya fotokopi borang tersebut dalam kuantiti yang sedikit, fotokopi 20-25 borang yang hadir untuk temuduga hampir 2ribu bayangkan berapa kali ulang alik kakitangan itu untuk fotokopi borang tersebut, nampak sangat kerja kurang bijak. Apa yang lebih menyakitkan hati, ada kakitangan yang tidak bertanggungjawab menyelitkan borang yang sepatutnya diedarkan kepada pemohon-pemohon ini di sebalik tiang. Nama sahaja Jabatan Pelajaran tetapi kelihatan tindakan mereka seperti orang yang tidak berpelajaran.

Setelah mengisi borang tersebut, sekali lagi terpaksa berhimpit di 'crowd' yang satu lagi untuk menghantar borang tersebut. Kali ini kami berhimpit menaiki tangga, kerana kakitangan yang bertanggungjawab untuk meneliti borang dan sijil-sijil kami duduk di pondok yang terletak di atas Dataran Hikmah, mereka bertugas dalam keadaan yang sangat selesa, kipas angin yang tersedia bersama gelen ari sirap, sedangkan kami sudahlah berhimpit lelaki perempuan, kipas yang ada sengaja tidak dipasang. Apabila matahari mula meninggi para pemohon sudah mula maki memaki petugas JPN Melaka tersebut.Ana sendiri sudah mula pitam pandagan terasa kabur, ana berdoa agar tidak ada apa yang tidak diingini berlaku kerana ramai juga lelaki di sekeliling ana, ana berpaut pada bahu seorang adik yang berada di hadapan ana. Himpit punya himpit akhirnya kaki menjejak ke tangga, tetapi belum mendakinya, dan semasa mendaki tangga tersebut ana hanya memegang akhowat yang berada di kiri dan kanan ana. Ana hampir tidak mampu tetapi ana berusaha utnuk melawan. Kelihatan semua orang marah dengan keadaan yang begitu perit itu.Bukannya tidak ada alternatif lain untuk memastikan proses penelitian permohonan itu mesra bagi kedua-dua pihak, tetapi kakitangan di JPN Melaka ini, malas untuk berfikir, culas untuk bertindak.

Hampir 1 1/2 jam berhimpit akhirnya ana menyerahkan permohonan.Selepas ini kami semua dikhendaki bersidai dibawah panas cahaya matahari yang terik, peluh jantan sudah mula meleleh dan membasahi anggota tubuh masing-masing, dalam keadaan yang sesak begitu ana terdengar beberapa pemohon lelaki menjerit "tolonglah buka kipas-kipas ni, tak kesianke tengok kita orang ni?, dah 14 kilo lemak kita orang cair ni" walaupun saudara tersebut menyuarakan rasa hatinya, kami tercuit dek kelucuan gaya percakapannya. Pun begitu para petugas JPN masih buat tak reti.

Satu demi satu nama yang dipanggil. Bayangkanlah, nama dipanggil oleh 5 ke 6 orang, hanya seorang yang menggunakan 'healer' yang lain menggunakan suara asli. Berteriak serentak, dan kami tidak dapat menangkap butiran teriakan mereka, para pemohon hampir 2 ribu. Ana hanya mampu berdoa, apabila jam menunjukkan 1:30 petang ramai juga yang telah mendapatkan nombor giliran temuduga (hasil teriakan tak cerdik para petugas tadi) dan mereka terus beratur pula di bilik menunggu untuk temuduga. Temuduga yang sepatutnya bermula pagi hanya dimulakan waktu tengah hari akibat dari kerja-kerja tidak cerdik di Dataran Hikmah Tadi.

Ada satu perkara yang sangat pelik bagi kami yang datang di awal pagi, kebanyakan yang telah mendapatkan angka giliran rata-rata terdiri dari mereka yang hadir lebih lewat dari kami, yang datang awal hanya sebahagiannya sahaja yang dapat nombor. kami mula bergerak sendiri untuk mencari borang kami. cari punya cari jam sudah menunjukkan pukul 2, rupa-rupanya borang-borang kami masih dibawah, mereka memproses borang dari atas kebawah. Wajarlah yang datang lewat sudah mendapatkan angka giliran dan yang datang awal masih menunggu. Sebelum Zuhur lagi ramai yang pemohon yang datang pagi sudah 'angkat kaki' kecewan dan marah barangkali, tinggal tak ramai yang masih menunggu pun begitu ada kaunter-kaunter yang memang proses borang dari bawah ke atas, disebabkan itulah seorang adik yang sama-sama mengisi borang dengan ana sudah selesai temuduganya dan sedang melangkah pulang. Ana mash disitu, kehulu ke hilir bertanyakan tentang borang ana, tidak ada seorang petugas pun yang mampu menjawab sudahlah tu ada yang sombong dan biadap! Akhirnya ana mencari sendiri borang ana di timbunan borang di hadapn petugas yang sedang meneliti boranng-borang permohonan. Setelah mendapatkan borang ana, ana bertanya kepada petugas itu 'kenapa borang ini masih disini, sedangkan kami datang awal pagi' dengan mudahnya dia menjawab "owh, borang ini tidak lengkap." Dan saya katakan kalau tidak lengkap sekalipun anda boleh memanggil kami dari awal lagi dan minta kami lengkapkan tetapi anda memilih untuk sepuk borang kami disini, suara saya agak tinggi. Petugas itu menjawab, "lainkali lengkapkan baru senang kerja", dan ana bertanya, apa yang tak lengkap? Jawabnya "salinan k/p tiada" saya hampir hilang sabar, saya katakan dalam pekeliling yang dikeluarkan Kementerian tidak dinyatakan untuk menyertakan salinan K/P malah dalam notis yang JPN Melaka tampal di bawah tangga pun tidak menyebutkan kami perlu memberikan salinan K/P? Petugas itu hanya senyap, ana berlalu dengan perasaan geram dan sedih. Ana duduk di pondok tempat kakitangan itu.Ana tidak mempedulikan teriakan sebahagian kakitangan di situ yang meminta para pemohon sila beratur di depan, jangan berada di atas ini.

Pinggang ana sudah mencucuk yang teramat,kepala pun pening, ana bimbang 'collapse'. Dan seorang kakak, disebelah ana berkata di JPN Melaka ini hanya diperlukan 10 orang, macam tak berbaloi seksa begini. Ana yang sudah memang tidak berkemampuan terus mendail no telefon suami, dan memberi tahu apa yang berlaku. Air mata sudah bergenang dan akhirnya mengalir, suami ana tak dapat memberi kata putus memandangkan ibu berhajat sangat ana peroleh jawatan itu. Pun begitu melihat keadaan ana yang tidak menjamah apa dari pagi dan berdiri hampir 6 jam, suami meminta ana pulang, dan beliau sendiri yang meghubungi abah untuk mengambil ana.

Ana melangkah pergi dengan perasaan yang bercampur baur. Beginikah tanah airku? Beginikah derita untuk sesuap nasi? Tuhan beriku kekuatan; sampai rumah ana terus rebah, bila jaga ruam-ruam sudah mula menyerang, ana memang hypersensitif lebih-lebih lagi kalau berpeluh.. Sebuah realiti segugus usaha seorang pencari kerja...

Moga esok milikku kerana rezeki itu milikMu..

Kagum dengan mereka...

Friday 8 May 2009

Sedih..

Ada sahabat yang bertanya ;

"Kenapa blog enti sekarang lebih bersifat perkongsian 'biasa'? Dulu enti boleh tahan juga dalam bab-bab syiasah.Enti sendiri dah jarang ana nampak di program-program kita.Dah pencen ke?Atau dah sejuk sebab zauj bukan aktivis 'kita'?"

Hakikatnya hati ini tersangat kecewa dan terluka dengan apa yang berlaku sehingga ana tak tahu hendak bermula dari mana? Fikiran ana berserabut apabila memikirkan keadaan 'kita' hari ini. Bermacam-macam hal yang menganggu fikiran ana. Muktamar dan kerenah pimpinan muslimat (asif jiddan, kalau bahasa tak indah). Dengan kerenah-kerenah mereka ini sering sahaja ana terfikir apakah mereka yang ditarbiyyah di pelbagai tanzim ini pun masih gila jawatan? masih tidak dapat mengurus perbezaan? masih tidak mampu mengurus hati sendiri? masih tidak dapat mengurus nafsu sendiri? mungkin yang membaca akan merasakan ana keterlaluan, namun selama setahun ana di taklifkan Allah untuk berada di dalam dewan itu pelbagai perkara yang merisaukan ana. Ana ngeri dan gerun melihat wabak 'barah' yang sedang menular dalam muslimat. Beratkan tuduhan ini? sekali lagi ana mohon maaf jika ini mengguriskan mereka yang terlibat atau mereka yang membaca.

Ana telah melalui beberapa siri tarbiyyah dengan beberapa jamaah, dan akhirnya ana sedar setiap dari kita punya taklifan masing-masing, walau dimana pun kita ISLAM adalah matlamat kita. (Ana gembira melihat GAMIS dan PKPIM yang boleh duduk semeja. Kredit untuk GAMIS dan PKPIM. Semoga ISLAM akan menjadi keutamaan). Soal politik dan perjuangan ISLAM samada ianya satu atau ianya berbeza? Persoalan inilah yang membuatkan ana mengkaji dan mencari. Dan akhirnya dengan izin Allah, ana di letakkan di sebuah tempat yang tak pernah ana terfikir. Itulah dia Jalan Raja Laut.

Jelas manusia ini tidak lekang dari kesilapan juga tidak pernah tertinggal dengan kebaikan dan kelebihan. Sebagai mukmin kita harus sentiasa mengoptimumkan penggunaan kelebihan yang ada pada kita dalam tujuan 'berjuang dan perjuangan' ini. Namun apa yang berlaku adalah disebaliknya, jika ana kesal melihat percaturan politik di luar ini kerana taktik yang diguna pakai lebih kebudak-budakan, dan jauh dari kematangan, kekesalan itu turut dipancing oleh fenomena keadaan di dalam muslimat itu sendiri. Ana rasakan banyak hal yang berlaku adalah perkara yang tidak wajar dilakukan oleh para 'mujahidah' ini. Entah di mana silapnya.

Ana bersyukur diberi kesempatan untuk berguru dengan ahlinya di medan siasah ini, walau ana tidak terpilih untuk beradalam dalam gerakan aktivisme mahasiswa (JI) di kampus, ana bersyukur kerana sering dipertemukan dengan orang yang tepat untuk belajar dan belajar. Maka dengan itulah ana merasakan bahawa corak pejuangan Islam yang dituntut oleh Islam tidak sama coraknya dengan gaya fikir muslimat hari ini. Sering sahaja ana mencari kelebihan pimpinan muslimat kita daripada pimpinan 'muslimat' UMNO/BN. Ada yang ana temui namun sentiasa sahaja ada usaha untuk 'cantas mencantas' figure begini. Dan ini membuatkan ana hairan bukankah dalam satu gerakan apabila kita mempunyai ahli atau rakan pemimpin yang lebih hebat, ianya saling melengkapi bagi tujuan kebaikan?

Jika rakan pemimpin yang sama cara fikir dan daya fikir yang kita damba? apakah halatuju perjuangan ini dan kemanakah kita sebenarnya? Akhirnya apa yang terbit di minda ana, bagaimana harusnya seorang pemimpin muslimat yang dapat menyantuni isu-isu yang jauh lebih kritikal, seorang muslimat yang akan menjadi 'negarawati' dilahirkan dalam keadaan pimpinan yang ada tidak mahu pelapisnya lebih daripada mereka? (maaf ini pandangan dari amatan ana selama setahun). Jika berterusan begini, berjawablah wahai pemimpin di hadapan Allah yang maha menghukum nanti atas kesilapan kalian dalam membunuh waris perjuangan dan mematikan perjuangan. (Asif ayat ana agak keras; namun ana harap ini tamparan bagi yang sedang diulit kemegahan berjawatan dan kepopularitian).

Menjelang muktamar ini, ana sering terfikir apa bezanya muslimat dan wanita? Ana bingung apabila dalam sebuah gerakan Islam kepentingan hati lebih diutamakan dari kepentingan jamaah, bagaimana untuk menjadi pemimpin? Muslimat tidak pernah kering dengan isu dalaman sehingga majoritinya tenggelam dengan isu tersebut sehingga tidak mampu timbul dalam menangani isu yang sepatutnya. Ana melihat peranan muslimat di persada politik tanah air kita bukan setakat 'tunjuk muka' tetapi muslimat sepatutnya sudah mampu untuk berfikir secara kritis dan melaksanakannya tanpa tiris. Hakikatnya ini tidak berlaku apabila gossip-gossip menjadi santapan minda, memasyarakat gosip menjadi agenda yang lebih utama berbanding memasyarakatkan perjuangan. Ana tak tahu bilakan masanya muslimat akan mula berfikir untuk ummat mula bertindak untuk masyarakat.

Bayangkan jika seorang pemipin boleh mengutuk rakan pimpinannya kepada anak muda yang baru hendak belajar bertatih untuk 'memberi' dalam jamaah, apakah sebenarnya yang sedang dibentuk oleh pemimpin begini? Pemimpin perlu ada pengaruh tetapi pengaruh tidak perlu dicari dengan cara yang terkutuk begini, pengaruh akan datang apabila kerjabuat seseorang pemimpin itu pantas dan tangkas.

Perjuangan ISLAM tidak memerlukan pemimpin yang bermanis mulut mencari populariti apalagi dari memerlukan pemimpin yang lemah dari sudut organisasi, tetapi hari ini realitinya beginilah beberapa pimpinan utama muslimat hari ini. Ana melihat kegagalan Muslimat hari ini adalah kerana gagalnya muslimat-muslimat kita di semua peringkat terutamanya Pusat kerana gagal mengurus perbezaan, gagal mengurus hati, gagal mengurus nafsu sendiri? Dalam serba serbi gagak ini anda fikirlah apakah kepimpinan begini dapat menyumbang untuk membina dan memperkasakan masyarakat dan tamadun yang hebat?

Ana pernah berkesempatan betemu dengan rakan aktivis muslimat HAMAS, melihat kredibiliti mereka walau dengan abaya hitam cuma, mereka lebih memahami kepntingan perjuangan ISLAM dan mereka lebih serius dengan perjuangan ini dan mereka melahirkan generasi pelapis yang mentap kerana memahami cabaran yang mendatang kepada dunia Islam jauh lebih mengancam, jsuteru anak-anak muda di persiapkan. Dan hal ini seharusnya tersemat kemas di minda pimpinan muslimat kita, tetapi malangnya mereka hanya mahu 'mencetak' pelapis mereka tidak mahu 'melahirkan'. Jika ada pun yang lahir individu ini di anggap tidak wala' kerana tidak mengikut cara fikir dan daya fikir seperti mereka dan akhirnya orang-0rang begini akan dicantas. Inilah realitinya.

Melihat kepada SIGMA ana sangat gembira, dan ana sentiasa megikuti perkembangannya, kalau dahulu rakan bicara ana ukht deqma, kini hanya internet yang ada untuk ana mengambil tahu dan mengikuti perkembagan sahabat-sahabat muslimat muda ini. Ana teruja mendengar nama, pertama kali apabila barisan pimpinan SIGMA ini di 'reveal'kan, ana menghantar SMS kepada beberapa orang sahabat untuk menzahirkan kegembiraan dan menyatakan kesedihan kerana ana telah jauh untuk mengambil tahu perkembangan. Cuma Internet harapan. Ana mengharapkan muslimat akan belajar sesuatu dari SIGMA, walaupun usianya setahun jagung pun belum.

Ana sangat berharap pada muktamar ini akan ada perubahan yang mampu merintis jalan yang terbaik kepada kita semua. Justeru, ana mohon kepada para perwakilan sekalian fikirlah bulat-bulat dalam 'memangkah'. Jangan tersilap langkah kelak anak-anak kita terima padah. Bertanggungjawablah dengan setiap keputusan anda, nilailah dengan mata hati, mohon petunjuk ilahi agar diberi yang terbaik. Ingat, DISANA akan ada sesi 'perbahasan' mengenai pilihan anda disini. Dan pada saat itu kroni-kroni dan sahabat yang sering 'memuji' dan 'memuja' (tidak mampu memberi apa pun bantuan) oleh yang demikian, nilailah dengan hati singkaplah rahsia itu agar tidak ternanti-nanti lagi generasi ini dan yang akan datang dalam mengorak langkah untuk memcu sebuah perjuangan yang jauh lebih 'professional'.

Ckuplah ana seorang yang merasa perit dengan hakikat ini, cukuplah ana sendiri yang terduduk dengan realiti ini, jangan sampai seluruh generasi muda terduduk sehingga tak mampu bangun dengan apa yang cuba muslimat kita pertontonkan. Berfikirlah secara matang dan bertindaklah secara matang, buka ruang muhasabah dan buka ruang fikir itu seluas-luasnya tanpa bias. Ingat anda akan dipertanggungjawabkan atas apa yang akan berlaku kerana anda memilih dan yang dibawah menerima serpihan kebobrokan dan kepepak lencongan saf kepimpinan kita.

Jangan di ingat yang bertudung labuh berjubah keras itu (kategori ulama') sedang yang berbaju kurung dan bertudung tiga segi itu (kategori professional). Ingat Allah pandang taqwa antara kita. Pilihlah calon yang faham tentang perjuangan, jangan anggap yang bertudung labuh dan berjubah itu lebih memahami tentang perjuangan sedang yang berbaju kurung ini orang yang baru hendak mengenal perjuangan. Ibnu Sina seorang ahli perubatan yang hebat tetapi beliau juga seorang huffaz! Pemakaian dan liuk lentok sesorang bercakap itu tidak mampu memberikan cerminan terhadap kemampuan memimpin dan kefahaman terhadap kepimpinan. Justeru jangan tertipu dengan pandangan mata.

Ilmu itu asas kepada pemimpin yang hebat. Wahai pemimpin yang ada dan pemimpin akan datang garaplah budaya membaca dan suburkan ia walau dimana pun anda berada. Sesekali tolehlah kebelakang melihat sirah kegemilangan dan kejatuhan empayar Islam, agar 'ibrah dan iktibarnya sentiasa segar diminda. Bila kita kurang membaca apatah lagi tentang sejarah, kita akan menjadi bangsa yang lupa diri. Dan dalam keadaan itu kita terus banyak bercakap atas kapasiti sebagai pemimpin, ianya tak ubah seperti tin kosong yang bunyinya lebih kuat berbanding tin yang berisi. Jangan jadikan jadual aktiviti anda sebagai pemimpin itu alasan untuk tidak atau kurang membaca.

Ana rasa sedikit lega setelah menulis apa yang terbuku, ana ingatkan diri ana segala kebobrokan yang telah terbuka di depan mata ana bukan alasan untuk ana tidak berkecimpung dalam jamaah ini. Sekali kaki melangkah, inshaAllah tindak undur barang selangkah.

Saat ini pergerakan ana sedikit terbatas apabila tinggal bersama keluarga mertua, ada tanggungjawab dan amanah lain yang perlu ana utamankan. InshaAllah sedikit masa lagi everything will back to normal, apatah lagi redha dan izin suami mengiringi.

Ana bukan berhenti menulis mengenai lapangan syiasah, cuma kadang-kadang hati tidak punya kekuatan untuk menzahirkan dan melontarkan jiwa rasa dan qalam minda. Sebagai contoh keadaan di negeri perak, terlalu banyak yang ingin ana ulas dan kongsikan tetapi hanya berakhir dengan jejari yang semakin kaku, lidah yang semakin kelu dan minda yang semakin tidak mampu, akhirnya air mata berjuraian dipinggir 'lappy' ana. Hanya Allah Sahaja Yang Mengetahui...

Wallahu'alam mohon ampun dan maaf atas kekasaran bicara, ana tahu ianya sangat menyakitkan tetapi pada ana ini adalah keperluan, satu usaha ana untuk memberi 'tamparan' untuk memastikan hasil yang lebih baik di masa akan datang untuk perjuangan ini..

Kepada yang bertanya harap terjawab hendaknya...

Honeymoon

Pangkor Island

I think i need to go for a holiday, meet my energetic friends get the motivation from them, need to find back my tune, need to clean all the mess in my mind..really need some peace..

So, where to go? Heart says penang, but i'm afraid i might disturb her.Earlier feel like going back to pangkor .(just went there last year!!!!) to spend the time at the beach and let the sea-wind hit my face, let then wave get on the feet,smell the saltiness of the sea and enjoying the crab and the kids show..and just let my eyes to look at the unlimited view where you can only have it at the sea side...

Just want to be there..

Just now ibu said she wat to take me to klebang during this weekend..but it clash with our plan; nevermind will arrange it!, (Klebang pun Klebang laa) Beach jugak but the scenary definilty can't win the Pangokr scenary.. Hope to enjoy the momment..wish me to be in peace..

Monday 4 May 2009

Untuk Anda Insan Istimewa..

Klik Pada Gambar; Sila Copy Paste... Ambil Jangan Tak Ambil..Nanti Kena Cubit...

Kak Milah, Kak Nik, Ddyana, Kinah, Bibi, Soalhati dan semua pengunjung yang bergelar ibu atau bakal ibu...
Untuk kak yati saya selalu di blog akak dan telatah Qaisara sangat dekat dengan hati saya sementara nak tunggu Qaisara bagi hadiah kat akak, terimalah hadiah yang seadanya ni ye.. Salam Perkenalan dari saya kak yati :)

Diriku Yang Bertuah!

Hari ini aku bermusafir ke Kuala Lumpur atas urusan Lesen L ku yang tak berkesudahan. Sedikit geram kerana maslah ini sudah berlarutan sebelum aku menikah lagi. Dek kerana aku ingin mencari tenaga pengajar wanita, aku dan beberapa orang sahabat mengahdapi pelbagai kesulitan sehingga akhirnya kami merasa sedih kerana masih terdapat insan yang begitu mudah melepaskan tanggungjawab denga 1001 penipuan. Kepada Allah aku serahkan segalanya, aku sudahpun memaafkan individu terbabit, hakikatnya manusa tidak pernah lepas dari kesilapan, juga ini pengajaran untuk diriku agar tidak mudah terpedaya dengan orang yang terkadang bicaranya lembut gigi dari lidah. Jangan sesekali kita mengaut keuntungan dengan menggunakan nama Islam dan jangan sesekali kufur pada ni'mat Allah yang tidak terperi. Setelah nyawa di cabut bersatu jasad dengan tanah, akan tiba pula saat soal-jawab kemudian dibangkitkan pula pada hari perhitungn, saat pertanggungjawaban dituntut kepada sekecil-kecil kelakuan sehingga ke sebesar-besar amalan, bersedialah kita..kerana saat itu PASTI, Allah yang al-hakam itu tidak pernah memungkiri.

Sebelum bertolak dari Melaka Sentral, Majalah ANIS telah kubeli dari kedai di dalam bangunan Melaka Sentral ini sendiri. Aku jarang membeli majalah setelah melangkah ke alam perkahwinan. Suamiku tidak begitu menggemari, kalau perlu suamiku harus ku pujuk dan harus pula ku senaraikan rasionalnya untuk membeli majalah tersebut. Bagi suamiku, pembaziran wajib di elakkan, dan dari segi bahan bacaan bagi beliau lebih gemar jika buku-buku ilmiah yang di utamakan. Apa pun sebagai isteri sifat suamiku itu banyak mendidikku yang kadang kala degil. Terima Kasih suamiku atas kesabaranmu dalam mendidikku ;) Semoga Allah akan melimpahkan kasih sayangNYA pada dirimu atas kesabaranmu dalam membentuk diriku. Ya Allah, suamiku ini terlalu baik Ya Allah, justeru ku mohon Ya Allah berikan suamiku sebanyak-bayanknya pahala di hari akhirat nanti dan muliakanlah kedudukanya bersama para solehin..ameen

Berbalik kepada majalah yang ku beli sebentar tadi, ANIS. Ia menarik minatku kerana kerana tajuk utamanya LIDAH MENGANGKAT WANITA KE SYURGA, dan muka depannya dihiasi oleh 2 Siti. Dato' Siti Nur Bahyah dan Dato' Siti Nurhaliza. Dan ianya menjadikan otakku ligat berfikir apa yang cuba digarap oleh ANIS keluaran ini sebenarnya. Akhirnya, kubeli ANIS tersebut, dan sepanjang perjalanan itu isi kandungan ANIS ku hayati sepenuhnya. Dan pengakhiran setelah membaca beberapa artikel penting yang menceritakan tentang ‘Headline’nya itu, permata jernih bertakung di kelopak mataku. Ku kesat dengan tisu yang ku bawa bersama. Wajah emak dan ibu silih berganti bermain di pelupuk mataku. Bibirku mengungkapkan kalimah tahmid “Alhamdulillah” Segala puji bagiMu Ya Allah yang menjadikan diriku sangat bertuah memiliki 2 bonda yang begitu istimewa. Sebenarnya sebelum ke Kuala Lumpur lagi hatiku ini sudah sarat dengan kerinduan pada keluarga di Ibu Kota, apatah lagi demamku baru kebah. 3 Malam sebelumnya suhu badanku meningkat secara mendadak, sehingga mengakibatkan telinga berdenyut yang teramat, sebolehnya ku mengawal diri untuk tidak mengalirkan air mata, kebiasaanya jika demam ayah bonda dan adinda silih berganti memberikanku pelbagai ubatan dan ayah akan memaksaku untuk berjumpa doktor, dalam keadaan sangat tidak mampu itu, akuu tidak ingin menyusahkan suamiku yang akan berangkat ke pejabatnya dinihari, untuk mengelakkan suamiku resah malam itu sofa diruang tamu menjadi tempat pembaringan ku. Sebelum itu aku hubungi ayah, ayah ku seorang yang kaya dengan petua, aku memberitahu ayah bahawa telinga berdenyut dengan kuat, ayah menyuruhku menyumbat telinga dengan bawang putih yang dipotong kecil. Selepas menyumbat bawang putih aku berusaha untuk melelapkan mata, namun tidak berdaya di kala itu hati ku merintih betapa selama ini perhatian dan kasih sayang ayahbondaku telah menyinari hari-hariku..

Setelah menjadi isteri ku mengerti sekali perasaan seorang ibu dan isteri, di awal perkahwinanku, sering sahaja air mata menjadi temanku pabila aku mengenangkan tabahnya bondaku, kuatnya hati bondaku..betapa tidak ada insan semulia ‘bonda’..

Seorang bonda menyintai anaknya sebelum anaknya dikandungkan di alam rahim lagi, seorang anak dikenang dalam doa seorang bonda sebelum tangis anak itu didengari malah sebelum tendangan anak itu dirasai tika dalam kandungannya.. Mulusnya hati bonda..

Bondaku tidak mengaji tinggi tapi orangnya bercita-cita besar bersemangat waja, masih ku ingat bait bicaranya di zaman kanak-kanakku betapa bonda sering sahaja menyuburkan diriku dengan kepentingan menuntut ilmu dan kepentingan menjadi orang yang berjaya, walau bondaku tidak pernah berkesempatan menikmati alam persekolahan..Hebat bukan insan yang bergelar bonda ini? Melewati era persekolahanku, diriku adalah permata hati istimewanya, sering sahaja bonda menghantarku sehingga ke pintu pagar, dan setiap hari bonda akan memastikan ada bekal makanan yang diberikan padaku..kerana kami adik beradik tidak diberikan wang belanja, hanya bila aku menginjak umur 11 -12 tahun, wang belanja diberikan padaku sebanyak RM0.50. Masih segar di ingatanku sewaktu aku berada di darjah 2, botol air ku tertinggal..Bonda menyusur kembali jalan-jalan sepi di subuh hari itu sehingga sampai ke pintu pagar sekolah, bondaku tidak pandai meyebut darjah berapa anaknya ini dan kelas apa anaknya ini, begitu bondaku..namun dengan tawakal pada Allah bonda menitipkan botol air itu kepada pelajar yang kelihatan sebayaku dan bonda memintaku pelajar itu menyampaikan botol air kepadaku dengan menyebut namaku.. Dengan iringan doa bondaku botol air itu sampai padaku, anehnya aku tidak mengenali pelajar itu. Begitulah dengan doa bondaku aku tidak kehausan seharian itu.

Meningkat dewasa, ekonomi keluarga tidak begitu memberangsangkan dengan sangat berat hati ayah membenarkan bondaku bekerja, walau sebagai ‘cleaner’ cuma, bondaku perkerja berdedikasi. Mc Donald di Medan Idaman, Gombak menjadi saksi pergi balik bondaku akan kutemani, jika kupunya aktivit kakak dan adik ku akan mengganti.. Masih kuingat bagaimana bonda mencatu wang sakunya hanya kerana ku katakan teringin makan Mc D, dan dari sehari ke sehari bonda akan menunjukkan jumlah wangnya itu padaku dan bertanyakan cukup atau tidak untuk membeli satu set Mc Donald, dan sehinggalah seminggu akhirnya wang itu mencukupi, entah bagaimana cerita bondaku belanjaku makan Mc Donald sampai ke pengetahuan kakakku, teruk ku dimarahi..Akhirnya selama beberapa hari bonda mengikat perut makanan tengah hari yang diberikan oleh Mc Donald kepada bondaku akan bondaku simpan dan bawa ia balik untuk diberikan kepada anak-anak.. Begitu bondaku sanggup berlapar kerana anak-anak.

Setelah menginjak dewasa, apabila melangkah kaki ke gerbang IPT, sekali lagi bonda begitu menyentuh hatiku, jarang sekali kupulang ke rumah, pada hujung minggu yang aku berkesempatan untuk pulang, bonda akan memastikan membekalkan aku dengan biskut kegemaran dan sebungkus milo, itu di awal tahun pertamaku. Kemudiannya, menyedari wang saku yang ayah peruntukkan kepadaku tidak berapa banyak hanya RM150 sebulan, bonda mula menjimat cermat wang perbelanjaan dapur dan selebihnya akan bonda simpan untuk diberikan padaku..

Apabila mula kaki ini melangkah ke alam pekerjaan, ku sematkan di dada, tidak akan ku berkira dengan bonda dan keluargaku, sepanjang ku berkerja tolak sedikit perbelanjaanku selebihnya akan kugunakan untuk dibelanjkan kepada bonda dan adinda, begitu puas rasanya bila hari raya dapat ku sediakan persalianan keluargaku. Setelah ayah tidak lagi berkerja ku berikan semua gajiku pada ayah dan hanya akan mengambil sedikt untuk perbelanjaan ku. Selama 4 tahun begitu, aku menikmati sedikit kepuasan, namun jauh di sudut hatiku, sebenarnya perjalanan ku ini menyebabkan ku insaf betapa besarnya pengorbanan ayahbondaku..pengorbanan bondaku terutamanya..tidak dapat ku bayangkan berapa banyak air matanya yang gugur kerana cinta padaku sang anak, kerana risaunya padaku sang anak dan pernah juga kerana terlukanya padaku sang anak..Aku pernah menyakiti bondaku, hanya keampunan yang kupintakan setelah ku sedari akan kesilapanku, namun sejarah itu tidak dapat di ubah jauh sekali di padam, semakin aku dewasa aku belajar untuk menghargai insan bernama bonda, seringkali air mata ini gugur bimbang nyawaku di ambil dulu atau nyawa mereka, kerana aku belum puas mengukir girang di wajah tua itu.

Kini diriku seorang isteri, di zaman anak daraku sering sahaja aku berdoa “ Ya Allah berikanku suami yang dapat menerima ayahbondaku seadanya sepertima mana dia menerimaku, Ya Allah berikanku suami yang akan membantuku untuk terus berbakti pada ayah bondaku” Alhamdulillah Allah yang maha memberi itu telah mengabulkan pintaku dengan mengurniakan seorang suami yang menyayangi ayahbondaku lebih dari yang kuharapkan.. Betapa istimewanya diriku ini..sudah cukupkan syukur ku?

Tidak dapat kulupakan saat ku diberitahu oleh suamiku bahawa, beliau ingin merisikku. Aku malu kerana tidak tahu bagaimana untuk menyampaikan kepada keluarga bukannya mudah untuk seorang anak perempuan yang dibesarkan dengan penuh sifat malu untuk bercerita hal-hal begini, aku berlari ke pejabat walau hari tersebut hari cuti, dan dari pejabat ku menghubungi bondaku “Assalamu’alaikum mak..Wa’alaikumussalam..hah pukul berapa yaya nak balik ni? “Tanya mak, “kejap lagi balik la mak, mak masak apa mak?” Soalku berbasa basi, padahal sudah ku tahu menu hari itu, setelah pelbagai soalan merapu yang ku tanyakan pada bondaku akhirnya kunyatakan “mak hujung minggu ni ada orang nak dating merisik” mak terus menyatakan “ye ke? Dalam mimpi ye?” tak la mak betul ni. Bondaku masih tidak mempercayai. Kata bondaku “Yaya, tak baik tipu mak tau, jangan bohong ye nak ye” mana ada orang tipu mak betul ni” kata ku bersungguh hampir 3 kali bondaku mengingatkanku jangan membohonginya, akhirnya bondaku bertanya “orang mana?” “orang Melaka mak” kataku. Mana yaya kenal? Ada hari tu kawan orang kata ada orang Melaka nak kenal, orang cakaplah boleh kalau nak datanglah rumah jumpa mak ayah, ujarku memberi penjelasan pada bondaku. Terus bondaku menyatakan “nanti mak bincang dengan ayah”. Sepanjang perbualan itu muka yang tak cerah ini naik merah, malu sekali ya tuhan.

Malam itu sengaja ku pulang lewat dengan harapan seisi rumah sudah tidur dan aku tak perlu bersoal jawab atau malu dengan sesiapa, Sangkaan ku meleset, seisi rumah sedang menanti kepulanganku. Setelah bersiap dan membersihkan diri ayah memanggil dan bertanya, mana Yaya tahu ada orang nak datang merisik? Dengan malu yang teramat ku maklumkan ayahku bahawa empunya badan yang bagi tahu semalam. Ayahku bertanya ornang mana, bagaimana rupanya siapa mak ayahnya dan apakah latar belakang keluarganya itu. Terus ku jawab “ayah orang tak kenal dia dan keluarga dia nama penuhnya sahaja orang tak tahu apalagi latar belakang keluarganya?” ayah menyatakan bahawa aku sepatutnya mengenalinya terlebih dahulu, dan aku katakana ayah sepenuhnya orang serahkan pada mak dan ayah, kalau mak dan ayah terima, orang terima..kalau tidak-tidak lah kataku.. Saat itu bondaku mengukirkan senyuman yang sangat indah, dan keesokan harinya adik memberitahu bondaku mengalirkan airmata kerana membrikan penghormatan itu pada mereka. Hakikatnya aku memerlukan mereka walau dimanapun diriku..

Apabila rombongan datang, tidak ku izinkan bonda berkecah di dapur semuanya ku urus bersama adindaku, Alhamdulillah kata bonda, Alhamdulillah orangnya menyejukkan hati, berdoalah kata bonda… begitu bondaku, bondaku menerapkan kepadaku keyakinan yang tinggi terhadap kuasa doa, bukankah doa senjata mukmin!

Bondaku tidak terpelajar hanya orang kampung, tetapi bondaku kaya dengan nilai-nilai murni yang sukar diperolehi dari mana-mana institusi sekalipun. Begitu bondaku, aku pernah bertumbuk dengan rakan setingkatan ku kerana dia menghina bondaku, dan sehingga akhirnya aku yakin rakan ku tidak akan menghina mana-mana insan yang bergelar bonda kerana pengorbanan dan ksaih cinta mereka jauh lebih hebat dari segulung ijazah kita pada hari ini!

Di hari perkahwinanku, ayahku tidak mampu menyebut namaku semasa penyerahan wali, ayahku berusaha menelan segala tangisnya, dan bondaku empangan air matanya sudah pecah, akhirnya aku menangis tanpa mampu ditahan, make-up yang cair tidak ku pedulikan.. apabila ku khabarkan kepada kakaku yang berada diseberang, beliau turut menangis, hanya adikku sahaja yang kuat pun begitu aku tahu akan hatinya, dia adik yang sanggup berkorban segalanya untukku, adikku ini mewarisi perangai bondaku yang begitu menyayangi dan sanggup bergaduh untuk mempertahankanku.. Ya Allah terlalu besar anugerahMu ini.. aku hanya mampu berdoa agar kami sekeluarga akan diizinkan Allah untuk berkumpul di jannatul firdausnya.

Hari-hari setelah menjadi isteri ku merindiu pula saat aku menjadi anak bondaku, saat aku dileteri saat aku dibelai dan saat aku dirisaukan..Semuanya itu hanya sekali dalam hidupku kerana aku hanya punya seorang bonda yang berkorban segala dan seorang ayah yang tegar mengahdapi seisi dunia demi bahagia ku, si anak yang banyak berdosa ini..

Aku yakin walau segunung intan permata yang dihadapkan kepada bondaku dan ayahndaku, ia tak mungkin dapat membalas walau setitis jasa mereka..

Duhai anak, seringkali kita mendengar ayahbonda mengatakan ‘nanti kalau kamu menjadi ayah jadi mak tahulah kamu’ belum sempat ku bergelar ummi dan suamiku bergelar abi, aku sudah mengerti bahasa sepi mereka yang penuh erti, sehingga aku tidak tegar siapa sahaja yang bergelar bonda dan ayahnda dilukai..Benar…pengalaman adalah guru yang terbaik, doaku moga sempat pangalaman yang akan anda lalui itu menjadi penyuluh jalan untuk anda menghargai mereka. Sebaiknya usah tunggu pengalaman itu, rasailah kasih meraka dengan nuranimu lihatlah pengorbanan mereka dengan hatimu nescaya tak kan mampu kau mengecap bahagia dengan membiar mereka diulit derita..

Emak, Ampunkan salah silap yaya, halalkan susu mak dan makan minum yaya..sesungguhnya anakmu ini ingin berada disampingmu dan melihatmu tertawa sehingga ke peghujungnya.. terima kasih mak atas segalanya ku yakin ungkapan ini tidak mampu membayar apa pun yang telah emak berikan padaku, namun inilah ucapan yang terbit dari dasar hatiku anakmu ini…

Ayah, Ampunkan salah silap yaya, halakan segla keringat yang keluar dari tubuh ayah untuk membesarkan anakmu ini, halalkan segalanya ayah, ku ingin bersamamu menghadiahkan bahagia sehingga keakhirnya..

Ibu, terima kasih atas peneriman baik ibu terhadap diri yang serba kurang, terima kasih kerana ibu sabar membesarkan anak-anak ibu terutamanya ‘along’ yang agak nakal,halakan makan minum orang dan halalkan juga titisan-titisan susu yang pernah mengenyangkan dan membesarkan anakmu itu sehinga hari ini anakmu tegar menjadi pemuda hebat dan suami bertanggungjawab kepada isterinya. sesungguhnya jasa dan pengorbanan ibu tak kan mampu kami membalasnya, namun akan kami usahakan untuk mengembirakan ibu sehingga ke akhirnya..

Abah, atas segala jerih perih abah dalam memayungi anak-anakmu dengan kasih sayangmu, Terima Kasih..halalkan segala makan minum dan kudratmu abah..akan kami berusaha untuk berbakti sehabis baik pada abah sehingga ke akhirnya…

Sesungguhnya kami anak yang sangat bertuah punya sepasang ayahbonda yang begitu istimewa… Alhamdulillah Ya Allah thumma Alhamdulillah…

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (semua), dan (dosa) kedua ibubapa-ibubapa kami, dan rahmatilah kedua-dua mereka sepertimana mereka mendidik kami pada waktu kecil.

-DOA UNTUK IBU BAPA-
Sumber: Halaqah.Net

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Selamat Hari Ibu Dan Selamat Hari Bapa :)