Wednesday, 9 September 2009

Hidayah Allah..

Tetamu ziarah yang budiman, untuk ketika ini hambatan tugas di pejabat sangat tidak memungkinkah saya untuk mengemaskini blog. Namun setelah membaca kisah di bawah ini, saya tidak mahu ketinggalan dalam mencoretkan sebuah kisah yang istimewa di dalam blog yang sangat saya sayangi ini. Sebelum kisah ini saya coretkan di sini,saya kongsikannya bersama adinda yang sangat saya cintai dan respon beliau sangat menyentuh hati saya. Nyata selepas pulang dari ESQ banyak sungguh perubahan rohaniah yang dapat saya lihat dari dalam diri adinda saya ini. Bicara mulus yang terbit dari bibirnya setelah membaca kisah yang saya kirimkan kepadanya, akan saya rakam dalam ingatan saya sepanjang hayat ini, InshaAllah. Kata adik saya "tiada kata-kata yang boleh diungkapkan selain pujian kepada Allah"..Ianya mungkin biasa-biasa bagi sesetengah dari kita tetapi bagi saya ianya sangat bererti....

Saya kongsikan kepada anda kisah ini;

Kisah seorang usahawanita berjaya -Pn Rozita Pengasas Sendayu Tinggi.

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

Wednesday, 12 August 2009

Aduhai Doktor...

Dulu sewaktu saya berusia di sekitar 4-12 tahun, saya bercita-cita ingin menjadi doktor. Namun meningkatnya usia saya, saya lebih cenderung untuk menjadi seorang pendidik atau peguam. Malah sehingga ke hari ini cita-cita itu masih tersemat kemas di dalam diri saya.

Bukan niat saya untuk menghurai tentang seorang doktor mahupun bidang tugas profosyen tersebut. Apa yang pasti semakin hari saya semakin menyampah dengan para doktor yang ada di hospital kerajaan hari ini. Hampir kesemua mereka masih muda belia, dan mungkin itulah faktor, kenapa mereka tidak begitu berbudi bahasa dan prihatin kepada pesakit. Malah adakalanya mereka langsung tidak beretika. Saya mengkritik doktor bukan kerana benci tetapi saya mengharapkan sebuah perubahan yang akan berkekalan. Sepupu di sebelah suami dan isterinya juga adalah doktor, teman baik saya dan isterinya bakal menjadi doktor tidak lama lagi, malah sahabat-sahabat saya juga ada yang menjawat jawatan sebagai pegawai perubatan di hospital-hospital kerajaan. Alhamdulillah, dek kerana sombong dan kurang ajarnya doktor-doktor yang di takdirkan merawat saya dan ahli keluarga yang lain, sahabat-sahabat doktor saya inilah tempat saya merujuk dan mendapatkan nasihat, tanpa sebarang bayaran pulak tu! Syukran Kak Wardah dan Kak Wanis.

Masih tidak saya lupakan seorang doktor yang merawat saya memarahi saya kerana berbaring di atas katil di dalam bilik rawatan, sedangkan doktor itulah yang meminta saya berbuat demikian. Tetapi dia lupa! tahukah anda kenapa doktor tersebut boleh lupa? kerana beliau bersembang dengan jururawat yang ada di situ dan sempat bergurau. Tidak salah bergurau tetapi jangan melampau sehingga hilang fokus anda. Bagaimana kiranya doktor tersebut hilang fokus ketika mengendalikan kes-kes kritikal?

Setiap kali Ramadhan, peristiwa ini sering menghantui kami adik beradik. Masa tu, kakak saya masih di Malaysia. Ayah tiba-tiba di serang sakit perut yang sangat teruk. Saya turun ke bawah (rumah flat) untuk mencari teksi, dan alhamdulillah dapat teksi saya minta teksi itu tunggu dan saya bawa ayah turun, di temani oleh mak. Sampai di HUKM dalam pukul 4:00am, bayangkan dari pukul 4:00am tu sehingga jam 7:00 baru lah ayah dirawat.Semenjak tu kami sekeluarga sangat fobia dengan HUKM. Tapi ada masa tiada pilihan terpaksa ke sana juga!

Selepas peristiwa itu berlalu beberapa tahun, acapkali saya berusaha untuk mengelak berjumpa doktor di hospital kerajaan. Tapi jarang sekali ke hospital swasta. Tetapi bagi ayah yang sememangnya mempunyai rutin pemeriksaan bulanan tidak boleh tidak, terpaksa hadapi situasi yang menyakitkan hati ini saban hari ketika menjejakkan kaki ke hospital.

Suatu hari, seperti biasa apabila ayah pulang dari hospital saya menyapa dan bertanya mengenai apa yang dimaklumkan doktor. Hari itu wajah ayah kelihatan sugul, dengan penuh manja dan lemah lembut, saya mulakan sesi berbual santai dengan ayah (adik beradik yang lain termasuk emak tidak berani memecah sepi ayah, hanya saya).Ironinya sayalah anak yang keras kepala mungkin disebabkan itu, saya tidak betah duduk diam bila melihat ayah diam seribu bahasa. Berbalik pada ayah saya tadi, alangkah terkejutnya saya bila ayah mengatakan dia sangat terasa hati dengan seorang doktor perempuan yang menunda temujanjinya. Temujanji yang biasanya 2 bulan sekali. di tunda kepada 4 bulan sekali, bertanyakan hal itu, ayah dimarahi kata doktor tersebut "Kalau sakit sangat pegi je kecemasan tu" bagi seorang warga emas seperti ayah saya pastinya kata-kata itu amat biadap sekali, ayah yang mengharapkan penjelasan herdikan pula yang diterima sebagai balasan.

Baru-baru ini mak ditahan di wad kerana masalah jangkitan kuman, satu fenomena yang sangat memeranjatkan saya, apabila doktor yang bertugas 'round' wad pada pagi hari itu, menengking setiap pesakit di tiap-tiap katil dengan suara yang tinggi. Saya jadi hiba melihat makcik-makcik yang jauh lebih berusia dari mak saya sendiri. Jururawat pada pagi itu juga agak biadab, jururawat itu tidak datang bersemuka dengan saya untuk meminta saya menunggu di luar dan sebagainya. Setahu saya setiap pesakit boleh ada seorang waris yang menunggu. HKL terlalu banyak birokrasinya, apa yang berlaku selain melihat fenomena doktor menengking pesakit, saya dimarahi oleh petugas keselamatan di wad itu. Saya maklumkan bahawa saya perlu menunggu sehingga doktor memeriksa emak saya, ianya untuk memudahkan proses komunikasi antara mak dan doktor dan untuk saya sendiri untuk mengetahui bagaimana keadaan mak. Kelihatan seorang ahli farmasi yang sedang memeriksa jadual ubat pesakit menyoal saya di hadapan petugas keselamatan itu "kenapa kamu mahu berjumpa dengan doktor ?" saya menjadi panas hati, dari awal lagi saya sudah menjelaskan rasional kenapa saya perlu tunggu sehingga doktor memeriksa mak saya. Untuk meredakan perasaan marah saya ini saya mengambil tindakan untuk merenung wajah mak, ada sekuntum damai di situ. Pegawai keselamatan itu pun beransur keluar, selang beberapa minit dia datang semula dan beritahu kehadiran saya akan menganggu doktor untuk memeriksa. Tahap kepanasan saya melonjak ke paras maksima, bila pengawal keselamatan itu berkata 'saya hanya menjalankan tugas, jururawat tak bagi waris menemani pesakit'. Saya meninggikan suara kepada pengawal keselamatan itu dan menyatakan saya hanya akan keluar dari wad tersebut setelah berjumpa dan melihat sendiri doktor itu merawat dan menganalisa keadaan mak saya. Darah saya semakin naik apabila ada jururawat yang mula menjeling ke arah saya, Saya berusaha untuk menenangkan diri. Alhamdulillah saya berjaya,begitu pun sehingga sekarang saya amat meluat kepada doktor, jururawat yang sungguh biadap itu.

Terkenang saya semasa suami di tahan di Hospital Melaka kerana menghidap demam denggi. Allah sahaja yang mengetahui perasaan saya ketika itu. Pun begitu saya bersyukur ditemani ibu mertua yang sentiasa menenangkan saya. Di situ tidak masalah untuk kita menemani pesakit, tetapi masalahnya lain pula. Hampir 6 kali dicucuk jarum ke tangan suami saya untuk mengambil darah, dan kesemuanya tidak berjaya. Doktor tersebut tidak mahu meminta bantuan jururawat berpengalaman atau pun pembantu perubatan yang ada di situ. Ikutkan hati saya, saya memang nak sembur doktor tersebut. Tetapi ditegah oleh ibu mertua saya, ya lah bimbang nanti doktor tersebut melepaskan geram pada suami saya bila tiada orang di sisinya nanti.

Seminggu yang lepas saya menemani ayah untuk menjalani pemeriksaan pakar, ayah saya mempunyai sakit 3 serangkai memandangkan umur ayah sudah pun menginjak 80 jadi kami semakin berhati-hati dan sangat peduli akan tahap kesihatan ayah. Setelah lama menunggu saya mengiringi ayah ke bilik doktor. Seorang doktor muda, berbangsa melayu dan beragama Islam. Mula-mula agak ramah, memberi salam dan berjabat tangan dengan ayah. Doktor tersebut meminta ayah bercerita serba sedikit sejarah penyakit ayah, yang mana semua itu sudah pun tercatit di dalam fail yang dipegangnya. Entah kenapa saya tak pasti, saya hanya mendiamkan diri. Selepas habis doktor tersebut bertanya, saya mengajukan soalan mengenai kandungan gula dalam daranh, keadaan jantung dan buah pinggang juga paras kolestrol. Sedang doktor tersebut bercakap dengan saya, tentang kadnungan gula, dia mengatakan secara purata paras gula ayah 7.6, katanya "ok la..". Doktor tersebut bertanya kenapa tidak mahu mengambil suntikan insulin, ayah saya terus menjadi kelu.Saya menjadi hairan, katanya tadi kandungan gula dalam darah ok, kenapa perlu dipersoalkan tentang suntikan insulin pula, bila saya bertanya semula; ini jawapannya "nak kata ok..tak la ok sangat, kalau boleh turun lagi bagus". Saya sudah mula panas, kemudian doktor tersebut persoalkan kenapa berhenti makan pil 'metformin' saya menjawab doktor sebelum ini minta ianya di berhentikan kerana ubat tersebut membawa kesan sampingan yang agak teruk. Bayangkan dengan makan ubat itu ayah saya cirit-birit selama seminggu. Atas nasihat doktor yang sebelum ini ayah berhenti makan ubat tersebut. Doktor tersebut menyarankan agar ayah terus berpantang.

Saya mula bertanya mengenai keadaan buah pinggang ayah, dan mengatakan ayah sering sakit pinggang sambil nak belek keputusan darah untuk buah pinggang tu, doktor itu meminta saya membawa ayah untuk melakukan x-ray dan doktor akan memaklumkan saya masalah sebenarnya yang mengakibatkan ayah sakit pinggang. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, doktor tersebut bangun keluar bilik tanpa memohon maaf dari kami. Dia bergelak tawa dan bersembang melalui telefon lebih kurang 5 minit. Seketika dia masuk semula, dan saya bertanyakan pula tentang keadaan buah pinggang ayah, katanya buah pinggang ayah rosak sedikit. Dan saya bertanyakan adakah sakit pinggang ayah berpunca dari buah pinggang yang rosak? Katanya, "umur dia pun dah berapa? biasalah tu.Tak pe kejap lagi ambil x-ray dan ktia akan tengok". Saya sedikit terkilan dengan respon awalnya, saya tahu ayah sudah tua, namun begitu bagi saya setiap sakit ada puncanya, paling tidak jika ianya disebabkan faktor usia mestilah ianya ada kaitan dengan 'Osteoarthitis'. Bagi saya cara doktor tersebut menjawab memperlihatkan betapa tidak profesionalnya beliau. Saya hanya mampu mengomel dalam hati. Selepas diperiksa, doktor meminta saya dan ayah menunggu di luar sementara doktor itu menyediakan preskripsi dan borang untuk melakukan x-ray. Dalam 10 minit seorang jururawat keluar sambil melaung nama ayah. Saya mendapatkan jururawat itu dan beliau menyerahkan priskripsi ubat dan borang x-ray itu. Alangkah terkejutnya saya, apabila doktor tersebut meminta x-ray dilakukan bila-bila masa sebelum temujanji akan datang. Maksudnya x-ray itu hanya akan di review dan sakit ayah hanya akan diagnos 3 bulan dari tarikh itu. Saya kecewa yang amat! Dengan perasaan yang sangat berat saya hanya menurut seperti yang diarahkan.

Sementara saya dan ayah menunggu preskripsi di luar bilik doktor, satu peristiwa yang sangat menyedihkan berlaku. Seorang wanita berbangsa cina membawa ibunya yang hampir berusia 90 tahun. Wanita tersebut telah mohon agar doktor membuat ujian darah kepada ibunya untuk melihat paras gula dalam darah ibunya memandangkan sudah lama tidak ada ujian darah yang dibuat! Tahukah anda apa yang berlaku? Doktor tersebut membiarkan permintaan wanota itu di angin lalu tanpa sebarang respon. Setelah tamat sesi pemeriksaan doktor tersebut meminta wanita dan ibunya menunggu di luar untuk mendapatkan preskripsi dan temujanji akan datang. Melihat doktor itu tidak melayan permintaannya dia bertanya semula, doktor tersebut menjawab dengan acuh tak acuh, melihat keadaan itu wanita berbangsa cina ini naik marah. Dia berkata kepada doktor "Kalau you tak mau buat, you cakap la apa sebab? I suruh buat sebab kita tak tau apamacam dia punya diabetic level after operation!, Doktor tersebut tetap menyuruh wanita tersebut tunggu di luar" Apabila keluar dari bilik doktor itu wanita tadi mengadu kepada pegawai di kaunter luar mengenai sikap doktor tersebut yang tidak merespon kepada permintaan beliau. Kata wanita itu "kalau ujian tersebut tidak perlu di lakukan, kenapa doktor itu tidak menerangkan kepada beliau. Ini langsung buat tak dengar!" Jururawat kepada doktor tersebut telah mendengar wanita ini mengadu, barangkali jururawat ini telah menyampaikannya kepada doktor tersebut. Apa yang berlau tiba-tiba jururawat itu memanggil semula wanita tersebut untuk berjumpa doktor. Wanita tersebut bergegas berjumpa doktor. Tahukah anda apa yang berlaku? Doktor tersebut bertanya, " Sebelum ini mana u punya mak ambil rawatan? " Wanita tadi menjawab " dulu mak saya ambil rawatan di hospital swasta, tapi untuk pembedahan tersebut maknya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur ini, dan dari wad HKL itu maknya dirujuk ke klinik pakar HKL itu. Alangkah terkejutnya saya bila doktor itu berkata "bawa semula you punya mak ke hospital swasta sana, tak payah datang ke sini. Sungguh biadap kenyataan itu, tetapi itulah kenyataan yang terbit dari bibir seorang doktor! Saya hairan kenapakah mereka yang menjawat jawatan mulia ini men'downgrade'kan diri mereka dengan akhlak yang sebegitu. Sangat mengecewakan kerana mereka itu adalah melayu dan ISLAM!

Ini adalah cebisan pengalaman saya berdepan dengan doktor-doktor yang sangat menyakitkan jiwa raga. Ini belum lagi saya menceritakan mengenai doktor yang mengambil mudah tentang penyakit dan simptom-simptom yang di hadapi pesakit. Sudahnya ramai orang yang yang sakitnya hanya dapat didiagnos pada tahap-tahap kritikal. Sesungguhnya segalanya dari Allah jua, dan segala kepastian juga di sisi ALLAH.

Biarpun setiap kali ke hospital saya akan merasa takut dan setiap kali pulang saya akan pulang dengan kekecewaan. Saya mohon pada Allah agar saya dan ahli keluarga diberikan ketetapan hidup dan mati dalam iman dan islam, jika di takdirkan kami kembali mohon Allah ambil kami dalam pelukan kasih sayangnya. Ameen ya Allah..Du'a setulusnya juga buat kalian.

NOTA: Saya mohon ribuan kemaafan kepada tetamu ziarah yang budiman, hampir setiap hari saya perasan ada tetamu ziarah yang berkunjung tetapi blog ini tidak dikemas kini. Maafkan saya, rasanya sepanjang saya terjun ke dunia blog sejak 5 tahun yang lalu ini kali pertama saya mengambil masa selama 3 minggu untuk menyiapkan satu entry. Hambatan masa dan tanggungjawab telah menyebabkan ianya terjadi! Maafkan saya atas kelemahan saya dalam menguruskan perkara ini.

Friday, 31 July 2009

Bicara Kerinduan Buat Kalian...

Titipan ini khas untuk teman-teman SRIKANDI..Sayang Fillah ;

Bersyukurlah andai terbit rasa ketidakmampuan,
Itu tandanya hamba sentiasa perlukan tuhan..

DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai diri merasa keletihan,

Bersyukurlah andai hatimu diterjah kekecewaan,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan...

Bersyukurlah andai hatimu diamuk kesepian,
Iitu tandanya hamba perlukan tuhan..

Bersyukurlah andai dirimu terasa sendirian mengharungi segala tanpa teman,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan..

Bersyukurlah andai kehilangan sebuah kekuatan,

Bersyukurlah andai jiwamu merintih untuk sebuah ketabahan,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan..

Bersyukurlah atas segala keperitan dan kepayahan yang disalurkan,
Kerna disitu lahirnya jiwa rasa hidup berTUHAN!

DIA sedang mentarbiyyahmu dengan caranya tersendiri!

Bersyukurlah!
Bersyukurlah!
Bersyukurlah!

Kerna kau menjadi pilihanNya!

Biar segunung ujian didatangkan,
Kentalkan jiwa dengan haruman ketaqwaan,
Moga ianyakan menjadi saksi di hari pertemuan!

Tiada Kata....

If you'd stand in front of the Prophet just one minute...
What would you say and what would be your gift?

Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat kutatap wajahmu,
Kan pasti mengalir airmataku,
Kerna pancaran ketenanganmu…

Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat kukucup tanganmu,
Moga mengalir keberkatan dalam diriku,
Untuk mengikut jejak langkahmu…

Ya RasuluLLAH, Ya HabibaLLAH,
Tak pernah ku tatap wajahmu,
Ya RasuluLLAH, Ya HabibaLLAH,
Kami rindu padamu…

Allahuma solli ala Muhammad
Ya Rabbi solli alahi wassalim
Allahuma solli ala Muhammad
Ya Rabbi solli alaihi wassalim…

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu,
Tiada kata yang dapat aku ucapkan,
Hanya Tuhan saja yang tahu…

Ya RasuluLLAH, Ya HabibaLLAH,
Tak pernah ku tatap wajahmu,
Ya RasuluLLAH, Ya HabibaLLAH,
Kami rindu padamu…

Ku tahu cintamu kepada umat
UMMATI, UMMATI,
Ku tahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami….

Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat kutatap wajahmu,
Kan pasti mengalir airmataku,
Kerna pancaran ketenanganmu…

Ya RasuluLLAH, Ya HabibaLLAH,
Tak pernah ku tatap wajahmu,
Ya RasuluLLAH, Ya HabibaLLAH,

Kami rindu padamu…

Ya RasuluLLAH, Ya HabibaLLAH,
Terimalah kami sebagai umatmu,
Ya RasuluLLAH, Ya HabibaLLAH
Kurniakanlah syafaatmu…

Allahuma solli ala Muhammad,
Ya Rabbi solli alahi wassalim,
Allahuma solli ala Muhammad,
Ya Rabbi solli alaihi wassalim…

Thursday, 30 July 2009

The First Award Ever..

Tengkiu Epah!

Syarat-Syarat

1. Letak kan award d blog anda.

Cik Sakinah
Kak Nik
Kak Jamilah
Kak Zara
Kak Hasla
Cik Limau

Adik Neem
Ukhti Bibi Raihana

**Cukup la tu ek

3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui 'backlink' dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda...
**Orrait

4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka...
**Baik!

5. Berbagi cinta & sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini...
**Ya Allah sayangi Epah.Ameen

Tuesday, 28 July 2009

SubahanAllah!

SubahanAllah..... Allahuakbar......
Indahnya...
Tiada kata yang mampu ku ukirkan tatkala pandangan berlabuh pada gambar yang satu ini..

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami,
perkenankanlah doa permohonanku
[Surah Ibrahim :40]

Tuesday, 21 July 2009

Bicara hati..

Aku insan terpilih punya sepasang ayahbonda yang mengasihiku dengan segenap rasa namun masih ku rasa segalanya tiada warna lalu KAU hadiahkan untuk ku seorang kakak yang setia mendoakanku walau kami terpisah jauh beribu batu.Aku terduduk mengenangkan Ar-Rahim Mu tatkala KAU memberikan aku seorang Rahimah (adik) yang mengasihi aku dengan segala ada. Sungguh aku termangu dengan segala iradatMu ke atas aku hamba yang tak punya apa. Masih ku rasa hanya sepi itu yang menemani dan warnanya cuma hambar semua...Ku rasakan jasadku berada di tengan hamparan dunia yang begitu kosong dan aku di tengah-tengahnya. Aku begitu sesak menguruskan nafasku kerana sunyi itu begitu menghimpit seolah memberi isyarat aku bukan milik dunia ini..Aku terduduk mencari erti..erti pada hidup ini..

Lalu KAU hadiahkan aku seorang suami yang mencintai aku dengan seluruh jiwa rasa tetapi kami terpisah dek masa dan jarak demi amanah yang telah KAU titipkan. Sekian kalinya masih ku rasakan segalanya sepi dan sunyi. Derita memerangi jiwa rasa ini begitu siksa. Kata mereka akulah insan bahagia kerana aku punya segala. Tetapi hakikatnya masih sepi itu yang bertandang dan derita itu yang mengiringi. Sekali lagi aku tersungkur mencari erti, erti sebuah bahagia..

Tuntas, ketakutan menguasai. Jika di sini begini yang ku rasakan.. Bagaimana di sana? Di sana aku tidak akan punya ayahbonda, tidak kakak dan adik. Jauh sekali suami apa lagi rakan taulan. Aku akan bersendirian tanpa teman, dan apakah aku mampu untuk melalui kesunyian yang sangat panjang itu? Jika dunia yang begitu luas itu mampu menyesakkan nafasku dengan segala kesepian ini, bagaimana di sana? Di barzakh yang sememangnya sempit lagi menyempitkan? Mampukah aku berhadapan dengan semua itu andai disini sahaja aku tewas begini?

Aku terkulai lemah mengenang dosa dan noda yang memalit jiwa. Sungguh tidak terdaya untuk meniti hari-hari yang mendatang kerna kurasakan sebenarnya hidup ini tidak pernah punya erti kecuali mati, dan kematian adalah permulaan sebuah pengertian. Dan saat itu bermula sebuah pencarian, pencarian kepada kebahagiaan.

Hakikatnya bahagia di sana adalah apa yang diukirkan di sini. Menyedari akan segunung alpa dan dosa yang terpikul di pundak ku, aku bertimpuh disisMu Ar-Rahman mengharapkan belas ihsan. Aku mempersembahkan pintaku padaMu tuhan.

Kata mereka aku insan bahagia punyan insan yang mencintai di sisi, punya hati yang mengasihi mengiringi perjalanan hidupku tetapi cuma aku yang mengerti hakikat hidup insaniku ini. Tuhan benar aku di hadiahkan dengan ayahbonda yang sangat mengasihi tetapi aku hadir dengan tempang upaya, tidak aku termampu memberi gembira pada mereka apa lagi menyinari hati tua mereka dengan mengisi segala impi dan mimpi mereka. Tuhan aku KAU berikan seorang kakak yang setia dan taguh berdiri di tengah badai kehidupan ini, tetapi aku kudung upaya, tak mampu aku menghulur lembut jemariku untuk mengusap lembut air mata sengsaranya. Aku KAU berikan adinda yang cukup banyak mengerti tetapi aku juga bisu upaya dalam merangsang dan berkongsi apa adanya padaku untuk melukis sejalur pelangi gembira pada seraut wajah nan mulus itu. Aku juga hambamu yang terpilih KAU hadiahkan aku seorang suami, sekali lagi aku lumpuh upaya, tidak mampu berada disisinya tatkala dia memerlukan, aku tak bisa menghadiahi secangkir bahagia dengan apa hendaknya. Tuhan aku punya segala tetapi aku dan dia aku dan mereka terpisah dek 1001 munasabah suratan.

Ya Hannan, Ya Mannan

Aku datang padaMu dengan sebuah harapan agar pintaku KAU perkenan. Aku datang dengan segala keinsafan bahawa tiada pengertian selain dariMu tuhan.

Aku punya pinta Wahai Allah Yang Maha Perkasa ;

Aku mohon Ya Ghaffar, Ya Allah At-Tawwab, Ya Allah Al -'Afuww , ampuni aku Ya Allah atas segala dosa dan nodaku, bersih aku dari segala kotoran itu tuhan agar aku bisa bertemuMu dengan aman. Ya Allah Ya Muntaqim andai KAU mahu mengambilku, aku mohon jangan KAU ambilku tatkala aku belum cukup siap sedia. Aku tidak akan berdaya untuk menghadapi murkaMu tuhan. Aku punya pinta Wahai Allah Yang Maha Khabiir, andai derita dan sepi ini adalah yang terbaik untukku di sana hadirkan ia bersama setitis kekuatan agar aku akan terus tegar kehadapan. Wahai tuhan yang maha mengasihani, kasihanilah kedua orang tua ku dan aku mohon KAU jadikanlah mereka ahli jannahMu atas segala pengorbanan mereka selama aku menjadi anak mereka. Tuhanku KAU berikan aku kakak dan adik yang begitu mencintaiku, meski kini kami terpisah dek jarak dan masa, aku mohon kau rahmatilah mereka di dunia dan di akhirat dan izinkan aku menlantunkan doa di antara langit dan bumi ini untuk mereka. Tuhanku iringi mereka dalam setiap helaan nafas dan lindungi mereka dengan segala kudrat iradatMu. Tuhanku yang maha menyayangi, sayang tuhan pada hamba, telah menghadirkan dia suamiku, tetapi kami juga terpisah jauh. Aku mohon tuhanku izinkan aku mempersembah indah khidmat baktiku padanya agar redha suami ku akan mengiringi perjalananku menuju redhaMu. Tuhan aku punya pinta, pinta si hamba pada Mu Ya Wahhab, Ya Razzaq, Ya Warith izinkan aku mengandung, melahir, mendidik dan membesarkan zuriat keturunanku yang soleh dan solehah. Izninkan aku mengajar mereka untuk melafaz halus doa tulus kepada kedua orang tua mereka, juga tuhanku izinkan hidup mereka mulia mendaulatkan agamaMu dan syahid menuju redhaMu. Tuhanku izinkan aku menemani hari-hari suamiku sebagai isteri penyejuk jiwa yang mendorong bahtera kasih kami menuju cintaMu. Allah Ar-Ra'uf izinkan aku dan dia mencintai di kala dekat dan menyayangi di kala jauh.Ya Allah Al Hafiz Al Muqit lindungi kami dalam dakapan kasih sayangMu agar kami akan terus teguh menghadapi hidup menuju redhaMu. Tuhanku Al-Qwiy, Al Matin teguhkan kami dan tetapkan kami bersama dikala senang dan susah, suka dan duka agar kami bisa bertemu Mu tuhan dengan hangatnya cinta yang kami patri demi menyahut sunnah RasulMu.

Ya Allah Al-Wajid, terpisah aku dan mereka di sini. pintaku temukan kami semula di taman syurgaMu, terpisah aku dan dia di sini, pintaku himpunkan kami bersama di taman bahagaiaMu itu Rabbi..

Tuhanku Al Qdiir Al Muqtadir jangan kau menguji aku dan keluargaku dengan sesuatu yang tidak terdaya kami tanggungi, justeru aku datang dengan harapan yang menggunung tinggi.. Ilahi pandanglah aku yang tiada daya ini...

Ya Allah Ya Mubdi' ul Mu'id jadikanlah segala derita ini sebagai sinar bahagiaku di sana, kerna ku yakin di situlah letaknya erti hidupku..

Malik ul Mulk Dzul Jala Wal Ikram telah kusaksikan besarnya karuniamu pada hamba yang tiada apa selain kaya dengan segala noda, hanya hampar tahmidku ini mampu ku persembahkan ALhamdulillah pun begitu masih ia di iringi dengan 1001 pinta kerana aku hamba lemah hina tidak mempunyai apa, lantas bagaimana harusnya aku?....

Ya Allah Ya Mujib...perkenankanlah...

Wednesday, 8 July 2009

KEJAM : Dia dibunuh kerana tudungnya!

Moga dirinya diterima Allah sebagai syuhada. Ameen.

Petikan artikel dari eramuslim ;

Selasa, 07/07/2009 15:56

Ribuan orang mengantarkan jenazah Marwah Al-Sharbini ke tempat peristirahatannya yang terakhir di kota Alexandria, Mesir waktu setempat. Ribuan orang itu berjalan mengiringi peti jenazah Marwa yang mendapat sebutan "martir jilbab".

Kematian Marwa memicu kemarahan di kalangan komunitas Muslim di Jerman dan Mesir-negara asal Marwa-tetapi juga komunitas Muslim di berbagai negara. "Tidak ada Tuhan selain Allah dan orang-orang Jerman adalah musuh Allah," kata seorang warga Mesir yang ikut mengantarkan jenazah Marwa ke pemakaman.

"Kami akan membalas kematiannya. Barat, mereka tidak mau mengakui kita. Di sana ada rasisme," ujar Tarek Al-Sharbini, saudara lelaki Marwa.

Selain Marwa, suaminya juga menjadi korban dan sekarang masih dalam kondisi kritis di sebuah rumah sakit Dresden, Jerman. Suami Marwa secara tak sengaja terkena tembakan aparat saat sang suami mencoba melindungi istrinya yang diserang dengan senjata tajam oleh pemuda Jerman keturunan Rusia.

Peristiwa itu terjadi di ruang sidang di kota Dresden, saat Marwa akan memberikan kesaksian atas kasusnya. Marwa menuntut pemuda yang juga tetangganya itu ke pengadilan karena menyebutnya sebagai teroris hanya karena ia mengenakan jilbab. Marwa berada di Jerman mengikuti suaminya yang sedang melakukan riset dengan biaya beasiswa.

Menurut kakak lelaki Marwa, aparat mengira suami Marwa yang melakukan serangan sehingga petugas keamanan pengadilan itu menembaknya. "Para aparat keamanan itu berpikir, sepanjang orang itu tidak berambut pirang, maka dialah pelaku serangannya, dan mereka menembak suami Marwa," kata kakak lelaki Marwa.

Pemuda Jerman keturunan Rusia yang menyerang Marwa, bernama Alex W, 28, kini mendekam di penjara dan akan dikenakan tuduhan baru yaitu pembunuhan. Christian Avenarius, jaksa pengadilan Dresden mengatakan, Alex menusuk Marwa karena didorong rasa kebencian yang dalam terhadap Islam, karena sejak awal pengadilan, Alex yang berimigrasi ke Jerman tahun 2003 sudah mengungkapkan pernyataan-pernyataan anti-Islam dan anti-Muslim.

Dari wawancara di beberapa media Mesir, keluarga Al-Sharbini di Mesir mengatakan bahwa pelaku penusukan sudah sering menghina dan melecehkan Marwa, bahkan pernah mencoba melepas jilbab Marwa. Ibu Marwa, Laila Shams mengungkapkan, Marwa juga kesulitan mendapat kerja di Jerman karena ia mengenakan jilbab.

"Suatu kali, Marwa pernah disuruh melepas jilbab jika ingin mendapatkan kerja, tapi Marwa menolaknya," kata sang ibu.

Menanggapi kasus Marwa, Jubir pemerintah Jerman Thomas Steg mengatakan bahwa insiden ini berlatar belakang rasial dan pemerintah mengutuk keras pelakunya. Pemerintah Jerman baru bersuara atas kasus ini, setelah komunitas Muslim di negara itu mengecam pemerintah dan para politisi di Jernam yang diam saja atas kasus tersebut.

Menyindir sikap pemerintah dan para politisi di Jerman, harian independen di Mesir, El-Shorouk menulis, kalau korbannya Yahudi, barulah dunia gempar. Seorang bloger Mesir bernama Hicham Maged dalam blognya menulis,"Mari kita bayangkan, jika kondisinya dibalik, korban adalah orang Barat yang ditusuk di dunia atau di salah satu negara Timur Tengah oleh seorang Muslim ekstrim."

Atas insiden yang menimpa Marwa, Asosiasi Farmasi Mesir sudah menyerukan boikot terhadap obat-obatan dari Jerman.

Pemerintah Mesir belum mengeluarkan pernyataan atas peristiwa yang menimpa warga negaranya. Belum jelas apakah pemerintahan Husni Mubarak akan menuntut pemerintah Jerman bertangung jawab atas kasus ini.

Baru semalam saya berdiskusi bersama rakan sepejabat Dr.Abu, mengenai kezaliman yang dilakukan oleh Rusia terhadap Chechnya. Hari ini saya menerima perkhabaran yang sangat menyakitkan ini. Kredit kepada Akh Masri.Ukhti Marwa mengorbankan nyawanya dan juga bayi dalam kandungannya kerana mempertahankan syariat Allah.

Kejam sungguh kafir laknatullah ini, Ya Allah kau hancurkanlah mereka yang terlalu zalim dengan agamaMu ini. Saudaraku, andai ukhti marwa pergi kerana mempertahankan syariatnya, apakah masih ada alasan kepada kita untuk meringankan tuntutan Allah ini?

Hidup Mulia Mati Syahid, Moga Jannah adalah tempatnya, dan moga Allah selamatkan suami Ukhti Marwa! Saya MARAH yang teramat! Ya Allah.........

AMARAN : Awas! Maybank tidak selamat.

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Jika anda menerima emel seperti ini, Awas! sekiranya anda mengikuti segala arahan yang terdapat dalam emel tersebut, bersedialah! Anda telah kehilangan wang anda. Seorang teman saya telah kehilangan wang sebanyak RM1000 sejurus selepas mengikuti arahan yang terdapat di dalam emel ini. Beliau yang baru sahaja melakukan transaksi di maybank2u untuk menjelaskan pembayaran bil TNBnya, menerima emel ini. Menyangkakan bahawa transaksi beliau sebentar tadi benar-benar terdapat masalah, beliau telak klik pada link yang di berikan. Mengikut arahan yang tertera beliau dikhendaki meminta TAC semula. Setelah menerima SMS TAC di telefon bimbit beliau, beliau pun mengisi TAC di laman yang tertera. Sejurus selepas itu kelihatan masalah transaksi tadi selesai.

Malangnya, setelah 1/2 jam urusan itu selesai, beliau menerima satu lagi SMS dari Maybank yang menyatakan beliau telah memindahkan wang sebanyak RM1000 kepada pihak ketiga. Pelik tapi benar! Sahabat saya yang merasa pelik dengan SMS tersebut telah menyemak semula baki dia akaun beliau. Sah! beliau kehilangan RM1000.

Beliau menghubungi pihak Maybank, dan membuat laporan. Layanan dari kakitangan Maybank sangat tidak beretika. Apabila sahabat saya meminta agar pihak Maybank memeriksa ke akaun siapa diut itu dipindahkan, pihak Maybank dengan bermalasan dan sombong mengatakan "lamabatlah kalao nak cek ni, sebab kita kena cek di echannel" . Sahabat saya yang berang ini menyatakan, kesanggupan untuk menunggu. Akhirnya pihak Maybank memaklumkan bahawa individu atau pihak ketiga itu Mohan a/l Thulukan. Apabila sahabat saya meminta butiran mengenai Mohan ini, pihak Maybank enggan untuk mendedahkan identiti individu terbabit dengan alasan mereka bertanggungjawab memelihara kerahsiaan profil pelanggan mereka. Mendengar ini sahabat saya bertanya bagaimana caranya untuk mendapatkan semula wangnya. Dengan angkuhnya pihak Maybank menjawab, "kami tidak dapat berbuat apa-apa, dan ramai lagi pak cik makcik diluar sana yang mengalami nasib yang sama."

Kerana terlalu sedih sahabat saya pulang ke rumah. Apa yang memusykilkan saya ialah, apakah tujuan Maybank menyimpan profil pelanggan, dan apakah Maybank tidak sedar bahawa Maybank bersubahat dengan si penjenayah siber tersebut apabila Maybank enggan memberikan kerjasama kepada mangsa dalam mendapatkan butiran si penjenayah tadi bagi memudahkan urusan laporan polis. Kalau tidak ada maklumat macam mana nak tangkap mamat senteng itu? Maybank BERSUBAHAT! Kalau hendak saya yakin Maybin boleh mengheret orang-orang seperti Mohan ke muka pengadilan. Apakah rahsia disebalik kengganan Maybank mendedahkan identiti Mohan itu? Pihak Maybank sendiri menyatakan "ramai pak cik mak cik diluar sana menghadapai nasib yang sama" jadi apa tindakan Maybank untuk mengatasi masalah ini? Ini bukan masalah baru. Saya secara peribadi kesal dengan Maybank. Semasa mula-mula membukan akaun Maybank dan menggunakan ATM kad Maybank, saya turut menerima emel yang meminta saya mengaktifkan Maybank2u saya agar ianya tidak expired. Baru je buka akaun dalam seminggu maklumat saya sudah sampai ke penjenayah. Nasib baik suami melarang saya melayan emel tersebut. Dan saya memang sengaja tidak mengaktifkan Maybank2u saya.

Sikap Maybank yang melepaskan tangan dari masalah ini dilihat sangat tidak bertanggungjawab. Salah satu punca masalah ini adalah kelemahan "Security System". Maybank sendiri. Jadi sewajarnya Maybank wajib melakukan sesuatu. Untuk makluman dalam kes sahabat saya, pihak maybank dapat bercakap dengan Mohan a/l Thulukan dan menyatakan bahawa dia sudah pun mengeluarkan wang sebanyak RM1,000 itu. Saya benar-benar tidak faham!!!!

Dalam kes lain seorang pemuda, kehilangan RM5,000 dan Maybank menyatakan transaksi itu sah kerana ia menggunakan No.TAC, masalahnya pemuda tersebut tidak menerima atau memasukkan sebarang No TAC untuk transaksi memindahkan wang tersebut. Dan masih lagi respon pihak Maybank ramai lagi pak cik mak cik di luar sana yang kehilangan duit walaupun tidak menggunakan internet. Hairan saya, kalau bank sudah tidak selamat, bagaimana? tidak adakah sebarang akta atau undang-undang yang boleh mengatasi masalah ini?

Entah berapa ramai sudah mangsa jenaya perbankkan ini.

Dari sibuk mempertahankan akta ISA kan bagus mewujudkan akta yang mampu membantu rakyat!

Malaysia..Malaysia...

Thursday, 2 July 2009

Kala ini..

Bila kubiar jemari ku berbicara, menzahir sepi irama hati...

Mengertikah?.........

Wednesday, 17 June 2009

Ujian Dan Nikmat!

Sejak ana mula tinggal bersama mak ayah, ana perasan banyak perubahan fizikal pada mak, dan paling membimbang bila mak mula mengadu tak sedab badan, sukar bernafas dan kering tekak. Seminggu yang lepas ana bawa mak jumpa doktor, doktor sekadar memberikan ubat tahan sakit, ubat surut bengkak dan kalsium. Pelik juga dapat ubat bengkak tu, sebab tak nampak pun apa yang bengkak. Risau hati ana berpanjangan. Allah sahaja yang tahu.

Hari khamis lepas,lebih kurang jam 7 pagi ayah ketuk pintu bilik dalam keadaan kelam kabut, kata ayah mak sesak nafas, ayah bagi mak minum. Dengan sedikit ilmu melalui pembacaan jurnal kesihatan, ana periksa mak, lagaknya macam doktor. Ana suruh mak menarik dan menghembus nafas tatkala ana menekan-nekan bahagian abdomen mak. Di bahagian atas abdomen mak tu agak keras. Ana maklumkan, ayah kemungkinan jantung mak ada masalah, ayah bawalah mak ke Hospital. Ana sempat pesan kepada ayah untuk menghubungi ana selepas berjumpa doktor, tapi sehingga ke petang masih tiada panggilan.

Lebih kurang jam 4:30 petang, ayah call dan memberi tahu bahawa mak di tahan di WAD 23 Hospital Besar Kuala Lumpur, nafas ana tersekat-sekat mendengar berita tersebut. Menurut ayah mak di tahan kerana di syaki hatinya ada jangkitan kuman dan jantung mak besar dari yang normal. Air mata gugur tanpa diminta. Mak jarang sangat sakit, dan mak masuk wad 20 tahun yang sudah untuk melahirkan adik ana yang bongsu pada tahun 1989. Ana terus memaklumkan bos berkenaan mohon cuti, mula-mula bos agak keberatan untuk membenarkan ana bercuti, sebab sehari sebelum itu ana telah bercuti kerana mengalami gangguan kesihatan. Tetapi ana bersyukur punya bos yang begitu memahami, beliau mengizinkan ana bercuti selepas ana menerangkan keadaan sebenar. Boss siap hantar ke HKL lagi,Thank You Boss!

Adik dan kakak sudah ku maklumkan. Adik kelihatan kuat menerima berita itu, berbanding ana dan kakak, air mata kami berjurai mendengar berita tentang mak.

Sampai sahaja di WAD tersebut kelihatan mak terbaring dengan wajah yang pucat dan ada air bening di birai matanya. Mak menangis. Mak takut, alang sakit biasa-biasa pun mak takut jumpa doktot inikan pula di tahan di WAD. Ana harus kuat, dan ana harus memberikan perangsang buat mak dan yang lain-lain. Begitu ana menaikkan semangat sendiri. Kata mak, ayah belum balik dari waktu 'asar lagi, katanya nak solat dan belikan mak air. Ana, mula berkira-kira pukul berapa ayah hubungi ana. Lama sangat ayah ni, hati mula risau.

Ana berdoa agar ayah segera kembali ke katil mak, hari beransur maghrib barulah susuk tubuh ayah kelihatan di pintu masuk WAD, bila ayah menghampiri katil mak tahulah ana, bahawa ayah pergi untuk mencari kekuatan, ayah menangis! Matanya masih basah. Ana pealawa ayah duduk dan ana bagi tahu ayah ana, ana akan balik kerumah mandi-mandi, ambil barang keperluan mak dan datang semula ke sini bersama adik. Adik mengambil keputusan untuk terus balik ke rumah, kerana kami perlu membahagi tugas untuk mengurus mak dan ayah. Ayah pun dah tak kuat, dalam usia 80an anak-anaklah yang akan menjadi kaki dan tangan untuk membant. Ayah ni kuat semangat, selagi boleh semuanya nak dibuat sendiri, yelah risau anak ni tak boleh nak lepas gitu aje.

Malam itu ana menjaga mak di hospital dan adik di rumah dengan ayah, dan malam berikutnya kami bertukar tempat, kerana kebetulan abang balik untuk menjenguk mak dan ayah. Abang pun tak senang duduk sejak terima berita. Thanks Allah because at that time YOU let him to be with me! Thanks abang for being there with me! Allah knows how much I love You..

Biar sudah bersuami, setiap saat ana bersama mak ayah, ana dilayan seperti anak mereka yang masih kecil, sungguh makan pakai ana masih mereka yang menjaga. Katanya itu erti bahagia buat mereka, malah bukan ana sahaja, andai suami di rumah ana pun begitu. Ayah akan masak sendiri yang istimewa untuk anak dan menantunya. Dan ana tak akan menganggu gugah 'bahagia' mereka itu, boleh berperang dibuatnya..

Tapi, bila mak tiada dirumah, terasa segalanya tidak bererti, terasa kosong, sepi, sunyi. Tiada warna, Tiada irama. Begitu besarnya erti mak dalam hidupku juga ayah. Bila malam menjelma ayah berada dirumah tetapi hanya jasadnya, tiada seri, tiada senda gurau. Segalanya hambar. Hebatnya penangan seorang isteri buat suami.

Malam kedua bila adik maklumkan, mak menghadapi kesukaran bernafas dan terpaksa bernafas dengan bantuan oksigen, ku lihat ayah masih seperti biasa. Setelah menghidangkan makanan kepada suami, ana menghubungi adik untuk mengetahui perkembangan. Kerisauan semakin menghambat, hanya doa mampu ku kirimkan. Ana sangat mengharap pada Allah agar diberi kesempatan pada mak untuk bermain dengan zuriat ana kelak. Biar ku tak tahu bilakah akan ku terpilih untuk ni'mat yang satu itu, masih sahaja hamba ini terus berdoa dan meminta atas satu keyakinan bahawa ALLAH tidak akan mengecewakan hambanya. Tidak putus-putus ku mohon ALLAH ampunkan mak, ayah, ibu, abah, ku harap agar ALLAH terima mak dan ayah juga ibu dan abah sebagai ahli syugranya. Atas segala kebaikan meraka kepada ku sebagai anak dan menantu ini yang tak mampu kubalas bisa menjadi syafaat kepada mereka agar meraka bisa menjadi ahli syurga.

Ana sangat bersyukur, saat itu ana punya suami disisi, memberi segala inzar dan taujihat menyedarkan bahawa, kita ini hanya hamba yang harusnya berharap dan berharap pada dia. Bicara suamiku 'sayang kita punya rencana dan Allah punya rencana, dan rencana Allah yang akan berlaku dan sedang berlaku dan pastinya itu adalah yang terbaik untuk kita sayang. Perlahan-lahan segala harapan ku serahkan pada Allah untuk menentukannya. Selang beberapa jam adik ku memaklumkan, bahawa doktor mengesahkan jantung mak berada dalam keadaan normal, ucapan tahmid terukir, syukur padaMu Ya Rabbana.

Perlahan-lahan pintu bilik ayah ana ketuk dan setelah dizinkan ana hampiri ayah dan ana maklumkan berita baik itu kepada ayah. Ayah mengangkat wajah, alangkah sayunya hati nelihat wajah tua itu bermuran durja, sekali lagi mata bening itu berair. Ana katakan pada usah bimbang, yakinlah Allah bersama kita.

Ana melangkah ke kamar ana dengan lemah gemalai, dan suamiku mengatakan tidak ada tempat yang lebih baik selain Allah untuk kita labuhkan segala harapan dan kerisauan. "Berserahlah sayang dalam doamu itu", ana hadiahkan sekuntum senyuman buat suami tercinta.

Maha suci Allah keesokan harinya, apabila kami kembali dari pasar, dan terus menyiapkan bekalan yang perlu kepada ayah untuk dibawa ke hospital. Ayah akan ke hospital dan adik akan balik. Setelah masak tengah hari ana dan suami bercadang untuk ke hospital. Namun rencana Allah lebih hebat. Beberapa minit selepas ayah berangkat ke hospital, adik memberi tahu doktor mengesahkan mak stabil, dan boleh pulang. Subahanallah, betapa hebatnya DIA, malam tadi keadaanya sangat membimbangkand an pagi ini DIA mengizinkan khabar gembira itu. Alhamdulillah Ya Allah..

Tuhanku menguji dan memberi bila sahaja dan kepada siapa sahaja..

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar Rahman:16)

Monday, 8 June 2009

Mengenang semalam..

Ok class! that's all for today, see you guys tomorrow, please go through your mid term paper, and please check what are the topics that you need to improve. If there is any problems do not hesitate to come and see me. As usual please be prepared for tomorrow's lesson- Assalamu'alaikum.

Halus suara Cik Noormalis, pensyarah bagi subjek Project Management In IT mengakhiri kelas pada hari itu. Seraya dengan menjawab salam semua pelajar kelihatan kelam kabut mengemas buku dan beg masing-masing; ada yang akan ke kelas berikutnya dan ada yang akan ke perpustakaan untuk mengulangkaji, atau pun meghadiri apa sahaja aktiviti yang tercoret dalam jadual masing-masing.

Bagi ana pelajar semester akhir dan tahun akhir, semestinya pelbagai mesyuarat sedang menanti untuk menyerahkan jawatan dan segala amanah yang berada di pundak ana dan sahabat-sahabat yang akan meninggal pergi alam kampus peringkat diploma ini.

Sedang ana kalut mengemas buku-buku dan adik-adik ana sudah pun menanti ana di muka pintu. Tiba-tiba ana disergah oleh seorang pelajar lelaki- Rusdin (Bukan nama sebenar). Rusdin seorang pelajar yang sangat di geruni kerana sifat 'brutal'nya, ana agak terkejut bila disapa oleh Rusdin. " Eh, sham berapa ko dapat apa mid-term ni?" Soalnya dengan kuat. Semua orang melihat ke arah ana meski masing-masing sedang sibuk mengemas buku-buku masing. Ana menjawab "dapat 18 je" dengan harapan dia akan berlalu pergi kerana ana tahu dia antara yang mendapat markah tinggi dalam kelas kami. "alah, beza satu mate je beb dengan aku" katanya. Ana hanya mendiamkan diri, tiba-tiba dia mohon untuk bertukar nota dan dengan berat hati ana mengizinkan. Selepas bertukar nota ana berharap dia akan berlalu pergi, ana agak kurang selesan bila berbual dengan pelajar lelaki dalam keadaan begitu. Ana seorang je yang tinggal di barisan tempa duduk titu yang masih mengemas buku.

Ana mengatur langkah dengan laju setelah buku-buku siap dimasukkan ke dalam beg. Rupa-rupanya si Rusdin masih mengikuti ana, dan adik-adik ana sudah ada yang tersenyum-senyum melihat ana yang terkejut dek sergahan si Rusdin itu. "Eh sham ko dulu praktikal kat mana eh? Aku ni tak dapat praktikal lagi la, ada yang aku dah minta tapi macam tak de respon je" katanya

Ana mula memusingkan badan dan bertentangan dengan si Rusdin ni (ditemani adik-adik ana) "Awak nak saya tolong dapatkan tempat praktikal? ana menyoal. "Cantik la kalo ko boleh tolong, tapi kat mana?" tanya Rusdin. "Kat gombak jugak, tapi tempat ni tak de lah dapat elaun banyak. Tapi inshaAllah bermanfaat la" dalam hati ana masih berteka-teki sesuai ke mamat ni dihantar ke ABIM. Mamat ni mat rempit dan dia ni pun boleh kata gengster jugalah dari cerita dia sendiri, dia memang biasa pukul orang. Tiba-tiba Rusdin menjawab dengan penug perasaan "Belasahla aku tak kisah, bab-bab duit ni" Dengan jawapan dia itu dan berbekalkan fikiran yang positif ana memberikan nombor telefon seorang EXCO ABIM untuk dihubungi. Adik-adik yang ada dengan ana sudah mula melopong. Selepas memberikan no telefon itu ana dan adik-adik terus menyusun langkah ke perpustakaan untuk menghadiri satu mesyuarat kelab kami.

Sambil kami berjalan, Aishah salah seorang dari adik-adik yang bersama ana semasa berurusan dengan Rusdin tadi bertanya "Akak boleh ke Rusdin tu praktikal dengan ABIM, dengan rambut panjangnya dengan perangai dia yang macam tu? Ana menjawab "moga ini menjadi titik permulaan untuk sebuah perubahan pada dirinya", sebenarnya ana sendiri risau kalau si Rusdin ni buat hal, malu ana dengan Exco yang berkenaan itu nanti kalau dia buat perangai.

Setelah sampai di hostel, ana menceritakan kepada Kak Ina, jiran sebelah katil mengenai apa yang berlaku. Sememangnya setiap malam rutin kami berkongsi cerita tentang apa yang berlaku di sebelah siangnya. Kak Ina dengan penuh penuh perasaan berkata "hah baguslah hang rekemen dia kat ABIM minta-minta dia berubah, hang juga dapat pahala" Sejujrunya bukan soal pahala yang ana fikir, cukuplah sekadar ruang ini dapat membantu Rusdin, segala kerisauan ana benamkan dengan penyerahan segala urusan kepada yang MAHA berhak.

Dengan izin Allah Rusdin diterima untuk menjalani LI di ABIM.

Itu 4 tahun yang lalu.....

3 tahun yang lalu ana dengar dia sudah bekerja dengan PKPIM.

2 tahun yang sudah ana dengar dia sudah terlibat dengan kumpulan nasyid Usratika.

1 yang lalu ana dengar dia sudah menjadi Exco PKPIM.

Semalam ana dengar dia sudah menjadi staff ABIM.

Hari ini ana dengar dia sedang memujuk salah seorang bekas pimpinan tanzim anak negeri PKPIM untuk hadir ke Usrah ABIM.

Hari ini ana dengar dia mebahasakan diri 'ana-enta' dan memanggil sesetengah sahabtanya dengan gelaran 'Syeikh'.

Hari ini ana dengar dia merancang program untuk mat-mat rempit agar golongan ini mendekati masjid.

Hari ini ana mendengar dia mula menyusun program untuk Ramadhan akan datang.

Dan Esok ana berharap agar dia akan menjadi seorang muslim dan mukmin yang berjaya walau dimana pun dia..

Syukur padaMu ya Allah. Hidupkanlah hati-hati yang mencintai jalanMu ini dengan Iman dan Islam, dan matikanlah hati-hati tersebut juga dengan Iman dan Islam.Allahumma Ameen.

Sesungguhnya Allah yang memegang hati-hati manusia, dan dia lah yang mebolak balikkannya..

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. Al-An'aam:[125]

p/s : Sekarang ni ana dan bekas jiran katil ana (Kak Ina) dah ada suami tapi sesekali kalau bermalam bersama bila suami maing-masing khuruj fisabilillah tabiat bercerita di malam hari ni memang tak boleh buang, kalau dah mula bercerita apa yang berlaku sepanjang tidak bertemu tak tidur pun tak pe.Semalam Kak ina dah masuk wad tunggu masa nak deliver baby- Semoga Allah permudahkan urusan selamt ibu dan bayi.Ameen

Tuesday, 19 May 2009

Nota Pengantin

Tatkala bersambut 'akad,
Kalimah khusus terlafaz halus,
Menyebut mulus hamdallah tulus,

Tatkala bersambut 'akad itu,
Damai sudah resah ini,
Tenang sudah atma ini,
Girang sudah hati ini,

Tatkala bersambut 'akad,
Mengalir tenang rasa itu,
Meresap indah getar itu,
Menyatu erat sayang itu,

Tatkala bersambut 'akad,
Berserah dalam pasrah,
Berharapan dalam rahmah ,
Bersanggupan dalam magfirah,

Tatkala bersambut 'akad itu,
Mengukir cinta, melakar bahagia,
Menyulam jiwa, Memintal rasa,

Tatkala bersambut 'akad itu,
Menyemai kasih ,mengukuh fitrah,
Mendamba mawaddah ,menggapai sakinah.

Jam 2243
19 Mei 2009
Kamar Cinta
Bukit Beruang Utama, Melaka

Saturday, 16 May 2009

Selamat Hari Guru!

Kepada semua yang mengenali diri ana. Selamat Hari Guru,
Terima Kasih Kerana Menjadi Guru Ana.

Jiwa Rasa Seorang Isteri..

Jam 8:00mlm tadi suami tersayang berangkat kembali ke bumi Johor, perginya menyahut seruan jihad di medan juang yang beliau pilih dan ana merestuinya. Suami ana akan mengikuti NDT Ispection Professional Course di PUSPATRI Pasir Gudang.

Pada peringkat awalnya sebelum permohonan dihantar, kami ber'mesyuarah' dan ana bersedia untuk melalui cabaran-cabaran mendatang selama 6 bulan andai permohonan suami diterima.Antara cabaran terbesar yang kami senaraikan, kesempitan kewangan dan himpitan tekanan perasaan. Ana teguh dan tegar untuk menghadapi apa sahaja mendatang, andai ini yang terbaik untuk kami. Apa yang ana pesankan pada suami pada masa itu adalah "gunakan ruang belajar selama 6 bulan itu dengan sebaiknya, pulanglah dengan segugus kejayaan".

Hari yang ditunggu pun tiba, dari pagi tadi hati ana diamuk resah dan gelisah. Tiba-tiba ana merasakan dunia ana akan sepi tanpa dia, insan yang sangat ku cintai. Hairan juga dengan keadaan diri ini bukannya kami tak pernah berjauhan, kami pernah berjauhan hampir 2 minggu dan pada masa itu ana tidaklah selemah ini. Mungkin kerana pada setiap hujung minggu itu kami bertemu, dan kali ini tempohnya agak lama 6 bulan dan perjalanan kursus yang sememangnya mencabar, berserta kekangan kewangan yang bakal menghimpit kami menyebabkan kami mungkin tidak akan bertemu pada hujung minggu.

Dengan segala macam perasaan bercampur aduk, ana mula mencongak untuk memasakkan lauk kegemaran suami. Ana mulakan operasi dengan membuka peti sejuk, kelihatan yang ada hanya ayam. Kami suami isteri berkongsi makanan kegemaran yang sama; paprik ayam. Melihat kepada bahan yang tidak mencukupi, hati menjadi sayu dan permata jernih mula berguguran. Hajat untuk menggembirakan hati suami seolah tidak berjaya. Memandngkan duit pada ana hanya ada RM10, dan duit sebanyak itu tidak mungkin ana dapat membeli bahan-bahan untuk paprik. Ana termangu sendirian.

Tiba-tiba ana teringat duit mas kahwin tempoh hari masih dalam beg tangan, sebenarnya duit tersebut hendak digunakan untuk membeli sebarang barang kemas, memandangkan harga emas di paras yang tinggi makan hajat kami suami isteri terpaksa ditangguhkan, justeru itulah duit tersebut masih dalam beg tangan ana. Ana merasa sedikit gembiran, ana keluarkan RM20 dari mas kahwin tersebut dan ana menghubungi suami di pejabat untuk memohon izin ke kedai dan suami mengizinkan.( Ana jarang keluar rumah sendirian di Melaka ini, baru 2 kali termasuk tengah hari tadi).

Selepas membeli segala keperluan, ana mula memasak. Sambil membersihkan ayam, hati menjadi sebak terkenangkan cinta hati nan satu itu. Ana tidak tahu kemana harus kekuatan itu dicari kembali. Sambil bermonolog dengan diri ana menyudah kerja-kerja membersihkan ayam. Di luar sana, ana terdengan bunyi motor, ana mengomel sendirian "entah-entah abang balik tetapi hati menafikan pula mungkin posmen menghantar surat tawaran kepada Jamilah (adik bongsu suami), setelah selesai mencuci ayam, ana bergerak sedikit untuk melihat ke muka pintu, hajat di hati nak bertanya dengan Adik surat dari mana yang diperolehinya?

Alangkah girangnya hati wajah yang muncul di muka pintu adalah, wajah comel yang sentiasa menangkan hati ini. Dalam masa-masa yang sangat suntuk ini, masih DIA izinkan diri ini menatap wajah suamiku. Ana bersegera menyambut suami. Suami hairan melihat sayur-sayuran yang beritmbun di atas meja."Mana dapat duit ni sayang?" tanya suamiku, duit abang tertinggal ke? tanya ye. Seraya itu ana menjawab bila pulak abang tinggal duit? kataku. Suamiku masih tidak berpuas hati, untuk tidak membiarkan suami ana terus tertanya-tanya, ana menjawab sejujurnya. Muncung terus bibirnya, ana katakan "tak pelah memang niat ambil duit ni pun nak suruh abang ganti balik nanti". Masih masam kelihatannya wajah yang comel itu, air mata ini mengalir lagi, terlalu sedih rasanya.Akhirnya jemari yang kasar itu mengesat air mataku, dan berkata " Tak pe, nanti abang bagi balik duit tu" terus ana menjawab "Sayang tak kisah". Ana menyambung kerja-kerja di dapur, dan suami ana minta ana mengejutkan beliau 10 minit kemudiannya.

Sambil memasak, ana kejutkan suami agar bersiap untuk solat jumaat. Balik solat jumaat, suami, abah dan adik-adikku menikmati makan tengah hari. Syukur Ya Allah atas nikmatMu ini. Sesudah makan suami ana berangkat semula ke pejabat, sempat meninggalkan pesan untuk kemaskan beg pakaianya.

Hati ini kembali sayu, tak ingin berpisah, ya itu yang nyata. Pun begitu ana melaksanakan apa yang di pinta suami tetapi tidak sendirian, bertemankan air mata pastinya!! Ana terus menyambung mengemas bilik, sempat ber'ym' dengan suami dan ana katakan ana tak mampu untuk hadapi perpisahan kali ini. Seakan mengerti hanya satu jawabnya "jangan menangis-kena kuat". Tiba-tiba terasa macam kami sedang 'video confrencing' pula,sebenarnya tidak, mungkin gerak hatinya tepat saat itu. Saat itu sememangnya air mataku sedang mengalir di hadapan 'lappy' ini. Kami sama-sama menyambung kerja masing-masing.

Tiba petang, suami ana pulang. Selepas menunaikan solat 'asar suami ana memanggil. "Abang akan merindui sayang, jaga diri baik-baik, solat pastikan di awal waktu dan ingat Allah bersama kita" Esakan ana semakin menjadi kelihatan ada permata jernih bergenang di kelopak matanya.
Apabila melihat esakan ana yang semakin menjadi, suami ana menuturkan azimat yang sangat berharga dengan penuh berhati-hati. Begini bicaranya ;

"Sayang, setahu abang isteri abang seorang yang kuat. hatinya mencintai Allah dan Rasul lebih dari segalanya. Isteri abang, adalah ummi yang ingin menghantar zuriat-zuriatnya kemedan jihad untuk merebut semula al-aqsa kita. Isteri abang adalah seorang gadis yang meletakkan jihad sebagai syarat untuk menikahinya. Sayang ingat lagi tak soalan sayang di awal perbincangan kita untuk mendirikan baitul muslim? Masa itu sayang bertanya dengan abang "(andainya ana ditakdirkan menjadi zawjah enta) Setelah cukup segala keperluan rumahtangga kita,sanggupkah enta meninggalkan ana dan anak -anak ke medan jihad untuk merebut semula Al-Aqsa kita? Abang sangat terkesan dengan keteguhan hati sayang pada masa itu, dan hari ini apabila melihat sayang menangis untuk perpisahan sementara ini, abang bimbang cinta dan kasih sayang sayang pada abang melebihi segalanya.Sayang jangan sesekali lupa bersatu kita di sini bukan kerana dunia matlamat kita di akhirat sana..teguhkan hati nan satu itu sayang, abang yakin isteri abang seorang yang kuat..."

Selepas kalimah itu keluar dari bibir suami ana, ana merasa terpukul. Ya dahulu ana adalah seorang yang sangat teguh dan tegar. Ana punya ruh juang yang sangat tinggi. Ana sangat yakin bahawa hidup ini adalah perjuangan sepenuhnya. Sehingga ana sangat teruja untuk menjadi seperti isteri-isteri Dr Rayyan, isteri Dr Rantisi. Masih segar impian lalu di birai mata ana, betapa ana mengharapkan untuk menjadi isteri dan ibu kepada para syuhada'. Dan hari ini menyaksikan betapa jiwa ini mampu di'lemahkan' kuasa cinta dan sayang itu. Ana menjadi takut, ana bimbang seperti bimbangnya suami ana. Bimbang cinta dan kasih sayang pada suami dan bakal zuriatku ini melebihi segalanya. Ya Allah bantulah hambaMu ini.

Suamiku berkata lagi "Sayang, kehidupan berumah tangga dengan aspirasi jihad ini tidak semudah yang di lafazkan, juga kehidupan berumahtangga bagi kita yang bernikah di jalan dakwah ini tidak seindah yang disangka, justeru segala pengharapan dan kasih sayang perlu diberikan dahulu kepada yang maha berhak, dan pintalah segala kekuatan dariNYA untuk membantu kita terutama sekali abang dalam memandu bahtera rumah tangga ini menuju mardhotillah. Bukankah itu yang kita damba? Sayangku inilah permulaanya, anggaplah perpisahan dan segala kepayahan yang perlu kita tempuhi ini sebagai tarbiyyah untuk kita, tarbiyyah untuk menjadi syuhada', tarbiyyah untuk menjadi isteri syuhada', tarbiyyah untuk menjadi suami syuhada' tarbiyyah untuk menjadi ummi dan babah para syuhada'. Bangkitlah Sayang! Perjalanan kita baru bermula.."

Malam ini ana sendirian mengenang peristiwa yang berlaku seharian ini, juga beberapa 'flashback' yang membangkitkan ana. Tidak dapat ana nafikan masih kepiluan menyelubungi hati ini, sendirian di kamar ini menggamit rindu yang mencengkam jiwa, menjadikan segalanya sunyi sepi. Betapa gurau sendanya bermain dimata, mengundang hiba. Entah kenapa ana yang ingin menjadi seorang mujahidah boleh rebah. rebah sebelum bermula, Ya Allah terasa betapa diri terlalu lemah sebenarnya. Mujur punya suami yang mengingatkan saat terlupa, membangkitkan saat terleka.Alhamdulillah Ya Allah..

Rabbi pinjamku secebis kekuatan Sumayyah, secangkir tawakal Hajar, Rabbi jadikan aku seberani wanita ansar, setabah balu syuhada' di Palestin dan jadikan aku Mujahidah yang sebenar-benarnya.. Ameen

Kepada sahabiah yang baru bermula memberi komitment kepada sebuah perjanjian menuju pernikahan, juga kepada akhowat yang akan melangkah ke alam rumahtangga, satu pesan ana gunakan segenap peluang yang ada untuk membentuk kekuatan dalaman dari sekarang agar kelak kalian akan mampu menjadi mujahidah ummat!

Ilahi kekalkan kami bersatu sebagai suami isteri di syurgaMu kelak! Ameen..

Thursday, 14 May 2009

Peritnya Mencari 'Sesuap Nasi'

Atas ketidak upayaan ana untuk mengawal jiwa rasa ini, ana biarkan jejari mengukir ritma resah hati. Hari ini ana menyertai satu temuduga terbuka bagi jawatan Penolong Pegawai Pembantu Tadbir di Jabatan Pendidikan Melaka. Disebabkan ianya temuduga terbuka, sengaja ana memilih pusat temuduga di Melaka dengan aggapan 'mesti tak ramai'. Nyata sangkaan ana itu sangat tidak tepat. Apabila jam menunjukkan lebih kurang 8:15 pagi ana dah terpacak di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Prosedur pertama yang perlu setiap pemohon lalui ialah mengisi borang yang berupa 'cover letter', hampir setengah jam berhimpit barulah ana berjaya mendapatkan borang tersebut. Bayangkan yang berhimpit dengan bersama dengan ana untuk mendapatkan borang itu, terdiri dari mereka yang hadir seawal jam 7 lagi. Apa yang ana kesalkan kakitangan JPN Melaka, seolah-olah tidak bersedia untuk mengadakan sesi temuduga terbuka ini. Ana yang sudah dilatih untuk bersedia menjalankan satu-satu tugasan sebelum waktunya terasa nafsu ammarah mula menggelegak. Ana sangat geram melihat kakitangan JPN Melaka yang hanya fotokopi borang tersebut dalam kuantiti yang sedikit, fotokopi 20-25 borang yang hadir untuk temuduga hampir 2ribu bayangkan berapa kali ulang alik kakitangan itu untuk fotokopi borang tersebut, nampak sangat kerja kurang bijak. Apa yang lebih menyakitkan hati, ada kakitangan yang tidak bertanggungjawab menyelitkan borang yang sepatutnya diedarkan kepada pemohon-pemohon ini di sebalik tiang. Nama sahaja Jabatan Pelajaran tetapi kelihatan tindakan mereka seperti orang yang tidak berpelajaran.

Setelah mengisi borang tersebut, sekali lagi terpaksa berhimpit di 'crowd' yang satu lagi untuk menghantar borang tersebut. Kali ini kami berhimpit menaiki tangga, kerana kakitangan yang bertanggungjawab untuk meneliti borang dan sijil-sijil kami duduk di pondok yang terletak di atas Dataran Hikmah, mereka bertugas dalam keadaan yang sangat selesa, kipas angin yang tersedia bersama gelen ari sirap, sedangkan kami sudahlah berhimpit lelaki perempuan, kipas yang ada sengaja tidak dipasang. Apabila matahari mula meninggi para pemohon sudah mula maki memaki petugas JPN Melaka tersebut.Ana sendiri sudah mula pitam pandagan terasa kabur, ana berdoa agar tidak ada apa yang tidak diingini berlaku kerana ramai juga lelaki di sekeliling ana, ana berpaut pada bahu seorang adik yang berada di hadapan ana. Himpit punya himpit akhirnya kaki menjejak ke tangga, tetapi belum mendakinya, dan semasa mendaki tangga tersebut ana hanya memegang akhowat yang berada di kiri dan kanan ana. Ana hampir tidak mampu tetapi ana berusaha utnuk melawan. Kelihatan semua orang marah dengan keadaan yang begitu perit itu.Bukannya tidak ada alternatif lain untuk memastikan proses penelitian permohonan itu mesra bagi kedua-dua pihak, tetapi kakitangan di JPN Melaka ini, malas untuk berfikir, culas untuk bertindak.

Hampir 1 1/2 jam berhimpit akhirnya ana menyerahkan permohonan.Selepas ini kami semua dikhendaki bersidai dibawah panas cahaya matahari yang terik, peluh jantan sudah mula meleleh dan membasahi anggota tubuh masing-masing, dalam keadaan yang sesak begitu ana terdengar beberapa pemohon lelaki menjerit "tolonglah buka kipas-kipas ni, tak kesianke tengok kita orang ni?, dah 14 kilo lemak kita orang cair ni" walaupun saudara tersebut menyuarakan rasa hatinya, kami tercuit dek kelucuan gaya percakapannya. Pun begitu para petugas JPN masih buat tak reti.

Satu demi satu nama yang dipanggil. Bayangkanlah, nama dipanggil oleh 5 ke 6 orang, hanya seorang yang menggunakan 'healer' yang lain menggunakan suara asli. Berteriak serentak, dan kami tidak dapat menangkap butiran teriakan mereka, para pemohon hampir 2 ribu. Ana hanya mampu berdoa, apabila jam menunjukkan 1:30 petang ramai juga yang telah mendapatkan nombor giliran temuduga (hasil teriakan tak cerdik para petugas tadi) dan mereka terus beratur pula di bilik menunggu untuk temuduga. Temuduga yang sepatutnya bermula pagi hanya dimulakan waktu tengah hari akibat dari kerja-kerja tidak cerdik di Dataran Hikmah Tadi.

Ada satu perkara yang sangat pelik bagi kami yang datang di awal pagi, kebanyakan yang telah mendapatkan angka giliran rata-rata terdiri dari mereka yang hadir lebih lewat dari kami, yang datang awal hanya sebahagiannya sahaja yang dapat nombor. kami mula bergerak sendiri untuk mencari borang kami. cari punya cari jam sudah menunjukkan pukul 2, rupa-rupanya borang-borang kami masih dibawah, mereka memproses borang dari atas kebawah. Wajarlah yang datang lewat sudah mendapatkan angka giliran dan yang datang awal masih menunggu. Sebelum Zuhur lagi ramai yang pemohon yang datang pagi sudah 'angkat kaki' kecewan dan marah barangkali, tinggal tak ramai yang masih menunggu pun begitu ada kaunter-kaunter yang memang proses borang dari bawah ke atas, disebabkan itulah seorang adik yang sama-sama mengisi borang dengan ana sudah selesai temuduganya dan sedang melangkah pulang. Ana mash disitu, kehulu ke hilir bertanyakan tentang borang ana, tidak ada seorang petugas pun yang mampu menjawab sudahlah tu ada yang sombong dan biadap! Akhirnya ana mencari sendiri borang ana di timbunan borang di hadapn petugas yang sedang meneliti boranng-borang permohonan. Setelah mendapatkan borang ana, ana bertanya kepada petugas itu 'kenapa borang ini masih disini, sedangkan kami datang awal pagi' dengan mudahnya dia menjawab "owh, borang ini tidak lengkap." Dan saya katakan kalau tidak lengkap sekalipun anda boleh memanggil kami dari awal lagi dan minta kami lengkapkan tetapi anda memilih untuk sepuk borang kami disini, suara saya agak tinggi. Petugas itu menjawab, "lainkali lengkapkan baru senang kerja", dan ana bertanya, apa yang tak lengkap? Jawabnya "salinan k/p tiada" saya hampir hilang sabar, saya katakan dalam pekeliling yang dikeluarkan Kementerian tidak dinyatakan untuk menyertakan salinan K/P malah dalam notis yang JPN Melaka tampal di bawah tangga pun tidak menyebutkan kami perlu memberikan salinan K/P? Petugas itu hanya senyap, ana berlalu dengan perasaan geram dan sedih. Ana duduk di pondok tempat kakitangan itu.Ana tidak mempedulikan teriakan sebahagian kakitangan di situ yang meminta para pemohon sila beratur di depan, jangan berada di atas ini.

Pinggang ana sudah mencucuk yang teramat,kepala pun pening, ana bimbang 'collapse'. Dan seorang kakak, disebelah ana berkata di JPN Melaka ini hanya diperlukan 10 orang, macam tak berbaloi seksa begini. Ana yang sudah memang tidak berkemampuan terus mendail no telefon suami, dan memberi tahu apa yang berlaku. Air mata sudah bergenang dan akhirnya mengalir, suami ana tak dapat memberi kata putus memandangkan ibu berhajat sangat ana peroleh jawatan itu. Pun begitu melihat keadaan ana yang tidak menjamah apa dari pagi dan berdiri hampir 6 jam, suami meminta ana pulang, dan beliau sendiri yang meghubungi abah untuk mengambil ana.

Ana melangkah pergi dengan perasaan yang bercampur baur. Beginikah tanah airku? Beginikah derita untuk sesuap nasi? Tuhan beriku kekuatan; sampai rumah ana terus rebah, bila jaga ruam-ruam sudah mula menyerang, ana memang hypersensitif lebih-lebih lagi kalau berpeluh.. Sebuah realiti segugus usaha seorang pencari kerja...

Moga esok milikku kerana rezeki itu milikMu..

Kagum dengan mereka...