Seawalnya kejadian manusia itu sememangnya dia dijadikan sebagai pembawa taklifan dari tuhan segala ciptaan.Tatkala tiada satupun makhluk yang sudi menerima taklifan dari yang maha esa.
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Al Ahzab :72)
Sham tak rasa untuk berbicara soal mehnah dan tribulasi yang ditempuhi barisan aktivis-aktivis kebenaran ini, apa yang mencengkam jiwa dinihari adalah, bagaimana untuk mengisi kemenangan yang telah Allah kurniakan.
Hakikatnya mengisi kemenangan itu adalah jauh lebih sukar dari bekerja untuk memperoleh kemenangan. Justeru sahabat sekalian usah mendabik dada merasa bangga dengan kejayaan yang kita peroleh, kerana ianya adalah cebisan ihsan Allah pada kita, yang didalamnya adalah medan ujian bagi hamba, sama ada bisa kita melulusi ujian ini dengan melobosi segala pekat hitam durjana dunia fana ini.
Layakkah diri menerima sebesar anugerah melalui ciebisan ihsaNYA? Intropeksi diri memberikan segala jawapan kepada hati dan nurani, betapa terasa malunya untuk mengakui kemenangan ini kemenangan kita, tatkala lisan mengucapkan bahawa diri adalah pejuang, tetapi hakikatnya setiap langkah yang diatur belum mampu disuci sesuci niat yang ingin dipatri. Masih lagi tenggelam dalam dosa dan noda ciptaan diri dek kerana gagal mengawal nafsu yg wahid itu.
Dalam gunungan dosa itu, kenapa masih DIA mengutuskan khabar gembira itu? Bukankah sifatnya ArRahman dan ArRahim, lalu tiada apa yang mustahil untukNYA. Kemenangan ini adalah anugerah dariNya untuk menguji sejauh mana syukurnya hamba dan setinggi mana taqwanya hamba.Janji Allah itu pasti jua, namun apakah kita ini sudah berhempas habis yang terbaik untukNYA dalam mengharap pada janji dan bantuanNYA?
Cukup sekadar mengukur kembali perjalanan gerak kerja kita dalam perang yang lepas, apakah setiap langkah kita aturkan itu benar-benar untukNYA? atau langkah itu diatur sekadar syarat untuk mengatakan diri berjuang fisabilillah? Wahai diri dan teman-teman sekalian, andai langkah yang kita atur dahulu adalah untuk redhaNya, tidak mungkin kita berkecil hati kerana kita tidak mendapat layanan yang sepatutnya, andai redhaNYA matlamat kita, tak mungkin kt merasa tersisih kerana dipinggirkan manusiawi dan tak mungkin berusaha untuk membuktikan kepada orang lain bahawa kita adalah yang terbaik.
Andai langkah itu diatur demi redhaNYA pastinya, hati pasrah atas kekurangan persekitaran, merasa bahagia tatkala dipinggirkan dan berpanjangan tekad untuk melakukan yang terbaik demi Allah tanpa sedikit pun rebah, jatuh terguling bangkit berlari kita.Ayuh, kita renungkan dimanakah sebenarnya kita dan hati-hati ini.
Masih tidak terlewat wahai diri jua sahabat sekalian, kita insafi kemenangan ini, kita gagahi rintangan di hadapan, kita pasrah pada suratan dalam jazam dan kekuatan untuk mempertahankan agama yang suci ini dan meraih cinta ilahi.
Teman, berkata itu mudah untuk laksana itu payah tetapi tidak mustahil dengan izin Allah jua....
Selamat Berjuang Wahai DIRI, sahabat ikhwah wa akahwat..
Seeru 'ala Barakatillah
11 Mac 2008
http://www.serikandiislam.blogdrive.com/
0 comments:
Post a Comment