Monday 4 May 2009

Diriku Yang Bertuah!

Hari ini aku bermusafir ke Kuala Lumpur atas urusan Lesen L ku yang tak berkesudahan. Sedikit geram kerana maslah ini sudah berlarutan sebelum aku menikah lagi. Dek kerana aku ingin mencari tenaga pengajar wanita, aku dan beberapa orang sahabat mengahdapi pelbagai kesulitan sehingga akhirnya kami merasa sedih kerana masih terdapat insan yang begitu mudah melepaskan tanggungjawab denga 1001 penipuan. Kepada Allah aku serahkan segalanya, aku sudahpun memaafkan individu terbabit, hakikatnya manusa tidak pernah lepas dari kesilapan, juga ini pengajaran untuk diriku agar tidak mudah terpedaya dengan orang yang terkadang bicaranya lembut gigi dari lidah. Jangan sesekali kita mengaut keuntungan dengan menggunakan nama Islam dan jangan sesekali kufur pada ni'mat Allah yang tidak terperi. Setelah nyawa di cabut bersatu jasad dengan tanah, akan tiba pula saat soal-jawab kemudian dibangkitkan pula pada hari perhitungn, saat pertanggungjawaban dituntut kepada sekecil-kecil kelakuan sehingga ke sebesar-besar amalan, bersedialah kita..kerana saat itu PASTI, Allah yang al-hakam itu tidak pernah memungkiri.

Sebelum bertolak dari Melaka Sentral, Majalah ANIS telah kubeli dari kedai di dalam bangunan Melaka Sentral ini sendiri. Aku jarang membeli majalah setelah melangkah ke alam perkahwinan. Suamiku tidak begitu menggemari, kalau perlu suamiku harus ku pujuk dan harus pula ku senaraikan rasionalnya untuk membeli majalah tersebut. Bagi suamiku, pembaziran wajib di elakkan, dan dari segi bahan bacaan bagi beliau lebih gemar jika buku-buku ilmiah yang di utamakan. Apa pun sebagai isteri sifat suamiku itu banyak mendidikku yang kadang kala degil. Terima Kasih suamiku atas kesabaranmu dalam mendidikku ;) Semoga Allah akan melimpahkan kasih sayangNYA pada dirimu atas kesabaranmu dalam membentuk diriku. Ya Allah, suamiku ini terlalu baik Ya Allah, justeru ku mohon Ya Allah berikan suamiku sebanyak-bayanknya pahala di hari akhirat nanti dan muliakanlah kedudukanya bersama para solehin..ameen

Berbalik kepada majalah yang ku beli sebentar tadi, ANIS. Ia menarik minatku kerana kerana tajuk utamanya LIDAH MENGANGKAT WANITA KE SYURGA, dan muka depannya dihiasi oleh 2 Siti. Dato' Siti Nur Bahyah dan Dato' Siti Nurhaliza. Dan ianya menjadikan otakku ligat berfikir apa yang cuba digarap oleh ANIS keluaran ini sebenarnya. Akhirnya, kubeli ANIS tersebut, dan sepanjang perjalanan itu isi kandungan ANIS ku hayati sepenuhnya. Dan pengakhiran setelah membaca beberapa artikel penting yang menceritakan tentang ‘Headline’nya itu, permata jernih bertakung di kelopak mataku. Ku kesat dengan tisu yang ku bawa bersama. Wajah emak dan ibu silih berganti bermain di pelupuk mataku. Bibirku mengungkapkan kalimah tahmid “Alhamdulillah” Segala puji bagiMu Ya Allah yang menjadikan diriku sangat bertuah memiliki 2 bonda yang begitu istimewa. Sebenarnya sebelum ke Kuala Lumpur lagi hatiku ini sudah sarat dengan kerinduan pada keluarga di Ibu Kota, apatah lagi demamku baru kebah. 3 Malam sebelumnya suhu badanku meningkat secara mendadak, sehingga mengakibatkan telinga berdenyut yang teramat, sebolehnya ku mengawal diri untuk tidak mengalirkan air mata, kebiasaanya jika demam ayah bonda dan adinda silih berganti memberikanku pelbagai ubatan dan ayah akan memaksaku untuk berjumpa doktor, dalam keadaan sangat tidak mampu itu, akuu tidak ingin menyusahkan suamiku yang akan berangkat ke pejabatnya dinihari, untuk mengelakkan suamiku resah malam itu sofa diruang tamu menjadi tempat pembaringan ku. Sebelum itu aku hubungi ayah, ayah ku seorang yang kaya dengan petua, aku memberitahu ayah bahawa telinga berdenyut dengan kuat, ayah menyuruhku menyumbat telinga dengan bawang putih yang dipotong kecil. Selepas menyumbat bawang putih aku berusaha untuk melelapkan mata, namun tidak berdaya di kala itu hati ku merintih betapa selama ini perhatian dan kasih sayang ayahbondaku telah menyinari hari-hariku..

Setelah menjadi isteri ku mengerti sekali perasaan seorang ibu dan isteri, di awal perkahwinanku, sering sahaja air mata menjadi temanku pabila aku mengenangkan tabahnya bondaku, kuatnya hati bondaku..betapa tidak ada insan semulia ‘bonda’..

Seorang bonda menyintai anaknya sebelum anaknya dikandungkan di alam rahim lagi, seorang anak dikenang dalam doa seorang bonda sebelum tangis anak itu didengari malah sebelum tendangan anak itu dirasai tika dalam kandungannya.. Mulusnya hati bonda..

Bondaku tidak mengaji tinggi tapi orangnya bercita-cita besar bersemangat waja, masih ku ingat bait bicaranya di zaman kanak-kanakku betapa bonda sering sahaja menyuburkan diriku dengan kepentingan menuntut ilmu dan kepentingan menjadi orang yang berjaya, walau bondaku tidak pernah berkesempatan menikmati alam persekolahan..Hebat bukan insan yang bergelar bonda ini? Melewati era persekolahanku, diriku adalah permata hati istimewanya, sering sahaja bonda menghantarku sehingga ke pintu pagar, dan setiap hari bonda akan memastikan ada bekal makanan yang diberikan padaku..kerana kami adik beradik tidak diberikan wang belanja, hanya bila aku menginjak umur 11 -12 tahun, wang belanja diberikan padaku sebanyak RM0.50. Masih segar di ingatanku sewaktu aku berada di darjah 2, botol air ku tertinggal..Bonda menyusur kembali jalan-jalan sepi di subuh hari itu sehingga sampai ke pintu pagar sekolah, bondaku tidak pandai meyebut darjah berapa anaknya ini dan kelas apa anaknya ini, begitu bondaku..namun dengan tawakal pada Allah bonda menitipkan botol air itu kepada pelajar yang kelihatan sebayaku dan bonda memintaku pelajar itu menyampaikan botol air kepadaku dengan menyebut namaku.. Dengan iringan doa bondaku botol air itu sampai padaku, anehnya aku tidak mengenali pelajar itu. Begitulah dengan doa bondaku aku tidak kehausan seharian itu.

Meningkat dewasa, ekonomi keluarga tidak begitu memberangsangkan dengan sangat berat hati ayah membenarkan bondaku bekerja, walau sebagai ‘cleaner’ cuma, bondaku perkerja berdedikasi. Mc Donald di Medan Idaman, Gombak menjadi saksi pergi balik bondaku akan kutemani, jika kupunya aktivit kakak dan adik ku akan mengganti.. Masih kuingat bagaimana bonda mencatu wang sakunya hanya kerana ku katakan teringin makan Mc D, dan dari sehari ke sehari bonda akan menunjukkan jumlah wangnya itu padaku dan bertanyakan cukup atau tidak untuk membeli satu set Mc Donald, dan sehinggalah seminggu akhirnya wang itu mencukupi, entah bagaimana cerita bondaku belanjaku makan Mc Donald sampai ke pengetahuan kakakku, teruk ku dimarahi..Akhirnya selama beberapa hari bonda mengikat perut makanan tengah hari yang diberikan oleh Mc Donald kepada bondaku akan bondaku simpan dan bawa ia balik untuk diberikan kepada anak-anak.. Begitu bondaku sanggup berlapar kerana anak-anak.

Setelah menginjak dewasa, apabila melangkah kaki ke gerbang IPT, sekali lagi bonda begitu menyentuh hatiku, jarang sekali kupulang ke rumah, pada hujung minggu yang aku berkesempatan untuk pulang, bonda akan memastikan membekalkan aku dengan biskut kegemaran dan sebungkus milo, itu di awal tahun pertamaku. Kemudiannya, menyedari wang saku yang ayah peruntukkan kepadaku tidak berapa banyak hanya RM150 sebulan, bonda mula menjimat cermat wang perbelanjaan dapur dan selebihnya akan bonda simpan untuk diberikan padaku..

Apabila mula kaki ini melangkah ke alam pekerjaan, ku sematkan di dada, tidak akan ku berkira dengan bonda dan keluargaku, sepanjang ku berkerja tolak sedikit perbelanjaanku selebihnya akan kugunakan untuk dibelanjkan kepada bonda dan adinda, begitu puas rasanya bila hari raya dapat ku sediakan persalianan keluargaku. Setelah ayah tidak lagi berkerja ku berikan semua gajiku pada ayah dan hanya akan mengambil sedikt untuk perbelanjaan ku. Selama 4 tahun begitu, aku menikmati sedikit kepuasan, namun jauh di sudut hatiku, sebenarnya perjalanan ku ini menyebabkan ku insaf betapa besarnya pengorbanan ayahbondaku..pengorbanan bondaku terutamanya..tidak dapat ku bayangkan berapa banyak air matanya yang gugur kerana cinta padaku sang anak, kerana risaunya padaku sang anak dan pernah juga kerana terlukanya padaku sang anak..Aku pernah menyakiti bondaku, hanya keampunan yang kupintakan setelah ku sedari akan kesilapanku, namun sejarah itu tidak dapat di ubah jauh sekali di padam, semakin aku dewasa aku belajar untuk menghargai insan bernama bonda, seringkali air mata ini gugur bimbang nyawaku di ambil dulu atau nyawa mereka, kerana aku belum puas mengukir girang di wajah tua itu.

Kini diriku seorang isteri, di zaman anak daraku sering sahaja aku berdoa “ Ya Allah berikanku suami yang dapat menerima ayahbondaku seadanya sepertima mana dia menerimaku, Ya Allah berikanku suami yang akan membantuku untuk terus berbakti pada ayah bondaku” Alhamdulillah Allah yang maha memberi itu telah mengabulkan pintaku dengan mengurniakan seorang suami yang menyayangi ayahbondaku lebih dari yang kuharapkan.. Betapa istimewanya diriku ini..sudah cukupkan syukur ku?

Tidak dapat kulupakan saat ku diberitahu oleh suamiku bahawa, beliau ingin merisikku. Aku malu kerana tidak tahu bagaimana untuk menyampaikan kepada keluarga bukannya mudah untuk seorang anak perempuan yang dibesarkan dengan penuh sifat malu untuk bercerita hal-hal begini, aku berlari ke pejabat walau hari tersebut hari cuti, dan dari pejabat ku menghubungi bondaku “Assalamu’alaikum mak..Wa’alaikumussalam..hah pukul berapa yaya nak balik ni? “Tanya mak, “kejap lagi balik la mak, mak masak apa mak?” Soalku berbasa basi, padahal sudah ku tahu menu hari itu, setelah pelbagai soalan merapu yang ku tanyakan pada bondaku akhirnya kunyatakan “mak hujung minggu ni ada orang nak dating merisik” mak terus menyatakan “ye ke? Dalam mimpi ye?” tak la mak betul ni. Bondaku masih tidak mempercayai. Kata bondaku “Yaya, tak baik tipu mak tau, jangan bohong ye nak ye” mana ada orang tipu mak betul ni” kata ku bersungguh hampir 3 kali bondaku mengingatkanku jangan membohonginya, akhirnya bondaku bertanya “orang mana?” “orang Melaka mak” kataku. Mana yaya kenal? Ada hari tu kawan orang kata ada orang Melaka nak kenal, orang cakaplah boleh kalau nak datanglah rumah jumpa mak ayah, ujarku memberi penjelasan pada bondaku. Terus bondaku menyatakan “nanti mak bincang dengan ayah”. Sepanjang perbualan itu muka yang tak cerah ini naik merah, malu sekali ya tuhan.

Malam itu sengaja ku pulang lewat dengan harapan seisi rumah sudah tidur dan aku tak perlu bersoal jawab atau malu dengan sesiapa, Sangkaan ku meleset, seisi rumah sedang menanti kepulanganku. Setelah bersiap dan membersihkan diri ayah memanggil dan bertanya, mana Yaya tahu ada orang nak datang merisik? Dengan malu yang teramat ku maklumkan ayahku bahawa empunya badan yang bagi tahu semalam. Ayahku bertanya ornang mana, bagaimana rupanya siapa mak ayahnya dan apakah latar belakang keluarganya itu. Terus ku jawab “ayah orang tak kenal dia dan keluarga dia nama penuhnya sahaja orang tak tahu apalagi latar belakang keluarganya?” ayah menyatakan bahawa aku sepatutnya mengenalinya terlebih dahulu, dan aku katakana ayah sepenuhnya orang serahkan pada mak dan ayah, kalau mak dan ayah terima, orang terima..kalau tidak-tidak lah kataku.. Saat itu bondaku mengukirkan senyuman yang sangat indah, dan keesokan harinya adik memberitahu bondaku mengalirkan airmata kerana membrikan penghormatan itu pada mereka. Hakikatnya aku memerlukan mereka walau dimanapun diriku..

Apabila rombongan datang, tidak ku izinkan bonda berkecah di dapur semuanya ku urus bersama adindaku, Alhamdulillah kata bonda, Alhamdulillah orangnya menyejukkan hati, berdoalah kata bonda… begitu bondaku, bondaku menerapkan kepadaku keyakinan yang tinggi terhadap kuasa doa, bukankah doa senjata mukmin!

Bondaku tidak terpelajar hanya orang kampung, tetapi bondaku kaya dengan nilai-nilai murni yang sukar diperolehi dari mana-mana institusi sekalipun. Begitu bondaku, aku pernah bertumbuk dengan rakan setingkatan ku kerana dia menghina bondaku, dan sehingga akhirnya aku yakin rakan ku tidak akan menghina mana-mana insan yang bergelar bonda kerana pengorbanan dan ksaih cinta mereka jauh lebih hebat dari segulung ijazah kita pada hari ini!

Di hari perkahwinanku, ayahku tidak mampu menyebut namaku semasa penyerahan wali, ayahku berusaha menelan segala tangisnya, dan bondaku empangan air matanya sudah pecah, akhirnya aku menangis tanpa mampu ditahan, make-up yang cair tidak ku pedulikan.. apabila ku khabarkan kepada kakaku yang berada diseberang, beliau turut menangis, hanya adikku sahaja yang kuat pun begitu aku tahu akan hatinya, dia adik yang sanggup berkorban segalanya untukku, adikku ini mewarisi perangai bondaku yang begitu menyayangi dan sanggup bergaduh untuk mempertahankanku.. Ya Allah terlalu besar anugerahMu ini.. aku hanya mampu berdoa agar kami sekeluarga akan diizinkan Allah untuk berkumpul di jannatul firdausnya.

Hari-hari setelah menjadi isteri ku merindiu pula saat aku menjadi anak bondaku, saat aku dileteri saat aku dibelai dan saat aku dirisaukan..Semuanya itu hanya sekali dalam hidupku kerana aku hanya punya seorang bonda yang berkorban segala dan seorang ayah yang tegar mengahdapi seisi dunia demi bahagia ku, si anak yang banyak berdosa ini..

Aku yakin walau segunung intan permata yang dihadapkan kepada bondaku dan ayahndaku, ia tak mungkin dapat membalas walau setitis jasa mereka..

Duhai anak, seringkali kita mendengar ayahbonda mengatakan ‘nanti kalau kamu menjadi ayah jadi mak tahulah kamu’ belum sempat ku bergelar ummi dan suamiku bergelar abi, aku sudah mengerti bahasa sepi mereka yang penuh erti, sehingga aku tidak tegar siapa sahaja yang bergelar bonda dan ayahnda dilukai..Benar…pengalaman adalah guru yang terbaik, doaku moga sempat pangalaman yang akan anda lalui itu menjadi penyuluh jalan untuk anda menghargai mereka. Sebaiknya usah tunggu pengalaman itu, rasailah kasih meraka dengan nuranimu lihatlah pengorbanan mereka dengan hatimu nescaya tak kan mampu kau mengecap bahagia dengan membiar mereka diulit derita..

Emak, Ampunkan salah silap yaya, halalkan susu mak dan makan minum yaya..sesungguhnya anakmu ini ingin berada disampingmu dan melihatmu tertawa sehingga ke peghujungnya.. terima kasih mak atas segalanya ku yakin ungkapan ini tidak mampu membayar apa pun yang telah emak berikan padaku, namun inilah ucapan yang terbit dari dasar hatiku anakmu ini…

Ayah, Ampunkan salah silap yaya, halakan segla keringat yang keluar dari tubuh ayah untuk membesarkan anakmu ini, halalkan segalanya ayah, ku ingin bersamamu menghadiahkan bahagia sehingga keakhirnya..

Ibu, terima kasih atas peneriman baik ibu terhadap diri yang serba kurang, terima kasih kerana ibu sabar membesarkan anak-anak ibu terutamanya ‘along’ yang agak nakal,halakan makan minum orang dan halalkan juga titisan-titisan susu yang pernah mengenyangkan dan membesarkan anakmu itu sehinga hari ini anakmu tegar menjadi pemuda hebat dan suami bertanggungjawab kepada isterinya. sesungguhnya jasa dan pengorbanan ibu tak kan mampu kami membalasnya, namun akan kami usahakan untuk mengembirakan ibu sehingga ke akhirnya..

Abah, atas segala jerih perih abah dalam memayungi anak-anakmu dengan kasih sayangmu, Terima Kasih..halalkan segala makan minum dan kudratmu abah..akan kami berusaha untuk berbakti sehabis baik pada abah sehingga ke akhirnya…

Sesungguhnya kami anak yang sangat bertuah punya sepasang ayahbonda yang begitu istimewa… Alhamdulillah Ya Allah thumma Alhamdulillah…

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (semua), dan (dosa) kedua ibubapa-ibubapa kami, dan rahmatilah kedua-dua mereka sepertimana mereka mendidik kami pada waktu kecil.

-DOA UNTUK IBU BAPA-
Sumber: Halaqah.Net

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Selamat Hari Ibu Dan Selamat Hari Bapa :)

4 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Allah2 sham.. tersentuhnya akak baca en3 ni.. semoga mak ayah dan keluarga sham sentiasa beroleh rahmat-Nya.

Shams Ali said...

sham yang menulis pun sedih jugakk...rindu kt makayah..hu3..ameen..ameen Ya ALlah...

Anwar said...

Assalamualaikum sayang...

Maaf lmbat bg komentar.. Hidup ni yg dtg smuanya ujian yg kita perlu tempuhi, susah ujian dn snang pn ujian.

Apa2 pun terjadi sntiasalah kte brsangka baik dgn Allah, psangan dn mnusia, actually all that is think +ve.. as a low of attraction said.

Ujian ni ibarat lirik:-
"Ku berlayar d Lautan tidak bertepian"..
"Kadang kala ku terasa ombak yg mendatang"...
"Aku seperti hilang arah dn tujuan"..

Org yg prnah brlayar thu perit ujian.... Bygknlah mabuk, muntah2, panas trik, sepi dr ursn mnusia hanye yg kelihatan laut yg trbentang dn ikan atau mesin2.
Dan di situlah segala asas dipelajari nyawa d sandarkn pd Allah,kesedaran maksud hidup bkn utk brhibur krn hiburan d daratan d tinggalkn tiada lg brmanfaat dn ku sedari nyawa wujud dgn 1 matlamat dn undang2nya dunia pasti akn d tggalkn... (Inilah yg d rasakan oleh pekerja Pelantar "Offshore" dn nelayan2 yg berfikir)

Rindu sangat2 dgn lamunan Offshore.. (bila d tengah laut abg mmbayangkn abg brlari2 dgn syg d tngah2 laut, rse rmantik jge mengelamun sorang2) {]:-)=

limaumaniss said...

memang payah nak mengabarkan berita 'seumpama itu' kepada mak ayah kita...akak fikir sepuluh kali nak bagi tau...siap fikir macam mana nak susun ayat...bila time yang sesuai nak bagitau...dan macam2 lagi...sampai tak tidur dibuatnya....eheh... :)