Wednesday 25 March 2009

Sahabatku..

Ada titipan yang telah ku ukirkan dengan pena ku di atas sehelai kertas, tapi sayang kertas itu di bawa angin lalu. Pun begitu hatiku tidak tegar untuk membiarkan irama hati aku dan dia berlalu begitu sahaja. Titipan itu bukan titipan biasa tetapi ia titipan dari hati ke hati dari sahabat kepada sahabat, dari kakak kepada adik yang hadir kerana cinta pada RabB kita yang terbit kerana rasa kasih kita yang terlafaz kerana ikatan hati kita..

Sahabatku, dulu kau adalah seorang sahabat yang sering mengalunkan taujihat kepada kami, kau sahabat yang mendukung tinggi aspirasi islam, kau sahabat yang tegas dan teguh dalam memelihara cinta dan amanah tuhan. Tapi sayang kini segalanya telah dirampas oleh satu rasa yang terbit dijiwamu dengan kemungkaran yang cuba kau membayanginya dengan kema'arufan. Maafkan aku teman andai bicara ini menyakitkan tetapi ketahuilah bukan niatku untuk menyakitkan apatah lagi untuk menyemai kebencian. Sahabatku sayang fillah, ketahuilah jiwarasa mu sedang di uji oleh Robbul Izzati tuntas aku dan dia disini tidak ingin melihat kau hanyut apatah lagi membiarkan kau tenggelam, sama sekali tidak... Biar kini kaun mencipta jarak tetapi percayalah jarak itu sebenarnya sedang menghimpit seluruh urat nadimu kerana rindu dan cinta kita mencengkam atmamu..aku yakin itu kerana kasih yang aku lafazkan untukmu bukan mainan, namamuku seru dalam munajatku pada DIA dengan harapan akan kembali seorang puteri mujahidah yang akan mengharumkan jannah.

Sahabatku sayang fillah, cinta itu anugerah ia hadir tanpa kita sedar dan andai cinta itu sesuci harapan di jiwa yakinlah rasa itu akan sentiasa mewujudkan kebimbang dalam sanubarimu.. dan saat itu sahabatku fillah aku merayu padamu genggamlah rasa itu dan bangkitlah dari perasaan semalam. Biar kini kau terpatri dengan ikatan pertunangan, tetapi ikatan itu tidaklah menjadi satu kepastian atau keputusan dari tuhan bahawa kau benar! dan pilihanmu itu jua benar! Sahabatku, apalah ada pada rasa nan indah itu jika ia sebenarnya setiap saat menggigit hatimu untuk kembali pada fitrah..kerana fitrahmu sahabatku sayang kau adalah wardah terindah dan terharum..sebenarnya kau tersesat di alam nyata..jika sekalian bicaraku ini menjengkelkan jangan pula kau memaksa jiwamu untuk bangkit melawan rasa hati aku dan dia ini untuk menunjukkan sekalian kami silap dan salah.

Sahabatku sayang, selama hari ini kau diberikan ni'mat oleh tuhanMu dengan sepasang ibu ayah yang begitu menyintaimu..aku hairan bagaimana mungkin cinta ibumu sejak sebelum wujud di alam rahim lagi boleh tunduk tewas pada cinta yang belumpun sebenanya berusia matang. Sahabatku tidaklah aku dan dia disini untuk mencari salah dan silap hanya satu aku dan dia ingin kita belajar untuk mentafsir.. tidak cukup dengan berjalan dan melihat duhai teman.

Sahabatku sayang fillah masih ku ingat dan aku yakin kau juga begitu saat kau mencari dirimu juga saat kau terlantar di katil hospital..sedikit kebaikannya telah mengaburi matamu..sehingga niat dan kebaikan ibu dan sahabat-sahabatmu ini kau pandang sepi seolah tiada pengertian disis kami..Cuba kau tanya pada hati yang sedang girang berbunga apakah kini kaun mencapai maksud hidupmu? Aku yakin tidak, namun entah kenapa kau bairkan dirimu rebah tnpa daya..aku tahu mata hatimu masih mampu merasa dan mengerti cuma kau bimbang akan hari depanmu dengan kesilapan-kesilapan yang telah berlaku. Sahabatku, jangan kau mencipta sekali kesilapan demi menutup sebuah kesilapan hakikatnya kesilapanmu tidak pernah tertutup tetapi semakin menggunung tinggi. Jiwaku hancur bila kalam tuhan kau permainkan, auratmu kau pandang enteng, bagimu bahagia nafsu lebih utama.

Temanku sayang, bahagia yang kau cari ini kau tak akan mendapatkanya kerana kau sudah lama kehilangannya bila ibumu kau abaikan hatimu kau utamakan, bila tuhanmu kau lupakan nikmatnya kau jiwakan..setiap helaan nafasmu kau biarkan sia-sia, kerna kau sudah hilang kekuatan pada aqidah terhadap tuhanmu, masakan tidak kau boleh persoalkan natijah istikharah, kau menghina istikharah dan sunnah nabi itu mungkin tanpa kau sedar.

sahabtku sayang fillah "Fabiayyi 'ala irobbikuma tukadzziban?" setelah segala ni'matnya kau hirup kuasanya kau persoalkan kalamnya kau biar sepi seolah tiada bermakna. Ingatlah keangkuhanmu tidak pernah menyepikan jannah tetapi sebaliknya memarakkan neraka Allah..
Sahabatku sayang, Allah itu maha 'adil lagi maha menghukum..kau bukan jahil tetapi kau biarkana matamu dibutakan oleh panahan syaitan dan telingamu dipekakkan bisikan si durjana itu..Sahabtku sayang, seorang 'imam yang baik adalah 'imam yang memelihara maruah kita dihadapan Allah..andai maruahmu dipandang enteng bukan sahaja di hadap manusia tetapi juga dihapan Allah tiada jaminan maruah zuriatmu akan dipelihara, atas segala seksa dan air mata bonda dan ayahndamu selama 24 tahun ini kau bayari mereka dengan azab yang sangat pedih dihari abadi itu pula? Sahabtku..bukan wnag ringgit mereka yang aku minta kau balas..tetapi cukuplah jika kau mampu menjadi anak yang membantu memudahkan mereka disana..

Sahabtku aku kini seorang isteri dan aku ingin sekali punya zuriat..maka hari ini aku mengerti bahawa kasih sayang ibu dan ayahku tidak akan mampu ternilai dengan dunia dan isinya ini kerana mereka adalah ni'matku dunia dan akhirat.. malangnya menjadi ibudan ayah yang dengan jerih perih berkorban rasa demi zuriatnya tetapi hasilnya kerana zuriat itu juga mereka dihadapkan di hadapan Allah sebagai pesalah. Bersalah kerana membiarkan anak gadisnya membenih dan membajai kemungkaran daalam perjalan hidupnya? Adilkah ini untuk seorang ibu yang pernah bersabung nyawa, seorang ayah yang mengorbankan kekasihnya demi untuk melihat cahaya matanya? adilkah? Tubuh mereka terlalu murah untukmu sehingga kau tegar menghadiahkan mereka kepada api neraka..sedang aku pernah mendengar ibumu berdoa ketika kau terlantar hospital "Ya Allah, KAU biarlah aku yang menanggung segala kesakitan ini, jangan kau biar anakku itu yang melalui kesakitan ini" ..harian sekilp mata ucapan itu kau buat seolah tiada makna..

Sahabtku sayang aku sedar..aku ini bukan siapa dan dia juga bukan siapa..tetapi aku dan dia sentiasa melantunkan namamu dalam munajat kami agar sebuah sinar akan terbit di qlabumu dan ia akan mengembalikan kau sahabat kami kepangkuan kami sebagai puteri mujahidah wardah yang harum nan suci.. Aku ini tiada daya begitu juga dia, juga ibu ayahmu.. justeru kepada tuhanmu, dan tuhan kami Allah robbul idzzati yang maha pengasih lahi maha penyayang kami serahkan dirimu dan natijahnya..yang pasti kami mohon diberi kekuatan demi cintaNYA untuk terus menanti dan bersatu semula denganmu andai tidak disini ku harapkan ianya di syugra nan abadi..... kerna kau sahabat sayang kami fillah...kerna kau zuriat mereka yang tidak akan terputus hubungannya walau kemana jua................

jiwa rasa along, anjang dan sahabat-sahabatmu.....