Friday 16 March 2012

Fawwaz Dan Roseola

Fawwaz demam seminggu yang lepas, demamnya panas sehingga saya tak mampu melelapkan mata sekadar tidur ayam untuk menjaram kepala dan sesekali mandikan Fawwaz walau jam ketika itu menunjukkan 4-5 pagi. Saya dan suami bergilir, apa yang melegakan kami tidak ada sebarang tanda-tanda pneumonia. Alhamdulillah ia nya sedikit mengurangkan keresahan kami suami isteri.Tapi badan dan mukanya menampakkan bintik-bintik merah. Allah..

Fawwaz dijaram dan jerlun air asam bergilir-gilir dan masih mengambil paracetamol seperti yang diarahkan doktor. Suhu badannya turun naik, sungguh galau hati ini. Saya memilih untuk bercuti kerana Fawwaz tidak mahu FM dan hanya mahukan BM, Alhamdulillah walau kurang selera makannya, apabila Fawwaz berkehndakan BM maka ianya cukup untuk mengenyangkan Fawwaz, saya yakin itu.

Apa yang menguji rengek dan tantrum Fawwaz menjadi-jadi ketika demam ini, kalau tak dapat apa yang dia nak, berjuraian air mata dan semakin kuat tangisannya, saya tewas juga! Ummi termarah Fawwaz kemudian menyesal sendiri :( maafkan ummi sayang. Saya sering berdoa agar Allah izinkan saya menjadi ummi yang SABAR. Sungguh saya sangta mengharapkannya.

Setelah 4 hari demam, Fawwaz cirit birit pula, bimbang semakin menguasai diri. Sejurus selepas suami pulang dari ekrja kami meredah hujan yang lebat dan untuk membawa Fawwaz ke klinik. kata doktor fawwaz mendapat jangktian virus dan kerana itu mengalami cirit birit. Doktor menukar antibiotik untuk Fawwaz dan memberikan Fawwaz ubat cirit birit.

Malam itu saya berikan Fawwaz antibiotik dan mencampurkan ubat cirit birit itu ke dalam susu Fawwaz. Keesokan harinya saya terus keluar ke pejabat dan menghubungi kakak saya sekali sekala bertanyakan keadaan Fawwaz. Kata kakak, demamnya kurang tapi kepalanya masih dedau dan cirit ciritnya belum menampakkan kesan yang besar, yang membantu Fawwaz kekal bertenaga ialah Fawwaz penggemar air suam. Alhamdulillah.

Balik dari kerja saya masih memberikan beliau ubat cirit birit dengan harapan moga ada perubahan pada usus Fawwaz, saya berikan juga sedikti yakult untuk Fawwaz, dan keesokan harinya Fawwaz suda sembuh dari cirit birit dan demamnya. Cuma seperkara yang membimbangkan ialah ruam dan bintik emerah itu kini sudah kelihatan di kaki Fawwaz pula, kata mak, Fawwaz nampak macam kena campak. saya menunggu suami untuk membawa Fawwaz ke klinik, tapi suami pulang lewat dan malam itu Fawwaz tidur seperti biasa. Fawwaz sudah kemabli aktif dan ceria apabila suhu badannya setabil. bintik-binti merah itu benar-benar merisaukan saya, sudah macam-macam menerjah fikiran sehingga saya mengalirkan air mata, kepada Ar Rahman saya sandarkan harpan dan serahkan suratan. Saya yakin hanya Allah sebaik-baik penyembuh dan pelindung.

Pagi sebelum ke kerja semula saya memeriksa badan Fawwaz dan kelihatan bintik-bintik merah itu berkurangan saya mengahrapakan ianya akan bertambah baik ketika saya balik kerja nanti, kepada Allah saya serahkan Fawwaz dan saya melangkah keluar ke pejabat dengan perasaan yang bercampur baur. Fawwaz penyeri hidup kami, amanah yang besar buat kami. hanya yang terbaik yang hati ummi ini mahukan untuk Fawwaz, doa ummi sentiasa untukmu nak...

Alhamdulillah Fawwaz sudah beransur baik, sudah sembuh dan kembali seperti biasa, Fawwaz yg kaya dengan senyuman dan keletah bijaknya..Moga Fawwaz kekal menajdi penyejuka mata dan hati ummi dan babah..

We love you very much son!

Fawwaz at Poliklinik An-Nisa' untuk berjumpa dengan Dr Nadzrey

Nota : Bila ummi surf internet tentang simptom-simptom yang dihidapi Fawwaz rupanya Fawwaz dijangkiti Roseola. Alhamdulillah Fawwaz sudah sembuh dari Roseola itu. Tapi malam tadi Fawwaz selesema, ummi terus bg ubat selesema. Moga anak ummi sihat-sihat selalu ;)

0 comments:

No comments: