Tuesday 17 February 2009

Ramadhan Kareem

Tahun demi tahun berlalu, namun ia setia hadir disitu atas arahan tuhanNya yang maha agung. Mulianya qamar yang terbit itu bukan seenak bicara seindah kata-kata, tetapi ia kemanisan yang tiada galang ganti. Pada yang mengerti hadirnya di nanti-nanti, perginya begitu ditangisi, terbit begitu dihargai.

Setiap pancaran sinarnya dirai dengan alunan suci qalam rabbi, dibiar diri menari bermujahadah menghadapi getir si nafsu durjana demi menggapai seribu janji nan luhur dari ilahi. Segalanya itu bagi yang meyakini bahawa ni'mat hidupnya tatkala melepas hembus nafas pengharapan pada sebuah pengampunan demi sebuah kehidupan yang penuh dengan kepastian.

Dihujung dunia itu, terdapat juga sekelompok manusia yang tidak pernah dan tidak mahu hirau akan sinar itu. Sinar yang hadir sekali cuma setahun, entah kenapa kelihatan tidak bermakna kehadirannya, kelihatan tak pernah dinanti kemunculannya. Berlalu pergi sinaran itu begitu sahaja menyimpan seribu sendu kesedihan melihat kehadirannya tidak dihiraukan.

Tiba-Tiba disuatu sudut itu, kelihatan begitu ghairah manusia itu menunggu kehadiran sinar nan suci itu, dengan segala kelengkapan yang serba baru, persis bujang menerima isteri lalu diangkat darjat menjadi suami. Sayang kelengkapan itu sebenarnya bukan untuk merai sinaran murni kurniaan rabbi, tetapi ia hayunan langkah mencuri kesempatan cuma, untuk mengumpul segala riggit dengan jualan, untuk meni'mati segala mewah untuk setahun berikutnya akan datang barangkali.Tuntas terpanggil melihat ibu-ibu yang menyiapkan juadah untuk hari kejayaan yang bakal dirai, berpusu-pusu ke gedung, membeli belah dengan penuh ni'mat, persiapan awal agar anak-anak tidak tertinggal menikmati hari indah itu nanti.

Hatiku bagai ditusuk sembilu, betapa kehadirannya bukan suatu kepastian kerana tuhan tidak pernah menjanjikan sebuah kehidupan tanpa pengakhiran, tetapi wujud pula manusia yang begitu sombong hadirnya tidak dipeduli tetapi perginya di sambut gembira.Bukankah hari kemenangan itu untuk mereka yang berjuang? Bila berjuang itu terdapat beberapa perkara natijahnya syahid dan menang, atau gugur dan tewas, mungkin jua selamat tetapi tewas dan tewas tidak selamat?Jadi kenapa kejayaan sudah didambakan sedangkan tidak pernah ada ketentuan bahawa berjuang pasti kembali dengan kejayaan? Sayup-sayup kedengaran suara halus menjelajah ayat demi ayat dari lembaran Qur'ani, kelihatan sekujur tubuh tenggelam dalam ritma keasyikan mengharapkan keredhaan. Disisinya cuma berbekal pepasir sebagai alas dan dedaun sebagai bumbung, persekitarannya kelihatan runtuhan istana pelbagai nyawa, kelihatannya hanyir darah merah menusuk hidung tetapi wajah itu begitu jernih dalam girang. Bedilan bom umpanya irama sampingan, kerana padanya sinar kurniaan tuhan itu sebuah kenikmatan yang tiada tandingan, sendunya berakhir dengan sebuah pengharapan agar ramdhan kan datang lagi, belum puas beramah mesra, belum puas membiar sinar itu menjamah halus setiap inci persembahannya. Khuatir bisiknya, persembahannya kali ini mungkin sumbang dengan irama riya', ujub dan takabbur.

Meski persembahannya tidak seindah persembahan para pencinta pencipta sinar itu, baginya sinar itu terlalu berharga justeru harapan untuk bertemu kembali dilabuhkan dalam linangan airmata, dalam sahutan takbir dan tahmid bersama sepersalinan indah milik adindanya yang telah kembali buat selamanya.

Begitu hadirnya mentari ramadhan itu di sambut dipelbagai tempat dan daerah dengan cara tersendiri, dengan pelbagai santun dan irama, persoalannya apakah erti ramadhani itu benar-benar di hayati sudah? Bisakah ramadhan ini terisi dengan penuh insafi? Hanya tuhan maha mengerti, moga dihadiahi ramdhan itu dengan seribu kekuatan untuk menghargainya jua...

20 August 2008

0 comments:

No comments: