Tuesday 19 October 2010

Dan tika tiba saat itu…

Alhamdulillah, hari ini genap sebulan berlalu anaknda tercinta menjengah dunia. Bermakna genap sebulan juga, amanah dari Allah ini menganugerahkan kami suami isteri gelaran ummi dan babah. Mengenang saat-saat menanti anaknda ini dilahirkan sehingga ke saat tangisan pertama anakanda ini mengisi pendegaran saya membuatkan saya membilang rasa dan mencari kata bagi mengungkapkannya. Dan inilah dia usaha saya untuk menzahirkannya, mungkin saya tidak akan mampu membuatkan semua orang yang membaca tulisan saya ini merasai apa yang telah saya rasai tetapi cukuplah sekadar 'rasa' yang menjadi milik saya itu terukir di sini.

Dalam entri yang sebelum ini, sudah saya kongsikan sedikit sebanyak perjalanan saya sepanjang kehamilan. Semasa kandungan saya melangkah ke usia 36 minggu saya sudah pun selamat tiba di teratak ayahbonda. Bermula pula sebuah safar yang bersifat on-off bagi suami saya. Dari Johor abang akan terus ke KL dan kemudian ke Melaka untuk menjengah ibu dan abah di sana. Sungguh saat menunggu hari ini begitu mencemaskan, setiap perubahan yang berlaku pada diri mengundang pelbagai rasa. Yang nyata saya dan suami tidak terlepas dari merasa teruja menantikan kelahiran permata hati kami ini.

Saya menjalani ramadhan dengan perasaan yang sukar untuk digambarkan. Alhamdulillah, Allah izinkan saya, dan bayi dalam kandungan pada masa itu untuk menikmati ramadhan dengan kudrat yang berbaki pada saya pada saat itu. Tarawih saya tidak berjemaah, hanya mampu didirikan dengan bantuan bangku di bilik kecil saya. Ramadhan ini benar-benar membuatkan saya dan suami bertambah nerves kerana EDD saya yang diberikan oleh doktor juga dalam ramadhan ini. Suami yang berada di Johor, sering mencuri masa untuk pulang ke pangkuan saya. Tidak betah untuk meneruskan aktivitinya di Johor kata suami. Suami saya terlalu membimbangkan keadaan saya, bimbang saya sakit bersalin di tengah-tengah malam. Maklumlah dengan keadaan ayah yang dah semakin uzur, dan kami yang tak punya kereta. Amat membimbangkan. Dan akhirnya suami saya putuskan untuk bercuti awal 2 minggu dari EDD saya.Saya tidak begitu merisaukan hal itu, kerana yakin pasti Allah akan menjaga saya dan kandungan saya dan pasti Allah akan permudahkan saya untuk melalui saat-saat untuk bersalin itu nanti. Saya sebenarnya termotivasi apabila mengenangkan kakak saya yang bersalin di sini ketika suaminya bertugas di Jeddah. Kakak saya ke Hospital setelah ada 'show' ditemani saya sendiri dengan menaiki teksi. Justeru saya menjadi kuat.

Kami menjalani ramadhan ini bersama. Kiranya ini ramadhan pertama kami dapat bersahur dan berbuka bersama pada kebanyakkan hari-hari ramadhan ini. Meski perkahwinan kami menjengah ke usia 2 tahun, tetapi ramadhan tahun lalu suami saya ,mengikuti kursus di Johor dan saya bekerja di KL. Alhamdulillah ya Allah atas kesempatan ini. Hari demi hari berlalu, masih juga tiada sebarang tanda-tanda besar yang menunjukkan saya akan bersalin. Ini amat membimbangkan kami suami isteri, juga mak ayah. Akhirnya tibalah EDD yang diberikan doktor, saya masih segar. Jururawat di Klinik Kesihatan melanjutkan tarikh temujanji saya ke minggu seterusnya. Saya menjadi risau amat. Rakan-rakan lain yang EDDnya sama dengan saya juga yang hampir dengan saya telah selamat melahirkan. Saya masih menghitung hari!

Ramai yang memberikan tips untuk mudah dan percepatkan bersalin dan tipsnya adalah banyakkan berjalan. Saya berjalan seawal minggu ke 36 secara konsisten, dan saya juga turun naik tangga 8 tingkat. Malah sebelum-sebelum ini juga saya masih melakukan kerja rumah seperti biasa dan berjalan ke shopping complex bersama suamidengan penuh aktif. Semasa kandungan saya berusia 7 bulan saya bisa sahaja menyertai demo berjalan dari Kampung Baru ke Kedutaan Amerika. Sepanjang kehamilan, saya juga aktif juga berulang alik Melaka – KL dengan bas bersama muatan (barang kiriman mertua kepada mak berserta laptop saya). Dengan prestasi diri yang begitu sepanjang kehamilan jadi saya djangka saya akan bersalin dengan mudah dan awal dari EDD. Nyata, yang berlaku adalah sebaliknya. Allah jua sebaik-baik perancang.

Sehari selepas temujanji di Klinik Kesihatan, suami membawa saya ke klinik swasta untuk menjalani pemeriksaan dengan pakar sakit puan. Setelah menjalani pemeriksaan dengar pakar, saya dan suami sedikit lega kerana saya dan bayi dalam kandungan dalam keadaan yang baik. Kami pulang dengan hati yang sedikit lapang. Sedikit demi sedikit rasa lapang itu mula menghilang dalam diri saya apabila Syawwal menjelma dan saya mula rasakan perubahan pada diri saya.Tahun ini saya menyambut syawwal dengan 1001 rasa bersama bonda, ayahnda, adinda dan suami. Kasihan juga pada suami, suasana raya di rumah saya amat berbeza dengan suasana raya di rumah mertua dan mak atok. Satu perkara baru yang suami saya harus belajar untuk menyesuaikan diri, beraya di KL kami tidak berkunjung kemana-mana. Selalunya hanya tunggu open-house sahaja, maklumlah orang bandar akan pulang ke desa dan setlah puasa beraya di desa barulah KL akan sesak dengan open-house. Terima Kasih abang kerana berusaha untuk menyesuaikan diri. Sayang hargainya sangat-sangat.

Bermula 3 Syawwal saya start mengalami 'leaking' tapi air yang turun dalam kuantiti yang sangat sedikit, dan hanya turun di pagi hari ketika bagun tidur. Hal ini berlaku berturut selama 3 hari. Sehingga ke 5 Syawwal, kesan 'leaking' kelihatan pada kain batik yang saya pakai. Saya menjadi begitu gentar untuk melalui saat yang berada di hadapan saya tika itu. Setelah berbincang panjang dan melalui sesi pujuk memujuk yang dikendalikan oleh encik suami, maka saya putuskan untuk ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. Sebelum ke Hospital, saya dan suami ke Jalan TAR untuk selesaikan beberapa perkara kemudian jalan-jalan dan makan-makan, dan apabila jam menunjukkan 5 lebih barulah langkah diatur ke hospital. Masih takut tetapi saya berusaha untuk membuang rasa itu.

Sampai di hospital terus ke dewan bersalin dan menjalani saringan di situ. Kesakitan pertama yang saya rasa dalam ujian saringan itu sedikit menakutkan. Namun saya mohon agar Allah beri kekuatan. Setelah di periksa oleh seorang doktor pelatih, saya dimaklumkan bahawa bukaan baru 1cm. Saya kemudian dihantar ke bilik lain untuk menjalani imabasan ultrabunyi dan akhirnya pegawai perubatan yang menjalankan imbasan ultrabunyi itu menyatakan saya ditahan di wad. Allah! Punyala tak senang duduk saya, memandangkan suami pula berkira-kira untuk menjengah pejabat setelah terlebih cuti. Berusaha memujuk pegawai perubatan tersebut agar membenarkan saya pulang ke rumah dan akan datang 'menyerah diri' keesokan hari. Segala usaha saya tidak berhasil. Pakaian seragam pink sudah berada di tangan saya bahkan sudah di arahkan untuk menyalin pakaian. Dengan hati yang berat saya menyalin pakaian dan kemudian di hantat ke wad. Sebelum di hantar ke wad, saya sudah di maklumkan jika tidak ada sebarang perkembangan malam ini, keesokan pagi selepas subuh saya akan di 'induce'. Segera terbayang pelbagai cerita yang menggerunkan. Saya tidak putus-putus berdoa dan berzikir agar semuanya dipermudahkan.

Abang, balik ke rumah dan membawa segala barang keperluan saya. Malam itu saya bersolat di wad. Hati saya saat itu begitu kuat dalam pengharapan. Tidak ada siapa pun yang dapat membantu saya saat itu melainkan DIA. Betapa, proses bersalin itu sebenarnya proses membina segala macam perasaan dan kekuatan. Saya belajar pelbagai perkara dalam madrasah hamil dan bersalin ini. Sewaktu abang hendak keluar dari wad setelah segala keperluan saya sudah abang susunkan dalam almari di sebelah katil, abang mampir menghadiah sebuah kucupan di dahi seiring berdoa untuk saya. Tenang hati saya apabila kuntuman doa itu menyelinap masuk ke dalam pembuluh darah, apalah yang diharapkan oleh seorang isteri selain keredhaan seorang suami dan apakah hadiah terbesar bagi saya yang sedang menghitung waktu antara hidup dan mati itu selain pengiktirafan dari seorang suami mengenai diri sebagai isterinya. Betapa saya sangat damai saat itu. Saya sangat beruntung dikurniakan seorang suami yang begitu. Saya hanya mampu menterjemahkan perasaan saya saat itu dengan linangan air mata. Abang juga turut mengalirkan air mata. Malam itu sukar untuk saya melelapkan mata. Saya percaya abang juga begitu, abang tidak jadi pulang ke Johor malah tidak juga pulang ke rumah. Abang bermalam di surau hospital bukan untuk semalam tapi dari awal sehingga saya selamat bersalin.

…..bersambung

Monday 21 June 2010

Naik Pangkat.

Alhamdulillah setelah sekian lama, saya menemui kembali 'rentak' untuk menulis di kanvas maya ini. Hampir 6 bulan saya tidak mencoret apa-apa di sini melainkan sebuah puisi dan beberapa perkongsian dari sahabat-sahabat yang saya perpanjangkan di kanvas ini.

Sebenarnya dari awal Januari lagi, saya seolah-olah menjadi takut untuk menulis. Saya bimbang saya akan menulis mengikut rentak hati semata tanpa memberi ruang kepada akal untuk membuat sebarang pertimbang. Ini berikutan saya disahkan hamil pada awal bulan Januari yang lalu.

Setelah melalui satu episod yang amat menguji dalam hidup saya, akhirnya Allah memberikan 2 khabar gembira kepada saya dan suami. Pertama saya diterima bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknik di Telekom Malaysia. Walaubagaimana pun perancangan Allah itu terlalu hebat sehingga tak terjangkau dek akal manusia. Saya fikirkan, anugerah terindah saya pada pasca ulang tahun perkahwinan saya yang pertama adalah pekerjaan yang saya perolehi itu. Masakan tidak penantian hampir setahun selepas kahwin dan 4 tahun selepas menamatkan pengajian untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil dikalbulkan Allah. Khabar gembira itu saya sambut dengan jutaan syukur manakala abang meyambutnya dengan linangan air mata kesyukuran. Sungguh hanya Allah yang mengetahui keadaan kami.

Namun segala-galanya berubah, belum sempat melakar impi dan mimpi yang indah dengan tawaran kerja yang saya peroleh itu, Allah hadirkan satu lagi berita gembira di saat-saat saya melaporkan diri di TM. Semasa melaporkan diri di ibu pejabat TM, saya dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan. Setelah melalui pelbagai siri ujian, saya dikhendaki menjalani xray, dan saat itulah hati saya berasa sungguh kurang enak, lalu sya khabarkan kepada jururawat yang bertugas saya memilih untuk mejalani UPT sebelum menjalani xray. Jururawat tersebut bersetuju dan saya jalani UPT dengan penuh debaran. Tetapi keputusannya kurang jelas berikutan masih terlalu awal, atas nasihat doktor di Klinik di Melaka ini, saya ditegah dari menjalani xray dan diminta menjalani ujian air kencing di mana-mana klinik atau hospital kerajaan. Saya pulang dengan perasaan yang sukar digambarkan.

Hati saya mengatakan saya hamil, tetapi abang tidak mahu saya berharap dan abang sendiri tidak menunjukkan keterujaan beliau. Saya tahu semua itu untuk mengelakkan saya kecewa. Ada sesuatu yang lebih membuatkan saya yakin saya hamil, saya sangat-sangat teringin untuk menikmati mee bandung, baru sahaja banag balik dari kerja terus saya ajak mencari mee bandung dari satu kedai ke kedai yang lain bersungguh-sungguh sampai abang penat, tapi akhirnya saya berjaya memperolehi mee bandung tersebut walaupun saya bukanlah penggemar mee atau mihun yang berkuah ini, sekali-sekala sahaja tidak begitu mengujakan pun bagi saya. Tetapi kali ini saya begitu bersungguh untuk mendapatkanya.Dan bermula dari hari itu perubahan selera saya semakin menjadi-jadi.

Sehinggalah tiba hari melaporkan diri, saya pergi ke Pusat Perubatan Telekom yang terletak di Menara Annexe selang beberapa bangunan dari tempat saya melapor diri untuk menjalani pemeriksaan perubatan sekali lagi. Saya berjaya menjalankan semua pemeriksaan tetapi sangkut ketika mahu menjalankan xray, itu pun setelah saya bercerita keadaan diri kepada jururawat di situ. Saya dikhendaki menjalani UPT bagi kali kedua, tidak begitu berdebar kali ini kerana saya begitu yakin dengan kata hati saya yang saya memang hamil cuma ruang was-was masih ada. Seperti yang dijangkakan jururawat tersebut mengesahkan saya positif. Dengan perasaan yang sangat bahagia terus sms abang yang sedang bekerja, seperti biasa hanya ucapan tahmid respon abang, abang sentiasa 'cool' cuma hilang 'cool' bila buah hatinya buat perangai. ngeee~

Dengan laporan kesihatan tanpa xray saya melaporkan diri di Menara Telekom. Ujian dalam nikmat. Itulah yang saya rasakan apabila pihak sumber manusia TM mengatakan mereka terpaksa tarik balik tawaran tersebut berikutan pemeriksaan kesihatan mengesahkan saya hamil.InshaAllah jika masih ada jawatan kosong selepas selesai tempoh berpantang kelak, mereka akan menerima saya semula. KECEWA! MARAH! Itu perasaan saya.

Saya maklumkan pada ayah, mak ibu dan abah. Pastinya kesemua mereka kegembiran kerana saya hamil tetapi mereka terkejut dan kecewa dengan polisi TM tersebut. Sejurus selepas TM 'menolak' saya, saya mengatur langkah meninggalkan Menara TM dengan perasaan yang sangat mendukacitakan. Pada waktu itulah Kak Nik telefon saya, saya berkongsi berita gembira tersebut dengan kakak yang banyak menasihati dan berkongsi pengalaman dengan saya. Saya juga melepaskan kemarahan yang terbuku terhadap TM kepada Kak Nik. Alhamdulillah rupanya Allah gerakkan Kak Nik menelefon saya pada saat itu agar saya tidak menjadi hamba yang kufur. Saya peroleh nikmat yang jauh lebih besar ertinya daripada kerja yang ditawarkan kepada saya itu. Saya segera beristighfar dan memanjatkan setinggi kesyukuran.

Petang itu saya menghabiskan masa di pejabat Kak Nik, dan saya akhirnya menyedari sesuatu semasa berkongsi kisah dengan Kak Nik. Allah makbulkan doa saya tanpa cacat walau seinci pun. Kenapa saya katakan begitu? Selepas mengikat tali pertunangan, saya sentiasa berharap agar Allah mengizinkan saya dan tunang saya ketika itu (suami kini) mempunyai ruang untuk berkenalan dan bercinta lebih kurang setahun selepas pernikahan. Sungguh itu doa saya ketika itu memandangkan saya tidak begitu mengenali tunang saya apa lagi bercinta! Saya juga berdoa agar Allah akan kurniakan kami zuriat setahun selepas pernikahan kami. Besar harapan saya agar Allah izinkan impian saya itu tercapai. Dan maha Kuasa Allah, sungguh kerdil saya apabila saya disahkan hamil tepat-tepat setahun selepas saya bergelar isteri. Tepat tidak lewat walau sehari pun jika mengikut perkiraan lengkap kehamilan saya ini.

Saya hilang kata, dan sekali lagi saya merasakan betapa Allah itu terlalu hampir dan kekesalan menyelimuti saya mengenangkan segala resah dan kecewa saya dalam tempoh setahun sebelumnya itu. Saya mudah tersentuh apabila sering sahaja rakan dan kenalan menanyakan 'bila nak ada isi ni?' , 'awak tak de apa-apa lagi ke?', 'kena usaha lebih ni, kalau tak nanti jadi macam si fulanah yang dah lama kahwin tapi belum ada anak', 'cubalah Biodex mana tau lekat', 'eh, pergilah cek kat doktor tak delah awak kena tunggu lama untuk mengandung', dan paling menyentuh hati 'kau bawalah budak ni tidur degan kau, selalu orang tua kata kalau bawa budak tidur dengan kita senang nak lekat'. Sungguh hati saya remuk dengan soalan dan saranan sedemikian yang ditujukan keapda saya ketika pernikahan saya belum pun mencecah setahun. Seolah-olah kuasa untuk hamil itu berada di tangan saya.

Saya bersyukur setiap kali saya terduduk dengan ujian yang satu ini, abang sentiasa positif. Kata-kata abang yang menjadi penguat semangat saya 'Soal anak ini soal nyawa dan kuasa menghidupkan nyawa itu milik mutlak Allah, Allah akan bagi bila DIA nak bagi, yakinlah, kita usaha dan doa je, selebihnya terpulang kepada Allah'. Alhamdulillah saya dikurniakan suami yang tidak pernah sekalipun melatah apabila sering ditanya mengenai anak. Abang begitu positif. Saya sangat bersyukur pada Allah, setiap hari saya merasakan saya adalah insan bertuah dan mahluk yang wajarnya paling banyak bersyukur atas kurniaan seorang suami yang begitu.

Kehamilan saya ini menjawab pelbagai persoalan dan yang penting ianya adalah satu kaedah Allah untuk meningkatkan keimanan saya kepada DIA. Saya melalui hari-hari indah sebagai bakal-ummi dengan pelbagai nikmat dan ujian. Dalam nikmat ini banyak sekali saya dan suami teruji. Kepada allah selayaknya setinggi kesyukuran kami kerana segalanya itu sangat mendidik kami. Setiap hari adalah hari baru tetapi masalah yang satu dan sentiasa berulang adalah emosi saya tidak terkawal, setiap hari air mata menjadi teman. Apa lagi setelah disahkan hami abang pula mendapat tawaran kerja di Johor. Tinggal lah saya di Melaka. Sesungguhnya berjauhan dengan suami ketika hamil adalah pilihan terakhir bagi setiap isteri. Saya pasti itu, namun apa daya kami untuk menongkah suratan ilahi, setelah begitu banyak perbincangan dan pertimbangan jalan terbaik bagi kami adalah saya terpaksa menetap di Melaka dan abang meneruskan kerja di Johor.

Sehingga ke hari ini begitulah keadaan kami, hanya beberapa kali abang sempat menemani saya ke klinik untuk menjalani pemeriksaan, selebihnya mandiri saya. Sangat menyedihkan melalui hari-hari indah sendirian, namun saya yakin ada tarbiyyah Allah untuk saya dan anak yang sedang saya kandungkan ini. Dalam kepayah dan ketidakmampuan diri menguruskan emosi, permata hati di dalam rahim ini penghibur saya. Selalu saya katakan begini padanya 'baby, babah pergi cari rezeki untuk kita, tapi baby jangan risau sebab Allah ada, Allah yang jaga baby dan ummi, baby mesti kuat, baby doa pada Allah supaya kita sama-sama diberi kekuatan dan dalam perlindungan Allah selalu'. Selepas setiap kali berbicara dengan permata hati saya begitu secara otomatik saya akan berasa kuat untuk menempuh hari esok.

Saya memilih untuk tidak berkongsi di blog tentang kehamilan saya ini kerana bimbang kalau ada apa-apa terjadi. Ini kerana pada usia kandungan saya 6 bulan doktor masih tidak dapat melihat denyut jantung baby, juga saya mengalami pendarahan yang minimal. Pada Allah saya serahkan segalanya. Abang, ayah mak dan adik tidak henti-henti menasihati dan mendoakan saya. Pelbagai zikir yang ayah kongsikan kepada saya supaya menjadi amalan, dan betapa saya bahagia punya keluarga yang mengembalikan segala harapan saya kepada Allah. Sekali lagi saya bersyukur untuk itu. Setiap kali saya kecewa, sakit, terduduk dek pelbagai ujian; saya pasti tidak alri dari berfikir begini 'Allah masih sayangkan saya kerana menghadiahkan saya ayah dan suami yang akan mengembalikan saya 'tune' yang sebenar sebagai hamba'. Sungguh saya amat bertuah!

Dari hari ke hari, saya mula mengecapi nikmat bahagia bakal-ummi malah sedang menikmatinya sehingga ke saat ini. Alhamdulillah. Dalam segala keperitan dan kesusahan ada bahagia yang sukar diungkapkan. Hari-hari yang saya lalui membuatkan saya semakin menginsfi diri, saya semakin menghargai insan yang bergelar mak dan ibu. Seringkali air mata menitis membasahi pipi, apabila mengenangkan hadiah kenakalan dan kedegilan yang telah saya hadiahkan buat mak, saya kesal saya bayar perit dan payah mak dengan cara sebegitu. Lantas saya sedar kenapa Allah mengangkat darjat seorang ibu. Saya tahu bukan sedikit peritnya yang ditanggung mak dalam membesarkan kami adik beradik, dan pastinya ia tak pernah mudah tapi cinta dan kasih sayang memungkinkan segalanya.

Kini saya sedar, seorang anak tidak mungkin dan tidak akan mampu menandingi kasih seorang ibu kerana seorang anak itu dikasihi dan dicintai malah didoakan ibu sebelum anak itu menghuni rahimnya lagi. Percayalah inilah keajaiban yang Allah kurniakan dalam diri insan yang bergelar ibu. Saya akur, sebagai seorang wanita pencapai tertingginya selain menjadi isteri adalah ibu. Dan bukan semua orang yang terpilih untuk itu.

Tuntas, saya memperingatkan diri apabila Allah memilih untuk menaikkan pangkat saya dari isteri ke ummi maka saya harus meningkatkan kualiti diri. Harus lebih banyak mencari bahagia dalam memberi dari merasanya indahnya menerima. Saya harus bersedia untuk mengorbankan saya sendiri untuk memastikan amanah yang Allah kurniakan ini dapat saya uruskan sebaik mungkin. sungguh taklifan yang datang amat indah tetapi begitu payah! Saya mula mencari sisi baru diri saya dan saya berusaha untuk menyediakan saya yang akan membahagiakan suami dan anak, saya yang akan memperbaiki diri sebagai anak kepada kedua orang tua. Saya harus mencorak hari depan dengan segala kebaikan, memperbaiki hari semalam yang penuh dengan kesilapan.

Setiap detik yang ada kini terlalu berharga untuk saya, saya hanya berharap segala yang saya inginkan akan Allah izinkan ianya terjadi, paling tidak saya mohon kepada Allah agar saya dan suami berjaya mendidik anak-anak kami menjadi anak yang mantap imannya, fasih lisannya untuk membaca Quran, mengamal, menghafaz dan menyampaikannya dan teguh peribadi anak-anak kami untuk menyambung perjuangan Rasulullah dan menyambung legasi para tabi'iin dalam memperjuang dan mempertahankan Islam. Kami mohon diberi kesempatan dan kelapangan dari segenap segi untuk terus berbakti kepada orang tua kami juga mohon Allah izinkan kami membina mahligai cinta kami bukan sahaj di dunia ini tetapi juga di syurga Allah kelak.

Meniti hari-hari mendatang ketika kandungan hampir mencecah 8 bulan, menanti saat melahirkan, saya menjadi begitu teruja. Saya juga menjadi takut, rasanya terlalu banyak taklifan yang belum diselesaikan, bimbang Allah menjemput sebelum segalanya disudahkan. Saya mohon kepada Allah agar Allah tidak mengambil saya dan suami dalam keadaan kami tidak bersedia, dalam keadaan amal kami yang masih belum mencukupi, dalam keadaan tanggungjawab yang masih belum terlaksana, dalam keadaan hutang yang belum selesai, dalam keadaan kami belum berjaya mendidik anak-anak kami menajdi insan muttaqin yang berjaya dunia akhirat dan dalam keadaan kami belum melihat anak-anak kami mendidik anak-anak mereka menjadi insan musleh yang berjaya dunia dan akhirat juga melihat dalam keadaan kami belum melihat anak-anak mereka berjaya. Menginjak ke detik dan masa untuk kami bergelar ummi dan babah, kami akur baru sedikit yang kami mengerti akan hakikat sebuah kehidupan.

Dahulu sering sahaja kami mendengar 'esok-esok kamu dah kahwin dan anak baru kamu tau apa rasanya jadi mak ayah ni', 'ini baru sikit masih panjang hidup kamu, macam - macam yang akan kamu tempuh kat depan sana, belajarlah bersabar'. Ini antara bicara orang tua yang kami baru fahami. Rupanya terlalu besar pengertian di sebalik setiap bicara orang tua kita. Sungguh kita hanya akan menyedari apabila kita melalui detik-detik itu. Justeru, usah padang kosong pada bicara mereka. Bicara mereka bicara emas yang nilainya terlalu berharga. Hargailah setiap dehem dan jelingan orang tua kita kerana di situ ada rahsia kehidupan yang tersembunyi. Moga kita semua diberi kesempatan untuk memperbaiki diri menjadi yang terbaik baut kedua orang tua kita, moga kita diberi kekuatan untuk menjadi yang terbaik buat anak-anak kita agar kita mampu membentuk anak-anak kita menjadi insan terbaik dunia akhirat.

Atas segalanya kini saya akur, Allah tidak pernah meningglkan saya walau sedetik tetapi sayalah hamba yang lalai dan culas yang seringkali lupa dan alpa. Allahumma ampunkanlah aku, sesungguhnya KAU maha pengasih lagi maha pengampun.

Nota : Dan Tuhan kalian berfirman :”Berdoalah kepadaku, (niscaya) akan Kuperkenankan bagi kalian, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku, mereka akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan yang hina
(Q.S. Al-Mu’min : 60)

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
(Q.S Ar-Rahman : 29)

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
(Q.S Ar-Rahman : 30)

Wednesday 7 April 2010

Dan Tika Itu..

Tika aku sedang sendirian diulit sepi,
Tika aku sedang sendirian menganyam sunyi,
Tika aku sedang mengusir jiwa rasa pergi,
Tuntas air mata hiba berderai menitis,
Sedang,
Ibu mulia Hajar a.s tidak pula menangis,
Tika sirah terungkap atma terhiris,
Dan tika itu
Akur aku pada cekal hatinya Hajar,
Akur aku pada tabah jiwanya Hajar,
Akur aku pada kental semangatnya Hajar,
Akur aku pada tekad seluruhnya Hajar,
Pada sabarnya Hajar,
Pada redhanya Hajar,
Pada yakinnya Hajar,
Mengerti aku,
Pada langkahnya si Ibu dari Safa ke Marwa,
Menyakini adanya rahmat tuhan untuk si putera,
Sehingga telaga zam-zam menjadi bukti cinta,
Antara hamba dan pencipta,
Tika aku sendirian di kamar cinta,
Bersama kandunganku si buah cinta,
Perit sekali untuk mengukir tinta,
Meluah rasa,
Mengecap yakin dalam atma,
Mendamba kasih sang pemberi cinta,
Sungguh ia tidak pernah mudah
Tidak pula indah,
Tapi buahnya syurga nikmat yang tak terluah,
Idaman sukma penuh 'Izzah,
Justeru,
Pasrah aku dalam mengenggam cinta,
Biar tersalut seribu derita,
Bertatih aku pada redhaNYA DIA,
Mengharap sinar memintal bahagia.
Tuhan tuntun langkahku,
Jiwaku juga rasaku,
Agar damai semuanya,
Dalam peluk kasihMu pastinya.

6:02am
07 April 2010
Kamar cinta,
Bukit Beruang Utama,
Melaka.

Sunday 31 January 2010

'Missed Call' Dari Allah

Berikut ingin saya paparkan perbualan senior saya dengan seseorang yang telah merungkai beberapa jawapan dalam kehidupan kita sebagai hamba. Saya rasa amat berbesar hati kerana kak Siti mengizinkan saya memaprkan luahan beliau ini di dalam blog saya. untuk makluman luahan ini adalah tulisan asal kak Siti. Saya tidak mengusik walau sepatah huruf bagi menjamin keasliannya.

Mari kita telusuri luahan dan perbualan ini ;

' missed call ' ALLAH kepada saya.....
Kejadian benar yg menimpa diri saya ketika saya terbangun dr tidur around 12.05 am mlm td.. dlm keadaan resah,gelisah, tidak tenang...sy on laptop saya , bukak YM as usual...sambil belek journal2 dan kerja2 saya yg sentiasa dtg selagi saya bergelar seorang pelajar..namun hati saya tidak tenang, seolah2 ada sesuatu yg hilang dr diri saya..dgn masalah org2 di universiti, org2 di masa lalu,keadaan kesihatan yg agak teruk (batuk, sakit tekak, hilang suara, selsema,demam).. tiba-tiba muncul seorang hamba ALLAH yg tiada dalam list YM saya, memberi salam...saya biarkan sahaja sebentar..sbb jarang saya melayan YM dr org yg tidak dikenali...samada ingin reject atau terus saja ignore..

tp hati saya tergerak hati unt menjawab salam nyer itu...sehinggalah kami berchatting ..pada mulanya saya agak kekok, hanya jawab acuh x acuh jer...namun, entah kenapa sy rasa selesa unt chat dgn nya, amat jarang sy rasa begitu pada org yg sy x kenal..dan makin lama , saya rasa ada sesuatu yg ingin dia sampaikan...sehinggalah saya menemui jawapan kepada persoalan2 kehidupan, kesusahan, kealpaan saya di dalam hidup ini...melalui sesi chatting saya dgn dia ...

so, saya ingin kongsikan sesi chatting (soal jawab) kepada sesiapa sahaja yg sudi membacanya..kerana bentuk ALLAH memberitahu kita adalah dlm pelbagai bentuk, kadang2 dlm bentuk dan masa yg kita x pernah sangka..semoga beroleh jawapan kepada sesiapa yg masih tertanya2..dan mengukuhkan lagi 'jawapan' yg telah kamu semua temui :
__________________________
______________

dia (12:10:56 AM): salaam
saya (12:21:24 AM): salam...
dia (12:21:31 AM): pe kabar?
saya (12:21:41 AM): ermmm...ok
saya (12:21:51 AM): sapa ni yer?
dia (12:21:59 AM): sy baru nak tanya
dia (12:22:13 AM): sbb nick awk ada dlm list
saya (12:22:38 AM): ye ker...nick awk x de dlm list sy pulak...
dia (12:22:50 AM): ooo
dia (12:22:53 AM): camtu ke?
dia (12:23:06 AM): mngkin sy kot yg add awk
dia (12:23:09 AM): tp x ingat nape
dia (12:23:14 AM): dn dari mana dpt
saya (12:23:35 AM): oooo..boleh lak mcm tu yer...
dia (12:23:55 AM): memang camtulah agaknya
dia (12:23:59 AM): sbb saling x kenal
dia (12:24:13 AM): maksudnya x pernah chat le nie
dia (12:24:34 AM): dr mana nie?
saya (12:24:56 AM): dr serdang
saya (12:24:59 AM): awk?
dia (12:25:19 AM): dr nilai
dia (12:25:30 AM): study lg ke?
dia (12:25:32 AM): atau keje?
saya (12:25:52 AM): sy studi lg...
saya (12:26:01 AM): awk ada join halaqah ker?
dia (12:27:09 AM): haah
dia (12:27:14 AM): awk ada ke?
saya (12:27:31 AM): aah ..tp dh lama x log in
dia (12:27:38 AM): ooo
saya (12:27:38 AM): sy rs awk dpt dr situ kot
dia (12:27:48 AM): mungkin kat situle sy add
dia (12:27:48 AM): nape lama x bukak?
saya (12:28:03 AM): erm..bz ckit
saya (12:29:59 AM): awk studi ker keje?
dia (12:30:16 AM): keje
dia (12:30:30 AM): bisness
dia (12:30:51 AM): biasa2 je
saya (12:30:55 AM): ooo..bisnes apa tu ?
dia (12:31:16 AM): adalah
dia (12:31:21 AM): syarikat sendiri
dia (12:31:22 AM): buku dll
saya (12:31:36 AM): ooo..bagus tu
dia (12:32:30 AM): alhamdulillah
dia (12:32:34 AM): awk study apa?
saya (12:33:27 AM): comp engineering
saya (12:33:39 AM): buku apa awk jual?
dia (12:35:44 AM): macam2
dia (12:35:47 AM): dari arabic
dia (12:35:49 AM): english
dia (12:43:27 AM): ooo
dia (12:44:24 AM): kat mane nie?
saya (12:44:47 AM): kat seri kembangan
dia (12:44:57 AM): rumah sendri ke?
saya (12:45:05 AM): aah...
dia (12:46:25 AM): dok dengan family ke? atau kwn2?
saya (12:46:53 AM): dok berdua jer ...dgn suami sy...
dia (12:47:10 AM): ooo
dia (12:47:12 AM): bila nikah?
saya (12:47:23 AM): dh lama dah...2007
dia (12:47:57 AM): masih berdua?
saya (12:48:05 AM): hmm...ya....
dia (12:48:06 AM): ada kabar ke?
saya (12:48:17 AM): hmmm....buat ms ni fobia lg...
dia (12:48:27 AM): fobia dgn anak?
saya (12:48:40 AM): dgn keguguran...
dia (12:49:09 AM): bila gugur?
saya (12:50:07 AM): 1 kali 2008
saya (12:50:12 AM): 1 kali lg 2009
dia (12:50:33 AM): masya Allah
saya (12:50:34 AM): awk ? dh kawin ?
dia (12:50:40 AM): dh ada anak sorang
dia (12:50:43 AM): alhamdulillah
dia (12:50:46 AM): dengan bantuan Allah
dia (12:50:55 AM): baru je 7 bulan usianya
saya (12:51:00 AM): alhamdulillah...
saya (12:51:04 AM): tahniah!}
saya (12:51:12 AM): boy or girl?
dia (12:51:18 AM): girl
dia (12:51:25 AM): alhamdulillah
dia (12:51:49 AM): baby sy ni pn waktu dalam kandungan banyak jugak yg merisaukan
saya (12:52:24 AM): ye ker...
saya (12:52:47 AM): kuasa ALLAH kan..
saya (12:53:03 AM): sy x de masalah...tp bila 3 bulan jer, dia gugur
saya (12:53:07 AM): 2 kali mcm tu
saya (12:53:15 AM): sy pun x tahu kenapa
dia (12:53:18 AM): masya Allah
dia (12:53:19 AM): itulah
dia (12:53:25 AM): Allah pn uji kami juga
dia (12:53:38 AM): isteri saya jatuh tiga kali waktu kandungkan anak tu
dia (12:53:45 AM): tp alhamdulillah Allah jaga
dia (12:54:03 AM): ini menunjukkan segala yg berlaku dalam kekuasaan dan letentuanNya
dia (12:54:06 AM): ketentuanNya
dia (12:54:43 AM): kena banyak baca doa
dia (12:55:10 AM): waktu hubungan suami isteri pn perlu doa agar Allah pelihara zuriat sehingga dewasa
dia (12:55:34 AM): sbb permulaan penjagaan Allah sekal dari awal
saya (12:55:25 AM): hmm..skrg ni sy mcm dh x nak fikir lg psl pregnant lg...
dia (12:55:46 AM): adakah sbb masalah kesihatan?
saya (12:56:02 AM): hmmm...sy x tahulah...
saya (12:56:12 AM): check doktor semua ok jer
saya (12:56:27 AM): doktor suruh jumpa pakar
saya (12:56:38 AM): tp x jumpa2 lg sampai skrg
saya (12:57:00 AM): x pe lah...sy redha....
saya (12:57:19 AM): kalau ada rezeki, semoga ALLAH buakakan hati sy
dia (12:56:27 AM): kalau sebab fobia.. x bolelah fikir xnak pregnant lagi...
dia (12:56:45 AM): sbb Allah yg bantu selagi kita terus harap bantuan
dia (12:57:32 AM): ya... doa yg penting
dia (12:57:51 AM): "kekuatan" zuriat awk bergantung kepada "kekuatan" awk
dia (12:58:08 AM): kalau hubungan hati awk kuat dgn Allah... maka hubungan anak dgn Allah juga akan kuat dalam rahim
dia (12:58:15 AM): begitu caranya
saya (12:58:30 AM): maknanya slama ni sy x kuat?
dia (12:58:50 AM): bukan x kuat... mungkin Allah akan menguatkan awak lagi
dia (12:59:09 AM): Allah lebih tau bila masa yg sesuai utk kita
dia (12:59:21 AM): pemberian Allah kepada kita berdasarkan persediaan kita
dia (12:59:24 AM): itu tanda Allah sayang kita
dia (1:00:09 AM): contoh anak kecil... mungkin dia nak makan apa yg kita makan... tp kita hanya boleh bagi makanan itu bila dia sudah mempunyai persediaan utk makan makanan yg kita makan
saya (12:59:44 AM): persediaan dr segi apa yer?
dia (1:00:13 AM): dari segala sudutlah
dia (1:00:29 AM): utk menjadi seorang ibu dan ayah memerlukan persediaan dari pelbagai sudut
dia (1:00:31 AM): sudut emosi
dia (1:00:36 AM): psikologi
dia (1:00:43 AM): ekonomi
dia (1:00:45 AM): pengurusan masa
dia (1:00:53 AM): dsbgnya
saya (1:01:04 AM): tapi sy rasa keguguran itu lebih menuntut emosi
dia (1:01:09 AM): jadi... mungkin 2 kali gugur itu menguatkan lagi sudut emosi awak
dia (1:01:13 AM): di masa hadapan
dia (1:01:21 AM): tp awak belum tahu hikmahnya hari ini
dia (1:01:40 AM): bayi yang baru boleh belajar berjalan, jatuhnya dia adalah suatu proses
dia (1:01:51 AM): utk semakin kuat menapak di bumi
dia (1:02:29 AM): kalau daripada anak kecil tak pernah jatuh ketika berlari, maka sewaktu besar apabila jatuh, hampir x mampu bangun semula... sbb xde pengalaman bangun setelah jatuh
dia (1:02:32 AM): begitulah hidup
dia (1:02:47 AM): Allah ingin menyempurnakan kita dengan ketentuanNya
dia (1:05:22 AM): jadi... kalau awk terus usaha... maknanya awak terus baik sangka dgn Allah
dia (1:05:35 AM): itu yg akan menambahkan kekuatan hubungan awk dgn Allah
dia (1:11:34 AM): yg penting baik sangka
dia (1:11:49 AM): dgn Allah
dia (1:12:53 AM): jadi... awk banyakkan solat tahajjud
dia (1:12:54 AM): berjemaah
dia (1:13:01 AM): dgn suami
dia (1:13:22 AM): insya Allah... kandungan akan dipelihara oleh Allah
saya (1:16:05 AM): terima kasih...
saya (1:16:16 AM): cuma sy slalu tertanya2
dia (1:16:36 AM): tntng apa?

saya (1:18:00 AM): kenapa org yg x nak anak, sanggup buang anak...tp ALLAH selamatkan kandungan itu...tp saya ni, jahat sgt ke di sisi ALLAH...
saya (1:19:12 AM): cnth seseorang yg sy kenal..
saya (1:19:23 AM): ambil mcm2 ubat
saya (1:19:34 AM): unt gugrkan kandungan
saya (1:19:46 AM): tp ALLAH selamatkan kandungan tu
saya (1:19:52 AM): sampai skrg...
saya (1:19:56 AM): dh besar anak tu
saya (1:20:00 AM): kenapa saya tak...( suara hati: KENAPA ALLAH HUKUM SAYA HNGGA BEGINI, JAHAT SANGAT KAH SAYA DI MATA ALLAH??)
saya (1:20:17 AM): kdg2 sy x faham...

dia (1:18:53 AM): awk faham dulu kehidupan ini... krn soalan itu brkait rpt dgn makna kehidupan yg lebih besar
dia (1:19:22 AM): ia berkaitan dgn "Tanda kasih Allah" kepada kita..
dia (1:20:31 AM): ia berkaitan dgn "Tanda kasih Allah" kepada kita..
dia (1:20:47 AM): kita mungkin x faham "Cara" Allah sayang kita
dia (1:21:16 AM): tp yg kita kena faham... apa pn yg Allah tentukan, kalau kita baik sangka.. itu tanda Dia lakukan semuanya kerana sayangkan kita
dia (1:21:40 AM): kalau kita bandingkan Fir'aun
dia (1:21:41 AM): x pernah sakit
dia (1:21:50 AM): dapat kedudukan raja mesir
dia (1:21:56 AM): apa yg dia nak suma dapat
dia (1:22:01 AM): sampai mengaku tuhan
dia (1:22:15 AM): adakah itu tanda Allah sayang dia, dgn bagi semua yg dia nak?
dia (1:22:23 AM): lihat pula Rasulullah s.a.w..
dia (1:22:33 AM): manusia yg paling dicintai Allah
dia (1:22:45 AM): belum pn sempat lahir, sudah kehilangan ayah
dia (1:22:59 AM): baru membesar... seusia 6 tahun.. sudah kehilangan ibu
dia (1:23:05 AM): kemudian kehilangan datuk
dia (1:23:18 AM): satu persatu ujian diberi...
dia (1:24:04 AM): kalau awak tanyakan soalan yg berlaku dlm hidup awak, dibandingkan dgn kesusahan yg dihadapi oleh Rasulullah s.a.w., maka adakah kesusahan dalam hidup itu tanda Allah x suka kita?
dia (1:24:23 AM): padahal Allah paling mencintai Rasulullah dan Rasulullah antara yg paling susah dalam kehidupan?
dia (1:24:39 AM): Allah nak "Sayang" kita dgn cara Dia
dia (1:24:41 AM): bukan dgn cara kita
dia (1:24:54 AM): itu yg perlu kita faham
dia (1:25:49 AM): Allah menegah sesuatu dari kita kerana sayang kepada kita lebih baik daripada memberi sesuatu kepada kita kerana bencikan kita
dia (1:26:09 AM): apa yg awak cari dalam hidup ini? Utk diri sendiri? Atau untuk Allah?
dia (1:26:23 AM): kalau cari utk diri sendiri, semua yg awak kumpulkan akn awak tinggalkan setelah mati
dia (1:26:35 AM): kalau cari untuk Allah, maka ketika mati bertemu redha Allah
dia (1:26:47 AM): begitu juga anak
dia (1:27:31 AM): kalau awak usaha utk dapatkan anak kerana ingin meneruskan zuriat yg mana itu adalah tuntutan syariat dalam perkahwinan,... maka usaha utk dapatkan anak adalah usaha utk mendapatkan redha
dia (1:27:37 AM): redha ALLAH
dia (1:28:00 AM): kalau x dapat anak pn... tp dapat redha Allah... maka itulah yg dicari
dia (1:28:45 AM): kalau seorang anak ukur "kasih sayang" ibu bapa dgn ukuran "kehendak anak, maka dia x nampak ibu bapa sayang dia
dia (1:29:27 AM): apa yg dia nak,,, selalu ibu bapa x bagi... apa yg dia xnak, selalu ibu bapa suruh buat...
dia (1:29:34 AM): adakah kerana ibu bapa x sayang?
dia (1:29:36 AM): bukan...
dia (1:29:56 AM): kerana... boleh jadi apa yg anak nak itu mudarat bagi dia, dan boleh jadi apa yg anak x mahu itu adalah manfaat buat dia
dia (1:30:07 AM): begitu juga Allah dgn kita
dia (1:30:33 AM): "boleh jadi apa yang kamu suka itu buruk untuk kamu dan boleh jadi apa yang kamu tak suka itu baik untuk kamu"
dia (1:30:50 AM): ye... sbb Allah nak ajar awak
saya (1:30:50 AM): tp entahlah, mungkin memang sy x cukup kuat
dia (1:31:03 AM): "bukan sekadar kefahaman"
dia (1:31:11 AM): tp perlu diterjemahkan dlm bentuk penghayatan
saya (1:30:26 AM): dulu...sebelum keguguran kali kedua, sy slalu berjaya pujuk hati sy dgn kata2 dan kefahamn begini...
saya (1:31:15 AM): tp skrg, sy spernah suruh suami saya kahwin lain..
saya (1:31:21 AM): sbb sy dah putus asa...
saya (1:32:13 AM): sy sambung belajar ni pun nak alih tumpuan sy pada benda lain
dia (1:31:46 AM): itulah yg rugi... jgn putus asa
dia (1:32:08 AM): rasa putus asa tanda awak x baik sangka dgn Allah
dia (1:32:18 AM): awak cubalah dgn cara yg lebih berkesan...
dia (1:32:44 AM): kalau awk yakin dgn Allah... biarkan Dia tentukan apa yg Dia mahu
dia (1:32:54 AM): sedangkan awak lakukan apa yg dituntut
dia (1:32:57 AM): iaitu terus berusaha
dia (1:32:59 AM): dan berbaik sangka
dia (1:33:35 AM): usahalah dlm hubungan suami isteri utk dapatkan zuriat kerana Allah...
saya (1:33:23 AM): bukan sy x baik sangka dgn ALLAH...'cuma saya nk elak diri saya lagi berburuk sangka jika berlaku lg buat kali ketiga'
dia (1:33:51 AM): kalau awak buat kerana Allah... x ada yg belaku melainkan Allah akan bantu awak utk baik sangka kepadaNya
dia (1:33:52 AM): yg penting kerana Allah
dia (1:33:56 AM): bukan kerana diri sendiri
saya (1:34:01 AM): entahlah...mesti awak fikir sy ni x cukup iman...x pe, sy x kisah...
dia (1:34:13 AM): saya x fikir itu
dia (1:34:15 AM): Allah yg menilai
dia (1:34:20 AM): bukan sy
dia (1:34:37 AM): tp setiap kegagalan itu bukan suatu noktah
dia (1:34:48 AM): tapi masa utk mengumpul semangat baru
dia (1:34:56 AM): utk sebuah perjalanan yg lebih lancar
dia (1:35:06 AM): sy bagi awak tips
dia (1:35:14 AM): pertama... usaha utk dapatkan anak kerana "Allah"
dia (1:35:29 AM): iaitu... awak usaha dapatkan zuriat krn ada tuntutan syariat
dia (1:35:48 AM): Rasulullah s.a.w. bersabda: "sebaik2 wanita adalah yg lemah lembut dan boleh melahirkan banyak anak"
dia (1:35:59 AM): jadi... usaha dapatkan zuriat utk dapat redha "Allah"
dia (1:36:02 AM): bukan utk diri sendiri
dia (1:36:05 AM): itu yg pertama
dia (1:36:07 AM): niat
saya (1:37:21 AM): maknanya sy bukan wanita yg baik kan.?
saya (1:37:52 AM): sbb sy x termasuk dlm golongan wanita disebut Rasulullah
dia (1:37:47 AM): awk mana tau
dia (1:37:50 AM): sbb baru usaha sedikit
dia (1:37:59 AM): dah rasa x baik
dia (1:38:12 AM): Rasulullah s.a.w. ajar agar wanita usaha dapatkan anak kerana Allah
dia (1:38:23 AM): bukan siapa x dapat anak bererti x baik
dia (1:38:29 AM): hampir kebanyakan isteri2 Rasulullah s.a.w. x ada anak
dia (1:38:48 AM): tp sudah tentulah mrk ada kehendak utk itu... dan berusaha... dan baik sangka
dia (1:38:54 AM): ttpi akhirnya redha dgn ketentuan Allah
dia (1:39:05 AM): dapat anak atau x... tetap baik
dia (1:39:17 AM): tp kalau berusaha utk dapatkan anak... usahalah kerana ALLAH
dia (1:39:22 AM): bukan kerana kita yg nak
dia (1:39:28 AM): tp kerana Allah yg galakkan
saya (1:40:11 AM): kenapa org lain x perlu usaha lebih
saya (1:40:14 AM): kenapa saya...
dia (1:40:26 AM): mana awak tau
dia (1:40:40 AM): dalam dunia ini bukan awak kenal semua manusia
dia (1:40:42 AM): ada yg langsung x dapat anak
dia (1:40:53 AM): dan x dapat utk melahirkan anak
saya (1:40:49 AM): sy tgk dlm adik beradik n kwn2 saya
saya (1:40:54 AM): senang n mudah jer...
dia (1:40:59 AM): sbb awak tngok yg di atas
saya (1:41:04 AM): yg x nak pun, dpt...
dia (1:41:06 AM): cuba tngok yg dibawah
dia (1:41:21 AM): kalau anak sibuk melihat ibu bapanya makan cendol
dia (1:41:26 AM): padahal dia masih bayi
dia (1:41:37 AM): dia x boleh bandingkan dirinya dgn ibu
dia (1:41:47 AM): sbb dirinya mungkin x ada persediaan makan cendol
dia (1:41:54 AM): begitu juga kita
dia (1:42:03 AM): yg lebih tahu persediaan kita adalah Allah
dia (1:42:20 AM): ramai je yg dapat anak tp akhirnya bercerai sbb x bersedia jadi ibu bapa
dia (1:42:38 AM): ramai je keluarga yg ambil anak angkat sbb x boleh dapat anak
saya (1:42:42 AM): kalau dia cukup bersedia, kenapa dia sanggup buang bayi?
saya (1:42:53 AM): dia tu merujuk kpd sesiapa yg berbuat begitu
dia (1:42:43 AM): itu semua bukan pada awak
dia (1:42:50 AM): dan keadaaan awak lebih baik dari mereka
dia (1:42:56 AM): itu urusan dia dgn Allah
dia (1:43:06 AM): padahal hidup awak utk baiki hubungan awak dgn Allah
dia (1:43:18 AM): Allah ada cara utk sempurnakan masing2
dia (1:43:26 AM): tp apa yg penting adalah hubungan kita dgn Allah
saya (1:43:28 AM): hmm...sy faham...tp entahlah, mungkin sy terlalu mencari jawapan..
dia (1:43:39 AM): orang lain buruk sangka dgn Allah... mrk masuk neraka
dia (1:43:50 AM): tp kalau kita yg buruk sangka dgn Allah... kita sendiri yg masuk neraka
dia (1:44:02 AM): jadi... hidup ini utk baiki hubungan kita dgn Allah dulu
dia (1:44:32 AM): hidup ini bukan untuk cari setiap jawapan... tapi utk menjadi hamba sebagaimana yg Allah nak
dia (1:44:34 AM): bukan sebagaimana yg kita nak
saya (1:44:37 AM): ok...sy nak tanya satu soalan
dia (1:44:44 AM): ok
dia (1:44:56 AM): byk pn xpe selagi sy x ngantuk
saya (1:45:16 AM): adakah musibah n kesusahan yg menimpa diri kita, bermakana hubungan kita tidak baik dgn ALLAH?
dia (1:45:27 AM): x
dia (1:45:39 AM): bermakna Allah sayang
dia (1:46:02 AM): kalau kita melihat musibah dalam hidup kita sebagai "ujian"... bererti itu tanda Allah sayang kita
dia (1:46:18 AM): apa yg penting... kita lihat x hidup ini sebagai ujian?
dia (1:46:26 AM): kalau x... usahalah utk hayati semuanya sebagai ujian
dia (1:47:01 AM): sbb dgn menghayati segala ketentuan Allah sebagai ujianlah, awak fahami setiap ketentuan Allah sebagai tanda cintaNya
dia (1:47:14 AM): itulah... Allah mengikut apa yg kita sangka
dia (1:47:28 AM): kalau kita sangka baik... maka itulah Allah di sisi kita
saya (1:46:44 AM): bukan kerana balasan kejahatan?
saya (1:47:41 AM): contoh, si A suka hisap rokok
saya (1:47:54 AM): tiba2 dia dpt sakit paru2
saya (1:48:06 AM): itu ujian atau balasan?
dia (1:47:48 AM): jadi...daripada bersangka itu balasan kejahatan, lebih baik yakin itu adalah tanda cinta
dia (1:48:30 AM): kalau Allah sayang dia
dia (1:48:30 AM): maka itu ujian
dia (1:48:32 AM): kalau x... itu balasan...
dia (1:48:45 AM): tp persoalannya... bagaimana cara kita berinteraksi dgn Allah
dia (1:48:56 AM): kalau si A td yg sakit paru2 lalu yakin ini adalah ujian
dia (1:49:02 AM): kemudian bertaubat dari dosa
dia (1:49:11 AM): maka dia akan lihat sakit itu benar2 ujian
dia (1:49:20 AM): bahkan sebab utk dia tinggalkan rokok
dia (1:49:29 AM): kalau si A tadi yg sakit buruk sangka dgn Allah...
dia (1:49:35 AM): x redha dgn Allah
dia (1:49:37 AM): putus asa dgn Allah
dia (1:49:56 AM): dan anggap itu balasan dari Allah tp x juga mahu bertaubat kerana buruk sangka dgn Allah
dia (1:50:09 AM): maka memanglah sakit dia itu adalah "balasan" Allah terhadap dirinya
dia (1:50:24 AM): jadi... interaksi kita dgn Allah adalah cerminan bagi interaksi Allah dgn kita
dia (1:50:50 AM): yg penting awak baik sangka
saya (1:50:59 AM): terima kasih......sy speechless...
dia (1:51:07 AM): maka itulah tnda Allah memang sedang "berbaik-baik" dgn awak
dia (1:51:13 AM): jadi... pilihan di tangan awak...
dia (1:51:23 AM): utk melihat bagaimana "Allah" dalam kehidupan awak
saya (1:51:31 AM): sy x pernah jumpa jwpn begini....selama ni...entahlah...
dia (1:51:48 AM): jadikan pertemuan dgn sy ini hadiah Allah kpd awak
dia (1:51:57 AM): sbb sy pn xpernah disuruh oleh awak utk chat dgn awak
dia (1:52:03 AM): tp Allah menjawab melalui sy
dia (1:52:09 AM): at least... itu tnda "Allah sygkan awk
saya (1:52:07 AM): mungkin sy selalu disogok dgn 'kehidupan yg baik, bermakna kita baik ...
saya (1:52:16 AM): kehidupan tidak baik, bermakna kita jahat..
dia (1:52:18 AM): ya... itu orang kata
dia (1:52:25 AM): x semestinya begitu
dia (1:52:42 AM): anggaplah jawapan sy dan chat kita ini adalah hadiah...
dia (1:52:45 AM): agar awk makin kuat dan terus kuat
dia (1:52:49 AM): tnda Allah hargai awak
dia (1:52:58 AM): kalau x... Dia x gerakkan hati sy utk chat dgn awak
dia (1:53:23 AM): sbb sy pn x tau sbb apa sy add awk pada mula2...
dia (1:53:30 AM): smuanya tanda "Allah syg awak"
dia (1:53:39 AM): kalau awak melihat sebegitu... maka hakikatnya begitulah
saya (1:53:54 AM): terima kasih YA ALLAH!!! dan kpd awak....
dia (1:54:33 AM): itulah
dia (1:54:44 AM): Allah itu lebih baik drp yg awak sangka
dia (1:54:47 AM): keep "baik sangka"
dia (1:54:59 AM): awak akan dapati Dia akan lebih baik dr apa yg awak sangka
saya (1:55:33 AM): terima kasih.....
saya (1:55:53 AM): sy rasa chat hr ni mememang diaturkan ALLAH
dia (1:55:58 AM): http://mukhlis101.blogspot.com
dia (1:56:02 AM): ini blog sy
dia (1:56:09 AM): ya... Allah adalah sebaik2 pengatur
saya (1:56:14 AM): sbb sy jarang layan org x kenal
dia (1:56:29 AM): sy juga jarang add org tnpa tujuan
dia (1:56:51 AM): Allah gerakkan kita kerana tanda kasih Allah kepada kita
saya (1:56:51 AM): hmmm..
dia (1:56:51 AM): sy belajar sesuatu daripada awak
dia (1:57:01 AM): sebagaimana awk juga belajar daripada saya
dia (1:57:03 AM): insya Allah
dia (1:57:13 AM): sy juga dapat beberapa pelajaran daripada kehidupan awak
dia (1:57:18 AM): terima kasih
saya (1:57:27 AM): kehidupan sy?
saya (1:57:38 AM): x ada pa yg booleh awk blajar dr sy...sy ni teruk...
saya (1:57:44 AM): selalu fikir negatif...
dia (1:57:40 AM): ya... sebagai pelajaran bagi saya
dia (1:57:46 AM): agar saya lebih bersyukur
dia (1:57:55 AM): dgn apa yg telah Allah beri kepada sy
dia (1:58:03 AM): belajar sudah tntulah daripada yg positif
dia (1:58:07 AM): jadi... awak belajar
dia (1:58:09 AM): dan saya juga
dia (1:58:19 AM): ambil pelajaran masing2
dia (1:58:20 AM): dan teruskan hidup
dia (1:58:27 AM): dengan tersenyum kepada ALLAH
dia (1:58:55 AM): dan berkata: "Ya Allah... aku hanya perlukan sokonganMu dalam kehidupan ini... pada setiap ketentuanMu"
dia (1:59:28 AM): org bermasalah dgn takdir.. bukan sebab takdir... tp xada sokongan Allah dalam hidupnya utk hadapi takdir
dia (1:59:40 AM): kalau hadapi ketentuan Allah dgn ditemani ALLAH... terlalu indah
saya (1:58:51 AM): terima kasih.....
dia (1:59:53 AM): mintalah sokongan ALLAH
dia (2:00:04 AM): sbb hanya ALLAHlah yg kita perlukan
dia (2:00:14 AM): dari hidup yg sementara ini
saya (2:00:39 AM): terima kasih.....
dia (2:01:11 AM): sama2
saya (2:01:30 AM): erm...
saya (2:01:45 AM): awak ni si 'ibu' atau si 'ayah' ?
dia (2:02:03 AM): eh... sy si ayah
saya (2:02:13 AM): oh...ok..ssbb tak keluar nama awak…keluar id jer..tp sy dah agak...
dia (2:02:41 AM): macam mana leh agak?
saya (2:03:02 AM): sbb jarang wanita boleh beri jwpn begini
saya (2:03:15 AM): selama ni sy bertanya kpd wanita n merujuk buku2....
dia (2:03:33 AM): Allah...
dia (2:03:36 AM): itulah anugerah
dia (2:03:41 AM): manusia saling melengkapi
dia (2:03:52 AM): wanita itu bukan makhluk yg memahamkan
dia (2:04:08 AM): ttpi kalau dia sendiri hayati apa yg dia faham, maka dia akan lebih kuat dari lelaki
dia (2:04:25 AM): memang begitulah fitrah saling melengkapi
saya (2:05:03 AM): erm..kalau x keberatan, nk tanya...awak ni ustaz ker?
dia (2:05:35 AM): sy pernah belajar di Azhar... tp utk sy mengaku "ustaz" xtaulah
saya (2:05:36 AM): sbb jarang sgt2 dgr lelaki 'biasa' boleh berkata2 mcm ni
dia (2:05:48 AM): tp terpulanglah kepada siapa yg nak panggil apa
dia (2:05:50 AM): asalkan panggilan yg baik
saya (2:06:04 AM): di azhar....alhamdulillah...
dia (2:06:09 AM): ya
dia (2:06:10 AM): alhamdulillah
dia (2:06:21 AM): tp isteri saya dari bidang biasa je
dia (2:06:21 AM): grafik
saya (2:06:43 AM): ooo....
dia (2:06:49 AM): di situ sy dpt kenal org2 (wanita2) yg bukan dari kalangan "ustazah"
dia (2:07:08 AM): sbb itu Allah mudahkan sy berbicara dgn pelbagai peringkat
dia (2:07:15 AM): alhamdulillah
saya (2:07:38 AM): suami sy bukan ustaz...tp dr segi aspek kehidupan, especially, kesusahan hidup..
saya (2:07:49 AM): dia boleh fikir mcm ustaz juga lah...
saya (2:08:13 AM): cuma dia jarang bincang isu ni dgn saya
saya (2:08:18 AM): sbb dia risau sy sedih...
dia (2:07:57 AM): beruntunglah
dia (2:08:02 AM): yg penting faham kehidupan
dia (2:08:04 AM): ustaz atau x
dia (2:08:10 AM): Allah ada di hati manusia
dia (2:08:15 AM): bukan kerana nama
dia (2:08:19 AM): tetapi kerana kejujuran
dia (2:08:27 AM): itulah suami
dia (2:08:40 AM): kalau awak dh faham... awaklah yg mulakan
dia (2:08:46 AM): isteri sy pn begitu juga
dia (2:09:02 AM): sy sebagai suami faham... ada perkara2 yg isteri perlu diberi ruang
dia (2:09:10 AM): samada Allah fahamkan dia sendiri
dia (2:09:19 AM): atau belajar dr orang luar
dia (2:10:10 AM): usahalah semula ya... dgn baik sangka
dia (2:10:18 AM): dn sentiasa harapkan bantuan Allah
dia (2:10:50 AM): anugerah itu sentiasa menanti kita... tp kadang2 kita sahaja yg x tau bentuknya
dia (2:10:56 AM): bila masanya
saya (2:11:03 AM): ya..alhamdulillah...dpt rasa semangat sy agak pulih sedikit...
dia (2:11:10 AM): ya
dia (2:11:14 AM): itulah yg setiap suami harapkan
dia (2:11:16 AM): sbnrnya
saya (2:11:46 AM): terima kasih.....
dia (2:11:46 AM): ketika isteri sy bersalin... rasa sakit bersalin yg terasa pn menyebabkan dia fikir utk x nak anak lagi
dia (2:11:56 AM): sy katakan... serahkan urusan kpd Allah
dia (2:12:06 AM): dan biar Allah buat kerjaNya
dia (2:12:10 AM): kita buat kerja kita sebagai hamba
dia (2:12:35 AM): Allah umpamakan hubungan suami isteri sebagai berkebun dalam Al-Qur'an
dia (2:12:54 AM): kerana... usaha petani kadang kala tidak sebagaimana diharapkan
dia (2:13:09 AM): tp kalau terus berusaha... dgn baik sangka... maka dia semakin menuju redha Allah
dia (2:13:23 AM): walaupun masih tiada hasil tanaman
dia (2:13:43 AM): begitu hubungan kekeluargaan yg lebih besar
dia (2:13:51 AM): yg penting... semakin berjalan menuju redha Allah
dia (2:13:55 AM): dgn usaha kita
dia (2:15:04 AM): awak usahalah cara yg lebih
dia (2:15:13 AM): dgn bertahajjud berjemaah
dia (2:15:14 AM): banyakkan baca surah maryam
dia (2:15:21 AM): surah luqman
dia (2:15:22 AM): surah yusuf
dia (2:15:27 AM): insya Allah...
saya (2:15:36 AM): insyaALLAH...
saya (2:15:39 AM): terima kasih byk2
dia (2:15:44 AM): sama2
dia (2:15:55 AM): ketika ada kandungan... insya Allah
dia (2:16:02 AM): banyakkan makan kurma
dia (2:16:02 AM): minum air zam2
dia (2:16:13 AM): banyakkan ziarah orang2 soleh
dia (2:16:14 AM): dn para ulama
dia (2:16:20 AM): agar mereka doakan kandungan
dia (2:16:45 AM): itu antara kemujaraban
dia (2:17:04 AM): yg diajarkan oleh para ulama'
dia (2:17:10 AM): sbb doa mereka berkat
dia (2:17:19 AM): dan didikan juga buat anak sejak dlm kandungan
dia (2:17:25 AM): agar mencintai orang2 soleh
saya (2:18:12 AM): sebelum sy akhiri chat ni,
saya (2:18:25 AM): sy nak tanya satu soalan boleh?
dia (2:19:09 AM): boleh
dia (2:19:21 AM): banyak pn xpe selagi sy x ngantuk
saya (2:19:37 AM): oklah , 2 soalan..
dia (2:19:59 AM): ok
saya (2:20:09 AM): 1. bila n kenapa awk add sy?
saya (2:20:22 AM): just nk tahu...
dia (2:20:33 AM): kalau bila... xtau
dia (2:20:41 AM): tp sbb pn x pasti...
dia (2:20:50 AM): mungkin awak ada menulis sesuatu dlm halaqah
dia (2:20:58 AM): yg sy pn x ingat
dia (2:21:13 AM): tp menyebabkan sy nak bincang dgn awak... tntang apa pn x tau
dia (2:21:18 AM): tp lintasan begitu
saya (2:21:30 AM): ok..kalau begitu, sy yakin..
dia (2:21:37 AM): yakin ape?
saya (2:21:56 AM): yakin ALLAH ingin memberitahu saya sesuatu
dia (2:22:10 AM): ya... sememangnya begitu
dia (2:22:13 AM): insya Allah
dia (2:22:27 AM): sbb at least sudah pn memberitahu awk sesuatu
dia (2:22:28 AM): melalui sy
dia (2:22:41 AM): itulah tndanya
dia (2:23:09 AM): bukan smua org yg masih terus tabah
dia (2:23:15 AM): setelah ujian
dia (2:23:18 AM): tetapi Allah tahu
dia (2:23:28 AM): dlm hati awak ada kejujuran terhadapNya
dia (2:23:32 AM): walaupun masih tidak memahamiNya
dia (2:23:39 AM): maka... sebab itu Dia hargai awak
dia (2:23:45 AM): dn susunkan pertemuan ini
dia (2:24:04 AM): agar awak makin mengenal... siapa Dia yg selama ini menghargai kesabaran awak dalam hidup
saya (2:22:48 AM): tiba2 saya rasa terharu,,,
saya (2:23:00 AM): kerana ALLAH rupanya masih sayangkan saya...
dia (2:24:34 AM): jadi... teruskan baik sangka
dia (2:24:38 AM): dgn berusaha lakukan tugas kehambaan
dia (2:24:48 AM): dan cari redha dan tanda cintaNya...
dia (2:24:49 AM): insya Allah
dia (2:25:16 AM): sy yakin sebagaimana yg sy kata
saya (2:25:19 AM): saya tahu saya x patut berutahu hal ni pd awak, cuma just nk awk tahu n beri contoh pd org lain mcm saya , dimana sejak keguguran kali kedua sy dah agak 'lupakan' ALLAH
saya (2:26:11 AM): sehingga la hari ni, sy rasa dpt rasa ALLAH x lupakan saya sebenarnye selama ini...
dia (2:26:36 AM): ibu xkan lupakan anaknya yg cuba lupakannya
dia (2:26:39 AM): apa lagi Tuhan yg ciptakan kita
dia (2:26:48 AM): lebih merindui kita dari ibu kepada anaknya
dia (2:27:05 AM): sekali-sekala... ibu akan miscall juga kepada anak agar ingat kepadanya
dia (2:27:18 AM): inilah miscall Allah kepada awak dalam kehidupan awak
dia (2:28:06 AM): kalau memang Allah sayang kita... kadang2 merajuknya kita kepada Allah... tidak pernah menyebabkan Allah menjauhi kita... bahkan Dia akan terus memujuk kita
dia (2:28:19 AM): ini semua tanda memang ALLAH syg awak
saya (2:28:37 AM): ok, soalan kedua..
saya (2:33:06 AM): kalau terasa hati, maaf byk2
dia (2:33:18 AM): sy maafkan dr sekarang
saya (2:33:46 AM): erm, memang awk selalu berdakwah mcm ni melalui chat ker?
dia (2:34:04 AM): tngoklah dkwah tu camne
saya (2:34:06 AM): kalau yer, adakah ia dibernarkan syara'?
dia (2:34:12 AM): kadang2 sy chat dgn non muslim..
dia (2:34:19 AM): sudah tentu dibenarkan
dia (2:34:20 AM): macam cakap telefon
dia (2:34:26 AM): dan berutusan surat
dia (2:34:49 AM): Saidina Imam Syafi'e sentiasa utus surat kepada Saidatina Nafisah.. sewaktu di MEsir... minta pendapat
dia (2:35:11 AM): para sahabat r.a. sentiasa bertanya dgn surat kpd isteri2 Rasulullah s.a.w.
dia (2:35:58 AM): sy pn x tau mengapa syarak x benarkan...sdgkan sesuatu perkara itu dibenarkan selagimana ada dalil yang melarangnya
dia (2:36:11 AM): sy pn bukan selalu niat ibadah
dia (2:36:22 AM): dakwah
dia (2:36:30 AM): tp kadang2 nak kenal seseorang
dia (2:36:34 AM): kerana ilmunya
dia (2:36:41 AM): kerana pengalaman hidupnya
dia (2:36:44 AM): tp awak lain sikit
dia (2:36:53 AM): sbb saya hampir x pasti kenapa sy add...
dia (2:37:11 AM): tp selagimana sy tau sy chat bukan kerana maksiat... maka itulah ukurannya
dia (2:37:22 AM): sbb yg halal itu jelas dan yg haram juga jelas
saya (2:37:28 AM): ooo...sy tanya sbb in case sy perlu nasihat di ms akan dtg, maknanya, ia dibenarkan syara' la yer?
dia (2:37:38 AM): sudah tntu
dia (2:37:41 AM): hatta telefon
dia (2:37:43 AM): hatta email
saya (2:37:57 AM): maksud saya ant lelaki n wanita
dia (2:37:58 AM): hatta jumpa saya sendiri ke rumah pun... ketika isteri sy ada
dia (2:38:03 AM): xde masalah
dia (2:38:16 AM): Islam begitu luas memberi ruang dgn batasan yg jelas
dia (2:38:29 AM): sy boleh kenal2 dgn suami awk
saya (2:38:28 AM): takut juga kalau2 ada nas2 kata, wanita perlu tanya kpd wanita sahaja....
saya (2:38:48 AM): maaflah, sy mengaku , sy kurang arif dlm ilmu agama yg ini
dia (2:38:36 AM): x ada
dia (2:38:48 AM): banyak nas para ulama' berguru dgn wanita
dia (2:39:01 AM): imam syafie berutus surat dgn wanita yg berilmu
dia (2:39:08 AM): murid2 ulama' juga ramai wanita
dia (2:39:20 AM): Rasulullah s.a.w. juga sentiasa dikunjungi wanita utk bertanya
dia (2:39:32 AM): selagimana awak tahu sebab berhubung
dia (2:39:38 AM): dn saya tahu kenapa berhubung...
dia (2:39:45 AM): maka itu sudah memadai
dia (2:40:03 AM): kalau rumah sy di putrajaya...
dia (2:40:11 AM): kalau awak dn suami nk jumpa... boleh je
dia (2:40:22 AM): ofis sy di nilai...
dia (2:40:44 AM): isteri saya keje grafik JAKIM
dia (2:41:15 AM): sy boleh bawa (kalau suami awak minat le) jumpa pendidik saya dari mesir
dia (2:41:21 AM): kalau dia datang msia insya Allah
dia (2:41:36 AM): seorang ulama' indonesia yg mengajar di mesir
dia (2:41:44 AM): beliau ialah murobbi sufi
saya (2:41:36 AM): insyaALLAH..so bolehlah sy add awk punya id nih...
dia (2:41:44 AM): boleh2
saya (2:41:46 AM): jarang sy approve request dr org luar
dia (2:41:57 AM): itulah isteri solehah
dia (2:42:03 AM): baguslah
dia (2:42:10 AM): tau siapa yg perlu dihubung
dia (2:42:13 AM): dan siapa yg x perlu
dia (2:42:19 AM): sy respect awak
saya (2:42:27 AM): insyaALLAH...menarik dpt jumpa pendakwah dr mesir
dia (2:42:35 AM): tp orang indonesia
dia (2:42:45 AM): boleh cakap melayu indo
saya (2:42:46 AM): tak kisah asal mana pun...
dia (2:42:49 AM): fahamlah kalau jumpa
dia (2:42:57 AM): kalau dari arab... cakap arab susah sikit
dia (2:43:13 AM): nanti kami buat program awal bulan tiga...
saya (2:43:23 AM): sy memang agak pandag tinggi graduan2 dr azhar ni
dia (2:43:25 AM): beliau ada dakwah di singapore... indonesia dan msia
dia (2:43:28 AM): bolehlah bawa suami jumpa
dia (2:43:32 AM): alhamdulillah
saya (2:43:39 AM): especially lepas tgk cerita 'ayat2 cinta'..
saya (2:43:43 AM):
dia (2:43:43 AM): itulah tanda kecintaan kepada ilmu dan ahlinya
dia (2:43:53 AM): 40% je yg betul
dia (2:44:07 AM): berlakon pn bukan di mesir sy tngok
saya (2:44:25 AM): heheh..tahu jer...cuma respect dgn character lelaki dlm citer tu
dia (2:44:31 AM): tp jalan cerita sangat baik
dia (2:44:32 AM): betul2
dia (2:44:49 AM): pnulisnya adalah murid kepada pembimbing saya itu
dia (2:44:51 AM): ketika belajar di mesir
saya (2:44:58 AM): ha?? ye ker???
dia (2:44:59 AM): habibul rahman
dia (2:45:03 AM): syirazi
dia (2:45:03 AM): ye
dia (2:45:07 AM): dia karang tu sejak di mesir
saya (2:45:07 AM): menarik tuh
dia (2:45:12 AM): sebelum pengajian.. selalu baca sajak
dia (2:45:33 AM): sbb guru pembimbing sy sering mengajar pelajar2 indonesia di Mesir
dia (2:45:48 AM): jadi habibul rahman pn sering ikut pengajian sheikh saya itu
saya (2:46:22 AM): wah...x sangka jumpa org yg kenal penulis cerita tu...
dia (2:46:43 AM): sy x sempat le jumpa... guru saya yg jumpa
dia (2:46:44 AM): sy pergi lewat
dia (2:46:52 AM): dia dah balik indonesia dah
dia (2:47:13 AM): tp senior sy ceritakan.... habibul rahman sering rapat dgn sheikh murobbi sy tu
saya (2:47:26 AM): kagum juga dgn character isteri dia tuh....
saya (2:47:37 AM): kalau sy ditempat dia....
saya (2:47:42 AM): huh...tak mampu kot
dia (2:47:45 AM): itulah... perempuan kalau tabah... memang tabah sungguh
dia (2:47:57 AM): yg penting setelah dapat kuncinya
dia (2:48:11 AM): iaitu... dia tahu apa yang dia cari dalam hidup ini
dia (2:48:16 AM): iaitu redha ALLAH
dia (2:48:28 AM): itu sudah memadai utk menjadi bekal harungi hidup yang sementara
saya (2:48:37 AM): betul...walaupun jauh di sudut hati dia...dia sebenanrnyer cemburu...
saya (2:48:49 AM): cerita benar ker nih???
dia (2:48:50 AM): cemburu itulah "ujian"
dia (2:48:55 AM): x taulah sy
saya (2:48:59 AM): musykil nih...
dia (2:49:13 AM): tp memang banyak perempuan yang dimadukan
dia (2:49:25 AM): ketabahan mrk itu adalah contoh ikutan
dia (2:49:31 AM): kepada wanita2 lain
dia (2:49:56 AM): bahawasanya... kalau seseorang wanita itu tahu apa yg dia cari... maka mudahlah untuk dia korbankan sesuatu utk dapatkan apa yang dicari
saya (2:49:52 AM): sy memang x tabah.....
dia (2:50:10 AM): banyak jenis tabah dlm hidup ini
dia (2:50:11 AM): insya Allah...
dia (2:50:17 AM): Allah uji awak dgn cara berbeza
saya (2:50:17 AM): mungkin sbb itu, ALLAH pinjamkan suami saya sbgai jodoh saya...
dia (2:50:26 AM): alhamdulillah
dia (2:50:37 AM): yg penting apa yg dlm kehidupan awak itu
dia (2:50:39 AM): harunginya terus
dia (2:50:45 AM): dgn baik sangka
dia (2:50:46 AM): dan kerana Allah
saya (2:51:02 AM): terima kasih...
saya (2:51:16 AM): dah lama saya x berbaik sangka dgn ALLAH...
dia (2:51:25 AM): mulakanlah
dia (2:51:32 AM): Allah melihat yg sekarang
dia (2:51:41 AM): dan mintalah ampun dari Allah tentang apa yg dah lepas
dia (2:51:46 AM): dan mintalah bantuan Allah tentang apa yg akan datang
saya (2:51:48 AM): sure....
saya (2:52:04 AM): oklah...saya rasa saya kena tidur skrg ni
dia (2:52:18 AM): ye... betul tu... silakanlah
dia (2:54:33 AM): nanti sy hadiahkan
dia (2:54:33 AM): macam dlm blog tu
dia (2:54:42 AM): "menyingkap tabir bahagia"
dia (2:54:55 AM): bila2 dapat jumpa dgn suami...sy bagi buku tu
dia (2:54:59 AM): insya Allah
saya (2:55:11 AM): eh, betul ke nak hadiahkan...
dia (2:55:19 AM): xde masalah
dia (2:55:28 AM): tnda sy hargai "mengenal awak"
dia (2:55:36 AM): menyebabkan sy mengenal siapa sy
dia (2:55:44 AM): di hadapanNya
dia (2:55:51 AM): dalam kehidupan kami sekeluarga
dia (2:55:59 AM): bila2 jumpa bagitaulah
dia (2:56:39 AM): bagitaulah suami awak... kalau ada masa.. singgah le putrajaya
dia (2:56:39 AM):
saya (2:56:56 AM): insyaALLAH....
dia (2:58:00 AM): yg penting siapa kita di sisi Allah
dia (2:58:06 AM): itu yg paling membahagiakan
dia (2:58:17 AM): bila kita fokus hanya pada pandangan ALLAH kepada kita
saya (2:58:47 AM): terima kasih byk2 sekali lagi
dia (2:58:55 AM): ya
saya (2:58:59 AM): susah nk cakap apa yg sy rasa skrg
dia (2:59:00 AM): terima kasih banyak2 juga
saya (2:59:13 AM): mcm dh lama tersungkur..and ada tgn tarik sy tiba2
saya (2:59:17 AM): dlm gelap...
dia (2:59:17 AM): ya, yg penting... awak "Rasa"
dia (2:59:33 AM): ya... banyak lagi yg awak boleh rasa
dia (2:59:40 AM): kalau terus baik sangka dgnNya
dia (2:59:43 AM): insya ALLAH
saya (3:00:06 AM): oklah ustaz
dia (3:00:09 AM): kirim salam pada suami ye... saya ajak dia jumpa... bila2 free...
saya (3:00:12 AM): kirim salam dgn isteri awk yer...
dia (3:00:18 AM): insya Allah
saya (3:00:23 AM): insyaALLAH
dia (3:01:14 AM): guru sy jugak yg bagi
dia (3:01:16 AM): dari mesir
saya (3:03:08 AM): InsyaALLAH
dia (3:04:35 AM): syukran
saya (3:05:14 AM): ok..terima kasih byk2 again..n again...
saya (3:05:25 AM): so...stop here k?
saya (3:05:31 AM): assalammualaikum.
dia (3:05:42 AM): w/salam warahmatullah wabarakatuhu

_______________________________

si dia adalah seorang hamba ALLAH , graduan Al-Azhar, yg saya kenal dgn tiba2, secara kebetulan, yg saya yakin diaturkan oelh ALLAH, dan saya rasa dan yakin bahawa ALLAH ingin memberitahu saya sesuatu tentang persoalan2 , kesedihan2 yg kadangkala mebuatkan saya 'marah' dan putus asa terhadap diri sendiri melalui dia...melalui dia juga , saya sedar ALLAH tidak lupakan saya sebagaimana saya sering lupa pada NYA n alpa pada kehidupan duniawi sejak akhir2 ini...uhuk!!!

saya juga pertama kali merasakan sesuatu yg luar biasa dlm hati saya..iaitu kasih sayang daripada NYA dan sekaligus merasa CINTA kepada NYA..selama ini saya hanya TAKUT pada ALLAH, takut dimurkaiNYA unt berbuat sesuatu yg dilarang dan menurut perintahnya kerana ingin mendapat keredhaan ALLAH...tetapi melalu chatting ini, ALLAH telah membuat hati saya merasakan limpah kasih sayang NYA agar saya tidak terus hanyut dgn kemarahan , kekecewaan hati saya, putus asa, patah semangat, dan makin jauh dari NYA..dan anehnya, dlm masa yg sama,turut juga merasakan CINTA kpdNYA..hanya melalui chatting dgn insan yg dipilih ALLAH untuk 'berbisik' ke dalam hati dan jiwa saya...Subhanallah...
Terim
a kasih YA ALLAH!!!

- "Allah nak 'sayang' kita dgn cara Dia, bukan dgn cara kita"-

______________________________

Tidak lupa dan sudah tentu jutaan terima kasih dtujukan kepada Ustaz tersebut, insan terpilih oleh ALLAH untuk membisikkan hidayahNYA kepada saya yang lemah, hina ini...
Semoga ALLAH melimpahkan RahmatNYA buat kamu dan keluarga...terima kasih!

Nota : Bersyukur kerana kak Siti dipertemukan dengan azhariy yang begini. Alhamdulillah. Besar maksudnya kalam bicara Ustaz tersebut.(Masih ada mutiara Al-Azhar yang menyinar indah) Alhamdulillah. Saya sendiri 'speechless' selepas membaca luahan dan perbualan ini. Allahumma Ya Allah janganlah cinta kami kepada insan yang kami sayangi melebihi cinta kami kepadaMu, dan jangan Ya Allah palingkan hati kami setelah kami dapat merasakan nikamt kasih sayangMu ini. Terimalah kami Ya Allah untuk bertemuMu dan bertemu dengan kekasihMu.Ameen