Tuesday 17 February 2009

Berani : Berniqab semasa 'demo' ??

Perhimpunan bersih bukanlah 'demo' pertama sham, walau bagaimanapun diakui itulah demo pertama yang pernah sham pergi yang mana pesertanya terdirin dari ribuan rakyat jelata. Ini lah pertama kali dengan mata sendiri sham menyaksikan kebangkitan rakyat. Selama ini semua itu sham telusuri dalam bacaan sham. Namun bukan soal kebangkitan yang ingin sham bicarakan disini. Fokus sham padda kali ini ialah 'berani'. Sejauh manakah keberanian yang kita ada dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan?Melihat kepada para peserta 'demo' tempoh hari, ramai pula muslimat berniqab. Namun mereka ini bukanlah secara kebiasaanya berniqab itu. Hanya berniqab semasa menyertai program-program yang berisiko. Hatta sham sendiri pun mula berniqab setelah menghadiri satu 'demo' di hadapan kedutaan Amerika.
Alhamdulillah selepas itu sham jatuh cinta dan terus berusaha pertahankannya. Bila sham renung kembali hakikat sebuah perjuangan, sham merasakan tidak semua dari kita bersedia untuk berjuang kerana kita masih lagi di hantui ketakutan dan kebimbangan pada pengorbanan. Berjuang ini bukanlah satu perasaan atau anugerah yang perlu di zahirkan atau di banggakan. Tapi perjuangan datang dengan pakej yang sangat menarik ia itu berjuang dan terkorban.

Seorang sahabat mengingatkan sham andai tidak mampu merelai sebuah pengorbanan jangan berbicara tentang perjuangan. Hakikat ini sham rasai apabila saat-saat genting untuk merealisasikan 'demo' kali ini bermula. Jika sebelum ini sham hanyalah seorang peserta tetapi tidak kali ini. Menyedari bahawa tidak pernah ada janji dari Allah bahawa dunia tempat yang kekal, maka sham tekad pada sebuah semangat ia itu SYAHID.

Allahu Akbar, perasaan menghadapi permulaan gelombang ini sehinggalah ke akhirnya merupakan sebuah cermin diri yang menunjukkan kepada diri sendiri. Siapa kau di medan juang? Adakah lidah yang petah berbicara soal perjuangan mampu berpijak dan bertahan di medan itu? Adakah sifat yakin dan tawakkal itu benar-benar mantap? Segalanya teruji di situ..Melihat kepada risiko yang terbentang dan keresahan ayahbonda di rumah menyebabkan hati ini berbelah bahagi. Beberapa orang teman memberikan idea untuk menyelesaikan kekusutan ini. Dalam pelbagai idea yang kunjung tiba ada 2 idea yang membuatkan sham berfikir dan terus berfikir.

Idea yang pertama , "Buka niqab sepanjang demo" barulah orang tak kenal. Dan idea yang kedua yakinlah dengan janji Allah, ayuhlah seperti mana dirimu sekarang ke medan itu.Jangan sesekali membuka niqabmu, pertahankan. Menurut kehendak taghut tidak sesekali. Bukan berniqab itu hak mu? maka siapakah mereka untuk menidakkannya? Biarpun di penjara sekali tempat mu selepas ini, namun sahabatku menyerah tidak sekali. Sham teruja dan terbangkit dengan kata-kata itu.

Terima kasih sahabat.Setibanya di medan itu, sham terfikir sahabat-sahabatku yang berniqab kerana takut dan bimbang ini, sepatutnya kalian fikirkan bahawa kita berjuang untuk mati (syahid) justeru untuk apa takut? takut di kecam dan di buang kampus? apakah kalian lupa yang menetapkan sebuah ketentuan adalh DIA. Kalau kalian di takdirkan tidak tamat belajar sekali pun, kalian tetap tidak akan tamat tak perlu hanya kerana kalian sertai 'demo' tersebut.Kepada sahabat yang berniqab lalu membukanya kerana bimbang di kecam juga kepada mereka yang tidak menyahut seruan jihad dek kerana takut dan sebagainya ingatlah,Perjuangan itu berjuang dan terkorban, bukan membiarkan ape yang dijuangkan itu terkorban.

Ketakutan kita pada hukum dunia tak pernah terbayar tetapi ketakutan kita pada api neraka Allah lumayan ganjarannya. Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk kita. Justeru tak pernah rugi orang yang berjuang kerana Allah. Yakin lah Janji Allah itu pasti.

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu dijalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" At-Taubah:41

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).As-Saff : 10 - 11

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
At-Taubah : 111

Jadilah seperti pepohon nyiur walau di hempas ombak yang ganas namun ia setia disitu malah terus gah berbakti.

0 comments:

No comments: