Melihat kepada tajuk, pasti sahabat-sahabat semua memikirkan adakah sham sudah berumah tangga atau bakal mendirikan rumah tangga...sebenarnya yang pertama itu sememangnya tidak dan yang kedua inshaAllah tetapi bila,dimana dan siapa bakal suami nya wallahua'lam, itu rahsia Allah.
InshaALLAH 26/08/2007 tarikh permikahan sahabat baik sham.sham gembira untuk sahabat sham tu, namun begitu perasaan kali tak sama langsung dengan perasaan seorang lagi sahabat yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2002.
Ya Allah tabahkan hatiku atas perpisahan yang bakal terjadi ini. Bertemu kami kerana mu Ya Ilahi, kini perpisahan yang terjadi juga adalah keranaMu. Sham tak tahu macam mana nak hadapi hari-hari yang mendatang tanpa teman tersayang disisi. Sham kenal dengan kak hidayah ni masa sham tingkatan satu dan kak hidayah di tingkatan dua,seorang lagi sahabat sham yang bernikah pada tahun 2003 itu juga sham kenali pada tahun yang sama(Kak Lin).kami adalah tiga sekawan yang akrab kerana ilmu Allah untuk mendidik diri.
Setelah melanjutkan pelajaran di Kolej, sham dengan kak hidayah di kolej yang sama dan kak lin masa tu kak lin dah jadi zaujah kepada seorang abang yang sejema'ah dengan kami. Hampir lapan tahun usia persahabatan kami.Sham dan Kak Hidayah pernah satu ketika di hostel, tak punya duit nak makan, kami kongsi satu polistrin dua orang.Kami ditakdirkan juga bekerja di syarikat yang sama selepas tamat belajar.Juga berhenti pada bulan yang sama :p..
Allahu Rabbi ukhuwwah ini sangat indah, namun mehnah dan teribulasi adalah sesuatu yang tak dapat di elakkan.

Ku titipkan bait-bait ini untukmu sahabat...
Hari itu datang lagi,Bahtera kasih siap terbina,
Menjadi bumbung tiga sahabat berjanji,
Bersatu demi janjiNya,
Berpisah demi kasihNya,
Hari itu datang lagi,
Bahtera kasih terus berlayar,
Samudera itu saksi ukhuwwah terus mekar,
Teguh menghadapi badai dengan tegar,
Hari itu datang lagi,
Bahtera kasih terus sepi,
Ada hati yang terguris,
Ada cinta yang tergilis,
Ada janji yang terhiris,
Tanpa sedar,
Hari itu datang lagi,
Hati yang terluka kembali bertaut,
Janji yang terleraiKembali termetrai,
Namun,
Tika hari itu datang di saat ini,
Ia tidak seperti yang di ingini,
Penyatuan ini menuntut Pengorbanan,
Kasih ini terpaksa disimpan,
Agar ia tidak merobekkan sebuah perjalanan,
Kerana ia milik tuhan,
Akarnya Aqidah pada tuhan,
Bumbungnya Qalam dari tuhan,
Tiangnya addeen tuhan bersendi cinta tuhan..
Di hari ini,
Madrasah itu kan kembali kita susuri,
Menjadi sirah kehidupan milikkita sendiri,
Menjadi sandaran kepada memori ini,
Kerana saat ini pasti tidakkan kembali lagi..
Sahabat berbahagialah kalian...
Kita tak kan terpisah dek jarak ini,
Kerana kita punya memori ini,
Tugu cinta insani demi redha DIA rabbi...
Serikandisufi
24 August 2007
http://www.serikandiislam.blogdrive.co/
0 comments:
Post a Comment