Sunday, 15 February 2009

menulis..

Tiada yang lebih membahagiakan apabila irama hati ini dapat ku zahirkan melalui penulisan, namun diri ini masih bertatih biarpun tiada yang memimpin, akan ku gagahkan jua, kerana tiada yang akan datang bergolek tanpa usaha.

Sudah bertahun rasanya, usaha awalku untuk menghasilkan sebuah novel tergendala di tengah jalan, bukan kerana hilang sudah minat ini, tetapi keterbatasan waktu yang ku miliki menyebabkan ianya tidak diteruskan sehingga kepenghujung. Pada hakikatnya, kegagalan untuk menghasilkan novel ini adalah kerana pengurusan masa ku yang tidak seimbang sehingga karyaku terbengkalai. Ya inilah rahsiaku yang selama ini tersimpan kemas dalam komputerku.
Ya, irama hati ku saat ini membicarakan mengenai medan penulisan, setelah ku selami segala intipati laman para penulis yang amat ku sanjungi, membuatkan diri ini tersedar dari mimpi yang berpanjangan, rupanya masih ada perjuanganku yang belum bermula.

Ya Rahman, izinkan jejari ini mengukir gerak tari qalbi ini agar ia bisa menjadi panduan untuk diri ku disaat aku terleka juga agar ia bisa menusuk ke segenap kamar hati yang menatapi..ameen ya robbal 'alameen.

08 Dis 2006 [http://www.serikandiislam.blogdrive.com]

0 comments:

No comments: