Monday 13 October 2008

Ramadhan Yang Berlalu

Hari ini, satu kebenaran yang harus kuterima Ramadhan telah berlalu pergi. Pemergiannya begitu mnghiris setiap kalbu insan beriman. Namun persoaln yang timbul dikalbu ini, entah dimana jawapannya."Dapatkah aku meni'mati ramadhan yang akan datang, masih beruntungkah diri ini untuk bermujahadah mencari malam Lailatul Qadr yang menjadi idaman setiap insan yang mengharapkan keberkatannya".Siapa yang mampu menjawab tiada siapa melainkan takdir yang tertulis dari azali lagi.

Sayu hati menghadapi pemergian Ramadhan bertambah sayat hati ini mengenangkan syawal yang akan menjelang tiba, diri ini masih beruntung punya atap tempat berlindung, namun begitu bagaimanakah nasib saudaraku yang menyambut ketibaan syawal ini dengan letupan bom disana sini, tak kurang yang menyambut syawal dengan mengahdapi maut kaum keluarga. Entah kenapahati ini tidak seronok seperti zaman kanak-kanak dahulu! Ya mungkin kerana dahulu diri ini tidak mengenal akan erti sebuah kehidupan, dan kesukaran dalam melangkahkan kaki kearah jalanan yang diredhaiNya.Hari ini air mata yang jatuh berlinangan merafakkan kesyukuran atas peluang yang masih terbuka untuk diri ini menginsafi hakikat hidup insani. Aidilfitri tetap ku sambut dengan seribu kesykuran walau jauh disudut hati terpalit seribu keresahan akan saudara yang berada di medan juang.

Hari kemenangan yang disambut ini, Insya Allah akan sekazli lagi mencatit lembaran baru bagi saudaraku bila kemenangannya bukan sahaja dirasa hasil melwan godaan nafsu semata,tetapi kemenangan dalam menegakkan kalimah Allah. Seperti yang kita sedia maklum ramadhan pernah mencatit lembaran sejarah bile kemenagan Peperangan badar menjadi milik muslimin. Berdoalah agar akan ada suatu saat dan tika kegemilangan ISLAM akan kembali pada ISLAm.Insya AllahSegala amalan yang dilakukan sebagai rutin pada ramadhan yang lalu perlu dikekalkan di dalam diri sebagai amalan harian. Istiqamah dengan segalam amal itu lah kata-kata yangcuba diri ini tanamkan didalam hati ini. Moga amalan-amalan dilakukan tidak terhenti sujurus ramadhan berlalu pergi meninggalkan kita.

Dalam keseronokan merayakan syawal diri ini menadah tanag pada mu Robbul 'izzati agar diberi kekuatan pada hati ini agar daku terus istiqamah dan menyambung amalan sunnat syawal pula, janganlah semangat beribadah kita berlalu dengan bersama-sama ramadahan, tidak kira di bulan islam mana yang kite jejaki amalan sunnat perlu diteruskan sebagai insentif tambahan dar Allah Swt dalam membantu hambanya menikmati anugerah 'iman dan islam dengan sebaiknya.Justeru, peluang yang Allah swt kurniakan pada diri ini dalam meniti syawal yang menjelang,tidak perlu diri ini lalai, melainkan menyambut nya dengan berbesar hati dan berusaha memenuhi tuntutan sunnat padanya. Selepas solat 'asr ingatan mengenai puasa 6 hari di bulan syawa yang diberikan oleh bonda tercinta, seolah-olah memberikan sebuah perasaan yang meresap kedalam jiwa dan menggerakkan minda merafakkan syukur kehadrat Allah swt yang telah memilih diri ini agar tidak tertinggal dalam mnegecapi kelebihanya. Abu Ayyub Al-Anshari radhiallahu' anhu, Nabi s.a.w. bersabda "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari dibulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun. (Hadis Riwayat : Muslim). Imam Ahmad dan An-Nasa'i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi s.a.w berabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh. " Dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu, Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan enam hari dibulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun. (Hadis Riwayat : AlBazzar).

Kelebihan yang terukir di sayawal yang mulia ini bisa memberi kekutan pada hati-hati ini dalam terus berada di bawah lembayun rahmatMu. Moga syawal ini bukan sebuah perhentian yang terakhir buat sekelumit amalan yang baru bermula perjalananya.Sesungguhnya aku pohonkan pada Mu Ya Allah, Kau tuntunlah langkah kami ke arah keredhaanMu, jangan Kau biarkan diri ini, keluargaku, serta sahabat-sahabat dan sauadara seislamku di dalam kerugian dan kemurkaanmu Ya Allah, Ya Allah istiqamah hati-hati kami agar kami terus berada di jalanMu Ya Allah, jalan yang menjanjikan seribu satu ketenangan, Ya Allah berilah kami kekuatan dalam mengahdapi dugaan dan ujian mu, berilah kami kekuatan agar kami terus berdiri untuk menegakkan kalimahMu Ya Allah, Ya Allah Kau kurniakanlah ketabahan hati pada mujahid yang sedang berjuang demi ISLAM yang tercinta, ku pohonkan pada Mu Ya Allah kau berilah kejayaan pada seluruh ummat islam, Kau berlah kami hidayah serta kekuatan untuk menentang kuffar durjana. Hanya padaMu kupohon dan pinta segalanya, Tuhan Sekelian 'alam Yang Berkuasa jua dibumi dan langit dihari ini dan hari abadi Robbul 'izzati, kekasih abadi . Ameen Ya Robbal 'alamin

0 comments:

No comments: