Tuesday 14 October 2008

Bacaan Tetapku Yang Mengundang Air Mata

Daripada Ibnu Mas'ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:"Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah." Allah berfirman: "Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa." Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila' la." Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah." Kami bertanya: "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis. Kemudian baginda bersabda: "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua." Semakin Tenat Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya Rasulullah?" Kemudian ia berkata lagi "Assolah yarhamukallah." Fatimah menjawab: "Rasulullah dalam keadaan sakit?" Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: "Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat." Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?" Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: "Ya ma'aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini." Malaikat Maut Datang Bertamu Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja. Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!" Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit." Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?" Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma." Rasulullah SAW bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?" Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda." Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: "Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur." Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan 'Assalamualaika ya Rasulullah." Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang. Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? "Saya tinggal ia di langit dunia?" Jawab Malaikat Maut. Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah." Ketika Sakaratul Maut Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: "Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu." Baginda SAW bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu." Baginda SAW bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti." Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?" Jibril as bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: "Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?" Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu." Maka berkatalah Rasulullah SAW: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?" Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW. Ali ra bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga. Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut." Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?" Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW. Kesedihan Sahabat Berkata Anas ra: "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'ir." Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu'az bin Jabal ra telah berkata: "Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: "Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu'az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah." Mu'az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim?" Setelah itu ia lalu mengerjakan solat. Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu'az berkata: "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?" Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman. Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu'az berkata kepada mereka: "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu'az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?" (Az-Zumar: 30). Maka menjeritlah Mu'az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi: "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?" (Ali-lmran: 144) Maka Mu'az pun menjerit lagi: "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?" Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: "Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala." Kemudian ia berkata: "Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?" Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati." Lalu Mu'az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu'az bertanya kepada orang tersebut: "Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu'az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu'az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu'az: Wahai Mu'az sedarlah dan bangunlah." Ketika Mu'az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu'az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Mu'az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?" Mu'az menyambungnya: "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?" Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi. Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: "Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu'az yang sedang pengsan. Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu'az, lalu ia berkata: "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu'az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Sampaikanlah salamku kepada Mu'az." Maka Mu'az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah m
enghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra." Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu'az mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?" Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu'az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahli bait." Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: "Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu'az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW." Kemudian Fatimah berkata lagi: "Masuklah wahai Mu'az?" Ketika Mu'az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu'az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama." Kemudian Mu'az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.

Berakhir kehidupan seorang insan tergaung

********

Lemah Jua!

Malu rasanya untuk memulakan butir bicaraku..namun inilah hakikatnya dalam sebuah perjalanan yang belum kutahu panjangnya....di sebuah sudut perhentian di tepi jalanku, aku berhenti disebuah destinasi yang wajib ku lalui sebagai seorang pelajar yang mengambil jurusan teknologi maklumat..itulah dia alam praktikal yang tak pernah ku tahu rupa bentuknya...bujurkah atau bulatkah? Yang pasti perhentian ini banyak mengajarku...erti kesabaran, erti sahabat, erti kekuatan, erti keluarga dan yang paling utama erti perjuangan dunia dan akhirat....Ya Allah banyak kesalahn yang telah ku lakukan..ampunilah aku ya Allah tuntuni langkahku...kini seolah-olah 24 jam kurniaan ilahi itu bagai 24 minit cuma... itulah natijahnya diatas kegagalanku..memanfaatkan masa..Allah maha mengetahui..tentunya DIA tahu 24 jam itu mencukupi untuk hambanya cuma kau sahaja yang merasakan ia tak cukup dek kubutuhanku untuk menguruskan masa menjadi sia-sia....diri ini ingin kembali ke alam ku seperti dahulu...Ya Allah bantulah aku....inginku asah mata pena kembali..izinkanlah Ya Rabbi..

14 Mac 2008
Tapak Lama [serikandiislam.blogdrive.com]

Aku Dan CintaMu

Tuhan seandainya hari ini yang terakhir buatku,
Maka tentukanlah setiap helaan nafasaku,
Dalam kalimah dan NamaMu,
Yang Maha Besar,
Yang Maha Agung,
Denyutan nadiku hanya untuk mu Rabbi,
Kuatkanlah langkah kaki ku,
Agar bisa ku melangkah lebih jauh mendekati kuasaMu tuhan…

Hanya kepadaMu ku pohonkan tuhan…
Tiada siapa yang mengerti perjalanan qalbu ini,Wahai kekasihku yang abadi,
Hanya KAU,
KAU yang tiada tandingan,
Bagaimana bisa kuteruskan hidup tanpaMu disisi,
Walau ku leka pada setiap masa kurniaan Mu,
Jangan kau biarkn aku terkorban,
Dengan dunia yang menghancurkan keindahan cinta ini,
Tak sanggup aku kasih untuk mencemar nilai cintaMu,
Ku rayu pada Mu Kasih,Renunglah pada aku yang kerdil ini walau sesaat cuma,
Agar ku dapat genggam kemas madu asmara ini,
Sungguh akan kupersembahkannya pada pertemuan abadi
Yang akan berlaku diantara kita,
Aku akan dimandikan dan diletakkan wangi-wangian
tatkala jasad ini dibawa menghadapMu,
Ramai yang akan menyaksikan upacara pertemuan kita
Tuhan aku belum mengerti,
Akan kekuatan yang ada disisi,

Mampukah aku menghadap Mu,
Walau nuraniku begitu merindui rahmat dan inayyah Mu.
Tuhan aku masih meragui kekuatan insan disekelilingku,
Mampukah mereka menghadai sebuah perpisahan yang hakiki,
Tuhan beri aku,
dan mereka kekuatan,
Agar kami bisa menerima perjalanan
Sebuah kehidupan yang telah KAU catitikan
Diatas illiyin terindah di luh mahfudz sana.

12 Jan 2006

Wanita Suci

Bulletin dr frenster dr seorang sahbat yg begitu menyentuh hati.. masya Allah sebak hati ini meniti bait-bait ini.....Wanita Suci Mungkin aku memang tidak romantis, tetapi siapa peduli? Kerana kau tidak mengenaliku dan memang tidak perlu mengenalku. Bagiku kau bunga, tidak mampu aku samakanmu dengan bunga terindah sekalipun. Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna dan tertinggi. Bagiku dirimu salah satu dari semua itu, kerana kau tidak memerlukan persamaan. Wanita suci, Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh, kerana akan membuatku mengingatmu. Bererti memenuhi kepalaku dengan keinginan terhadapmu. Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku. Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sehangat semangat mentari. Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur. Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci. Wanita suci, Berdua-duaan menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tidak berpenghujung. Ada ingin tapi tiada henti. Menyentuhmu merupakan ingin diri, walau hujung penutupmu pun tak berani kusentuh. Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku kerana sucimu kau pertaruhkan. Mungkin kau tidak peduli Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah. Dan tak lebih dari wanita biasa. Wanita suci, Jangan pernah kau tatapku penuh Bahkan tidak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku. Bukan kerana aku terlalu indah, tetapi kerana aku seorang yang masih kotor. Aku biasa memakai topeng keindahan di wajah burukku, mengenakan pakaian sutera emas. Meniru laku para insan suci, walau hatiku lebih kotor dari lumpur. Kau memang suci, tetapi masih sangat mungkin kaudimanipulasi. Kerana kau sebenarnya hanya manusia - hanya wanita. Wanita suci, Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu ke hadapan Tuhanmu. Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam kitab suci, tidak perlu difikir lagi. Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam kalimah akad yang indah. Atau kejar sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah. Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci. Wanita suci, Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas. Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu, mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tidak ada sampai kau mati. Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini. Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bina dengan segala kekhusyukan tangis doamu. Wanita suci, Pilihan Allah tidak selalu seindah inginmu, tetapi itu pilihan-Nya. Tidak ada yang lebih baik dari pilihan Allah. Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih. Seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya. Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang KekasihTertinggi. Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.

05 Jan 2006

Buat Yang Tersungkur....

Kenali dirimuKalau kau paham dirimu sendiri,Kan bisa kau pisahkanyang kotor dari yang suciPertama, akrablah dengan dirimulalu jadilah pembimbing lingkunganmuKalau kau kenal dirimu, kau kan tahu segalanyaKalau kau paham dirimu, kau kan lepas dari bencanaKau tak tahu nilaimu sendiriSebab kau tetap beginiAkan kau lihat Tuhan, kalau kau kenal dirimu sendiriLangit yang tujuh,dan bintang yang tujuhadalah budakmuNamun kasihan,kau tetap membudak pada ragamuJangan pusingkan kenikmatan hewaniKalau kau pencari surgawiJadilah manusia yang sejatiTinggalkan tidur dan pesta riaTempuhlah perjalanan batin bak pertapaApa pula tidur dan makan-makan?Itu urusan binatang buasDengan ilmu jiwamu bertunasBangunlah, sekarang jugaSudah berapa lama kau tidur?Pandanglah dirimu sendiriKau sesungguhnya luhurRenungkan, coba pikirkan dari mana kau datang?Dan kenapa kau dalam penjara ini sekarang?Jadilah penentang berhalabagai Ibrahim yang pemberaniAda maksudnya kau dicipta seperti iniSungguh malukau terlantarkan tujuan penciptaanmu ini...........

31 Oktober 2005

Marhaban Ya Ramadhan

Erm, diam tak diam dah setahaun rupanya usia blog nih...macam2 dugaan yang datang....setelah kepenetan progran minggu kaunseling kat kolej dan menjalani embun hidayah the excellent journey camp.....as teh assistant director, rasa macam2, sedih, penat gembira semua lah pendek kata macam2 ada.....apa pun kemuncak segala program muktamar kat Institut Pentadbiran Islam Perak, ipoh...dan akhirnya disini kembali dengan segala macam dugaan menyambut ramadhan... rasa bersyukur yang amat, bila Robbul Jaleel masih memberikan ruang kepada si faqir yang hina ini untuk menjalan sekali lagi ibadah puasa dalam hayat yg pendek dalam ketentuannya.......gembira rasanya ramadhan kali ini sebab kakak tersayang disi tambahan adernye kehadiran orang baru dalam family, rasa seronok sangat.....alhamdulillah keseronokkan ramdhan amsih apat dirasai meski pun sham demam panas yang teruk, hari pertama puasa, lepas habis kelas petang terus balik rumah walaupun dalam keadaan yang lemah dan tak larat...semangat yanga der nak berbuka dengan family and nak berterawih dengan 2 sahabat baik.....tapi tak kesampain hajat tu, sekadar berbuka dengan family and berterawih sendirian, sham demam teruk, niat nak berterwih bersama sahabat tercinta dibawa ke malam esoknyerr tapi tak jadi jugak sebabs ahbat ku bukan lagi seorng pelajar tapi seorng pekerja sudah....masa di antara kami sangat terbatas.......namun itu bukan alasan kepada kami utnuk merenggankan ikatan hati dalam menerus agenda perjuangan yang kami dukung ia itu ISLAM tercinta.. insyaAllah smoga kita istiqomah hendaknya............satu pohonan aku padaMu ya robbi.....semoga akan ada lagi ramadhan untukku, dan semoga juga ramadhan ini menjadi yang terbaik seklai, Ya Allah ku pohon pada mu Ya Allah kembalikanlah ikatan2 hati yang pernah berpadu diantara hamba-hambamu di dalam ramdhan yang lepas sungguh ku rindui ikatan dan kehangat ukhuwwah itu, tak kira alam maya mahupun ukhuwwah alam nyataku...maqbulkanlah doaku Ya Allah......tetapkan lah hati2 kami dia tasa landasan perjuangan ISLAM yang sebenar....insyaAllah.............Takbir Allahuakbar!!!!!!!!!!!!!

17 Oct 2007

Luahanku

TO: MY NEAREST FRIENDS ESPECIALLY SOME OF MY HOUSEMATE!!Taking advantage on me is not a brilliant job. All the way i was really good and nice to you and now you let me regret for all that..heart wishpered why i was there for every momment you need me but at the end when you look at the shining of the stars that seems nearer and beuatiful you kick me to the depth od drain..but my mind tells my herat that it is my responsibility to Allah and you as well as a friend, but am i there as your good friend to let you to step on me? i never be good to you to open a door do let you to put your leg on top of my head, never.....never dear never....who are you to step on me? i just want you to know that i don't need you guys to enjoy my life, i've my lord Allah SWT, i've my lovely family and great friends...i don't need any relation from anybody that make funny of the law oh Allah, that made the nafs become a strong reason to you to enjoy your life.... forget it! i'm still here and will here as long as Allah wanted me to be here, i never be here because of you people...remember there is no great power then HIS power.....this is my final way to show my feelings....if you think it's not the way...just walk off don't look at me anymore i don't need you, if you want me, uphold the quran and sunnah i'll be there by my self, mistake is not something that we do it with our realization!May Allah give HIS hidayah to Us!

23 Sept 2005
Tapak Lama[serikandiislam.blogdrive.com]

Life

life,
it's comes and goes,
it can never be understood,
it stays tight,and,
somehow it stay lose,
knockng the heart,
bringing out the freedom,
but why?
it's dosen't stick,
why?why?
i hold it tight,
but still it's not there with me,
i'm here and still here,
but things goes never back,
things comes never same with things goes,
why must i face all this things?
ya!life full of questions,
??????????????????
why?why?why?and why?
you shouldn't come,
if you're not mine,
never give hope,
when it's never say to stay,
never give smile,
if it's there just to ask me why and why!
never say HI!
when it's there to say BYE!

13 Spt 2005
Tapak Lama [serikandiislam.blogrive.com]

Terluka Jua...

Dibenakku tersemat sbuah soalan yang tak kutemui jawapan. kenapa mesti lembaran perjalana hidupku disulami bunga-bunga duka dan buaknnya bunga-bunga gembira..ermm barangkalai gembira bisa membuatku lupa pada tuhan..ermm adakah itu jawapan untuk persoalanku?Sahabat, jangan kau goyah dengan bisikan perasaan yang bisikan oleh syitan laknatullah, kerana aku disini masih bisa seprti dahulu, tidak pernah terlintas dihatiku untuk melukai mu namun kini aku yang terluka dek kerana kegoyahan dirimu pada bisikan syaitan yang mencemburui ukhuwwah kita, tak lupa pada manusia yang lupa akn msisinya ke dunia yang sering ingin melihat kita tersungkur dan kecewa, biarkanlah bayu fitnah itu berterbangan kuatlah wahai hati kerana Allah bersama dengan orang yang sabar dan benar, sahabat lihatlah pada hari semalam yang kita lalui apakah tercalit walau sekelumit ira pada wajah ini yang aku akan melukaimu? nescaya jawapanya tidak kerana dari semalam aku telah diajar untuk meniti diatas bumi sementara dengan berpegang pada kuasa yang maha kekal.....renungkanlah wahai sahabat....seandainya kau masih tidak temui jawapan nescaya di mahsyar kelak akan kau ketahui jua...biarknlah zarah-zarah fitnah yang berbisa itu berlalu begitu saja, ia akan datang dan pergi selagi kita bergelar manusia. sahabat, ukhuwwah yang termetrai suatu ketika dulu masih segar di qalbuku, walau hari ini kau mendamparkannya jangan lupa aku dibelakngmu yang telah mengutip kembali sinar ukhuwwah itu, kerana aku sayang akan ukhuwwah itu..ianya milikku yang akan bersamaku dunia dan akhirat, insyaAllah..
Teman yang Soleh..
Malunya mengatasi perawan, Beraninya mengatasi Pahlawan,
Cintanya bukan pada Gambaran, Rindunya bukan pada pertemuan,
tapi pada hatinya tesirat Taqwa dan Keimanan"

15 Sept 2005

Mujahadahku

Di kala rembulan menyinsing,
Dahi mencecah sejadah
Qalbu merintih menginsafi
Noda dan dosa

Hidup insani aku kian hilang sinarnya
Bersalut lumpur kehinaan
Air mata luluh
Seiring menyedari kekuasaan DIA pencipta,
Lautan air mata,
Lambang diri mrangkak gunung taubat
Demi sebuah cinta dan redha

Telah lama aku mengembara
Jauh ke tengan samudera duniawi
Namun kegagalan jua kutemui
Di lautan yang tak berpenghujung itu
Ku tahu,
Kegagalan itu bisa menjadi tangga
Mengatur langkah menuju destinasi
Segunung rindu
Menggapai secangkir
Cinta Nan Indah milik DIA Robbul Jalil,

Betapa di sujud ini,
Ku tak mampu mengangkat wajahku,
Menghadap mu,
Walau untuk seketika,
Sungguh tak kusedar
Panah kehidupanku jauh tersasar,
Aku ingin kembali pada DIA
Namun tidakkan aku terlewat?
Dunia sudah dipenghujung
Baru kini QalamNya ku kunjung

Taburan bintang kubilang,
Melangkah ke jalan terbilang,
Jalan ku jalan keredhaNya
Mujahadahku bermula sudah,
Kekentalan terpahat sudah,
Meniti mehnah tanpa bimbang,
Hanya memohon lembaran masa
Pengakhiran ini ingin ku abdikan
Sepenuhnya kepada DIA
Tanpa sedikit pun bertangguh
Biar tinggal seketika Cuma
Sebuah kepastian kan ku genggam!!

11 Ogos 2005

Lentera Ini

hari ni diriku berpenghujung dimedan kebuntuan,
keresahan menjadi teman tatkala diri diulit gelisah,
entah bagaimana,dimana jalanana hadapan ku,
entah apa yang bisa ku patri demi memastikan jambatan hari ni teguh untuk membina
masa hadapan yang gemilanag jua
Ya robbi beri ku kekuatan
tetapkanlah hidup dan mati di jalan Mu Ya Allah,
Abadaikanlah hidup ini kepada seorng mujahid walau
diriku sendiri tak pasti
layakkan ku mndamba seorang pejuang sedang diri
masih merangkak di jalanan Mu tuhan...

hanya KAU yang maha mengetahui....
beriku kekautan
beriku ketabahan
istiqamahkan qalbu ku ini
di persada jihad mu
insyaAllah.......

10 Ogos 2005

Monday 13 October 2008

Bila Jejari Menari Semula

Sudah lebih sepurnama lamanya jejari ini tidak menari mengukir coretan kehidupan ini..Sebenarnya tidak ku merancang untuk mnejauhkan diri dari dunia bloggersku yang sememangnya sering mendidik diri ini menambahkan ketaqwaan dan kekuatan,cuma lantaran hamba yang hina tidak bisa mnegatur masa yang diberikan rafi'ul a'la menjadikan diri sentiasa kehilangan masa untuk menjejakkan diri ke dunia yang sememangnya diri ini cipta untuk bersama insan2 lain dibatas garis dunia ciptaan khaliq dalam menacri nur taqwaku namun diri ini tewas pada dugaan sekecil cuma... apa pun dalam pelbagai dugaan kudiberi khabar gembira...kakakku "abi"selamat melahirkan seorng bayi lelaki yang sangat comel...begitu bersyukur diri ini kepada Allah yang adil...betapa DIA begitu mengasihi hambanya...........itu yang dikatakn pelangi sesudah taufan...ini kata2 yang bisa seorng teman hulur buat diri ini agar diri terus tabah meniniti sebuah titian yang bernama kehidupan....kuhitung hari2 yang telah berlalu namun yang menyapaku hanya sebuah kehairanan......entah mengapa hidup ini sering dibasahi hujan derita lebih pada salju gembira yang ku harapkan.......yang pasti semakin diri ini bergelut dengan badai kehidupan untuk mengahampiri mahabbah hakiki Ar-Rahim...semakin aku lemah dipinggiran rona kehidupan yang sering membiarkan diri terluka.....dari hari kehari kumenanti dengan pasrah untuk sebuah sinar yang akan membaa bayu deritaku berlalu pergi.......semoga derita duniawai ini bisa mengentalkan diriku meniti mujahadah yang akan membawa diri ke perairan yang hakiki..............disitu diri dibangkitkan semula....dan disitu akn kuketahui segala rahsia.......Ya Allah kupinta padamu..berilah kekuatan padaku,istiqamahkan
diriku diatas kalimahmu Ya Allah....tentukanlah hidup dan matiku hanya untuk Mu.....

11 Julai 2005

Wahai wanita jangan kau terpedaya dengan kehendak lelaki...percayalah lelaki yang soleh tidakkn melihat dirimu dari paras kecantikan justeru itu usahlah kau mngubah ciptaan robbul jalil demi mneggapai sebuah cinta dan kebahagiaan yang hanya bersifat sementara....
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melaluikeseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melaluikeayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melaluiakhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuandengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takutmemberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu menjadikan cinta sebagai permainanyakerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuanlelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan. Jika benar Bahagia itu pada rupa Ditempa oleh wajah rupawan (wah! isteriku seorang jelitawan) Kenapa Charles & Diana berpisah?

Oleh itu wahai wanita sekalian carilah lelakai yang mampu mebuatkan dirimu tunduk pada hukum Allah janganlh kau menabaikan hukum Allah hanya kerana sebuah cinta yang belum pasti..walauapun ia didalam sebuah perkahwinan, seandainya lelaki itu mahukan diri mu mengabaikan Hukum ALlah maka ingatlah sesungguhnya "Tiada kemaksiatan dalam keta'atan kepada Allah"Wahai lelaki jaganlah kau menagungkan kecantikan paras rupa kerana kecantikan itu hanya sementara...terimalah suri hidupmu dengan seadannya jangan sesekali kau mengarahkan suri hidupmu mengubah fizikalnya hanya untuk memenuhi tuntutan nafsu mu..
Nabi haramkan cabut bulu di muka untuk cantik KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan,terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertamadipandang orang apabila berjumpa.

Justeru itu, ramai di kalangan wanita sanggupmembelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkanwajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajahdan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening ataualis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian ataukesemuanya sekali.Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alatsolekan seperti celak dan pensil alis sehinggakelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlahperkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapisudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelumkedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini.Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek dipasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening ataualis yang sesuai dengan raut wajah seseorang bolehdibentuk dengan mudah.

Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidakbercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidangpersolekan.Merujuk kepada teks syarak berkaitanpersoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secaralangsung perbuatan mencukur bulu kening.Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitandengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaqpergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteriRasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangatjelita.Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukumseorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapatdi dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyahmenjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimusedaya yang kamu mampu."Hadis kedua diriwayatkan olehAl-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkanbahawa Rasulullah saw bersabda:"Allah melaknatwanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka(al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur ataumencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yangmengasah gigi supaya kelihatan cantik.

Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."Mengenaihadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapanAisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanitaboleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untukmenghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat danbintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak bolehmencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklahbulu kening untuk membentuk alis mata yangcantikMengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskanpengertian al-Namisah. Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanitayang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasanmuka dengan tidak menggunakan alat pencabut.Ibn Hajarpula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabutbulu-bulu di muka dengan alat pencabut.

Abu Daud pulaberpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabutbulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisaupencukur sehingga kelihatan halus.Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisahmerangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-buludi muka untuk kelihatan cantik dan berseri.Majoritifuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu keningsehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama adakepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itutermasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allahsebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalupanjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik,bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatanhalus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaanAllah.

Kesimpulannya, berhias untuk suami adalahdiharuskan tetapi membentuk bulu kening denganmencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yangcantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarangtanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasukmuka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalahdibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untukmenambat hati suami atau sebagainya, jangan sampaiterkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akanmenggadaikan diri sendiri.
Wallahu a'lam

08 Mac 2005

Negaraku..

Hakikat berfurdah dinegara yang kita katakan negara islam...dipinjam dr blog ukhtie nailofar..ehsan dari blog--idelis mahasiswa

Salahkan siswi itu berpurdah ?
Baru-baru ini seorang siswi di sebuah IPT tempatan disaman kerana kesalahan memakai purdah di dalam kampus. Peruntukan untuk peraturan melarang memakai purdah jelas dinyatakan dalam peraturan kod etika berpakaian IPT tersebut. Peruntukan tersebut menyebut:"any form of clothing that covers the face is prohibited."
Salahkah siswi itu berpurdah?

Penulis teringat sebuah kes yang hampir sama isunya; Hjh Halimatussaadiah v. Public Service Commission, Malaysia [1994] 3 MLJ di mana Mahkamah Agung ketika itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk mengesahkan pemecatan perayu daripada jawatannya sebagai kakitangan dalam kerajaan negeri Perak.
Apakah kesalahannya?
Dia berpurdah di tempat kerja – enggan mematuhi arahan dalam surat pekeliling yang dikeluarkan – lantas dipecat. Surat pekeliling tersebut antara lain menyatakan:"…However, 'jeans', 'slacks', shorts and any dress covering the face are not permitted to be worn during work."

Dalam Islam tidak dilarang perempuan memakai purdah dan tidak pula diwajibkan memakainya. Bebas kepada muslimah memilih untuk memakainya ataupun tidak.
Dalam konteks siswi IPT tersebut, dia memilih untuk memakai purdah. Penulis yakin dan percaya dia mempunyai alasan yang kuat untuk memakai purdah, tidak taqlid buta semata-mata.

Hak siswi ini terjamin di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan: Bebas untuk mengamalkan agamanya!!
Namun kebebasan agama yang dijamin di bawah perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan tidaklah mutlak kerana perkara 11(5) tidak membenarkan sebarang tindakan yang bertentangan dengan sebarang undang-undang am berkaitan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau kemoralan.

Tetapi, adakah dengan siswi itu berpurdah bisa mengganggu ketenteraman awam di kampus? Adakah pakaiannya itu membuatkan rakan-rakan dan orang-orang di sekelilingnya berasa tidak selamat?

Zainur Zakaria (1993) dalam artikelnya yang mengulas keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Hjh. Halimatussaadiah berkata:"Surely it cannot be said that the practice of the Plaintiff in wearing the purdah was contrary to public health or morality. The only ground perhaps on which the Plaintiff could be prohibited from wearing the purdah would be on the ground that it was contrary to public order."

Ini bermakna Mahkamah melihat pemakaian purdah sebagai mengganggu ketenteraman awam.
Mengimbas definisi 'public order' secara lalu maka penulis ketemu definisi yang diberi Hakim Abdoolcader di dalam penghakiman kes Re Application of Tan Boon Liat @ Allen [1976] 2 MLJ 83:"The expression 'public order' is not defined anywhere but danger to human life & safety and the disturbance of public tranquillity must necessarily fall within the purview of the expression."
Mungkin ada benarnya kata-kata Hakim Mohd. Noor Abdullah di dalam kes Meoratiqulrahman [2000] 5 MLJ 375:"seorang yang memakai purdah yang memperlihatkan kedua matanya sahaja seperti dalam kes Hjh. Halimatussaadiah tidak dapat dicam atau dikenalpasti, sifulan atau sifulan, lelaki atau perempuan."

Penulis bersetuju dengan Hakim Mohd. Noor tetapi masyarakat tidak boleh dibiarkan meletak prejudis yang melampau terhadap setiap wanita Muslim yang berpurdah. Sikap itu adalah jumud dan sempit dalam keadaan negara yang aman damai sekarang di bawah kepemimpinan kerajaan Islam Hadhari.

Sebagai kesimpulannya, pihak berautoriti di kampus berkenaan perlulah terlebih dahulu membuktikan bahawa pemakaian purdah atau niqab ini jelas membahayakan ketenteraman dan keselamatan awam sebelum pemakaiannya dilarang. Bagi penulis, hanya bukti yang tuntas mampu menjustifikasikan larangan tersebut.
Wallahua'lam.

25 Feb 2005

Jiwaku Merintih..

Dari LAB "a" International Islamic College......sebenarnya tak terlintas langsung untuk menekan papan kekunci ini mengikut gerak hati..namun hampir 4 hari jiwa ini resah tak semena,air mata menjadi sahabat karib, hanya pada DIA tempat sham meluah namun sham sendiri tak tau kenapa jiwa ini terus menerus bergolak,tiap detik yang berlalu kini sham terasa yang diri ini terlalu hina tidak layak mendiami bumi Allah...sham malu pada diri sendiri yang begitu mudah menitiskan air mata untuk ujian sekecil cuma, namun dimana kudrat sham untuk menghalang air mata yang memecah temboknya,tewas dengan ujian sudah seringkali sham alami namun entah mengapa kali ini sham tak nak tewas,sham mahu kuat sham mahu tabah tapi dimana kekuatan sham,rakan-rakan disekeliling terasa hati dengan hakikat hukum Allah yang cuba sham peringatkan bukan untuk mereka tapi permulaan dan pengakhirannya peringatan itu adalah untuk diri sendiri,sahabatku mengertilah yang kau terasa bukan dari kata2ku tapi itu adalah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita sebagai khalifahnya....betapa sayangnya diri ini pada kalian sehingga akhirnya terluah sesuatu yang sukar diri ini luahkan... jiwa ini terlalu sepi hanya alunan zikrullah yang mengisi kekosongan,disitu ketenangan ku kini... dikala malam gulita semua insan nyenyak di pembaringan tapi diri ini masih diawang-awangan memikirkan msa hadapan dan mungkin sekali kegagalan..ternyata sham disini tidak sekuat dan setabah pejuang2 terdahulu,sham disini terlalu lemah..adakah layak sham ini untuk terus mngimpikan menjadi mujahidah....diri ini perlukan pembimbing yang akrab dengan diri bukan dengan bersendiri...sahabat yang sefikrah sedang sibuk dengan mujahadah mereka tatkala sham terhenti dipertengahan kerana terpijak duri yang bisa merobekkan kaki ini,hendak diajak rakan-rakan yang biasa bergelak tawa dengan sham,sudah semestinya hanya gelak tawa juga yang akan diberi sebagai jawapan,siapa disisi ini...?Ya Allah seandainya aku punya kekuatan mungkin sekali akan aku meluahkan satu persatu kepada insan2 yang cukup bermakna kepada diri ini betapa aku menyayangi meraka betapa saat ini diri ini seakan inginkan doa, semangat dan kasih sayang...jika ada kemampuan pada diri ini sudah tentu akn kubisikkan pada kalian betapa diri ini menyayangi kalian....tapi hakikatnya........ya hanya Allah disisi tatkala diri ini tersungukr di mata duri namun mengapa masih sham terus merasa diri ini terlalu lemah...seorng mujahid yang bisa membimbing diri ini telah kutemui semasa dalam mujahdah ini sebelum perhentian seketika ini berlaku, kini sham takut seandainya mujahid itu sekadar santapan mata yang telah ditetapkan oleh Robbul Jalil...takut seandainya sham akan gagal mendapatkan mujahid yang sham ketemui di tengah2 mujahadah tadi...hati ini kuat menyatakan itulah mujahid yang mampu mentarbiyyah jiwa ini menjadi mujahidah yang akan terus gah walau apa saja mehnah yang mendatang.....namun siapa sham untuk mengharapkn seorng mujahid sedang sham sendiri tak pasti apakh diriku seornag mujahidah?dirumah ayanda tercinta menghadapi pergolakan jiwa..mana taknya tatkala usia menjelang senja masih berhempas pulas dgn tulang empat kerat untuk menjalankan tanggung jwabnya.....ternyata sham tak punya kekuatan untuk menerima hakikat itu....bertambah lemah jiwa ini...sham perlu kuat sham perlu terus mnyuntik semngat pada ayah tapi kenapa sham yang mnyerah dengan ujian?entah dah berapa hari tidur tak nyenyak?entah berapa hari dah makan minum x betul...cuma satu yg pasti tatkala ujian ini melanda hati ini serinh sahaja berbicara dengan penciptaku..Ya mungkin itu hikmahnya..ntah berapa hari dah air mata menjadi teman setia.....Ya Allah kau disisiku, sentiasa melihat keadaan ku, berilah aku kekuatan Ya Allah...qabulkanlah permintaan yang berada jauh di sudut hati ini ya Allah....Ya Allah berilah kekuatan pada jiwa ini supaya gah sebagai serikandi...aku merayu padamu Ya Allah hanya kau lah sebaik2 pendengar, sebaik2 pemberi, seandainya antara sedar dan aku pernah menyakiti sahbat2ku....kau ampunkanlah ku Ya Allah...Kau maha mengetahui Ya Allah tak pernah sekali pun terdetik dihati ini untuk menyakitkn hati sahabatku apa lagi membebankan mereka...Ya Allah hambamu ini takut.....terlalu banyak dosa2ku padamu Ya Allah...kau maha pengampun Ya Allah..ampunilah aku Ya Allah...kau berilah aku kekuatan agar terus istiqamah di medan perjuangan ini Ya Allah....Ya Rahim lindungilah aku dari setiap inchi pegarakan yang akan mengundang murkaMU yang bisa menyakitkan hati mujahid yg pernah kutemui tika aku dlm muujahadku ini, menyakiti insan yang paling berjasa padaku,menyakiti sahabat2ku....HINDARILAH aku dari menderhakai insan yang paling kusayang di atas muka bumi ini Ya Allah...Ya Allah bimbinglah aku menjadi hamba yang bertaqwa,anak yang solehah,kakak dan adik yang solehah,sahabat yang soelahah dan isteri yang solehah satu masa nanti.....Ya Allah kurniakanlah aku mujahid itu sebagai pembimbing dunia akhirat dengan segala sifat RAHIM Mu Ya Allah....sesungguhnya tiada siapa yang lebih mengerti apa yang tersirat di qalbu ini melainkan KAU Ya Allah......seandainya diri ini terlalu hina di pandgn mata mujahid itu, dipandgn mata sahabatku itu, bantulah hambamu Ya Allah jernihkanlah keadaan....berilah pengertian kepada meraka akan apa yang tersirat dalam qalbu ini....sungguh Ya Allah kutitip segalanya keranaMU....tiada yang lain....aku akui Ya Allah sesuatu yang tak bole di ubah aku terlalu hina, faqir disismu Ya Allah.....namun Ya Allah jangan kau hentikan rahmat inayyah mu keatasku................tiada tempat lain bagiku untuk mengadu apatah lagi meminta hanya KAU Ya Allah...satukan hati ini dengan hati mujahid dan sahabat2 ku itu Ya Allah....ikatlah jiwa ini dengan kasih saynag dan rahmat perjuangan dgn menegakkan kalimahMU Ya Allah...jangan KAU kurniakan aku kebahagiaan dengan mengambil nikmat berjuang dariku YA Allah...kau maha medengar Ya Allah...jangan KAU biar diri ku terkapai2 Ya Allah...janganlah KAU pergi jauh dariku sekali pun dunia dan seluruh isi ini lari menjauhi ku...Ya Allah Hanya kau saja teman setiaku....jagan kau pergi Ya Allah.....hanya kau yang maha berkuasa....berilah aku kekuatan untuk mengahdapi mehnah yang terbentang perbaikilah hubungan ku dengan setiap makhlukMu Ya Allah.....pada siapa lagi harus ku minta kalau bukan KAU Ya Allah...berilah kekuatan dan ketenangan kepadaku Ya Allah.....Hanya kepada MU aku pinta......................

JazakaLlah

alhamdulillah akhirnya siap juga blog ni di"upgrade kan...Jazakallah kpd ustz kadaer yang sudi membantu sham untuk siapkn blog ni..dekat 3 hari juga laa nk siapkn blog ni....demi untuk mnyiapkan sebuah wahana yang bisa membenarkan tinta menari mengukir qalam tuhan dalam pelbagai bicara ni tak terasa langsung kepenatannyerr...namun terharu hati ini melihat kesungguhan ustz kadaer yang x pernah mneganali sham sudi untuk membantu ustaz kadaer ni dah laa jauh dekat cairo tu...namun rela membantu sham..jazakallah usataz......cm tu gak ngan bro slaeh dr jepun ermm syukran atas kesudian membantu sham untuk memeriahkan blog ni..ermm ustaz kadaer ni menuntut di USM......bukan Universiti Sains Malaysia ek...Universiti Shubro Mesir......apa pun tidak ader kata- untuk menggambarkan kegembiraan sham dpt tengok blog ni siap....jazakallah sekali lagi...Smoga Allah memberkati ustaz....ermm the best partnyerr.....ustaz ader bg sham gambar adik ustaz...namer dia Siti Sarah Naqiah.....Ya Allah comelnyerr diaa...tak tergambar kegeraman sham bila tengok gambar dia...apa pun somga sarah akan menjadi Wanita solehah dunia akhirat insyaAllah...akak doakn sarah agar sarah akan kenatal mengahdapi mehnah yang mendatang dalam mangharungi liku sebagai mujahidah solehah insyaAllah....ermm sedey laaa pulak....jap lagi nak bertolak ke kolej dah...sedih sngt entah bila blog ni nak ber"update" tak tau.....tengok wajah mak.....alahai sedihnya....ermm boleh tak nak cuti smapi ujung minggu ni? x boleh masih ader tanggungjawab sebagai mahasiswi yang belum selesau bukan tu sahaja ader satu tanggungjawab yang tak berpenghujung tulah dia tanggungjawab sebagai hamba...sebagai manusia kita diturunkan dgn satu wadah utama khalifah dimuka bumi..itulah amanh yang cuba kita selesaikan....bersediakah kita memberi laporan kepada Robbul jalil kelak akan perjalanan amanh tersebut.....kita dhidupkan utk MAti jadi apa persiapan kita untuk mngahdapi hari matai yang akn membawa kiter ker negara kekal abadi..bersediakan jasad dan ruh untuk berhadapan dgn robbul 'izzati....Ya Allah takutnyaaa masih banyak yang belum selesai...apa pun sham harap sangat sahabat semua dapat mendoakn sham agar sham dapt terus istiqamah di Jalam mujahdah menuju jannahNya....selagi diri ini bergelar anak...sham nak jadi anak yang soelhah buat mak dan ayah........ walau hubungan kita hanya disini namun percayalah apa yg kita semai disini akan kita tuai disana........sahabat semua doakan sham agar sham bisa menjadi anak,isteri,ibu dan wanita yg solehah dunia akhirat.... buat ustz kadaer n Bro sale...juga x lupa mycute sarah jazakumullahu khoiron kathiran..tinta berhenti menari mengikut rentak hati...takut nanti tak sempat nak balik kolej pula....Salam perjuangan islam dari serikandi^islam.....

ni la dia Siti sarah Naqiah yang comel tu.....comel kan? ggeramnyerrrr comelnnyerrr dia...ok laaa walau apa pun hanya satu doa sham smoga Siti Sarah Naqiah akan menjadi serikandi islam yang gagah menyelusuri titian mujahadah bertemu Robbul jalil insyaAllah ameen yarobbal 'alameen....p/s : jangan ader sesapa yg usik sarah kiter yer...

23 Jan 2005

Eidul Adha Yang Sangat Bermakna

Salam 'Eidul Adha buat sumer....hari ni hari yang paling syahdu sekali dalam hidup sham.....Rasernyerr selama hidup 20 thn ni jarang sekali salam dan menitiskan air mata bila salam ngan mak....tapi hari ni lain pulak.... biler balik dr surau lepas solat 'eidul adha.....mak terus masuk dapur cari sham, masa tu sham dah masuk dapur nak masak sarapan....tetiba mak hulur tangan pas tu sham pun cakap laa Ya Allah mak ingatkn nak salam ngan mak lepas sediakan sarapan ni, bila sham cium jer tangan mak.. mak terus peluk sham..mak nangis...sham pun kata "mak.... x sempat nak sambung mak kata "yaya maafkan mak yer mak selalu marah2 yaya maafkan salah silap mak yer.." sham jadi x keruan biler mak ucapkan kata-kata tu sham terus peluk mak..sham kata mak jagan cakap cam tu...selama ni yaya yg banyak buat salah kat mak...mak x pernah ader salah ngan yaya...pastu mak terus cium pipi kanan kiri dahi...sham tak tahan sangat sham peluk mak balik....adik yang jadi pemerhati kehairanan..........lepas tu mak mauk bilik salam ngan ayah, sham terus tenung dinding dan ucap Ya Allah aku besyukur diatas kurniaan mu seorang ibu yang sanagt baik hati tak kan ader insan didunia ini lebih hebat dari ibuku.......Bile dah siapkn sarapan ayah makan dulu sb ayah kena makan ubat on time....sham makan ngan mak n adik...sham sebak sekali lagi pastumak kata dah...dah....sekarang ni kiter mngahdap rezeki...x elok nangis sham terus gelak pastu makan ngan mak...bile samapi waktu makan tengah hari.....mak suruh sham duk luar sbb sham dah siap potong sgala bahan, sham masuk mngahdap PC baca email.....lepas mak dah masak.....maka jaka semua makan pastu sham kata mak makanlaaa dulu perut yaya tak lapar....pastu terdengar suara ayah kat ruang tamu panggil mak makan....sham rasa pelik eihh mak ni tak makan ker...biler sham kat dapur mak sibuk keluarkan baju dari dlm mesin....pastu sham kata mak....kenapa tak makan? mak jawab kan yaya tak lapar mak pun tak laparlaa......Ya Allah sekali lagi jiwa ni tersentuh dgn kata mak....okeyla mak jum makan kata sham sambil tarik tangan mak.......mak pun senyum...........lepas abis makan tu...sham masuk dapur basuh pinggan......dah tu settelkan baju dalam mesin...siap semua...duduk depan pc balik......lepas tu terus hayati islamic flash...masa tengah tengok tu tetiba mak masuk bilik mak pun cium pipi...sham pandang mak...mak senyum pastu sham pun paut tangan mak.....pastu ayah panggil mak...mak pun gie kat ayah.................sudahnyerr mak nagn ayah borak sampai sebelum maghrib....lps tu sham amsuk dapur tolong mak....sediakan makan malam...masa tu mak tanya ni dah solat asar belum...sham pun kata "dah mak"...al-ma'thurat dah baca......sham pun kata "dah mak"...sham pun kata kat mak.....beruntung yaya mak dapat mak macam mak yang sering ingtkan ttg ibadah....pastu mak jawab"ya, mak ni tak reti nak ngaji.....sbb tu mak nak anak2 mak semua pandai ngaji ikut cakap Allah....jadi hamba yang bertaqwa.....lagi sekali jatuh air mata sham hari ni pastu sham peluk sham kata.............."mak yaya sentiasa ingat kata2 mak...yaya nak jadi anak mak yang solehah terus mak cium pipi............aduiii terasa bahagianyerr ari ni..dicium banyk kali oleh mak....................pastu dah siap makan malam mak suruh masuk solat sementara mak solat kat bilik mak, almaklumlahhh rumah flat ruang terhad....lepas soalt terus bawa makanna ke ruang tamu hidang makanan kat ayah............pastu ayah ajak makan sekali........sham kata tak pela ayah...........ayah makan laa dulu yer....lepas tu ayah kata....laa jgn risau pasal badan tu memanglaa ayah suruh yaya kuruskan badan tapi bukan dengan tak makan cam ni ayah kata ayah risau semnjak 2 menjak ni memang sahm selalu sakit2..........ayah kata walau macam mane pun sham..........sham tetap anak ayah...seronok sangat dengar masa tuh.....masa tu juga laa adik sham jeles.......sham pun kata laa dik kejap jer akak manja nih nanti akak balik umah sewa adik pulak yg manja ngan mak ayah...dik pun senyum.....lepas makan ayah tersu bersiap nak ke tempat keje...tetiba rasa sedih sangat tengok ayah ialah dah tua2 pun keje untuk sham ngan adik.....terima kasih ayah insyaAllah yaya akan buat yg terbaik.........bila ayah dah bersiap jeng...jeng....jeng..... saat paling genting nih.....nak salam ngan ayah......sham pun gie kat kerusi ayah bdiri sebelah ayah pastu sham hulur tangan salam tangan ayah cium tangan ayah.....sham kata ayah selamat ari raya qurban.....maaf zahir batin ye ayah......ayah senyum sambil geleng kepala......tanda dia x nak sham menitiskan air mata.....pastu ayah pun melangkag keluar sunyilaa rumah ayah dah balik ke tempat keje......ayah keje agak jauh jadi ayah balik sbulan skali apstua ik hantar ayah sampai stesyen lrt........lepas tu sham terus amsuk solat isya'....sesudah smebahyang tu sham rasa bersyukur sangat ader mak ngan ayah yang begitu perihatin.....lepas solat ngadap PC balik masuk forum nasyeed.com jap...masa tu adik masuk bilik asik kata " kak salam! sham pun pusing hulurkan tangan adik cium tangan sham n adik kata "kak selamat ari raye maaf zahir batin".......sham kata "akak pun minta maaf dik...maafkan akak dunia akhirat yer" mndengar kata2 sham ni adik sham terus keluar dia ni pemalu sikt dia x leh formal2.....apa pun sham terus masuk blog kengkawan....baca apa2 yang patut............sesudah baca sham masuk blog sham buat entry nih...tengah2 menulis nih ayah call bagi tau ayah dah samapi kat tmpat keje............sham rasa 'Eidul Adha kali ni cukup bermakna...sham arsa bahagia sngt 'Eidul Adha ni........Ya Allah aku bersyukur atas nikmat usia yang KAU berikan kepada hambaMU ini.....memberiku ruang untuk lalui detik bahagia bersama ayahbonda tercinta.......satu pintaku ya Allah bahgiakanlah kdua ayah bondaku didunia dan akhirat sepertimana meraks ering mebahagiakan diri ini tanpa jemu....Sungguh 'Eidul Adha kali ini sham cukup istimewa......... insyaAllah akan lahir sebuah pengorbanan dari kebahagiaan ini......buat sahabat dan sahabiah semua...selagi ader masa gunakanlah genggamlah sebuah ketenangan yang sentiasa bersama kita tapi kita x pernah beruasaha untuk menggapainya.......'Eidul Adha kali ini telah memeteraikan sebuah ikatan kasuh sayang yang tersimpan dalam lipatan memori kehidupan yang kusam...Syukur pada Allah.............
Salam 'Eidul Adha buat sahabat semua....maaf zahir dan batin............semoga 'Eidul Adha kali ini memberikan sinar harapan pada diri kita untuk berkorban demi Ad-Deen tercinta...Insya Allah
Buat Tatapan keluargaku.............kasih Sayang kalian tiada bandingan mak...ayah percayalah walau kemana anakmu ini melangkah kasih kali pastikan tersemat di hati......buat adik akak harap adik akak ni akan berjaya menjadi mujahidah yang solehah dunia dan akhirat.....buat kakak walaupun akak jauh...percayalah kak orng sayangkan akak dan orang sentiasa doakan akak..........tak lama lagi akak nak jadi mak.....jadi lah mak yang solehah dan didiklah anak yang bakal lahir itu dari sekarang menjadi mujahid dan mujahida di masa akan datang..........Sayang kalian................

21 Jan 2005

Usiaku Meningkat

Buat tatapan bonda tercinta, terima kasih wahai bonda kerana sanggup melalui jerih perih keidupan hanya untuk membesarkan diri ini. Bondaku pengorbananmu terlalu besar nilainya yang tak mampu ku balas, wahai bonda sungguh tidak ada insan lain yang sanggup meghadapi mehnah kehidupan hanya kerana untuk membersarkan seornag insan yang dhaif sepertiku, terima kasih dab terima kasih bondaku, dikaulah bonda ku dunia akhirat, doaknlah anak mu ini agar anak mu bisa menacapai tahap anak yang solehah, wahai bonda tidak berbaloi rasanya kucupan dan pelukan dari diri ini jika dibandingkan belaianmu selama hidupku 20 tahun ini, terima kasih bonda........doakan anak mu ini bondaku agar anakmu akan hidup dan mati sebagai serikandi islam.....ku pohon pada Mu Ya Robbul 'izzati kurniakan jannah buat bondaku ini sungguh tiada tempat yg lebih istimewa bagi insan yang telah emlahir dan membesarkan diri ini dgn pelbagai mehnah melainkan jannah Mu, Ya Allah terimalah doa ku....

Alhamdulillah genap 19 jan 2005 ni sham berusia 20 tahun, terasa beban tanggung jawab yang smakin menggunung, takut bila memikirkan usia yang terus meningkat tapi adakah amalan ku juga meningkat seperti usiaku, andainya sudah tertulis hayatku ini hanya selama 20 tahun, apakah diri ini telah bersedia menghadap mu robbul 'izzati, Ya Allah takutnya memikirkan hidup ini, Ya Allah kumohon padaMu, berilah kekuatan kepada hambamu ini supaya dapat diri ini menambahkan amalan ku, Ya Allah hidupkan lah diri, keluarga dan saudara2 sekalian dalam iman dan islam matikan jua kami dalam iman dan islam....ku pohon pada Mu....

Ya Allah jangan kau ambil nyawa pada tika ini Ya Allah, aku malu utk bertemu Mu ya Allah, berilah aku ruang dan kesempatan untuk menjadi anak yang solehah kepada kedua orang tua ku, kakak yang solehah kepada adikku, adik yang solehah kepada kakakku, dan sebagai sahabat yang solehah kepada sahabat2ku dan jangan kau ambil nyawa ini Ya Allah selagi tidak aku menjadi ,mujahidah yang solehah demi Ad-deen ini..

Ya Allah....Ya Allah berilah ruang kepadaku utk menjadi sayap kanan pada seorang mujahid sebagai isteri, berilah ruang padaku untuk melahirkan mujahid dan mujahidah untuk ad-deen yang ku cintai ini.... Ya Allah......Kau lah sebaik-baik pemberi...kepada sahabat semua, doakanlah sham agar sham berjaya dunia akhirat akan sham akan tersu istiqamah dan berdoalah agar diri ini terus dibawa kelapangan mujahadh untuk bertemu Robbul 'izzaati.....buat sahabat yang sentiasa mengingatiku, Jazakumullah hu hoiron kathiranSemoga kita semua akan istiqamah sebagai mujahidah dan mujahid yang rela berkorban demi Ad-Deen..........

19 Jan 2005

Rinduku

Ya Allah andainya rindu yg berputik ini akan mendekatkn diriku padaMU maka KAU mekarkanlah rindu ini, tetapi Ya Allah andainya rindu ini bisa menjauhkan aku dari restu kasihMU maka kau buanglah perasaan rindu ini, wahai kekasihku yang abadi.... sungguh tak daya diri ini mlayari bahtera di tengah samudera yg mnjulang badai ganas, percayalah kekasihku sungguh aku perlukan kasih dan cinta MU......ianya sebuah kekuatan yang kan terus mngalir dalam tubuh ni wahai robbul jalil............ Robbul 'izzati.....jangan kau biarkn diri ini menempuh ombak ganas tanpa rahmat kasihMU.....pimpinlah daku Ya Allah.....kasihilah daku, sambut lah cinta ku...sambutlah rindu ini agar ia tidaak bisa mnjunamkn diri ini ke sinar fatamorgana.......... lindungilah daku......pimpinlah daku wahai kekasihku yang abadi.........

01 Jan 2005

Ramadhan Yang Berlalu

Hari ini, satu kebenaran yang harus kuterima Ramadhan telah berlalu pergi. Pemergiannya begitu mnghiris setiap kalbu insan beriman. Namun persoaln yang timbul dikalbu ini, entah dimana jawapannya."Dapatkah aku meni'mati ramadhan yang akan datang, masih beruntungkah diri ini untuk bermujahadah mencari malam Lailatul Qadr yang menjadi idaman setiap insan yang mengharapkan keberkatannya".Siapa yang mampu menjawab tiada siapa melainkan takdir yang tertulis dari azali lagi.

Sayu hati menghadapi pemergian Ramadhan bertambah sayat hati ini mengenangkan syawal yang akan menjelang tiba, diri ini masih beruntung punya atap tempat berlindung, namun begitu bagaimanakah nasib saudaraku yang menyambut ketibaan syawal ini dengan letupan bom disana sini, tak kurang yang menyambut syawal dengan mengahdapi maut kaum keluarga. Entah kenapahati ini tidak seronok seperti zaman kanak-kanak dahulu! Ya mungkin kerana dahulu diri ini tidak mengenal akan erti sebuah kehidupan, dan kesukaran dalam melangkahkan kaki kearah jalanan yang diredhaiNya.Hari ini air mata yang jatuh berlinangan merafakkan kesyukuran atas peluang yang masih terbuka untuk diri ini menginsafi hakikat hidup insani. Aidilfitri tetap ku sambut dengan seribu kesykuran walau jauh disudut hati terpalit seribu keresahan akan saudara yang berada di medan juang.

Hari kemenangan yang disambut ini, Insya Allah akan sekazli lagi mencatit lembaran baru bagi saudaraku bila kemenangannya bukan sahaja dirasa hasil melwan godaan nafsu semata,tetapi kemenangan dalam menegakkan kalimah Allah. Seperti yang kita sedia maklum ramadhan pernah mencatit lembaran sejarah bile kemenagan Peperangan badar menjadi milik muslimin. Berdoalah agar akan ada suatu saat dan tika kegemilangan ISLAM akan kembali pada ISLAm.Insya AllahSegala amalan yang dilakukan sebagai rutin pada ramadhan yang lalu perlu dikekalkan di dalam diri sebagai amalan harian. Istiqamah dengan segalam amal itu lah kata-kata yangcuba diri ini tanamkan didalam hati ini. Moga amalan-amalan dilakukan tidak terhenti sujurus ramadhan berlalu pergi meninggalkan kita.

Dalam keseronokan merayakan syawal diri ini menadah tanag pada mu Robbul 'izzati agar diberi kekuatan pada hati ini agar daku terus istiqamah dan menyambung amalan sunnat syawal pula, janganlah semangat beribadah kita berlalu dengan bersama-sama ramadahan, tidak kira di bulan islam mana yang kite jejaki amalan sunnat perlu diteruskan sebagai insentif tambahan dar Allah Swt dalam membantu hambanya menikmati anugerah 'iman dan islam dengan sebaiknya.Justeru, peluang yang Allah swt kurniakan pada diri ini dalam meniti syawal yang menjelang,tidak perlu diri ini lalai, melainkan menyambut nya dengan berbesar hati dan berusaha memenuhi tuntutan sunnat padanya. Selepas solat 'asr ingatan mengenai puasa 6 hari di bulan syawa yang diberikan oleh bonda tercinta, seolah-olah memberikan sebuah perasaan yang meresap kedalam jiwa dan menggerakkan minda merafakkan syukur kehadrat Allah swt yang telah memilih diri ini agar tidak tertinggal dalam mnegecapi kelebihanya. Abu Ayyub Al-Anshari radhiallahu' anhu, Nabi s.a.w. bersabda "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari dibulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun. (Hadis Riwayat : Muslim). Imam Ahmad dan An-Nasa'i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi s.a.w berabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh. " Dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu, Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan enam hari dibulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun. (Hadis Riwayat : AlBazzar).

Kelebihan yang terukir di sayawal yang mulia ini bisa memberi kekutan pada hati-hati ini dalam terus berada di bawah lembayun rahmatMu. Moga syawal ini bukan sebuah perhentian yang terakhir buat sekelumit amalan yang baru bermula perjalananya.Sesungguhnya aku pohonkan pada Mu Ya Allah, Kau tuntunlah langkah kami ke arah keredhaanMu, jangan Kau biarkan diri ini, keluargaku, serta sahabat-sahabat dan sauadara seislamku di dalam kerugian dan kemurkaanmu Ya Allah, Ya Allah istiqamah hati-hati kami agar kami terus berada di jalanMu Ya Allah, jalan yang menjanjikan seribu satu ketenangan, Ya Allah berilah kami kekuatan dalam mengahdapi dugaan dan ujian mu, berilah kami kekuatan agar kami terus berdiri untuk menegakkan kalimahMu Ya Allah, Ya Allah Kau kurniakanlah ketabahan hati pada mujahid yang sedang berjuang demi ISLAM yang tercinta, ku pohonkan pada Mu Ya Allah kau berilah kejayaan pada seluruh ummat islam, Kau berlah kami hidayah serta kekuatan untuk menentang kuffar durjana. Hanya padaMu kupohon dan pinta segalanya, Tuhan Sekelian 'alam Yang Berkuasa jua dibumi dan langit dihari ini dan hari abadi Robbul 'izzati, kekasih abadi . Ameen Ya Robbal 'alamin

It's You What You Think

If you think you're beaten, you are,
If you think you dare not, you don't
If you like ti win, but you think you can't,
IT'S ALMOST CERTAIN YOU WON'T
If you think you'll lose, you're lost,
For out in the world we find,success begins with a fellow's will,
IT'S ALL IN THE STATE OF MIND
If you think you are outclassed, you are,
You've got to think high to rise,
You've got to be sure of yourself before
YOU CAN EVER WIN A PRIZE
Life's battle don't always go,
To the stronger or faster person,
But soon or late the person who wins
Is the person
WHO THINKS SHE/HE CAN!

11 Nov 2004
[Tapak Lama [serikandiislam.blogdrive.com]

Seruan Jihad

Penaku mengukir luahan dgn tinta kesedihan tatkala saudaraku sedang berjuang demi sebuah kehidupan dan sebuah keamanan atas nama ISLAM!
Moga Mujahid dan mujahidah semua dikurniakan kekuatan utk terus berjuang demi ISLAM!

Kegansan melanda maya,
Islam kian diancam dan dicerca,
Ianya bukan lagi agama yang dijunjung,
Kini ia di dagang demi untung,
Fatamorgana,

Bangkitlah saudaraku,
Tidakkah kau terasa,
Melihat anak kecil,
Tidak berayah tiada beribu,
Angkara kuffar durjana,

Dimana oh dimana,Keutuhan ummat yang dikerah,
Mendaulatkan islam yang dibaja,
Dimanakah dirimu tika saudaramumu,
Yang baru mengenal dunia itu,
Kehilangan sekujur anggota tubuh,
Buktikan kasih kita,
Pada islam yang satu,
Nescaya terpelihara kesucian,
Ad-din tercinta,
Ayuh bersama kita menyahut,
Seruan jihad...Allahuakbar!,
Kita melangkah seiring,
Menentang kuffar musuh utama,
Menegak islam saujana.
Allahuakbar!

08 Nov 2004

Teman

Tinta menari mencoret kisah antara kau dan aku pada sebuah persahabtan yang telah kau tinggalkan utk selamanya...
allahyarhamah hasmaniza hilmi (IIC- BATCH7)-10/06/2004
Duhai teman
Terjadi sebuah pertemuan,antara kau dan aku
Dibumi gersang kita bertemu,
Bersama satu cita segunung harapan,
Teman,
Masih ku terdengar,
Bisikan keramatu,
Patuh pada robbul 'izzati,
Kunci segala kejayaan,
Jadikan subuh sebagai taulan,
Sebelum ia menjadi yang terakhir,
Dalam sebuah kehidupan,

Teman,
Tak ku lupa pada,
Tika dan saat kau hulurkan,
Sebuah ukhwah itu,
Biarpun kini ianya hanya,
Memori yang tiada kesudahan,
Antara kita,
Namun kau teteap mekar dikalbu ini,
Meski kini kau telah kembali,
PadaNya,
Percayalah teman kasih antara kita,
Takkan berakhir ,

Duhai teman,
Kupohonkan pada ilahi,
Agar ditempatkan dirimu,
Di kalangan hamba nya yang beriman ,
Sekuntum doa dariku,
Kan sentiasa mekar bersulam ,
Buat dirimu,
Ya Rahman,
Abadikanlah kasihku,
Buatnya temanku yang tercinta,
SelamaNya.

Mujahidahku

Kau serikandi ummah,
Tegakmu demi islam,
Ad-Din tercinta,
Kentalkan syahadamu,
Hiasi iman mu,
Seindah iman khadijah,
Isteri tercinta baginda junjungan,
Titiplah olehmu sayang,
Segunung munajat,
Dari secangkir rindu,
Rabiah Al-Adawiyah,
Kekasih Allah,

Mujahidahku,
Titiplah yang terbaik
Buat diri keluarga dan,
Ummah,
Berbanggalah dikau,
Menjadi tiang Ad-Din,

Mujahidahku,
Hiasilah akhlakmu,
Seindah akhlak ,
Fatimah Az-zahra,
Puteri baginda yang tersayang,
Usahlah risau sayang,
Bila dirimu terasing diakhir zaman
Ingatlah janjiNya robbul 'izzati,
Berbahagialah kamu hai manusia
Yang terasing kerna berpaksikan
Ad-Din tercinta di lubuk dunia,
Sungguh islamkan terasing,
Diakhir zaman,
Nescaya jannah buat mu..

08 Nov 2004
Tapak asal [serikandiislam.blogdrive.com]

Melangkah Ke Jalan Menuju Allah

Pena menari kembali tinta mncoret lakaran mujahidah....
artikel disumbangkan oleh ammu tersayang : abu muaz - london

MELANGKAH KE JALAN MENUJU ALLAH

Muqaddimah

Hanya terdapat dua jalan sahaja yang terbentang di hadapan setiap manusia. Satu darinya ialah jalan yang mana penghujungnya ialah (keredhaan) Allah swt. Penghujung bagi jalan yang satu lagi ialah kehancuran dan penyesalan. Tidak ada jalan lain yang dapat dipilih oleh setiap insan untuk dilaluinya selain dari dua jalan ini.

Manusia diberi kebebasan untuk memilih. Mereka berpeluang untuk melangkah ke jalan menuju Allah ataupun mengambil jalan menuju kehancuran. Mereka sendiri yang akan beroleh kemanfaatan atau kemudharatan dari pilihan mereka itu.

Insan-insan yang ingin melangkah dan terus menjalani jalan menuju Allah terikat dengan tiga perjanjian yang mereka cuba menunaikan seberapa sempurna. Perjanjian-perjanjian itu ialah melakukan segala perintah Allah, meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dan redha dengan segala apa yang telah ditentukan oleh Khaliq, Pencipta Alam.

Seandainya saudara-saudaraku memilih jalan menuju Allah, maka marilah kita meneliti penulisan ini, di samping itu hendaklah anda memeriksa diri sendiri sejauh manakah saudara menghayatinya.

Dorongan Batin

Di sana memang ada orang-orang yang dipilih Allah untuk menyintaiNya. Di hati mereka tercetus satu dorongan yang mengajaknya untuk segera melangkah ke jalan menuju Allah, ke jalan menuju kebahagiaan, serta membelakangi segala maksiat dan kesesiaan di dalam hidup ini. Itulah tanda-tanda petunjuk daripada Allah. Kerapkali ia dilimpahkan ke dalam hati seseorang insan dengan perkara yang menggembirakannya atau menakutkannya seperti teringatkan azab Allah; atau timbul perasaan rindunya terhadap Allah ataupun menerusi pertemuan dengan para wali Allah. Adakalanya dorongan itu berlaku tanpa sesuatu sebab.

Firman Allah:

"... tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk." (Al Qashash : 56)

Allah yang Maha Penyayang tetap akan memberikan petunjukNya kepada sesiapa sahaja di kalangan hambaNya yang mahu menerima petunjuk. Dia akan melapangkan dada mereka untuk menerima bimbinganNya, menjalani jalan menuju kepadaNya seterusnya mendapat keredhaan dan kecintaanNya. Allah swt telah berfirman:

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya, nescaya Ia melapangkan dadanya untuk menerima Islam." (Al An'aam : 125)

Adapun bercita-cita untuk mendapatkan dorongan seperti itu memanglah dituntut dan digalakkan. Akan tetapi bercita-cita atau berharap sahaja untuk meningkat tanpa berusaha adalah suatu keputusan bodoh yang menunjukkan kedangkalan akal orang yang mencitainya itu. Sesungguhnya dorongan ini adalah salah satu nikmat yang tertinggi di antara nikmat-nikmat Allah. Lantaran itu, insan yang telah pun merasainya hendaklah melipat-gandakan kesyukuran kepada Allah swt di atas kurnianNya itu. Lihatlah betapa ramai orang yang mencapai usia tua tanpa memperolehi dorongan seperti itu.

Kita mungkin tertanya-tanya mengapa sebahagian dari manusia diberikan petunjuk hidayat sedangkan sebahagian yang lain tidak. Sudah tentu Allah yang Maha Adil tidak akan berlaku zalim. Untuk menjawabnya, renungilah

firman Allah swt:

"Sebahagian manusia diberi petunjuk hidayat oleh Allah dan sebahagian lagi berhaklah mereka ditimpa kesesatan kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin mereka selain Allah serta mereka pula menyangka bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayat." (Al A'raaf : 30)

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah swt agar kita dihindariNya dari tergolong ke dalam golongan tersebut. Alangkah ruginya mereka lantaran menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin mereka, menyesatkan lagi diri mereka yang telah sedia sesat. Pohonlah dari Allah swt agar dilimpahkan kepada kita petunjukNya.

Sabda Nabi saw:

"Allah swt telah berfirman: 'Hai hambaKu, kamu sekalian sesat kecuali yang Aku beri petunjuk, maka pohonlah petunjuk hidayat kepadaKu, nescaya Aku tunjukimu.'" (Muslim)

Adalah terjamin doa setiap insan yang memohonkan hidayat dari Allah swt, tetapi dengan syarat permohonan itu hendaklah lahir dari hati yang benar-benar inginkannya, hati yang ingin dibimbing dan dipimpin oleh sebaik-baik Pembimbing dan Pemimpin. Hati yang sedemikian inilah yang akan diterangi dengan sinaran makrifat dan mahabbab Allah swt. Dari hati inilah akan terpancarnya sinaran ke anggota lahir dan batin untuk terus mentaati Allah, dan terus melangkah di jalan menuju Allah.

Santapan Rohani

Santapan rohani merupakan satu keperluan yang tidak boleh diabaikan sama sekali. Rohani tanpa santapan seumpama jasad tanpa makanannya. Tanpa santapan untuk rohani, ia akan menjadi lemah, layu dan mati sebelum berjaya di dalam perjalanan ini. Santapan rohani hanya sempurna dengan adanya hubungan yang terus menerus dengan Allah swt, ingat dan bersyukur kepadaNya serta melaksanakan ibadat dengan sebaik-baiknya.

Sabda Rasulullah saw:

"Sesungguhnya Allah telah berfirman: Dan tidak mendekat seorang hambaKu kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Kusukai daripada menjalankan kewajipannya, dan selalu hambaKu mendekat kepadaKu dengan melakukan sunat-sunat sehingga Kusukainya. Maka apabila Allah telah kasih kepadanya, Akulah yang menjadi pendengarannya dan pengelihatannya, dan sebagai tangan yang dipergunakannya dan kaki yang dijalankannya." (Bukhari)

Nyatalah dari hadith ini bahawa perkara yang paling utama untuk dilakukan di dalam perjalanan ini ialah menunaikan kewajipan yang ditetapkan Allah kepada kita. Kewajipan itu meliputi perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dan juga yang berhubungan dengan sesama manusia. Resapkanlah ke dalam hati sanubarimu setiap masa dan pengaruhilah dirimu agar ia tabah dan tawakkal menjalankan perintah Allah sehari-hari.

Di samping menitik-beratkan amalan-amalan fardhu, kita juga hendaklah tekun dan istiqamah dalam mengerjakan amalan-amalan sunat. Ibadat sunat yang paling utama kita tekankan selain dari sembahyang berjemaah ialah menghidupkan sebahagian dari waktu malam semata-mata untuk menyembah Allah. Pendidikan jiwa di waktu malam dengan adanya sembahyang tahajjud, doa dan pembacaan Al-Quran disertai dengan keteguhan jiwa dan kekuatan hati mampu membentuk peribadi insan yang sanggup menanggung tanggungjawab dan kewajipan yang dipikulkan kepadanya - itulah bebanan yang dipusakai dari para nabi dan para rasul. Cubalah bayangkan, di saat orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi, kita bangkit untuk mengingati Allah. Di dalam gulita malam kita mengabdikan diri kepada Tuhan, lantas terungkaplah madah:

Hati yang selalu mengingatiMu,
Tidak memerlukan ubur dan lampu,
WajahMu yang selalu menjadi idaman itulah alasan kami,
Pada hari ketika manusia mengemukakan alasan (kiamat).

Saudara-saudaraku, cubalah sedaya-upayamu untuk bersembahyang tahajjud, kalau pun tidak setiap malam, sekurang-kurangnya sekali seminggu. Bayangkanlah ganjaran keredhaan Tuhanmu yang bakal kau kecapi dengan kesanggupanmu untuk mengorbankan tidurmu yang enak itu semata-mata keranaNya. Hayatilah firman Allah mengenainya:

"Dan pada sebahagian malam hari, bersembahyang tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji." (Al Israa' : 79)

Fahamilah saudara-saudaraku, sesungguhnya kelebihan tahajjud itu adalah kerana kesungguhanmu yang sanggup mengorbankan waktu tidurmu untuk beribadat kepada Ilahi. Selain dari itu, sesungguhnya kegelapan dan kesunyian malam itu menambahkan lagi kedamaian di jiwamu.

Selain dari sembahyang malam, jagalah sembahyang-sembahyang sunat yang lain seperti sembahyang witir, rawatib, dhuha, taubat dan tasbih. Amalan zikir, termasuklah membaca Al-Quran, perlulah kau jaga. Tetapkanlah dirimu dalam berzikir - menyebut dan mengingati Allah sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya, juga di masa-masa yang lain

Firman Allah:

"Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang." (Thaa Haa : 130)

Selain dari sembahyang-sembahyang sunat dan zikir, peliharalah juga amalan-amalan sunat yang lain seperti puasa dan sedekah. Tetapkanlah dirimu berpuasa sunat terutamanya tiga hari dalam sebulan iaitu di hari-hari putih (13, 14 dan 15 haribulan dari bulan Qamariah). Tabahkanlah hatimu untuk tetap berpuasa kerana sesungguhnya orang yang berpuasa akan merasai dua kegembiraan: tatkala berbuka puasa dan yang lebih utama ialah ketika mengadap Tuhan yang Maha Penyayang. Lazimkanlah dirimu juga untuk bersedekah kerana ianya adalah salah satu langkah untuk menghilangkan sifat kikir dari dirimu. Kekikiran merupakan salah satu sifat yang mesti dibuang oleh orang-orang yang mahu melangkah ke jalan menuju Allah.

Jika anda merasa sulit untuk mengerjalan amalan-amalan itu berterusan, maka bersabarlah, tabahkanlah hati dan kuatkan iman. Pandanglah dirimu sebagai seorang sakit yang harus berani dan tabah untuk menelan ubat yang sangat pahit, dengan harapan ia akan sembuh kembali. Istiqamahlah dalam beramal di samping menjaga hatimu dari perasaan malas, riya', ujub dan takabbur.

Dalam beramal, anda juga harus berhati-hati dan berhemat. Janganlah kita hanya mementingkan kuantiti amalan yang dilakukan tanpa memikirkan kualiti dan pengabulannya. Apa gunanya amalan yang banyak sedangkan pintu penerimaannya tertutup. Mungkin itu disebabkan kita tergesa-gesa dalam mengerjakan ibadat tersebut tanpa khusyuk atau menghayatinya. Ataupun mungkin juga kerana timbul perasaan riya' dan ujub yang segera membinasakan pahala amalan-amalan kita itu.

Tanda diterima amal ialah merasa senang melakukan ibadat dan bertambah puas menerima segala ajaran tuntutan Allah dan RasulNya. Buah dari amal ibadat di dunia ini ialah merasakan lazat manisnya amal itu sehingga terasa sebagai nikmat yang tidak ada bandingannya. Itulah permulaan bagi ganjaran Allah untuk setiap insan yang meneguhkan hatinya untuk menjalani jalan menuju Allah ini. Seseorang yang bersungguh-sungguh dalam niat amalnya dapat merasakan nikmat amal itu sebelum mengerjakannya. Apabila ia ikhlas dalam melakukannya, ia akan merasa manisnya amal ketika melakukannya. Amalan yang sedemikianlah yang akan menghasilkan kurniaan Allah.

Firman Allah:

"Dan barangsiapa yang mensucikan dirinya, sesungguhnya ia mensucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri." (Faathir : 18)

Firman Allah lagi:

"Barangsiapa yang mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya."
(Al Kahfi : 110)

Pemeliharaan Diri dari Dosa

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku di perjalanan menuju Allah, sesungguhnya anda tidak akan sampai kepada penunaian perintah-perintah Allah kecuali dengan menjaga hati dan anggota-anggota badanmu pada setiap saat dan ketika. Allah swt melihat bisikan hatimu. Ia mengetahui setiap lintasan yang ada pada dirimu, mengetahui setiap fikiran, setiap langkah dan apa pun juga perbuatanmu, baik kamu sedang bergerak maupun sedang berdiam diri. Meskipun anda berada di tengah-tengah pergaulan atau bersunyi-sunyi sendirian, adalah kesemua itu tetap berada di dalam kehadiranNya. Lantaran itu awasilah dirimu, jauhilah kemungkaran.

Seandainya anda melakukan kemungkaran kepada Allah, sedang anda yakin bahawa Allah swt melihat kelakuan anda itu, maka anda adalah orang yang mengejek-ngejek Tuhan. Sebaliknya jika anda melakukan maksiat sedangkan anda yakin pula bahawa Tuhan tidak melihat kelakuan anda itu, maka sebenarnya anda adalah seorang kafir.

Terus-terusan mengerjakan dosa menjadikan hati hitam dan selanjutnya hati itu menjadi kelam dan keras, tidak ada kebersihan dan keheningan serta tidak akan merasa lega dan manis dalam mengerjakan ibadat. Jika Allah tidak memberi rahmat, maka hati yang sedemikian itu akan menarik pemiliknya kepada kekufuran dan kecelakaan. Tanda hitamnya hati ialah seseorang itu tidak merasa kaget atau takut dalam mengerjakan dosa, dan tidak merasa manis dengan mengerjakan ketaatan serta tidak berkesan akan nasihat. Sungguh benar orang yang mengatakan bahawa sekiranya anda tidak merasa kuat mengerjakan sembahyang di malam hari dan puasa di siangnya, itulah suatu tanda bahawa anda terbelenggu oleh dosa-dosa. Bukan sahaja orang yang melakukan maksiat tidak merasakan kelazatan ibadat tetapi juga bagi orang yang bercita-cita untuk melakukannya.

Oleh yang demikian, peliharalah dirimu dari melakukan sebarang dosa walaupun ianya hanyalah dosa kecil. Jauhilah ia laksana anda menjauhkan diri dari meminum racun yang berbisa. Hendaklah anda takut dari melakukan dosa itu lebih dari rasa takut dan gentar jika termakan racun yang akan mematikan dirimu sendiri. Padahal hati seorang mukmin itu lebih berharga dari tubuh badannya.

Saudara-saudaraku, adalah menjadi kewajipanmu untuk mengenal setiap maksiat, samada yang dilakukan oleh hatimu maupun yang dilakukan oleh tubuh badanmu yang kasar ini. Anda harus mengetahui penyakit-penyakit hati yang sering menyerangmu dan ubat-ubat baginya. Dengan hatimu yang mengidapi penyakit riya', ujub, takabbur, dengki, lalai dan lain-lain itu sudah tentu tidak memungkinkan anda berjaya dalam menjalani jalan menuju Allah.

Setiap anggota badanmu juga perlu dijaga. Jagalah lidahmu dari memperkatakan sesuatu yang terlarang baginya. Awasilah pendengaran dan pengelihatan yang merupakan dua pintu yang sentiasa terbuka menuju ke hati. Apa sahaja yang masuk menerusi kedua-dua pancaindera ini akan sampai ke hati. Betapa banyak perkara yang didengar dan dilihat oleh manusia dari hal-hal yang tidak patut sampai kesannya ke hati, lalu sukar pula baginya untuk menghapuskan kesan itu.

Allah swt telah berfirman:

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu kefasikan dan ketaqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya."
(Asy-Syams : 8-10)

Berbagai jenis manusia yang melakukan dosa. Ada yang sudah berkebiasaan melanggar perintah Allah dan mengerjakan laranganNya sehingga tidak lagi sensitif dengan perbuatannya itu. Ada pula yang melakukan dosa kerana kelemahannya untuk mengawal dorongan nafsu sedangkan ia sendiri menyedari akan kelemahan itu. Sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dari golongan ini. Bagaimanakah reaksi kita terhadap dosa yang dilakukan itu? Adakah kita bergembira dan berbangga? Ataupun adakah kita kita segera menyesali dengan apa yang dilakukan itu?

Manusia yang benar-benar ingin berjalan menuju Tuhannya, benar-benar cinta dan memikirkan Hari Akhirat serta sentiasa mengambil berat untuk menghadapinya, malah sentiasa bimbang terhadap nasib yang akan diterimanya kelak. Dia benar-benar insaf bahawa di suatu hari nanti dia akan mati dan dihisab. Inilah yang menyebabkannya takutkan akibat yang akan dihadapi disebabkan dosa-dosanya. Lantaran itu ia segera bertaubat dan memohon ampun dari Tuhannya, untuk membersihkan diri dari dosa. Ia memahami bahawa dosa adalah suatu bebanan yang tidak berguna yang dipikulnya di dalam perjalanan ini. Dia menyedari sekiranya bebanan itu dibuang jauh-jauh maka dia akan lebih tangkas dan senang dalam menjalani jalan ini. Dia juga menginsafi firman Allah yang Maha Penyayang di dalam Al-Quran:

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (An-Nisaa' : 110)

Sabda Rasulullah saw:

"Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hambaNya melebihi dari kesenangan seseorang yang menemukan kembali untanya yang telah hilang daripadanya di tengah padang pasir."
(Bukhari, Muslim)

Syarat taubat yang sah ialah menyesali diri di atas segala dosa yang lalu dengan sebenar-benar penyesalan serta berazam kuat untuk tidak akan kembali kepada dosa yang sama selagi hayat di kandung badan. Orang yang bertaubat dari sesuatu dosa, sedang ia terus melakukan dosa itu, ataupun bercita-cita untuk melakukannya lagi, maka taubatnya itu tidaklah dikira sebagai taubat yang sebenar.

Taubat yang hakiki ialah taubat yang lahir dari hati yang benar-benar jujur, dari keazaman dan kemahuan yang datangnya dari dasaran hati yang insaf serta mempunyai tekad yang bulat untuk menghapuskan segala kesan-kesan dosa. Di antara tanda benarnya taubat seseorang hamba ialah terhapus keinginan untuk melakukan dosa dari hati serta mengingatkan diri agar tidak kembali kepada mengangan-angankan sesuatu dosa yang pernah ia bertaubat darinya sebelum itu. Ia terasa dirinya bernasib malang kerana ia makan kurniaan Allah tetapi menurut kehendak syaitan.

Di samping bertaubat dan memohon ampun, lazimkanlah dirimu mengakui akan kelalaian dan kecuaian dalam menunaikan kewajipan. Akuilah kehinaanmu, nescaya Allah akan menolongmu dengan kemulianNya. Akuilah kekuranganmu, nescaya Allah akan menolongmu dengan kesempurnaanNya. Akuilah kelemahanmu, nescaya Allah menolongmu dengan kekuatanNya.

Kemuliaan seseorang insan hanyalah tatkala ia bersandar diri kepada Tuhannya. Martabatnya jatuh apabila ia berbangga dengan dirinya sendiri. Seseorang yang melakukan amalan ketaatan seraya merasakan dirinya sudah baik serta menghina orang lain, padahal amal perbuatannya itu jika diperiksa di segi keikhlasan tidak mungkin diterima. Bahkan amalnya itu hanyalah perbuatan yang palsu dan tidak berharga di sisi Allah. Seorang mukmin yang hakiki harus sentiasa berada di dalam keadaan takut dan gentar, meskipun ia telah mengikhlaskan diri dalam ketaatan dan telah memperbaiki peribadatan kepada Tuhannya.

Menjauhi Diri dari Kesesiaan

Selain dari tercebur ke dalam kemaksiatan, seseorang insan tidak ketinggalan dari terjerumus ke lembah kesesiaan. Mereka suka menghabiskan masa mereka yang berharga itu untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan kemanfaatan. Islam membenci seorang muslim yang sibuk menghabiskan waktunya untuk hal-hal yang remeh, terlibat dalam perbincangan yang sia-sia serta perbuatan lain yang tidak berfaedah seperti banyak makan, banyak minum dan banyak tidur.

Hendaklah anda benar-benar menghargai waktu dan bersungguh-sungguh untuk memanfaatkannya. Setiap manusia pada hari kiamat akan ditanya mengenai usianya, untuk apa dihabiskan. Waspadalah, jangan sampai anda membelanjakan masa anda, hari anda, saat anda serta nafas anda pada sesuatu yang tidak berguna dan sia-sia, kelak anda akan menyesal dan berdukacita. Ketika itu barulah anda sedar bahawa anda telah mensia-siakan umur tatkala hidup di dunia.

Kita sering berpuashati membilang biji tasbih sambil berzikir nama Allah, tetapi kita tidak ada biji tasbih untuk mengira berapa banyak percakapan sia-sia yang kita ucapkan. Hamba-hamba Allah yang sebenar-benarnya adalah manusia yang tidak ingin berkata-kata kerana takutkan Allah. Sungguhpun mereka tidak bisu, sebaliknya dapat menggunakan bahasa dengan fasih, tetapi oleh kerana selalu memuji-muji Allah, mereka tidak dapat memperkatakan sesuatu yang sia-sia. Pernah seorang pujangga bermadah:

Rebutlah dua rakaat sembahyang,
Ketika berehat di malam gulita;
Gantikan dengan tasbih sahaja,
Dari bercakap sia-sia;
Diam lebih berguna,
Walau anda pintar berkata.

Apabila anda merasa hati keras, badan lemah dan tersuntuk rezeki maka ketahuilah bahawa anda telah bercakap perkara yang tidak bermanfaat. Jadikanlah diammu itu tafakkur dan percakapanmu hikmat kerana diam tanpa tafakkur itu tidak berguna sementara suara tanpa hikmat tidak bererti.

Rasulullah saw pernah bersabda:

"Jangan banyak bicara selain zikir kepada Allah kerana banyak bicara selain zikrullah menyebabkan hati keras dan sejauh-jauh manusia dari Allah ialah yang berhati keras." (Tarmizi)

Banyak makan, banyak minum dan banyak tidur juga boleh membawa kemudharatan. Meskipun anda memaksakan diri untuk beribadat dengan perut yang penuh dan anda berusaha dengan bermacam-macam cara agar boleh beribadat, namun ibadat anda itu tidak akan ada manisnya. Dengan banyak tidur pula umur seseorang itu tidak akan ada berkahnya.

Terdapat empat tingkat warak:

1. Menjauhkan diri dari perbuatan yang nyata haramnya.
2. Menjauhkan diri dari segala perbuatan yang syubhat.
3. Meninggalkan perbuatan yang sebenarnya halal tetapi dikhuatiri terbawa kepada yang haram.
4. Berpaling selain Allah kerana takut terpakai meskipun sesaat dari umurnya kepada perkara yang tidak berfaedah dalam mendekatkan diri kepada Allah swt walaupun ia tahu dan yakin bahawa perbuatan tersebut tidak membawa kepada yang haram.

Sabda Rasulullah saw:

"Sebaik-baik Islam seseorang ialah meninggalkan apa yang bukan kepentingannya." (Tarmizi)

"Tanda Allah membelakangkan (membenci) seseorang itu ialah ia leka atau sibuk dengan perkara-perkara yang tidak diperlukan. Kalaulah seseorang itu habis umurnya barang sesaat sahaja dalam kerja yang bukan menjadi tujuan hidupnya, nescaya sepatutnya ia menerima penyesalan yang panjang."
(dari buku Hai Anak)

Redha akan Ketentuan Allah

Selain dari melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya, setiap orang mukmin hendaklah redha dengan segala apa yang telah ditentukan oleh Allah swt. Mereka hendaklah redha dengan hukum-hukum yang telah ditetapkan olehNya. Dalam hal ini Allah berfirman:

"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka." (Al Ahzab : 36)

Di samping itu setiap mukmin hendaklah redha dengan apa-apa yang telah ditakdirkan Allah kepadanya.

Firman Allah:

"Dan janganlah kamu irihati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang-orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (An-Nisaa' : 32)

08 Nov 2004
tapak asal[serikandiislam.blogdrive.com]

Ahlan Wa Sahlan

In The Name Of Allah The Most Gracious The Most Compassionate.
Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Alhamdulillah, dengan kehendakNya, dapat juga ana menulis dalam blog ni. Syukran Jazilan akhie Hizam sbb bantu ana utk menulis dalam blog ni. InsyaAllah ana akan cuba memasukkan infomasi yang berguna dari masa ke semasa. Rasa gembira sangat blog ni dah mula diisi.
Ramadhan akan menutup tirainya dalam masa beberapa hari lagi, ana sedih mungkinkah ana berkesempatan untuk meraih ramadhan akan datang?Semoga Ramadhan kali ini menjadi terbaik buat kite, masa begitu pantas berlalu hingga tak terasa ana kini kiter berada di penghujungnya, buat sahabat semua, juga buat diri ana carilah malam barakah yang tersembunyi di malam 10 terakhir ramadhan. Moga kiter menjadi insan terpilih untuk mndapat barakah Lailatul Qadr.Tintamujahidah berhenti disini........Hingga pena menari kembali....
Salam Perjuangan dari Serikandiislam
8 NOV 2004
tapak asal [serikandiislam.blogdrive.cpm]