Tuesday, 17 February 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah dengan izin Allah jua himpunan BERSIH dapat di realisasikan. Pelbagai mehnah dan tribulasi yang datang telah membakar semangat jihad dalam jiwa, tidak kurang juga pada sahabat yang menarik diri baik dari saat awal hingga di saat-saat akhir. Namun hakikatnya, perjuangan memerlukan pengorbanan, kita datang untuk ISLAM. Biarpun di selubungi pelbagai perasaan, akhirnya kisah perjuangan Abu Ayyub Al-anshari telah mengembalikan semangat ku. Dengan penuh keyakinan langkah di atur.

Si pengembara dagang Pengembara,

Kepada selain Allah Tidak akan merendahkan dahi,

Pengembara,

Kami rela ia dagang Menjadi lambang kehidupan,

Anda tanyalah berkenaan kami,

Sesungguhnya kami tidak peduli Terhadap pelampau,

Kami adalah tentera Allah terus menerus,

Jalan kami adalah jalan orang yang enggan tunduk kepada kezaliman,

Si pengembara dagang….

Kami tidak peduli dengan ugutan Bahkan kami terus mara ke lam Abadi,

Lalu kami berjihad dan Berperang semula Beginilah anak dagang,

mereka Yang merdeka di dunia hamba,

Si pengembara dagang…..

Berapa banyak kita teringatkan Suatu zaman,

Di hari kita Bahagia,

Dengan kitab Allah yang kita Baca sewaktu pagi dan petang.
Demimu Islam matiku rela.

Biarpun pihak keselamatan mula mengepung dari pelbagai arah, langkah ini berhenti tidak. Dalam keadaan yang genting bantuan Allah tiba, hujan lebat memotivasikan kami. Selepas solat perjalanan di teruskan. Biar di kelilingi oleh ancaman-ancaman yang begitu gah mempamerkan senjata, kami selamat tiba di perkarangan Istana. Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Kita buktikan kita mampu berhimpun dengan aman. Setelah penyerahan memorandum selesai kami berangkat pulang. Allahu AKbar! Sungguh maha besar Allah.

Titipan khas buat Pak Lah, khairy dan
semua rakan-rakan seperjuangan kalian.
Berusahalah untuk KEMBALIKAN HAK RAKYAT,
Jika tidak bersedialah untuk hadapi ombak yang mencetuskan revolusi
permbahruan kepada sistem demokrasi. INI BARU MUQADDIMAHNYA!

11 Nov 2007
http://www.serikandiislam.blogdrive.com/

0 comments:

No comments: