Tuesday, 17 February 2009

Hari itu yang berlalu, Hari ini dan Esok

Hari itu yang berlalu diri berlari mengejar bahagia, mengharap sinar lalu tersungkur rebah derita dan duka. Bangkit kembali dengan harap dan doa, tetapi tiba dipenghujung dengan sesal, hampa dan kecewa.Putus harap pada sinar itu sehingga belajar semula bagaimana untuk bermula, bertatih menerima ukiran taqdir atas sutera kehidupan.

Hari itu yang berlalu juga mengajar diri bagaimana untuk meminta meski tahu mungkin akan kecewa jua, tetapi hari itu juga yang menyedarkan diri bahawa meminta dan kecewa adalah ni'mat yang perlu dini'mati dengan sabar.Hari itu yang berlalu juga menjadi bukti betapa diri ini lemah tiada berdaya, tak pernah mampu untuk hadapi apa jua yang tidak dicernakan melalui impian, namun hari itu juga yang mengajar bahawa inilah sutera kehidupan.Hari itu yang berlalu tidak hanya sepi dihias duka tetapi hari itu yang berlalu DIA hadiahkan cinta itu pada penghujung sendu dan bulat kecewa.

Hari itu yang berlalu membuatkan takut untuk diri melukis impian pada langit nan indah itu kerana bimbang pelangi yang berpaut pada awanan kan sirna jua. Lalu cinta itu dibiar tanpa impian juga hiasan harapan, yang ada cuma serahan semula kepada DIA pemilik segala cinta.Hari itu yang berlalu melahirkan seorang insan yang tidak punya impian dan mimpi untuk hidup, segala yang ada cuma perkiraan untuk kembali kepada tuhan, dan menanam harapan untuk bertemu dan bertatap wajah DIA pada esok hari.

Hari itu yang berlalu berbicara DIA bahawa cinta ini untuk disini perlu ku ukir sinar kasih padaNYA sebagai bekalan pertemuan kembali aku dan DIA, justeru cinta itu disimpan, lalu tumbuh bebunga harapan untuk ku sulam cinta itu dengan segala ada dengan sebuah ikatan.

Hari ini menyebabkan hari yang berlalu itu dirindui, kerana segalanya masih seperti akhirnya hari yang berlalu cuma cinta itu sudah mula disulam dengan segala perasaan menuju sebuah ikatan sebagai bekalan untuk bertemu tuhan, menatap dan berbicara dengan ar-rahman pada saat yang ditentukan..

Hari ini bebunga harapan mula mekar keindahan, hati mula diresap kebimbangan apakah bebunga yang mekar ini bakal di gubah elok memacu langkah menuju impian, ataukah akan berguguran jua kerana tewas jasad dan ruh tanpa cukup persiapan pada amalan. Hari ini bersama seribu ketakutan masih tersimpan cinta itu, masih teranyam kasih itu menanti sebuah ikatan, agar terlengkap jua impian itu kelak menjadi bekalan untuk bertemu tuhan seperti mekarnya bebunga harapan...

Hari ini segalanya kuserah dan kusimpulkan dalam sebuah pasrah harap bernama doa, kerna biacaraNYa memintaku untuk terus meminta kelak akan DIA kabulkan jua..

Hari ini berteleku jua jasad dengan segala impian, harapan, dan ketakutan bersama rantaian rintihan...

Hari ini menyebabkan diri tegar menghadapi hari esok...

Tuhan segalanya sudahku serahkan...

0 comments:

No comments: