Sunday 15 February 2009

Islam menyusahkan wanita?

Bertudung tidak halang Ruqaya raih emas 200m

DOHA - Pelari pecut wanita Bahrain, Ruqaya Al Ghasara mengejut dan mengagumkan peminat olahraga di Sukan Asia di sini apabila meraih pingat emas dalam acara 200 meter walaupun berpakaian menutup aurat dan bertudung.
Malah katanya, dengan mengenakan pakaian lengkap wanita Islam itu telah mendorongnya berlari lebih pantas.

"Ia bukan satu halangan untuk saya berlari pantas malah ia banyak mendorong saya membuktikan bahawa wanita Muslim seperti saya juga boleh menang dengan berpakaian seperti ini," katanya. Pada perlumbaan akhir itu, Ruqaya mencatat masa 23.19s. Sebelum ini beliau turut menang gangsa dalam acara 100m.

Ketika melakukan pecutan, hanya jelas muka dan tapak tangannya yang kelihatan manakala sebahagian besar anggota tubuhnya ditutupi kemas. Sebaik melepasi garisan penamat, Ruqaya mengangkat tangan kepuasan tetapi aurat dan tingkah lakunya tetap dipelihara. Mengulas pakaian yang digunakannya, Ruqaya berkata, ia menggunakan jenis kain yang dipilihnya sendiri walaupun kebiasaannya agak berat untuk dibawa berlari. Sambil mengakui pelari pecut Amerika Syarikat, Marion Jones sebagai idolanya, Ruqaya berharap pakaian yang digunakannya untuk berlari itu mendorong wanita Muslim lain melibatkan diri dalam sukan agresif seperti ini.
Penampilan hebat Ruqaya itu turut menjadi agenda utama Doha mengadakan ujian pakaian bagi wanita Muslim untuk melobi menjadi tuan rumah Olimpik 2016 nanti.

"Memakai tudung membuktikan ia bukan halangan untuk mencipta kejayaan. Berpakaian seperti ini jugalah yang telah melayakkan saya beraksi di kejohanan dunia di Osaka, Jepun tahun depan,"tegasnya. Begitu pun Ruqaya yang lembut dan perlahan ketika berbicara berkata, kejayaan hari ini tidak dicapai dengan mudah. Pelari berusia 24 tahun itu mengakui peraturan berpakaian dalam Islam banyak membuatnya dipandang serong oleh masyarakat di negaranya.
Tetapi semua itu berjaya diatasinya selepas sekolah menengah apabila dipanggil untuk menjalani latihan di bawah jurulatih Bahrain, Tadjine Noureddine.

Tidak lama selepas itu, Ruqaya mencipta kejayaan pertamanya dengan memenangi emas pada Sukan Negara Arab 2002 di Jordan. "Dia memang memiliki kualiti hebat sebagai pelari pecut. Cuma sekarang ini dia perlu banyak memperbaiki permulaan ketika berlepas."
-Utusan Malaysia

Celoteh Serikandiislam

Inilah perjuangan muslimah kini, sham teringat sewaktu menyertai pertandingan debat IPTIM diantara semua Institut Pengajian Tinggi Islam Malaysia, bayangkan pengadilnya yang bergelar seorang 'ustaz' mampu mengeluarkan kata-kata meminta sham membuka niqab, dengan alasan penghujahan tidak jelas, sedangkan para penonton di auditorium mengatakan semuanya jelas.
Bukan tujuan sham nak membesarkan gelaran ustaz, tapi apa yang sham faham dengan ustaz adalah mereka yang mempunyai ilmu agama, namun mengapa keadaan ini terjadi? Saat itu, Allah beri kekuatan pada sham untuk teruskan perjuangan tanpa menanggalkan niqab, Alhamdulillah kumpulan kami mendapat naib johan dengan margin 3-2.
Peristiwa ini berlaku kira-kira setahun yang lepas, tapi percayalah peristiwa ini akan sentiasa segar dalam ingatan.

Pada waktu ini terlintas di fikrian akan kata-kata Imam Al-Ghazali Hujjatul Islam
Ilmu yang bermanfaat adalah bilamana kita menuntut dan ia memperlihatkan kejahilan kita, tetapi apabila ilmu yang kiota tuntut menampakkan kejelikan orang lain maka itulah ilmu yang tidak bermanfaat. Semoga kita terlindung dari azab api neraka Allah..InsyaAllah

Hanya Allah yang mengerti perasaanku.Sham sedar ramai yang boleh mempertikaikan niqab ini, tapi perlu kita berfikir sebelum pertikai, kalaulah sahabat kita punya kekuatan untuk melaksanakan salah satu tuntutan yang mungkin pada kita ianya sunnat, kenapa tidak kita menyokong sebaliknya kenapa perlu kita pertikai? Kita perlu ingat ada perkara yang kita tak boleh buat semua dalam keadaan itu jangan tinggal semua, insyaAllah teruslah berjuang demi Islam, InsyaAllah Allah bersama kita

19 Dis 2006 [http://www.serikandiislam.blogdrive.com]

0 comments:

No comments: